Showing posts with label EZDIANI ABD RAHMAN. Show all posts
Showing posts with label EZDIANI ABD RAHMAN. Show all posts

Monday, 24 November 2014

KALAU SAYANG JANGAN MARAH BY EZDIANI ABD RAHMAN

BAB 6

https://www.facebook.com/easttdiani?fref=nf





DALAM minggu ini sudah beberapa kali, Shafiq datang berjumpa denganku. Dia datang tidak dengan tangan kosong. Ada sahaja yang dibawa bersama. Ketika di Restoran Singgah Sana, hadiah yang dia berikan pada aku, adalah jam tangan Oris. Ada tersimpan lagi di dalam kotaknya. Kemudian, dihadiahkan sekotak coklat ferrero rocher. Hari ini, dia hadiahkan aku teddy bear putih yang ada bentuk hati.
Semua hadiah yang Shafiq hadiahkan, aku susunkan di atas meja tulis. Cuma 3 helai bra yang diberinya dahulu, aku tak tahu diletakkan kat mana. Argh, lupakan!
Sejak-sejak kami bertunang, Shafiq begitu baik melayan aku. Sampaikan aku nak ke tempat kerja pun, diikutnya dari belakang. Tak pun, dia sendiri yang mahu hantar ku dengan kereta mewahnya itu. Aku terasa hidupku sedikit terkongkong. Memang aku tak faham dengan perubahan sikap Shafiq. Hingga ke saat ini, aku masih tertanya-tanya. Mana satu sikapnya yang sebenar? Apakah dia seorang lelaki yang galak atau seorang lelaki setia yang bagaikan gula-gula kapas bila kena air liur ia akan cair.
Selama seminggu dia mendekati aku, sikapnya sangat mengambil berat dan bertanggungjawab. Itu yang membuatkan aku muskyil. Siapa yang aku jumpa masa awal pertemuan kami dahulu? Yang bengis dan memualkan. Tapi, Shafiq yang aku kenal sangat, begitu perhatian orangnya.
Aku memerhati Wawa sedang berbual dengan seorang di talian. Hanya memerhati dari jauh. Sesekali matanya akan mengerling ke arahku. Seolah-olah, dia sedang berbual tentang diriku. Takkan kot? Kalau ia pun, dengan siapa dia berbual?
Selepas seminit kemudian, panggilan dimatikan. Melenggang Wawa jalan ke arahku dengan senyuman tak lekang daripada wajah. “Kau teka, siapa call aku?”
Aku jongketkan bahu. Bibir aku cebirkan. “Tak tahu! Siapa?”
“Abang kacak sayang kau.”Jawabnya.
Syafiq ke? Untuk apa di telefon Wawa? Kenapa tak hubungi aku sendiri? Argh! Dia mana ada nombor telefon aku. Hingga sekarang, aku tak berikan nombor telefon aku untuk dihubungi. “Dia nak apa?”
Wawa senyum lagi. Kenyit mata, lalu mencubit pipiku.
“Kau ni, dah kenapa?”
“Abang kau minta aku cubitkan pipi kau untuk dia.”Jawab Wawa, seakan menghangatkan hati aku. Argh, suka-suka hati kau Wawa. Menyampah!
“Tipulah...”AKu tarik muka.
Wawa meledakkan tawanya. “Tahu pun cemburu.”
Ia ke, aku cemburu? Mana ada! Aku menyampah je, bila Syafiq dah pandai telefon Wawa, dan sampaikan pesanan melaluinya. Aku tak suka! Bukan cemburu...
“Yani! Aku rasa, kau dah jatuh suka kat Syafiq.”Wawa menekan. Sudah seminggu dia melihat, aku dijemput dan dihantar oleh Syafiq. Hadiah yang Syafiq berikan setiap hari, sudah pasti membuatkan orang sekeliling akan menghidu hubungan antara kami berdua.
“Mana ada! Aku tak pernah suka kat dia.”Balasku memintas. Tidak bersetuju.
“Ya! Kau dah jatuh cinta.”
Aku menelan air liur. Benarkah, aku dah jatuh cinta? Tetapi, semua itu seakan mustahil sahaja. Cinta itu, takkan begitu mudah hadir singgah? Apakah aku begitu lembut hati, hingga hati ini mudah terdetik berdetup kencang bila dia mengetuk pintu hati?
“AWAK jangan cerita apa-apa pada Wawa, boleh tak?”Wajah Syafiq aku pandang dari sisi tepi. Nampak terletak tinggi hidungnya. Terpacak macam mulut burung belatuk.
“Mana abang ada cerita apa-apa pada Wawa.”Balas Syafiq membidas.
“Habis tu, awak call dia? Kenapa tak call saya sendiri?”
“Dah, sayang tak mahu bagi abang nombor telefon. Wawa abang minta, terus dia bagi. Tak macam sayang. Jual mahal.”Aku yang kena balik.
Muka dia aku pandang lagi. Aku tidak mahu terlepas pandang wajah itu hari ini. Aku ingin hadam wajah itu. Ingin ingat dalam lakaran fikiran.
“Sayang tak suka kat abang?”soalnya selamba. Aku nampak halcumnya naik timbul.
Aku tercengang. Soalan begitu yang disoalnya. Agaknya, dia sudah mula terasa dengan layananku ini. Layanan dinginku membuatkan Syafiq terasa hati? Takkan lelaki yang sekeras Syafiq boleh berubah serta-merta. Ada yang tak kena ni?
“Syafiq... Saya nak tanya awak sesuatu.”Lembut tuturku kali ini. Hormat kepada dia, yang kini bergelar tunangku.
“Boleh je.”Jawab ringkas. Menoleh memandang aku yang di sisi. Oh, renungan matanya, sangat memukau.
“Kenapa awak layan saya baik sangat? Sedangkan sebelum ni, awak begitu dingin pada saya. Saya rasa, macam tak kenal, siapa diri awak yang sebenar. Boleh tak, awak jelaskan kemuskyilan saya ni?”Bertalu-talu soalan yang menerjah di minda kupersoalkan. Demi kebaikan diriku juga. Aku perlu tahu, apa yang Syafiq inginkan daripada aku.
“Sayang nak tahu?”
Aku angguk kepala. Menanti bibirnya meniti bicara jawapan. Apakah jawapannya itu nanti, bakal membuatkanku menerimanya, atau membuangnya jauh daripada hidupku. “Tolong, jangan mainkan perasaan saya. Saya tak suka.”
Syafiq tarik nafas dalam-dalam. Dihelakan nafasnya. Kini, dia berdiri dekat denganku. Matanya tidak lepas memandang wajahku ini. Makin kencang debarku ini, bila matanya itu terus menangkap anak mataku ini. Bersinar-sinar matanya.
“Maafkan abang, dengan apa yang berlaku sebelum ni.”
Argh! Maaf pula. Apa masalah dia ni? Tiba-tiba, minta maaf pada aku. Macam-macam fiilnya buatkan tidak senang duduk. Membuatkan aku sering tertanya-tanya. Syafiq begitu misteri. “Kenapa perlu minta maaf?”
“Sebenarnya, kemalangan yang berlaku antara kita dahulu, adalah satu rancangan yang abang sengaja adakan.”Beritahu Syafiq. Tidak jelas.
“Saya tak faham. Tolong jelas sejelasnya.”Muka sudah mula berkerut. Segala bintang dan simbol-simbol timbol di kepala.
“Abang sengaja, marah-marah sayang dan minta ganti rugi.”Sambung Syafiq.
“Untuk apa?”Soalku ingin tahu lebih lanjut.
“Untuk abang mendekati sayang.”Jawabnya selamba. Muka aku ditatapnya. Buatkan tidak tenang aku dibuatnya. Beralun kencang dadaku bila hembusan nafasnya mengena wajahku.
Aku melepaskan tawa kecil. “Dengan cara begitu? Jangan nak buat lawaklah.”
“Abang tak tipu. Abang memang dah lama perhatikan sayang. Tapi, abang takut nak dekati sayang. Daripada sayang bekerja di Stesen Minyak Petronas lagi. Abang selalu terserempak dengan sayang kat kaunter. Mungkin, sayang tak perasan abang.”
Argh! Sudah. Daripada aku mulakan pekerjaan lagi. Jadi, maknanya selama ini, Syafiq dah lama perhatikan aku. Patutnya, kadang-kadang aku terasa ada seolah-olah mata memandangku tajam.
“Abang sengaja hadiahkan sayang dengan baju-baju sotong tu. Abang nak tengok reaksi sayang. Ternyata sayang, marah sangat bila dapat tahu abang berikan semua hadiah tu.”Ceritanya terperinci.
“Ia ke?”Susah nak percaya.
Dia angguk kepala lagi. Tasik Serdang yang ada di depan menjadi saksi untuk diceritakan semua rahsia yang disimpan selama ini. “Abang sengaja usik sayang begitu, sebab abang nak tahu, sikap sayang. Ternyata sayang langsung tak layan. Malah sayang tegas. Sayang cakap abang macam-macam.”
Sudah letih berdiri di tepian tasik, aku mula duduk di kerusi yang ada tidak jauh daripada tempat berdirinya kami tadi. Terasa lega sedikit. Syafiq juga mengikut. Turut duduk di sisi. Berbalik kepada cerita Syafiq, bolehkah aku percayakan semua ceritanya. Macam tak masuk akal.
“Susah saya nak percayakan awak, Syafiq.”Aku menarik nafas dalam-dalam. Cuba bertenang.
“Sayang boleh ambil masa.”
“Sukar saya nak terima. Lagi satu, boleh tak, awak jangan terlalu romantik sangat dengan saya.”Geli-geleman. Abang dan sayang tak habis-habis. Geli lubang telinga.
“Maaf kalau sayang tak suka.”Sekali maaf meniti di bibirnya. Ish, poyolah. Dari bengis boleh jadi poyo macam ni. Memang terkena kejutan betul. Aku tak bolehlah nak terima lelaki yang terlebih gula macam ni.
“Saya memang tak suka! Awak ni macam tak ada pendirian. Awak langgar kereta saya, dan lepas tu marah-marah. Awak ganggu saya dengan ganggual seksual. Bagi hadiah sotong-sotong tu. Lepas tu, awak tarik saya bagitahu mummy, yang saya bakal isteri awak. Kemudian awak jumpa mak, bagitahu awak nak kahwin dengan saya. Sampailah kita bertunang. Awak ni, tak gentlemen langsung!”Habis aku hamburkan. Puas hati! Dah lama aku pendam dalam hati.
“Abang... abang ...”
“Saya tak suka, awak buat saya macam ni. Awak ingat, saya ni boneka mainan awak? Nak dapatkan saya, dengan cara yang bermacam-macam tu. Cara awak nak pikat saya tu, terlalu pelik. Saya tak suka!”Kuat suaraku menghemburkan marah.
“Sorry...”
“Lepas ni, saya tak mahu dengar apa-apa lagi, yang awak cuba lakukan lagi. Tak payah nak jadi, mr secret admire lagi. Jadi orang yang berani.”Menggelegak pula hati aku.
Syafiq tertuduk. Wajahnya keruh. Makan dalam dengan kata-kata aku agaknya. Sampai dah terkunci mulut, tak dapat nak balas apa-apa lagi.
“Lepas ni, jangan panggil saya sayang lagi. Dan jangan nak abang-abang sangat. Gelilah!”Aku ingatkan Syafiq. “Panggil je saya, Yani. Dan saya panggil awak dengan panggilan Fiq. Itu dah cukup.”Sambungku. Aku angkat punggung. Punggung pun dah panas, nak duduk lama-lama. Jelas sudah, apa yang aku terangkan. Tiada apa-apa lagi. Semunya sudahku luahkan. Harap Syafiq faham sendiri.

Monday, 10 November 2014

KALAU SAYANG JANGAN MARAH BY EZDIANI ABD RAHMAN

BAB 4





YA ALLAH, kat mana aku nak cari kerja? Dah banyak tempat aku pergi, asyik tak ada kerja kosong. Kalau ada yang panggil temuduga, satu pun tak bagi jawapan hingga sekarang. Masaklah aku lepas ni. Mesti emak bising lagi.
            Letihlah, kalau macam ni. Bosan pun ada. Agaknya, aku memang perlu mandi bunga lepas ni. Tapi, mak cakap semua tu syirik. Jangan percaya benda-benda karut. Aku pun tak tahulah, kenapa jadi macam ni. Agaknya memang bukan rezeki aku.
            Aku aturkan kaki menuju ke Butik Wawa. Tiada lagi tempat yang aku nak tujui. Hanya tempat itulah, aku melepak dan habiskan masa. Menapak aku masuk ke dalam. Hari ni, suasana butik sepi pula. Wawa yang duduk dikaunter aku hampiri.
            “Hai, Wawa...”punggung terus kuhenyakkan berhadapan dengan Wawa. Tak menjawab teguran aku. Mukanya pula macam tertelan biji asam. Masak mencuka.
            “Wawa! Kau okey tak ni? Lain macam je...”soalku.
            “Eh, kau Yani. Bila kau datang?”soal Wawa. Patutlah diam membisu. Rupanya jauh melamun.
            “Baru datang. Lain macam je muka tu. Ada masalah ke?”soalku menyibuk. Siapa lagi yang akan menyibuk kalau bukan aku. Kami kan kawan baik.
            “Pekerja aku Nina, dah dua hari tak datang. Susahlah kalau macam ni. Kerja kat butik banyak.”Adu Wawa.
            “Dia cuti ke?”
            “Dia tak beritahu aku pun. Terus dia hilang macam tu je. Call pun tak dapat. Aku rasa, dia takkan datang lagilah lepas ni.”cerita Wawa.
            “Kau iklankanlah, nak guna orang. Mesti berduyun-duyun orang nak kerja dengan kau.”Aku memberi cadangan.
            “Nantilah aku fikir. Kau pula dari mana ni?”
            “Aku pusing-pusing cari kerja.”beritahuku.
            Wawa sudah tersengih lebar. Terus bingkas bangun daripada duduknya. Datang dekat dan menarik tangan aku mengikut langkahnya. “Kau kerja dengan akulah, Yani. Sekarang juga, kau mulakan kerja.”Arah Wawa.
            Ternganga mulutku ini. Wawa sendiri yang mempelawa aku kerja. Kalau tahu, awal-awal lagi aku terus ke sini pagi tadi. Buang masa dan memenatkan je, pusing sana sini. “Kau serius?”
            Wawa anggukkan kepala. Wajahnya yang tadi muram, sudah mampu mengukirkan senyuman. “Aku lagi suka, kalau kau kerja dengan aku. Taklah aku sunyi sangat. Kalau kau ada, hidup aku ni rasa ceria.”Sambung Wawa. Itu memang aku tahu. Wawa kalau aku ada dengan dia, gila-gila kami ni akan bersatu menjadi satu kuasa.
            “Aku pun. Terima kasih, Wawa. Kau sudi ambil aku sebagai pekerja kau. Tak sangka, kawan baik aku sekarang bos aku.”
            Wawa meledakkan tawa. “Kau jangan nak terhegeh-hegehlah Yani. Nak berbasi-basi dengan aku.”
            “Aku cakap betul. Sekarang kau bos aku.”
            “Ialah tu. Okey, sekarang tolong mulakan kerja. Jangan mulut je yang banyak bergerak, kerja tak jalan.”
            “Okey, bos!”
           
AKU menarik nafas lega selepas beberapa orang pelanggan datang ke butik berlalu pergi. Dah sehabis daya aku memberi layanan yang cukup baik. Gerenti selepas ni, mereka tak serik datang ke butik lagi.
            Hari ini sahaja, aku berjaya memujuk beberapa pelanggan untuk mengambi l perkhidmatan kami semasa majlis mereka nanti. Macam tak percaya, pertama kali berkerja dah dapat pencapaian sebegini.
            “Pandailah kau, Yani. Kau ada bakat business women ni.”Puji Wawa buatkan aku kembang.
            “Ia ke?”
            Wawa anggukkan kepala. Argh, apalah sangat. Mungkin semuanya kebetulan. Kot sikap aku yang happy go lucky ni, buat orang seronok nak berkerjasama.”
            Wawa ketawa. Ish, aku cakap pun nak ketawa. “Yang tu, aku setuju sangat! Mulut kau yang macam mulut murai tu, buatkan orang mudah nak mesra dengan kau.”
            “Tahu, tak apa!”Berlalu aku ke pantri di belakang. Dahaga. Air kotak laici yang ada dalam peti ais aku ambil. Dua kotak. Satu untuk Wawa dan satu untuk aku. Kembali aku dengan dua kotak air laici. Disuakan satu kepada Wawa. Senang Wawa menyambutnya.
            “Eh, mamat yang kacak tu, ada cari kau lagi tak?”Soal Wawa. Tiba-tiba pula dibuka cerita pasal si Shafiq sengal.
            “Entah! Malaslah nak cakap pasal mamat sengat plus sewel tu.”
            “Alahai, kenapa pulak? Cerita je la. Nak tahu jugak cerita.” 
            Aku mencebik. Sebut fasal Shafiq, terbayang pulak 3 helai bra yang dihadiahkan pada aku semalam. Lupa pula nak buang bungkusan tu. Masih ada kat bawah katil.
            “Ceritalah Yani. Dia ada cari kau tak?”
            Aku mengjongketkan bahu. Sibuk pula dia, nak tahu. Agaknya dah terbekenan. “Tak payah cerita. Aku bencilah dengan dia.”
            “Jangan cakap macam tu. Dok cakap benci, nanti kau cakap sayang pulak kot.”usik Wawa.
            “Eh, tak ada aku nak sayang orang macam tu. Harap muka je kacak, tapi otak tak betul pun, tak guna jugak.”
            “Mana kau tahu dia tak betul?”
            “Dia memang tak betul. Kau jangan tanya aku apa-apa.”
            “Mesti ada sebab kan? Kalau tak, takkan kau saja-saja nak benci kat dia.”Wawa terus mendesak. Sibuk nak tahu.
            “Ada banyak sebab, aku cakap dia tak betul. Kau ingat, aku cakap kosong?”
            “Beritahulah...”
            “Pertama, dia langgar kereta arwah abah aku, dan dia minta aku bayar ganti rugi. Kedua, dia ugut aku, suruh aku menyamar kekasih dia. Kalau aku tak ikut cakap, dia nak raba aku. Ketiga, dia ikut aku ke mana-mana aku pergi. Keempat, dia jumpa mak aku dan cakap dia kekasih aku. Dan yang kelima, dia berikan aku hadiah.”Satu persatu aku sebut. Semua yang dia lakukan itu gila. Orang yang tak betul je buat semua tu.
            “Wah, sweetnya!”
            “Kau pun sama gila macam dia. Macam tu, kau cakap sweet?”Berjangkit dah penyakit gila ni.
            Sweet ler tu. Kau yang tak betul, cakap dia gila.”Aku yang kena balik. Susah cakap dengan orang yang tak mahu faham.
            “Hadiah apa yang dia bagi kat kau?”Risik Wawa.
            “Esok aku bawa. Ambil je kat kau. Aku tak hingin.”Tiga helai bra yang pelbagai warna itu, tak ingin aku simpan. Dekat di hati. Belum pakai pun, hati aku dah panas. Kalau aku pakai, mahu tercabut terus jantung.
           
BERJALAN aku meniti di tepi deretan kedai, menuju ke hentian bas. Masa untuk pulang. Mesti emak risaukan aku. Lupa pula nak telefon emak, beritahu aku dah mula kerja di butik.
            “Yani!”
            Siapa pula yang panggil aku? Baru tangan ni, menggamit tahan bas. Ada pula yang panggil. Memusing merata kepala, tapi tak nampak bayang sesiapa yang aku kenal. Argh! Perasaan aku je kot.
            “Hai, sayang!”
            Terkejut aku. Pusing sahaja badan, Shafiq dah ada di belakang. Sempat ditepuk belakang aku.
            “Awak lagi?! Saya bosanlah, asyik jumpa awak.”Naik juling biji mata. Nak hadap muka dia lagi. Dah bosan!
            “Ialah, sayang. Abanglah. Siapa lagi?”
            Uwekkk! Nak termuntah hijau aku dibuatnya. Abang? Hei, pleaselah. “Sejak bila, awak jadi abang saya? Saya tak ada abang. Lagi-lagi macam awak!”Aku terus mengaturkan kaki. Tak sudilah nak pandang mukanya tu.
            “Abang, ehem...ehem... Macam tak biasalah pulak.”Cuba dicuit hidung, tapi aku cepat menghalangnya.
            “Tangan tu, cuba diam-diam. Jangan nak cuit sana, cuit sini.”Aku mula marah.
            “Tangan abang. Suka hati abanglah, sayang.”Jawabnya. Mukanya manis dengan sengihan.
            Langkah aku dihalangnya. Mendepa tangannya. Menghalang aku terus menapak ke depan. “Tepilah! Saya jerit nanti.”
            “Kalau nak jerit tu, jangan kuat-kuat sangat. Jerit yang manja-manja cukuplah. Abang suka, kalau sayang jerit-jerit manja.”Sahutnya lain macam je.
            Ya ALLAH. Rasa macam nak cekik je pemuda di depan aku ni. Apasal bunyi galak sahaja cakapnya tu? Macam gangguan pun ada. “Awak nak apa lagi ni?”
            “Abang nak jemput sayang baliklah. Nak hantar sayang balik rumah. Rindu pulak kat mak.”Jawab Shafiq. Sejak bila pula, aku rasmi menjadi kekasih hatinya? Nak berabang dan bersayang pula? Emak aku pun, dia dah mengaku emaknya.
            Aku mencekak pinggang. Kaki terasa ringan je nak hayunkan ke depan. Mukanya tu pula, buat aku rasa nak cakar-cakar  harimau. Dan mulutnya pula, aku nak letakkan cili padi yang siap ditumbuk. Biar puas hati!
            “Jomlah, sayang. Abang hantarkan.”Ajaknya.
            Tak sudilah aku! Sudahlah asyik ganggu aku dengan perkara-perkara yang tak senonoh. Nanti, tak fasal pulak, aku jadi mangsa rogol. Jangan buat hal! Nanti menangis tak berlagu. Aku siap berpesan pada diri sendiri.
            “Jomlah.”
            Excuse me, Encik Shafiq...”
            “Syafiq Hazlan.”Pintasnya sambung. Sedap namanya, tapi tak elok perangainya. Tak berkenanlah aku.
            “Encik Shafiq Hazlan, saya tak sukalah awak asyik ganggu saya macam ni. Rimaslah!”Kami saling bertentangan mata antara satu sama lain. Amarahku ini, mengapa perlu penuh dengan rasa debar?
            “Abang cuma nak tuntut hutang je.”Jawabnya dengan kenyitan mata.
            “Bila pula saya berhutang dengan awak?”Bikin panas hati aku sahaja. Aku langsung tak berhutang dengannya, apatah lagi nak berhutang budi. Setakat berikan aku hadiah 3 helai bra yang beraneka warna, itu langsung tak membuatkan aku terhutang budi.
            “Sayang dah lupa? Nak abang ingatkan?”soalnya lembut.
            “Bila masa saya hutang awak? Cakap kat saya!”Sengaja naikkan darah aku. Kalau ia pun nak pikat aku, cubalah guna taktik yang baik. Yang buatkan aku cair. Ini tak, buatkan aku mendidih.
            “Sayang ni, memang cepat lupa. Sayang kan berhutang dengan abang. Kereta abang yang kemek tu, bila sayang nak bayar ganti rugi?”
            “Argh! Tak kuasa saya nak bayar. Bukan saya yang langgar awak. Bukan salah saya pun. Dah, tepilah! Malas nak cakap dengan orang gila macam awak ni.”Badannya yang menghalang, kutolak. Berginjak sedikit badannya, terkena seorang kakak yang lalu tika itu. Sempat juga, aku mendengar dia mengomelkan kami berdua.
            Baru hendak mengatur langkah, lenganku direntap. Ditarik aku ke dalam pelukannya. Depan khalayak orang ramai, dia buat aku macam ni. Tak senonoh. Langsung tak tahu malu. Sudahlah di situ dipenuhi, orang yang ramai lalu lalang pun boleh jadi. “Lepas, nanti saya jerit.”
            “Diam, sayang... Nak abang apa-apakan sayang ke?”Berbisik Shafiq di telinga aku. Sudah dibuat muka galaknya. Sebelah tangannya sudah mengacah seolah hendak meramas sesuatu.
            “Okey...okey... Saya ikut.”Aku mengalah. Dalam perasaan yang penuh debar, aku mengikut langkahnya. Gelisah di hati memang sudah makin galak. Aku berkira-kira, ingin melarikan diri.
            “Macam inilah. Baru dapat jadi isteri mithali.”Shafiq sudah tersenyum puas. Berjalan beria ke arah kereta yang terparkir tidak jauh daripada tempat aku berdiri tadi. Dari ekor mata, aku mencuri pandang lagaknya. Macam tak berperasaan!
            “Jangan pegang saya. Tahulah saya nak jalan sendiri.”Bisingku. Bila tiba-tiba sahaja dia memaut pinggangku. Macam pasangan suami isteri yang berjalan bersiar-siar.
            “Nanti sayang lari.”Didekatkan pula bibirnya ke telingaku. Terasa hembusan nafasnya. Naik meremang bulu roma.
            Aku mengambil nafas dalam-dalam. Cuba bertenang. Dan menunggu sahaja masa yang sesuai untuk larikan diri. Tetapi, bila dia makin rangkul pinggang kuerat begini, pergerakan aku terhalang. “Awak bukan muhrim saya. Jadi, tolong jangan berani nak lebih-lebih.”Tegasku kali ini. Tidak selesa dilakukan begitu. Jika belum ada hubungan lagi, dah berani pegang sana sini. Tak mustahil, dia boleh lakukan lebih daripada itu.
            “Sebab itulah, abang ajak sayang kahwin. Senang nak pegang-pegang.”
            Nak termuntahlah! Nak kahwin sebab nak pegang-pegang. Dasar lelaki tak ada harga diri. Seronok agaknya dapat pegang anak dara orang. Bila dah dapat jadi isteri, nak pegang pun dah tak mahu. Gelilah! Malulah! Semuanya ada.
            Kaki aku keraskan. Melekat di jalan. Tegas aku tidak mahu mengikutnya. Ingat dia siapa, nak mengarahkan aku itu ini?
            “Kenapa berhenti. Sengaja nak abang...”Tangannya galak membuat gaya meramas-ramas. Makin dekat pula tangannya.
            Pang!
            Ringan sahaja tanganku terbang ke wajah bersih Shafiq. Jangan sangka, aku juga seperti perempuan yang mungkin dia kenal di luar sana. Aku cukup pantang, jika lelaki yang nak ambil kesempatan. Kalau dah tahap berani hadiahkan aku bra, nanti tak fasal aku pun mahu ditelannya.
            Mengatur laju langkahku meninggalkan dia yang masih tercengang. Baru dia tahu, langit tu tinggi atau rendah. Lain kali jangan sesuka hati layan aku macam tak ada harga diri.
           
           

Saturday, 8 November 2014

KALAU SAYANG JANGAN MARAH BY EZDIANI ABD RAHMAN

BAB 5

https://www.facebook.com/easttdiani?fref=nf


MELIHAT hadapan rumah di penuhi dengan kereta. Aku menapak pandangan ke arah rumah. Memang tidak salah lagi. Ada tetamu yang bertandang ke rumah. Ramai juga. Terkejut juga, bila masuk sahaja ke dalam rumah, kawasan ruang tamu dipenuhi dengan orang ramai. Para tetamu siap dihidang dengan air kopi serta cucur udang siap berkuah kacang.
Masuk sahaja ke dalam rumah, mata semuanya tertumpu ke arahku. Seolah, akulah yang menjadi perhatian. Pelik juga. Takkan mak buat kenduri, tanpa beritahu aku dahulu. Kalau ia pun kenduri, takkan dihidangkan tetamu dengan air kopi serta cucur udang sahaja? Muskyil pula.
“Yani, mari sini.”Panggil mak, sambil tangan melambai tangan ke arahku. Aku duduk di sisi mak. Di kiri kanan mak di keliling dengan wanita-wanita yang seusia mak. Dan, mata aku tidak lepas melihat pada satu batang susuk tubuh yang duduk di sebelah kiri mak. Macam pernah berjumpa sebelum ni. Aku amati wajah itu dalam-dalam.
“Jumpa lagi kita hari ni. Ingat lagi pada aunty?”Soalnya dengan tersenyum ke arahku.
Aku kerutkan muka. Otak ligat berpusing berfikir. Oh, dia mummy Shafiq Haslan. Betullah! Apa yang dia buat di sini?
“Ingat pun.”Mummy Shafiq tersenyum lagi.
Aku membalas juga senyumannya. Tetapi, jauh di dalam lubuk hati bermacam perasaan yang muncul saat ini. Berdebar dan tertanya. Apakah sebab mummy Shafiq datang ke sini berjumpa dengan mak? Apakah mereka telah bincangkan sesuatu tanpa pengetahuan aku? Argh! Ligatnya otak ni berfikir.
“Maaflah, aunty datang sini, tak cakap dulu kat Yani. Fiq berkeras suruh aunty datang sini. Terpaksalah aunty ikut kehendaknya tu. Kalau tak ikut, nanti dia memberontak.”Terang Mummy Shafiq. Lembut tutur bicara dia. Berbeza sekali dengan anaknya si Shafiq. Jauh benar sikap mereka dua beranak.
“Fiq tak cakap kat Yani pun, nak suruh aunty datang.”Terangku dengan rasa gelisah. Bergetar di hati, bagaikan sedang air sungai yang sedang dikocak.
“Itulah. Dia memang macam tu. Suka buat kejutan.”
“Dato' Fauziah, sekarang tuan empunya badan dah ada di depan. Dato' boleh tanya sendiri dengan tuan empunya badan ni.”Mak pun turut tersenyum. Aku tak fahamlah. Mereka datang ke sini sebab nak merisik aku untuk Shafiq ke?
“Beginilah Yani. Fiq yang minta aunty ke sini. Datang lamar Yani untuk Fiq. Beria-ia Fiq suruh aunty ke sini. Katanya nak jadikan Yani sebagai isteri.”Terang Dato' Fauziah. Nak sampaikan kepada aku pun, lembut je suaranya.
Terkumat-kamit mulutku. Tak tahu nak jawab apa. Jadi serba salah pula berhadapan dengan Dato' Fauziah yang lembut orangnya. Menyesal juga, sebelum ni, aku fikirkan yang bukan-bukan fasal wanita tua itu.
“Yani setuju?”
Pertanyaan Dato' Fauziah membuatkan aku kembali tersedar. Ish, nak jawab apa? Aku nak cakap je, tak sudi. Tak mahu bersuamikan si Shafiq Haslan yang tak berapa nak betul tu. Sudah tu, ada ciri-ciri lelaki miang. Namun, semua tu terlekat di kerongkong. Berat aku nak berikan jawapan. Terasa seolah simpati kepada wanita tua yang baik di depanku ini. Kalau aku katakan tidak, pasti dia akan malu di hadapan tetamu yang sama menemaninya tika ini.
“Kalau diam tu, tandanya dia setujulah tu!”Satu suara lelaki bersuara. Membuatkan aku berpaling ke arahnya. Hanya sekilas sahaja aku memandang. Lelaki tua itu, seusia dengan arwah abah.
“Setuju ye, Yani.”Dato' Fauziah terus menerpaku dengan jawapannya sendiri. Jari-jemariku dipegang dan ditarik dekat. Terus disarungkan cincin emas yang berkilau berbentuk hati di jari manis tangan kananku. Bagaikan ada satu aliran kejutan yang membuatkan otak aku seperti disuntik ubat pelali. Kaku membiarkan tanpa menghalang.
“Alhamdulillah. Kira jadilah ni.”Mak pula menyampuk. Bukan main gembira lagi mak. Sudah terpancar keceriaan di wajah tua mak. Memang saat ini yang mak nantikan. Inginkan menantu.
“Alhamdulillah. Kita perlu tetapkan tarikh dulu. Bila agaknya sesuai?”Soal Dato' Fauziah kepada mak.
“Sekarang April, apa kata hujung tahun ni. Bulan 11 atau 12. Kan masa tu, cuti sekolah. Bolehlah nak jemput saudara mara yang jauh-jauh datang ke majlis nanti. Al maklumlah, keluarga kami jauh di kampung.”Beritahu mak ramah. Macam sudah lama pula kenal dengan Dato' Fauziah. Serasi sahaja. Masalahnya sekarang, aku dengan Shafiq langsung tak serasi. Sikap kami seperti api dan air. Tak boleh nak bertemu. Ada sahaja yang dibalahkan.
“Bulan 11. Hujung bulan 11. Sekolah mula cuti. Nanti saya balik bincang dengan Fiq. Mana tahu, dia nak percepatkan lagi.”Dato' Fauziah menjawab dengan senang hati.
Aku hanya diam. Membiarkan mak dan Dato' Fauziah berbincang. Nak masuk campur, nanti mak pula nak berdepan dengan orang ramai. Malu mak nanti, jika tiba-tiba aku menjerit cakap tak mahu semua ni terjadi.
Oh Tuhan. Apa yang perlu aku lakukan?
MATA aku tidak lepas merenung kipas yang berputar laju di siling. Begitu juga otakku ini ligat berpusing. Namun, aku sudah tiada jawapan. Semunya sudah dirancangkan oleh mak dan Dato' Fauziah tadi. Sebagai anak yang baik, aku hanya diamkan sahaja tidak membantah. Semuanya, gara-gara nak jaga hati mak dan Dato' Fauziah. Akhirnya, aku sendiri yang terseksa.
Mata cuba kupejamkan. Bila dipejamkan sahaja, terbayang pula wajah Shafiq dibayang hitam ini. Argh! Mengapa pula wajah itu bermain-main di ingatan? Pertemuan kami yang pertama dan beberapa pertemuan yang terjadi, ligat bermain di minda. Sudahlah Yani! Parah nanti, kalau terjatuh cinta pada lelaki yang macam tu. Cari lelaki yang baik untuk di jadikan suami. Bukan yang macam hantu.
Tadi, aku sempat berbual dengan mak fasal Shafiq. Mak mengaku, memang dia sukakan Shafiq. Kalau boleh, nak hubungan kami berakhir hingga ke jinjang pelamin. Mak mati-mati memuji Shafiq. Katanya Shafiq seorang pemuda yang baik hati. Mulanya aku nak buka cerita, siapa diri Shafiq yang sebenarnya. Tetapi, mulut aku terkunci. Argh! Mengapa mulutku, sering sahaja menjadi berat. Tiba-tiba bagaikan ada ketul batu baru dituang selori dalam mulut. Langsung tak terkata. Berat sungguh!
Cincin yang tersarung dijari manis ini kubelek-belek. Memang cantik dan padan elok di jari manisku ini. Pandai pula Shafiq mengagak saiz jariku ini? Aku tersenyum. Argh! Kenapa aku boleh tersenyum pula? Takkan aku suka pada dia? Jangan Yani! Jangan buat gila!
AKU meneruskan hari-hari aku seperti biasa. Bagiku tiada apa-apa cerita indah yang akan kulakarkan, walaupun kini aku bergelar tunang kepada Shafiq Haslan. Macam tak masuk akal cerita aku dan dia. Macam terlalu klise. Tapi, itulah yang terjadi.
Skuter pink aku ini aku bonceng perlahan. Ala-ala membonceng di tepi pantai. Kalau ikutkan hati, dah lama aku tinggalkan skuterku ini. Hampir kujual,tetapi mak menghalang. Katanya, hanya kenderaan itu sahaja boleh aku gunakan untuk ke sana ke sini. Banyak skuter pink ni berjasa dengan aku. Macam kereta arwah ayah.
Sampai di lampu isyarat, aku memberhentikan skuter bila lampu bertukar waran merah. Kusyuk mata aku tidak lepas memandang lampu isyarat yang masih bernyala merah. Tidak mahu terlepas pandang.
Pon Ponnnn!!!
Tiba-tiba sahaja, ada kereta bunyikan hon. Berpinar telinga aku ni. Berpaling aku ke arah kereta yang berhenti sebelah. Kereta Subaru BRZ yang langgar aku hari tu. Cermin kereta yang gelap itu diturunkan. Kelihatan Shafiq sudah tersengih ke arahku.
“Hai, sayang!”Tegurnya sambil melambai-lambai tangan. Kaca mata yang melekap di mata ditanggalkan.
Aku menjelirkan lidah. Menjeling hingga juling biji mata. Malas nak melayan. Mukanya pun, aku dah tak sudi nak pandang lama-lama. Menyampah!
“Sayang, I miss you!”Jeritnya lagi. Tebal muka aku ni, bila beberapa penunggang motorsikal yang turut berada di sekelilingku tersenyum-senyum. Malu! Bila lampu bertukar warna hijau, aku cepat-cepat memecut skuter. Seganlah, orang asyik pandang aku.
Lega, bila skuter sudah membelok ke kawasan butik. Terus aku parkir betul-betul di hadapan butik. Diregangkan urat-urat sebelum aku berjalan masuk ke dalam butik. Lengah pula badan-badanku ini, bila lama tak membonceng skuter.
Ponnnnn!
Sekali lagi aku dikejutkan dengan bunyi hon yang nyaring dan panjang. Boleh pecah gegendang telinga aku lepas ni. Kereta Subaru BRZ di parkir. Shafiq menapak keluar daripada kereta, dan datang menghampiriku.
“Hai, sayang! Jumpa lagi kita.”Sapanya.
Aku menarik muka. Terus mengatur kaki. Malaslah nak melayan lelaki tiga suku. Hingga ke sini diikutnya aku. Tak serik lagi, kena penampar dengan aku semalam. Agaknya, dia memang teringin nak makan penampar aku ni. Bukan penampar buaya je aku bagi. Penampar harimau pun boleh!
Kaki yang aku aturkan dihalang. Shafiq sudah berdiri di depan. Tangannya sengaja didepakan. Menghalang langkahku. Kalau aku terus mara ke depan, sudah pasti aku akan menonong melanggar badannya. Memang sengaja!
“Nantilah, sayang.”
“Boleh tak, awak jangan panggil sayang kat saya. Nak bernanahlah telinga saya ni.”
“Tapi, abang suka. Baru ada feel.”jawabnya. Sengaja menayangkan giginya yang putih bersih tersusun.
“Eee... nak termuntah! Gelilah!”Aku buat geli-geleman. Memang geli!
“Sayang kan tunang abang. Panggilan itu yang selayaknya abang panggil. Atau, sayang nak abang panggil dengan panggilan yang lebih manja?”Soalnya.
“Sudahlah! Tak payah nak bersayang-sayang, bermanja-manja. Tak suka!”Balasku. Menolaknya ke tepi. Makin layan, makin menjadi-jadi pula perangai mengada-ada dia. Nak bersayanglah, bermanjalah. Gila!
“Abang suka!”
Langkah yang aku aturkan aku hentikan segera. Menoleh aku ke belakang. Tanganku dicekakkan ke pinggang. “Awak ni, apa masalah sebenarnya? Hari tu, kau aku. Hari ni abang sayang pulak. Dah sakit jiwa?”Tak fahamlah aku dengan orang yang bernama Shafiq Haslan ni. Hari tu garang, sekarang romantik gatal melebih. Terlebih gula ke apa?
Dia hanya tersenyum. Langsung tidak menjawab pertanyaan aku. Kalau tak, ada sahaja yang ingin dibalasnya. Nak menang sahaja dalam bicara. Takkan dah insaf, lepas kena penampar aku semalam? Atau urat-urat yang terputus dah tersambung?
“Dahlah. Saya nak kerja. Awak pergilah balik. Jangan cari saya lagi.”
“Okey, sayang. Nanti kita lunch sama-sama.”Ajak Shafiq. Lembut betul tutur dia. Tiba-tiba sahaja jadi lelaki romantik. Hah, kononnya!
“Tengoklah. Rasanya tak ada masa.”Jawabku.
“Janganlah jual mahai sangat. Sayangkan tunang abang. Kita kenalah jumpa, kenal-kenal.”Balasnya macam terlebih minum air manis.
“Tak payah nak kenallah. Kita kenal lepas kahwin. Itu lebih afdal.”Balasku. Terus mengatur kaki. Tidak lagi aku toleh ke belakang. Nanti, pandang muka dia lama-lama, aku boleh cair. Lagi-lagi bila dia cakap macam tu dengan aku. Tergugat juga imanku ni.
“Bye, sayang. Love you!”
Aku menarik lafas lega. Dia pergi juga.Aku nampak kereta mewahnya itu meluncur laju meninggalkan kawasan butik.
“Bye, sayang. Love you!”Terngiang-ngiang pula di telinga. Ucapan maut itu menganggu minda dan perasaan aku. Mengapa dia ucapkan begitu? Dia sengaja nak mainkan perasaan aku. Sengaja!
Aku terus merebahkan badan. Nafas aku terasa sesak. Apa sudah jadi dengan diri aku ni? Jangan kerana ayat-ayat lembutnya tu, buatkan aku tak senang duduk. Sampai aku terbuai-buai. Oh, tidak! Jangan hati! Jangan tersuka kat dia. Laju aku menggeleng kepala.
“Geleng-geleng, tunduk-tunduk! Kau kenapa ni?”Wawa menyergah. Agaknya dari tadi, dia memerhati gelagat aku?
“Tak ada apa-apalah.”
“Kau ni kan Yani. Aku tengok macam orang yang tengah di lamun cinta. Aku perhati je kau dari tadi.”Wawa sudah mula menembak.
“Merepeklah kau ni, Wawa. Mana ada dilamun cinta. Siapalah yang nakkan aku ni.”
“Si abang kacak kau tu la. Kan dia tergila-gilakan kau. Kejar kau sana sini.”
“Apa kau tahu, fasal aku dan dia?”Soalku mematikan pertanyaannya.
“Kau dan dia sangat sepadan. Sama cantik, sama padan. Dia kacak dan kau cantik. Sesuai sangatlah!”
Aku menjuihkan bibir. Padan Wawa memuji dan mengambil hati. Siap dipuji aku. “Kau nak dia, ambillah!”
Wawa menggeleng. Mukanya dikerutkan. “Aku tak mahulah! Dia tergila-gilakan kau, bukannya aku. Lainlah, kalau dia memang gilakan aku.”Balas Wawa.
“Habis tu, aku kena terima dia?”
Wawa anggukkan kepala. Dia juga mahu aku bersama dengan Shafiq. Apakah mata mereka semua dah tak nampak, keburukan yang ada pada Shafiq. Semuanya nak aku terima Shafiq. Bila aku cakapkan Shafiq bukan lelaki yang baik, siapa pun tak percaya.
AKU keluar sendiri. Perut yang berkeroncong ini, meminta untuk diisi dengan makanan. Terlupa pula, aku tak jamah sebarang makanan daripada pagi tadi. Hanya minum segelas air susu sahaja. Aku beringat-ingat nak ke Restoran Singgah Sana sahaja. Bungkus nasi ayam berempah dan makan di pantri sahaja.
Hanya selang 3 buah kedai sahaja. Restoran Singgah Sana cawangan yang baru buka itu, memang selalu menjadi persinggahan setiap kali aku ingin mengisi perut. Makanan yang dimasaknya memang sedap dan enak belaka.
“Kakcik, saya nak nasi ayam berempah. Bungkus 2 ye.”Beritahu aku kepada Kakcik yang selalu mengambil pesanan pelanggan.
Sementara menunggu hidangan siap, aku duduk dulu di meja yang paling hadapan. Telefon yang ada di dalam beg tangan aku keluarkan. Dibelek mesej di kotak peti facebook.
“Sayang...”
Nafasku kembali terasa sesak. Suara yang sangat aku kenali. Dia memanggilku lembut dan mendayu-dayu. Membuatkan hatiku menjadi makin tidak keruan. Malah makin gelisah. Kenapa dia macam tu? Mendongak sedikit kepala. Muka dia aku hadam dalam-dalam. Ingin pengertian.
“Boleh, abang duduk?”soalnya lagi. Lembut tuturnya, tak seperti hari pertama kami jumpa.
“Duduklah, kalau tak malu!”jawabku acuh tak acuh.
Dia tarik kerusi. Punggung terus dihenyak berdepan dengan aku. Mata kami saling bertentangan. Makin gemuruh hati aku, bila dia merenung aku redup dan tajam. Perasaan sudah tidak menentu. Jari-jemariku ini, mula menari-nari dipermukaan meja. Tidak senang berhadapan dalam keadaan begini. Jantung aku boleh luruh.
“Sayang, marahkan abang?”
Ya ALLAH. Apa yang kena dengan Shafiq ni? Tiba-tiba jadi macam orang angau. Dia nak permainkan perasaan aku. “Awak demam ye?”soalku.
Dia menggeleng. “Abang cuma rindukan, sayang.”
Aku mencebir. “Kalau awak tak demam, awak gila?”
Dia mengangguk. “Gilakan sayang...”Jawapannya buatkan aku juga yang nak gila.
Syafiq membetulkan duduknya. Dia mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya. Satu bekas yang berbalut dengan pembalut bercorak hati. Diserahkan hadiah itu kepadaku. “Ini untuk sayang.”
Terkebil-kebil aku dengan kelakuan Syafiq. Pelik dengan sikap Shafiq yang tiba-tiba berubah 200%. Aku tak percaya, yang berada di hadapanku ini adalah Shafiq. “Apa ni?”
“Hadiah untuk sayang.”Jawabnya dengan sederet senyuman.
“Jangan panggil saya sayang, boleh tak? Nak muntah hijau tau tak?”Aku bertegas kali ini. Tidak mahu, Shafiq terus-terusan memanggil aku dengan panggilan sayang. Rasa kembang tekak bila dia berubah 200% lelaki romantik. Aku tak selesa.
Dia menggeleng. “Tak boleh. Memang kena panggil sayang. Lagipun, sayangkan bakal isteri abang.”
Rasa rahang aku nak jatuh. Berat benar masalah Shafiq. Memang sah, tamparan aku semalam buat dia jadi macam ni. Makin gelisah hati aku, bila dia jadi seperti pengemis cinta. Hati aku juga parah. Bernanah sudah.
Nasi ayam berempah yang aku pesan tadi, siap diletakkan di depan. Bersama minuman fresh apple.Tidak berbungkus, tapi dihidangkan di situ juga. Ini mesti kerja si sengal di depan aku ni. Pandai-pandai ubah pesanan.
“Kan abang dah cakap, nak lunch sama-sama dengan sayang.”Ujarnya. Nasi Ayam Berempah yang terhidang itu ditolak perlahan kepada ku satu. Dan satu lagi untuknya. “Makanlah.”
Tidakku sentuh nasi ayam berempah yang terhidang. Malah, mata aku menangkap wajahnya. Lama aku tatap. Mukanya putih kemerahan. Tahi lalat terletak di hujung bibir kiri. Ada iras-iras lelaki inggeris raut wajahnya. Bibirnya nipis merah merekah.
“Kenapa awak layan saya begini, Shafiq? Takkan sebab kena penampar, terus berubah jadi baik?”Soalku inginkan kepastian.
Dia hanya senyum. Tidak menjawab pertanyaanku tadi. Makin rungsing aku dibuatnya. Susah pula nak menjawab. Hanya tersungging senyum. Aku nak tahu juga, kenapa dia berubah jadi begini? Apakah kerana ingin balas dendam atau ada niat sebaliknya. Agak-agak, sebab apa ye?

Tuesday, 28 October 2014

KALAU SAYANG JANGAN MARAH BY EZDIANI ABD RAHMAN

BAB 3

https://www.facebook.com/easttdiani


MENGGIGIL sahaja tubuhku ini, bila dia terus berbual-bual mesra dengan emak. Bukan main lagi emak melayan dia. Siap jemput makan malam sekali bersama. Sakit jiwa aku aje bila mamat sengal ni kat rumah.
Sebaik sahaja emak berlalu ke dapur dia menjeling ke arahku. Siap dikenyit-kenyit mata. Gatal! Aku cucuk dengan lidi baru tahu.
“Kau dah buka hadiah yang aku bagi tadi? Padan tak?”soalnya dengan sengihan di muka.
“Awak ni jahat tau. Gatal!”aku bulatkan mata kepadanya. Geram juga. Adakah patut di berikan aku coli. Ada tiga warna. Pink, hitam dan coklat lembut.
“Dah cuba? Padan tak?”soalnya lagi. Memang tak tahu malu.
“Entah. Nanti awak ambil balik. Saya tak mahulah hadiah awak tu.”
“Aku beli khas untuk kau. Untuk kau pakai hari-hari. Kalau kau ingat kat aku, kau pakailah. Nanti kau akan rasa, aku sentiasa dekat di hati...”jawabnya langsung tak ambil peduli perasaan aku. Mujur ada emak. Kalau tak memang dah kena dia dengan aku.
“Tak kuasa saya nak pakai.”jelingku kepadanya. Malaslah nak melayan. Lagi dilayan makin galak semacam aje jadinya.
“Pakailah... Ke nak aku pakaikan. Jom aku pakaikan...”tersenyum galak dia. Amboi, gatal semacam.
“Yani! Panggil Fiq ke dapur. Mari kita makan sama-sama. Dah siap ni.”jerit mak daripada bahagian dapur.
“Ya mak. Sekejap!”balasku.
“Mulut awak tu jaga sikit ye. Jangan pakai lepas cakap aje depan mak saya. Jangan nak tunjuk galak sangat. Nanti mak cakap, saya ni berkawan dengan lelaki gila pulak. Tak kuasa! Jom...”bingkas aku bangun selepas siap memberi pesanan kepada dia. Dia? Nama dia sampai ke saat ni aku tahu. Yang aku tahu... Fiq.. Huh, lantaklah nama apa pun. Tak penting pun...
Nasi goreng kampung yang emak masak memang sedap. Terasa hangat kepedasan cili padi yang ditumbuk hingga terasa berasap keluar dari telinga. Memang meletop. Tapi, tengok dia yang terkebil-kebil di hadapan masakan emak, buatkan aku pula yang hangat hati.
“Eh, Fiq... Kenapa tak makan?”Soal emak.
“Dia selalu makan yang mahal-mahal. Makan masakan mat salleh!”Sinisku, sempat menjeling ke arahnya. Nak makan pun susah. Memang outlah, kalau lelaki macam ni, nak jadi suami aku.
“Eh, saya makanlah. Cuma terkejut tengok masakan makcik ni. Ala-ala macam kat restoran.”Alasan tak boleh pakai.
“Ia ke?”
“Ya, makcik. Hiasan macam hotel 5 bintang.”Puji dia lagi. Buatkan aku nak gelak besar je.
“Apa kata, awak rasa dulu. Rasanya macam hotel 5 bintang tak?”Nak tengok juga muka dia. Bolehkah dia makan masakan pedas daripada air tangan emak.
Fiq mengangguk. Nampak macam nak telan ketul batu masuk mulut. Nak nganga mulut macam nak kejung habis satu badan. Hotel 5 bintanglah sangat. Nak makan pun takut.
“Makanlah. Sedap ni.”Nasi goreng yang masih bersisa, kusuap ke mulut. Buat muka menyelerakan.
Mengerling aku melihat Fiq di depan. Termakan juga dengan kata-kata aku. Makan juga nasi goreng kampung emak yang meletop.
Matanya sudah berair. Mulutnya sudah ternganga. Hidung pula sudah berair. Tisu yang ada di meja disambarnya. Baru padan muka kau! Pedas menyengat.
“Kenapa awak?”soalku.
“Boleh hulurkan air?”Pintanya gelisah.
Air kopi panas aku hulurkan kepadanya. Kalut dia menghirup. “Panaslah!”Getus Fiq.
“Panas? Kalau macam tu, minum air kosong je.”Air kosong kutuangkan ke dalam gelas. Terus sekali dia hirup.
“Fiq, makan pelan-pelan.”Pesan emak.
Lambat-lambat sahaja nasi masuk ke dalam mulutnya. Kepedasan nasi goreng emak itu, mungkin membuatkan seleranya kurang. Dasar orang bandar!
“Sedap makcik. Tapi, pedas berasap!”Jawab Fiq jujur. Nampak berselera juga Fiq menjamah nasi goreng kampung masakan emak. Dari perlahan, makin laju dia menghabiskan makanan. Agaknya terseksa kot nak habiskan.
“Masakan mak, memang semuanya pedas-pedas. Kami suka, makan yang pedas. Kalau boleh, biar sampai telinga berasap keluar kat telinga.”Aku sengaja nak tengok akal dia.
“Saya tak berapa makan pedas. Tak biasa. Tapi, sekali-sekala makan, sedap!”Puji Fiq
Aku hanya mengangguk. Boleh tahan mamat depan aku ni. Ingatkan kepala sengal, tak tahu beradab. Pandai hormat emak, dan ambil hati emak.
“Alhamdulillah. Kalau tak biasa makan pedas, kena biasa-biasakanlah. Yani, hari-hari nak makan nasi, kena ada sambal belacan. Kalau tak tak bertambahlah dia makan nasi. Nanti kalau kahwin dengan Yani, hari-hari kena hadap sambal belacan. Jangan pelik pulak.”Cerita emak. Tapi, berlebihlah pula. Sampai sebut fasal kahwin.
Fiq tersenyum. Kepala mengangguk macam kena ketuk. Naik turun, naik turun. “Hari ni, saya dah mula belajarlah makcik. Selama ni, Yani tak pernah beritahu pun, makanan kesukaannya. Memang langkah kanan hari ni, dapat kenal bakal isteri lebih dekat lagi.”Amboi, mamat sengal ni. Sedap mulut secukup rasa dia cakap macam tak ada insurans.
“Baguslah. Yani pun, kenalah tahu juga, apa yang Shafiq suka. Nanti bolehlah belajar masak kesukaan bakal suami.”Ish, emak pun sama naik dengan dia. Shafiq... Hm, nama dia Shafiq.
“Yani orang melayu tulen. Makan pun, selera orang melayu. Tak mahulah nak belajar masak makanan yang bukan selera.”Balasku. Tak kuasa. Tak inginlah nak bersuamikan dia.
“Ish, Yani. Ada pula cakap macam tu.”
“Mak... Kita ni, orang melayu. Kenalah ikut cara orang melayu.”Balasku. Menyampah pula aku, bila lelaki di depan aku ni, tak pandai makan masakan melayu. Sedangkan orang cina, india, iban, kadazan dan yang lain-lain, pandai makan masakan melayu. Mat salleh celup!
PEDAS betul masakan mak. Naik bengkak bibir aku ni.”Shafiq mengadu.
“Mak saya, bukan mak awak!”Jegilku.
“Eh, mak kau ke? Ingatkan mak kita.”Shafiq tersengih. Tergaru-garu kepalanya. Kutu banyak kot.
“Mak saya! Tak naklah saya kongsi mak dengan awak. Tak hingin saya nak ada ikatan dengan awak. Menyusahkan, tahu tak?!”Bentakku. Hati aku cukup menggerutu bila perlu berhadapan dengan dia. Harap muka je kacak, tapi akal pendek.
“Nanti kita kongsilah. Mak kau, akan jadi mak aku juga. Mama aku, jadi mama kau juga.”Jawabnya dengan sengihan galak.
“Tak kuasa!”
“Aku kuasa, nak jadi suami kau. Jom kita kahwin! Seronok juga, kalau dapat kahwin dengan perempuan macam kau. Kasar-kasar... garang-garang... Aku suka!”
Gila! Bengkak pula hati ni. Nak mengadap orang yang tak berapa nak betul. Sesuka hati nak ajak kahwin. Ingat aku ni anak patung barbie? Nak main-main. Boleh jalanlah!
“Kau dengar tak? Aku nak kahwin dengan kau ni.”
“Awak gila ke? Kalau gatal sangat nak kahwin, cari perempuan lain. Cari yang sepadan!”Geram pula dengan Shafiq.
Shafiq tersengih lebar. “Aku ni gatal nak kahwin dengan kau. Rasa tercabar. Seronok pula, kalau kahwin dengan perempuan yang kasar-kasar ni.”
“Saya tak kasar! Saya lembut. Awak buta?”Malaslah nak melayan lelaki tiga suku. Pintu pagar, terus aku tutup rapat. Cepat-cepat aku manggakan.
“Yani! Nanti kita jumpa lagi.”
“Tak mahulah jumpa awak lagi. Baik jumpa orang gila daripada perlu jumpa awak.”Balasku. Kutayang muk garang. Dah sehabis bengis.
“Akulah tu orang gila tu. Yang kau nak jumpa... Okey, sayang. Abang balik dulu. Jangan lupa pakai hadiah yang abang hadiahkan tu. Dah pakai nanti, boleh rasa kehangat abang dalam pelukan.”
Argh! Gila. Gatalnya mamat ni. Takut pula aku dengar. Macam psiko je. Macam lelaki miang pun ada. Ya ALLAH, kau selamatkan aku daripada gangguan manusia yang berhati busuk. Jauhkanlah dia daripada hidup aku.

LEGA rasanya, bila Shafiq sudah balik. Terasa aman sahaja rumah. Hati aku juga aman, bila dia tiada depan mata. Kalau tidak, otak aku serabut. Sudahlah sewel, tiga suku pula tu. Miang pula kat atas. Memang cukup pakej tiga suka.
Badanku yang terasa letih, terus aku rebahkan. Mata pula tidak lepas menyorot di kaca televisyen.
“Dah balik si Shafiq tu?”Soal emak.
“Dah.”jawabku. Mata terus aku pejamkan. Sudah tahu, sebab emak duduk di sebelah aku. Emak mesti nak tahu fasal Shafiq. Nak korek rahsia.
“Segak kawan kamu tu, Yani. Muka macam pelakon. Macam orang putih pun ada-ada iras jugak.”Dah agak. Mak nak mulakan pun, pandai mula dengan mukadimah.
“Tak tahulah Yani mak.”
“Berkawan, sampai dah nak menikah pun tak kenal lagi?”Emak sudah menjegilkan biji mata.
Kepala sudah menggeleng.
“Yani tak berapa kenal sangatlah dia. Kenal-kenal biasa je.”Jawabku jujur.
Emak menjuihkan bibir. Macam tak percaya je, apa yang aku cakapkan ni. Tak tahu nak terangkan macam mana lagi kat emak. Dah cukup jelas rasanya, apa yang aku cuba sampaikan ni. Aku tak berapa kenal dia.
“Tak payah nak sorok-sorok. Mak suka dengan Shafiq tu. Baik budak tu.”Pujian sudah tinggi melangit.
“Mak! Puji-puji lebihnya.”
“Pujilah, bakal menantu. Mak suka dia. Hormat mak, dan pandai jaga hati.”Emak dah memuji lebih. Kalau memuji begitu, memang emak dah mula suka.
“Tak sukalah, asyik cakap fasal dia.”
“Ia ke tak suka?”
“Mak ni... Itu yang malas nak ajak kawan datang rumah. Bila datang, mak suka lebih-lebih pula.”Aku menarik muka.
“Tak payah nak malu-malu. Kalau mak dah suka tu, kiranya mak tunggu je. Rombongan datang, mak terus terima.”
Mak! Dia bukan sesiapa pada Yani. Kalau lelaki yang macam tu, yang mak nak Yani pilih sebagai suami, Yani rela terjun bukit.

K

Friday, 17 October 2014

KALAU SAYANG JANGAN MARAH BY EZDIANI ABD RAHMAN

BAB 2
https://www.facebook.com/groups/509815085736669/permalink/815847701800071/
AKU menghelakan nafas lega bila berjaya meloloskan diri daripada mamat sengal yang mengganggu jiwa. Lega rasanya, bila dia terus hilang dari pandangan mata. Lelah berlari tadi, kian kurang terasa. Jiwaku pula terasa tenang.
Perlahan langkahku ini longlai berjalan ke pasaraya The Store. Kaki ini ringan berjalan ke arah pakaian dalam yang tersusun kemas. Pelbagai saiz dan corak.
“Hai, sayang.”sudah tersengih dia di sebelahku.
Berketap bibirku bila lihat dia sudah tercegat di sebelah dengan mata meliar ke arah pakaian dalam yang tergantung. Mukanya lagilah. Bukan main tersenyum galak.
Kenapalah perlu berjumpa dengan dia lagi di sini? Mengganggu je. Baru nak pilih, ada yang menyapa. Menyampah betul, mamat ni. Dia ikut aku sampai ke sini ke? Eeee... menyampah!
"Yang ini, rasanya padan dengan kau. Cantik design ni. Nampak seksi."
Hah! Apa yang dia buat ni? Eee...malunya aku. Siap di tekapkan ke badan aku. Dia ingat aku model pakaian dalam ke apa? Malunya. Laju aku aturkan langkah keluar dari ruangan pusat membeli-belah dengan segera. Muka ni, dah tebal tak tahu nak disorok di mana lagi.
"Eh, bukan kau nak beli ke semua sotong-sotong tu?"dia sudah berjalan seiring dengan ku disebelah.
Rasanya, memang ada orang yang nak kena hempuk. Tak malu betul mamat ni. Muka selamba je. Aku ni, dah tebal muka takkan dia tak tahu?
"Saya tak mahulah! Kalau awak nak, awak belilah!"balasku geram.
"Eleh, itu pun nak marah. Lagipun kau tu, bukannya orang lain dengan aku nanti. Saiz apa, design macam mana, mestilah aku kena tolong pilihkan. Sedap sikit mata aku nak memandang."
Hah! Dia ni, memang dah melampau! Sesak sahaja nafas aku.
“Design yang kau pegang tadi pun okey. Kat atas tu, nampak jarang-jarang.”
Langkah yang tadi laju kuhentikan. Berdiri aku, betul-betul berdepan dengan dia yang masih galak bercerita. Tanganku sudah mencekak ke pinggang. Bila diam, hati ini rasa sakit pula.
“Awak ni gatallah! Awak tak malu ke, berbual tentang orang perempuan punya barang peribadi?”soalku geram.
Dia menjuihkan bibir. “Peribadi ke?”soalnya kembali.
“Peribadilah! Sibuk je!”
“Eh, bagi aku semua tu biasa tau. Setakat tolong pilihkan sotong-sotong tu, dah biasa sangat.”
“Kalau awak nak beli kat kekasih awak, dipersilakan. Saya tak halang pun.”
“Rasanya, mereka pun dah muaklah dapat hadiah macam tu.”
Terjegil biji mataku ini. Mereka? Amboi, berapa orang kekasih mamat ni ada? Kalau sepuluh orang kekasih dia ada, ke semuanya pasti dapat. Eee...gatallah dia. Dalam banyak-banyak barang, ada ke patut pakaian dalam wanita yang menjai pilihan sebagai hadiah. Dah lain macam mamat ni.
“Gatal!”dadanya kutolak, dan terus kembali mengatur langkah.
“Gatal tu, tak selalu sangat. Kadang-kadang je.”balasan jawapan yang sangat menyakitkan hati. Dasar lelaki miang!
“Eh, kau nak tak? Aku boleh belikan. Kau cakap je, size apa kau pakai?”langkahnya seiring denganku. Tapi, yang tidak menyenangkan hati, aku rasa bagaikan matanya melekap ke arah dadaku.
“Hoi! Awak pandang apa?”
“Aku nak agak, size apa yang kau pakai. Aku tanya, kau tak jawab.”jawabnya acuh tidak acuh.
“Baik awak pergi jumpa pakar sakit jiwa. Saya rasa, jiwa awak dah tak berapa nak betul. Minta doktor centerkan kembali otak awak yang dah mereng tu. Buang otak-otak kuning, biru yang ada dalam kepala otak tu.”
Berbuih aku bercakap, langsung tidak diendahkannya. Matanya terus memandang ke dadaku. Pantas kepalanya kutempelang. Terasa cuak, bila berhadapan dengan lelaki seperti dia.
“Sakitlah! Mummy aku pun, tak pernah tolak kepala aku ni.”tempelaknya marah.
“Mata kau tu jahat! Macam dah tak ada tempat lain, kau nak pandang.”bidasku. Lalu dialihkan posisi.
“Aku ada mata, suka hatilah aku nak pandang apa pun. Mata aku, bukannya mata kau pun.”balasnya.
“Awak jangan tanya, kenapa saya cungkil mata awak nanti.”terus aku aturkan langkahku laju. Sudah malas hendak melayan mamat gila yang penuh dengan sikap yang memualkan.
Kakiku cepat-cepat diaturkan. Sudah tidak sanggup berhadapan dengan lelaki yang menyesakkan jiwa.
MENGEKEK Wawa ketawakan aku. Bukan main lagi, dia gelakkan aku bila aku ceritakan kepadanya. Saat-saat aku geram begini pun dia masih nak ketawa.
“Aku ingat, kau dah mereng. Aku call, tiba-tiba cakap lain macam.”
“Eh, mujur kau call aku. Kalau tak, aku tak tahu macam mana nak berhadapan dengan mamat gila tu. Kalau tak, tak pasal-pasal nak berdepan dengan mummynya tu. Ya Allah... minta-mintalah aku tak jumpa dia lagi.”tangan kutadah dan diraup ke wajah.
“Mamat mana yang kau maksudkan ni Yani? Aku kenal dia tak?”Wawa menunjukkan minatnya, bila aku bericerita perihal mamat yang aku sendiri tidak tahu namanya.
“Kau tak kenal. Aku pun, kalau boleh tak mahu kenal dengan dia. Kalau boleh je undurkan masa, aku langsung tak mahu terserempak dengan dia tu. Ya Allah, lain macam. Macam laki gila seks pun ada.”ceritaku terang-terang kepada Wawa. Pandangan matanya tu, buatkan aku naik seram.
“Kau ni Yani. Mana kau tahu dia macam tu? Kau sendiri cakap, tak kenal dia.”
Aku bangun dari duduk. Air botol mineral yang ada di kaunter aku capai. Terus aku teguk laju. Dahaga. Kering anak tekak, bila banyak berbual. Apatah lagi dalam keadaan cuaca yang panas terik begini.
“Memang aku tak kenal. Tapi, mata dia tu...kalau pandang... macam nak terkeluar biji mata. Macam tengah scan ke dalam otak je apa yang dipandang.”
“Biasalah, kalau dah cantik. Lelaki pandang, memanglah terbeliak biji mata.”jawab Wawa.
“Masalahnya dia bukannya pandang muka aku yang ayu ni. Tapi, dia pandang kat tempat lain.”
“Kat mana?”
“Argh! Malaslah aku nak cakap. Abaikanlah!”kaki aku kembali diaturkan ke sofa lembut yang berada di hadapan kaunter.
“Eh, cakaplah dia pandang apa?”
Aku menjuihkan bibir. Sibuk sahaja nak tahu. Kenapalah aku boleh terlepas cakap kepada Wawa. Aku kenal sangat dengan Wawa. Selagi apa yang aku cakapkan ini tidak jelas, selagi itulah dia akan bertanya.
“Baik kau cakap kat aku Yani. Ceritalah... Dengan aku pun, kau nak berahsia.”
“Bukan nak berahsia, tetapi peribadi.”tangkas jawapannya kujawab.
“Eleh... peribadilah sangat. Sebelum ni, ada hal peribadai... akulah orang pertama kau cerita. Ini nak berahsia bagai pulak.” Wawa mula menarik muka. Kakinya diaturkan ke arah patung badan yang masih belum berpakaian.
Aku hanya melirik pandang sahaja apa yang dilakukan Wawa. Badan patung itu, diletaknya pakaian yang ada di butiknya. Pakaian pilihannya sahaja, yang akan dipakaikan dengan patung yang ada.
“Yani, ada pakwelah kat luar.”
Mataku juga turut melirik ke arah lelaki yang Wawa maksudkan. Duduknya bersandar di kereta miliknya. Berketap rapat bibirku ini, di saat wajah itu yang aku pandang.
“Kacak kan?”puji Wawa.
“Kacak, kalau otak tak center pun tak guna.”bidasku laju.
“Kalau kau nak marahkan mamat yang kau jumpa tu, tak payahlah sampai terbawa-bawa macam tu.”
“Eh, kau nak tahu... Mamat gila yang aku maksudkan dari tadi, mamat tu la.”perasaan aku yang tadi sedikit kembali tenang mula berasa sesak. Seakan mahu semput sahaja nafasku ini. Kenapalah dia ada di luar butik Wawa pula.
Wawa tidak berkelip memandang wajah yang tenang itu. Pandangannya itu berganti-ganti. Selepas wajah pemuda itu dipandang, akan beralih kepadaku pula.
“Kau ni, kenapalah pula Wawa?”
“Muka kau dengan dia nak iraslah. Confirmlah, ada jodoh ni.”sempat lagi dia berseloroh denganku. Muka macam tu, dikatakan seiras dengan aku? Tak mahulah aku. Muncung bibir aku juihkan.
Dalam waktu yang sama, wajah itu aku perhatikan lama. Tidak berkelip mataku ini memandangnya. Mujur dia tak nampak aku pandangnya, kalau tidak sumpah jangan harap aku nak pandang sampai macam tu.
“Sama kan?”
“Kat mana yang sama tu? Tak ada iras pun.”tangan mula meraba-raba keseluruh muka.
“Kat hidung dan mata. Kalau kau tak mahu, biar aku je yang rembat.”
“Kau nak ambil, ambillah! Aku langsung tak hairan.”
“Betul ni, tak tak kisah?”
Aku menganggukkan kepala. Langsung aku ta kisah, jika Wawa nak ambil mamat senget yang tak berapa betul tu. Siap Wawa kot yang takut nanti, bila berdepan dengan mamat gila macam tu. Nanti tahulah langit tinggi atau rendah. Berlari tak sempat pijak tanah.
Belum sempat aku nak membuka mulut, Wawa dah jauh melangkah. Cepat sahaja kakinya di aturkan ke arah mamat gila di luar tu. Ya Allah...Kau selamatkanlah kawanku Wawa.
TERCEGAT Wawa berdiri di depan aku. Tersenyum senget sambil dijongketkan keningnya kepadaku berkali-kali.
“Hah. Ini kenapa pulak. Dah angau?”
Wawa menggelengkan kepalanya. Tersengih sahaja. Dah jadi macam kerang busuk. Entah badi apa yang terkena pada kawan aku seorang ni. Lain macam je.
“Kau cakap dia gila. Aku jumpa tadi, okey je. Takda pula dia macam laki gila seks yang kau katakan tu. Cakap dengan aku pun, pandang kat tempat lain. Muka aku ni, pandang pun tak berani.”terang Wawa kepadaku.
Aku hanya menjuih. Boleh percaya ke? Takkanlah sedikit tak pandang? Tambah-tambah lagi dengan pakaian Wawa yang membuatkan setiap lelaki jadi sesak sahaja bila memandang. Jika nampak lurah, jangan di ceritalah. Kakinya pula, dah nampak macam batang pokok kelapa je.
“Aku tak percaya.”aku terus menggeleng kepala.
“Iyalah, apa yang aku cakap ni.”
“Habis tu, kau berbual apa dengan dia? Dia bertenggek depan tu, buat apa?”soalku ingin tahu.
“Dia tunggu kau. Pergilah jumpa!”
“Eh, tak mahulah aku jumpa orang gila.”pantas aku gelengkan kepala. Tak mahulah aku berjumpa dengan dia lagi. Buat sakit hati sahaja. Nanti tak pasal-pasal lain pula yang dipandangnya. Mengjengkelkan.
“Pergilah! Dia ada hadiah nak bagi kat kau.”
“Mana kau tahu? Serkap jarang je kan?”
“Dia cakap kat aku. Eh, kau tak cakap kat aku pun, dia lamar kau. Berahsia sangatlah kau dengan aku.”pipiku lembut sahaja Wawa cuit. Matanya galak memandang dia yang setia menantiku di luar butik.
“Dia cakap kat kau macam tu?”
Wawa anggukkan kepalanya. Senang sekali, bila dapat tahu aku dilamar. Kalau dia berada di tempat aku, rasanya dia juga akan buat keputusan yang sama. Lainlah jika Wawa tak kisah jika bersuamikan lelaki miang seperti mamat tu.
“Terimalah, Yani. Aku tengok dia pun, bukan calang-calang orang.”
“Masalahnya, aku tak kenal dia. Kalau ada lelaki yang kau tak kenal, ajak kahwin serta merta, kau mahu ke?”
Wawa menjuihkan bibirnya. “Tapi, kalau lelaki macam tu, aku mahu je. Aku tak fikir panjang dah. Janji...rupa ada, duit ada... semuanya on je.”jawab Wawa beria-ia. Hah, memang kawan aku ni mata duitan. Dari dulu sampai sekarang, semua itu yang menjadi keutamaan. Jika setakat ada rupa, tapi tak berduit, memang tak akan dilayannya. Memang tak akan dipandangnya.
“Galak kau ni kan? Nak yang ada rupa dan berduit je.”
“Mestilah! Hari-hari nak pandang, mestilah nak yang sedap mata memandang. Kalau rupa langsung tak ada, tak lalu kau nak pandang nanti. Bukan setakat rupa, poket pun kena tengok juga. Biar suami yang tanggung kita lepas kahwin nanti, bukannya si isteri yang nak tanggung suaminya pulak.”sinis sahaja kata-kata Wawa tujukan kepada aku. Kisah lama, tak perlulah nak diungkit-ungkit lagi. Main sindir-sindir pula minah ni.
“Janji, hati dia baik.”
“Hoi, cik kak. Kalau lelaki tu baik, dia takkan susahkan kita. Takkan minta satu sen dari kita untuk perbelanjaan hari-hari.”balas Wawa sinis.
Hah, dia ni kalau bercakap, memang menyakitkan hati juga. Tahulah salah aku, kerana salah terjatuh cinta. Kalau dah cinta, susah senang hidup aku sanggup. Butakah cinta? Atau aku yang buta?
“AWAK ikut saya sampai ke sini. Awak tak ada kerja lain?”malas melayan bebelan Wawa, aku ringankan juga langkah keluar dari butiknya untuk bertemu dengan mamat di depanku ini.
Dia anggukkan kepala. Bungkusan dihulurkan kepadaku. Namun, aku tidak endahkan hulurannya.
“Ambillah. Aku ikhlas bagi kau ni.”hulurnya lagi.
“Saya tak perlukan apa-apa daripada awak.”
“Ambil je la. Susah-susah aku belikan kat kau. Ambil!”dia terus menghulurkan bungkusan ke arahku.
Teragak-agak juga aku ingin meyambutnya. Apa yang ada di dalam bungkusan itu? Ia sudah siap berbalut bagai. Hadiah apa yang di berikan kepada aku? Tiba-tiba aku tertatnya-tanya.
“Terima kasih.”akhirnya aku akur. Bungkusan itu kini berganti tangan.
“Tak mahu buka ke?”soalnya, sebaik bungkusan itu aku terus pegang.
“Nantilah kat rumah.”balasku acuh tidak acuh.
“Apa kata, kita pergi makan.”ajaknya.
Aku menggelengkan kepala. Bibirku juih. “Saya puasa hari ni.”sengaja aku ciptakan alasan. Tidak mahu berikan ruang waktu untuk bersama berdua.
“Iya? Puasa apa? Puasa mata? Puasa tekak?”
Ek, eleh. Dia ni, banyak pula soal. Puasalah! Takkan puasa pun tak tahu. Sabar ajelah, Yani.
“Tadi, aku nampak kau minum. Kau puasa macam mana? Setahu aku, kalau puasa, tak makan, tak minum. Tadi bukan main lagi kau teguk minum air mineral.”terjahnya. Dia nampak ke, apa yang aku buat kat dalam butik tu? Argh, malasnya nak layan dia ni. Apa yang aku buat, ada je dia tahu.
“Terima kasihlah, awak bagi hadiah ni. Saya nak kena balik dah ni. Mak saya tunggu kat rumah. Nanti lewat, dia risau pula.”mata aku dari jauh dah menangkap bayangan teksi. Nampak sahaja teksi lalu, aku terus angkat tangan. Terus badan aku loloskan masuk ke dalam perut teksi, dan minta cepat-cepat berlalu. Lega... Bila dia dah jauh aku tinggalkan.
SENANG hati aku bila sudah sampai ke taman perumahan. Berlenggang aku jalan kaki untuk pulang ke rumah, memandangkan jalan untuk ke rumah telah di sekat dengan beberapa kanopi. Mahu tidak mahu, terpaksa juga aku berjalan kaki untuk sampai ke rumah.
Tiba-tiba sahaja, hati aku rasa berdebar-debar. Terasa langkahku seolah ada yang mengekori dari belakang. Kaki yang kuatur perlahan, makin cepat aku aturkan. Sesekali aku memandang ke belakang. Tetapi tiada pula kelibat.
Argh! Apakah ini cuma perasaanku sahaja. Sampai sahaja ke depan pagar rumah, tiba-tiba ada yang menyentuh bahuku lembut. Cepat-cepat aku menepis dan menolak badan itu dari terus menyentuhku.
“Ouch! Aduhhh!”meraungnya kuat.
Tertelan liurku ini, bila tanpa sengaja, aku tertolak seseorang hingga terjatuh ke dalam longkang. Terkangkang dia di dalam longkang sambil meraung kesakitan.
“Yani... Yani...”sayup-sayup namaku dipanggil. Diamati suaranya. Langkah yang cuba aku aturkan ke dalam kembali terhenti. Kembali aku melangkah beberapa langkah ke belakang.
“Yani... tolong aku. Sakit ni.”
Dia? Jadi, dia yang aku tolak tadi. Cepat-cepat tanganku hulurkan kepadanya. Berjaya juga dia keluar dari longkang yang berbau hanyir. Tengit pula hidung aku bau busuk itu melekat ke badannya.
“Sampai hati, kau tolak aku sampai jatuh dalam longkang.”aduh, nada suara dia. Sayulah pula, aku dengar. Sedih semacam je.
“Sorry! Saya tak sengaja.”
“Sakit, tahu tak.”belakang kepalanya yang melekat lumut longkang diraba-raba.
"Macam mana awak rasa sekarang."soalku. Terselit sedikit rasa bersalah bila melihat keadaan dia yang basah kuyup.
"Puaslah kau, tolak aku dalam longkang? Busuk tahu tak?"dijegilkan biji matanya bulat.
"Saya ingat awak nak apa-apakan saya. Jadi saya cuma mempertahankan diri. Bukan salah saya tertolak awak dalam longkang."balasku sambil tersengih sumbing.
"Kau ingat aku ni bodoh sangat, nak apa-apakan kau depan khalayak ramai. Kalau aku nak apa-apakan kau, aku bawa kau ke satu tempat yang tak ada orang. Masa tu kau nak menjerit...meraung... Takda siapa yang dengar. Masa tu, tahulah kau langit tinggi ke rendah."sempat lagi dia tersenyum galak sambil mata merenungku dari atas ke bawah.
“Mata tu, awak jaga sikit. Saya tolak awak sekali lagi, baru tahu!”ugutku.
“Eeee... macam mana ni? Takkan aku nak balik rumah, dengan keadaan macam ni?”
Lama aku perhatikan dia. Kesianlah pula, tengok keadaan dia yang berserabut dengan lumpur dan air longkang hitam.
“Kalau macam tu, awak tunggu sekejap.”aku terus berlalu masuk ke dalam perut rumah. Meninggalkan dia yang masih berkeadaan comot dan busuk. Beberapa ketika kemudian, aku kembali keluar. Kali ini, tidak bersendiri, tetapi bersama emak.
“Ya Allah... kenapa ni? Anak ni siapa?”soal emak sebaik memandang dia yang masih tercegat di depan rumah.
“Mak... ni kawan Yani.”
“Kenapa jadi macam ni?”
“Tadi, Yani ingat ada orang jahat ikut, jadi Yani nak selamatkan diri. Tertolak dia, sampai jatuh dalam longkang.”bibirku gigit. Tepi cuping telinga aku garu-garu. Tak tentu arah sebenarnya.
“Ya Allah... sampai macam tu sekali. Masuklah ke dalam, pergi bersihkan diri. Nanti makcik berikan baju ganti.”
Lega rasanya, bila emak sendiri yang mempelawanya masuk. Sekurang-kurangnya, bukan aku sendiri yang mengajaknya ke dalam rumah. Biarlah dia bersihkan diri, dan boleh cepat-cepat pulang.
Sementara dia berada di bilik mandi, aku masuk ke dalam bilik. Hati ini, sudah tertanya-tanya dan beria-ia ingin melihat bungkusan yang dia berikan kepada aku tadi. Nafas aku tarik sedalam-dalamnya, sebelum bungkusan yang berbalut itu kubuka. Hati-hati balutan itu ku buka.
“Arghhh!”bungkusan yang berada di dalam tangan semuanya kubaling ke bawah. Kurang ajar mamat ni. Sesak sahaja nafasku ni di buatnya. Jaga kau, mamat sengal!