BAB 3
JAM
sudah menunjukkan ke angka 11.00 pagi. Sara sudah bersiap-siap untuk keluar
pada pagi itu. Dia membetulkan sedikit lilitan tudung di kepalanya. Baju kurung
moden berwarna merah hati yang dipakainya itu juga dibetulkan. Dia tampak
begitu ayu walaupun tidak mengenakan sebarang alat solek. Hanya dengan sedikit
bedak muka dan secalit gincu dibibir, sudah cukup membuatkan dia kelihatan
begitu ayu persis perempuan melayu terakhir.
Kunci
kereta yang tersangkut kemas di dinding rumah dicapai laju. Kereta itu dibelikan
oleh Adam untuknya dengan alasan supaya dia senang hendak bergerak ke mana-mana.
Sebuah kereta Viva berwarna hitam itu begitu bermakna pada Sara. Walaupun cuma
sebuah kereta kecil, namun dia bersyukur kerana inilah pertama kali dalam
hidupnya, dia mendapat hadiah daripada seseorang. Hadiah mahal pula tu!
Dia
sangat bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan padanya. Sara percaya
apa yang telah terjadi selama ini ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Lihat
sajalah dia sekarang. Dulu dia hanya seorang gadis kampung yang hidup dalam serba
kedaifan. Ibarat kata, kais pagi makannya pagi dan kais petang.. makannya
petang.
Tetapi sekarang, dia sudah tidak perlu bekerja
keras lagi untuk mendapatkan sesuap nasi. Semua keperluannya telah disediakan
oleh Adam. Dia terima dengan redha takdir yang telah ditetapkan oleh Allah untuknya.
Andai benar Adam adalah jodoh yang terbaik, yang telah dipilihkan oleh Allah
untuknya.. dia berlapang dada untuk menerima.
Tetapi
Sara tidak tahu sejauh mana kekuatan yang dimiliki olehnya. Mampukah dia untuk
terus bertahan dan pertahankan rumah tangganya bersama Adam. Kadang-kala Sara
berasa takut untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Apakah selamanya hanya akan
ada perasaan kasihan di hati Adam untuk dirinya? Tidak akan wujudkah secebis
cinta di hati Adam buatnya?
Sara
mengeluh kecil. Terasa begitu berat beban perasaan yang terpaksa ditanggung
olehnya. Dalam diam dia sudah mula menyukai Adam. Itulah yang menjadi masalah
padanya kini. Dia takut andainya semakin lama dia berada di situ semakin kuat pula
perasaannya terhadap Adam. Dia takut untuk membayangkan segala kemungkinan yang
mendatang. Walaupun Adam terang-terangan mengakui bahawa dia sedikitpun tidak
mempunyai perasaan pada Sara, tetapi hati Sara seakan sudah terpaut dengan
sikap Adam yang bertanggungjawap itu. ‘Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan.’
Hanya doa itu yang sentiasa terdetik di hati Sara.
PEDAL
minyak ditekan perlahan oleh Sara. Kereta dipandu dengan cermat. Maklumlah,
Sara bukan cekap sangat memandu. Lesen pun baru saja dapat. Sesekali ada juga perasaan
takut yang bertandang apabila berselisih dengan kenderaan yang lebih besar.
Namun, dicekalkan juga hatinya.
Tidak
lama kemudian dia sudah selamat sampai ke tempat yang dituju. Setelah kereta
diparkir dengan elok, dia melangkah
perlahan menuju ke siber cafe. Perasaannya
bercampur baur antara takut dan mengharap. ‘Semoga Engkau tunaikan impianku Ya
Allah..’ Doa Sara tidak putus-putus.
Langkah
dihayun dengan penuh debaran.
Terasa
seperti mahu melompat kesukaan. Sara benar-benar teruja tatkala melihat namanya
tersenarai di dalam senarai nama pelajar ambilan pertama UPU. Rasa nak
menangis, nak ketawa.. semua ada. Syukur sangat-sangat kerana impiannya
tercapai. Dia diterima masuk ke Universiti Malaysia pahang.
Dalam
diam, sempat juga Sara menarik nafas lega. Sekurangnya tak adalah dia terpisah
jauh sangat dengan Adam. UMP masih lagi berada di dalam negeri Pahang.
Bila-bila saja dia boleh menjenguk Adam. ‘Hishh.. kenapa pulak aku fikirkan dia
ni?’ Sara garu kepala. Nama Adam juga yang dia ingat! ‘Arghhh, baik aku pusing-pusing
dekat bandar kuantan ni dulu. Balik rumah pun bukan ada apa nak buat!’ Omel
Sara sendiri.
ORANG
agak sesak di pusat membeli belah Megamall pada hari itu. Sara menjengah seketika
ke arah jam tangannya. Sudah masuk waktu makan tengah hari. Patutlah ramai
sangat orang.
Sara
mempercepatkan langkahnya. Perutnya juga sudah mula menyanyikan lagu keroncong,
minta diisi. Sampai sahaja di hadapan restoran ‘De Daun’.. sebuah restoran
masakan melayu, Sara cepat-cepat melangkah masuk. Dia tidak mahu
berlengah-lengah lagi. Mungkin sekejap lagi keadaan akan menjadi semakin sesak
apabila semua orang sudah keluar untuk rehat dan makan tengah hari.
Namun
begitu, belum pun sempat dia melabuhkan duduk, pergerakannya terus terkunci.
Kakinya terasa berat untuk terus melangkah. Macam ada sebongkah batu besar yang
melekat di kakinya. Di meja hadapannya kini kelihatan sepasang kekasih sedang
asyik dibuai asmara. Mereka begitu mesra, makan bersuapan. Tiba-tiba tubuh Sara
berasa panas dan gementar. Wajahnya yang tadinya tenang, sudah berubah riak
menjadi tegang. Hati pula, terasa sakit yang amat. Bagaikan disiat-siat dengan
belati.
“Adam?”
Spontan
nama itu terpancul di bibir Sara. Namun tersangat perlahan, cuma dapat didengari
oleh dirinya sendiri sahaja. Sandiwara itu terus ditonton oleh Sara tanpa disedari
oleh pasangan yang sedang asyik memadu cinta itu.
Ada
air jernih yang jatuh perlahan di pipinya. Terasa sakit dan sebak yang teramat
sangat. ‘Kenapa aku rasa macam ni? Kenapa ait mata ini tumpah? Kenapa sakit
begini, Ya Allah? Aku tidak mengerti.!’ Air mata semakin laju merembes keluar. Sara
terus menjadi penonton yang setia.
Sesekali
tangan Adam bergerak lembut, membetulkan anak rambut yang jatuh berjuntai menutupi
wajah kekasihnya itu. Mereka kelihatan sungguh bahagia, seolah-olah dunia ini cuma
milik mereka berdua. ‘Apa lagi yang kau tunggu Sara! Memang wajar dia melayan
kau begitu.. Dia memang benar-benar sudah mempunyai kekasih hati. Cuma kau yang
bodoh Sara! Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.’
Sara
tidak sanggup lagi untuk terus menjadi penonton kepada babak percintaan itu.
Dengan tergopoh-gapah dia berjalan meninggalkan restoran itu tanpa menoleh ke
kanan dan ke kiri lagi. Sara bimbang kalau-kalau Adam perasan dia berada di
situ. Dia tidak mahu dituduh menjadi pengintip pula.
Dalam
keadaan kelam kabut itu.. tiba-tiba,
“Dubb!”
Sara
terlanggar seseorang dan hampir-hampir dia terjatuh di situ. Sara memejamkan
matanya bersedia untuk jatuh pada bila-bila masa sahaja. Dan pada saat itu juga
dia dapat rasakan ada sepasang tangan yang gagah merangkul erat pinggangnya
sekaligus menyelamatkan dia daripada jatuh tergolek.
Sara cepat-cepat buka mata. Saat itu juga, debaran
sudah mengila di dadanya. Terlopong mulut Sara! Dia sekarang berada di dalam
pelukan seorang lelaki kacak. Dan yang membuatkan Sara semakin kaget, dia
langsung tidak mengenali siapakah gerangan lelaki kacak itu. Lama Sara kaku
dalam pelukan lelaki kacak itu. Dia benar-benar terkejut.
“Cik
okey ker?” Soal lelaki itu lembut dan perlahan. Matanya tidak lepas dari
merenung wajah Sara. Seolah telah terpukau dengan keayuan Sara.
“Eh,
Okey!” Cepat-cepat Sara menolak tubuh lelaki yang memeluk erat pinggangnya itu.
Dia bagaikan baru tersedar keadaan mereka begitu. Muka Sara berubah menjadi
merah. Malu berpelukan begitu dengan lelaki asing. Di tempat yang terbuka pula
tu. Apalah agaknya pandangan orang sekeliling.
Baju
kurung yang tersarung kemas di tubuhnya itu dibetulkan, cuba mencari keselesaan.
Jantung Sara masih berlari laju. Malu betul dia pada lelaki yang sedang berdiri
di hadapannya sekarang. Kalau boleh, Sara rasa nak sorokkan muka dia dalam kain
tudung saat tu juga.
“Maaf
Cik! Saya tak ada niat nak ambil kesempatan tadi.” Lelaki itu mula disapa
perasaan bersalah apabila melihat Sara yang sudah tidak tentu arah. Wajah merah
Sara yang tunduk merenung lantai itu sudah jelas mengambarkan perasaannya tika
itu. Dia tahu Sara malu.
“Eh,
saya yang sepatutnya mintak maaf sebab terlanggar awak tadi. Terima kasih sebab
awak dah selamatkan saya dari terjatuh.” Sara cuba bertenang. Cuba untuk
senyum. Tapi bibirnya seakan berat untuk mengukir senyum. Jantung Sara juga,
langsung tidak mahu berkerjasama dengannya. Dari tadi asyik berdetak laju!
Tambah laju bila Sara perasan sepasang
mata milik lelaki kacak itu tidak lepas-lepas daripada merenung dirinya.
‘Aduh! Kenapa tengok aku macam nak telan ni?’ Hati Sara berbisik sendiri.
“Eh,
tak apa! Kalau orang lain berada di tempat awak tadi pun saya tolong jugak.” Lelaki
kacak tadi melemparkan senyuman manisnya pada Sara. Mata tak lepas-lepas
daripada merenung Sara. Rasa sayang mahu mengalihkan pandangannya ke tempat
lain.
“Err,
saya pergi dulu!” Sara terus berlalu tanpa menantikan jawapan daripada lelaki
itu. Rasa kurang selesa pula dia mahu berlama dengan lelaki yang langsung tidak
dikenalinya itu.
“Cik,
tunggu dulu!” Panggil lelaki itu kuat.
Sara
terus menonong pergi tanpa menghiraukan panggilan daripada lelaki kacak itu.
Sudahnya, lelaki tadi menghela nafas panjang. Rasa kecewa pula melihat Sara
terus berlalu tanpa menyahut panggilannya.
Sementara
itu, Adam rasa seperti ada sepasang mata yang sedang merenungnya daripada jauh.
Dia terus menoleh untuk memastikan keadaan itu. Matanya menyorot liar kesegenap
ruang di dalam restoran itu dan agak terperanjat apabila matanya menangkap
pandang imej seorang perempuan muda yang sedang tergesa-gesa pergi meninggalkan
restoran tersebut.
Tiba-tiba dia nampak tubuh perempuan itu telah
dirangkul erat oleh seorang lelaki. ‘Eh, itukan..?’ Darah Adam berderau. Bibir
diketap kuat tanda geram. Tanpa sedar tangannya sudah menggenggam penumbuk.
Sakit hati! Itu yang Adam rasa sekarang.
JAM
sudah menunjuk ke angka 8.30 malam. Sara baru sahaja selesai mandi dan sedang
mencari-cari baju tidur untuk dipakai. Tiba-tiba pintu biliknya ditolak kasar
dari luar. Terperanjat Sara apabila Adam dengan laju merempuh masuk ke biliknya.
Wajah Adam yang mencuka itu sudah jelas menampakan ketidakpuasan hatinya. ‘Apa
kena pulak mamat ni? Tak ada angin, tak ada ribut.. tiba-tiba taufan!’ Sara
mula cuak. Perasaan malu mula bermukim di hati. Malu bila Adam tiba-tiba saja merempuh
masuk ke biliknya dan melihat dia dalam keadaan berkemban begitu.
“Kenapa
nak masuk tak ketuk pintu ni?!” Bentak Sara kasar. Mukanya sudah merona merah,
cuba berselindung di balik pintu almari pakaian.
Adam
masih tetap mencuka. Matanya tidak lepas merenung Sara daripada atas sampai kebawah.
Sara mula rasa tidak selesa dan takut. ‘Apa dah jadi ni?’ Hati makin bingung.
Jantung
Sara berdegup kencang. Perasaan takut mula menguasai dirinya apabila melihat
Adam berjalan perlahan menghampirinya dengan panahan mata yang tajam, menikam
terus ke tangkai jantung Sara.
Tangan Sara ditarik kasar oleh Adam
sehinggakan tubuh Sara terdorong ke depan dan terus berlaga dengan tubuhnya. Cepat-cepat
Sara mengundur semula ke belakang. Tapi, pegangan tangan Adam masih kejap di
lengannya. Sara rasa nak menangis. Takut, seram.. semua ada. Pandangan mata
Adam yang tajam itu seakan mahu menelan dia hidup-hidup di situ.
Hati
lelaki Adam mula bergetar. Saat tubuh hangat Sara berlaga dengan tubuhnya
sebentar tadi, naluri lelakinya terus berkocak. Jantungnya berdetak sama laju
dengan jantung Sara.
Sara
gementar. Dia meronta kuat, cuba untuk merungkaikan cengkaman tangan Adam yang
begitu kejap di lengannya. Tapi, Adam semakin mencengakam.. membuatkan dahi
Sara berkerut menahan rasa sakit.
“Sakitlah!”
Sara mengadu kuat. Peluh kecil sudah mula memercik di dahinya. Dia betul-betul
malu dan takut berhadapan dengan Adam dalam keadaan begitu. Kenapa dengan Adam
ni? Kena rasuk dengan iblis mana ni? Ataupun bergaduh dengan kekasih dan
sekarang melepaskan segala kemarahannya pada Sara?
Adam
tetap sama. Wajahnya masih lagi mencuka, merenung Sara dengan tajam dari atas
sampai ke bawah. Liur diteguk berkali-kali. Iman di dada semakin menipis.
Tetapi perasaan marah lebih menguasai dirinya berbanding keinginan batinnya
kala itu.
“
Please Am.. lepaskan tangan saya.”
Sara
merayu dengan suara bergetar. Mata mula berkaca. Dia berharap sangat Adam mahu
mendengar rayuannya. Tapi malangnya. Rayuan Sara semakin mencambahkan api kemarahan
di dalam diri Adam.
“Ooo..
Kalau aku pegang tangan kau tak boleh! Tapi kalau jantan lain peluk kau, kau
suka!!” bentak Adam keras. Dia terus merangkul Sara ke dalam pelukannya, begitu
kuat dan kejap. Sara meronta-ronta untuk melepaskan diri. Perasaan takut
semakin menguasai diri tatkala melihat Adam seakan sudah hilang pertimbangan.
Tindakan
Adam semakin meliar. Rayuan Sara sedikitpun tidak terkesan di hatinya. Dia
telah dikuasai perasaan marah dan keinginan batin seorang lelaki. Kehangatan
tubuh Sara telah membangkitkan naluri kelelakiannya.
Sara
mengigil ketakutan. Air mata turun tanpa dipinta. Matanya dipejam rapat-rapat.
Takut nak membayangkan apa yang bakal berlaku selepasnya.
Tiba-tiba
pelukan Adam terlerai. Dia berlalu menuju ke arah pintu bilik Sara yang terbuka
luas. Laju Sara membuka mata. Dia sudah terduduk kaku di penjuru katil, menarik
nafas lega. Disangkakan Adam sudah mahu keluar, namun sangkaannya terus
meleset. Dari ekor matanya dia dapat melihat Adam menutup daun pintu biliknya
dari dalam dan terus dikunci rapat. Dada
Sara kembali sesak apabila melihat Adam sudah menghampirinya semula. Mata
mereka bertembung lama.
Dengan
perlahan Adam datang menghampiri isterinya, mengambil tempat duduk di sebelah
Sara. Perlahan-lahan Adam menyentuh tangan Sara dan menggenggam serta membelai
jari jemarinya dengan lembut.
Sara
keliru.
“Kau
milik aku! Aku tak suka kalau hak aku dikacau oleh orang lain. Aku tak akan
lepaskan kau Sara. Aku akan pastikan kau cuma menjadi milik aku..” bisikan Adam
yang perlahan di telinga Sara itu membuatkan Sara semakin kebingungan dan tidak
mengerti.
Bertambah
keliru apabila jari-jemari suaminya beralih pada wajahnya pula. Sara kaku dan
tidak faham dengan sikap Adam pada malam itu. Dia cuba mencerna apa yang telah
berlaku namun masih kabur. Akhirnya Sara kalah jua apabila Adam mencium pipinya
dengan begitu mesra. Kenapa Adam begini?
“Sara...
aku mahu kau jadi milik aku sepenuhnya.” Pinta Adam lembut. Sara diam,
fikirannya sungguh berkecamuk saat itu. ‘ Kenapa dia bersikap macam ni, apa sebenarnya
ni? Kenapa dengan tiba-tiba sahaja? Ya Allah, berdosakah aku jika menolak?’
Fikiran Sara semakin kusut.
Sekali
lagi Adam mencium pipi Sara dan meramas jari-jemarinya. Sara terpana seketika, tidak
pernah seumur hidupnya dibelai sebegitu oleh seorang lelaki.
Adam
merenung lembut ke dalam anak mata Sara.
“Aku
mahukan kau..”
Pinta
Adam sekali lagi. Air jernih sekali lagi tanpa segan silu jatuh ke pipi Sara. ‘Andainya
ini memang sudah Engkau aturkan untukku, aku redha dengan segala perancangan Mu,
Ya Allah.’ Hati Sara berbisik yakin.
Akhirnya pada malam itu, buat pertama kalinya
Adam meniduri Sara. Mereka berkongsi apa yang sepatutnya mereka kongsikan
selama ini. Malam itu segala-galanya menjadi indah, seolah-olah tidak pernah
ada sengketa di antara mereka selama ini.