BAB 2
HILANG saja mama nya dari
pandangan, cepat Ahqaf bergerak merapati Anggerik yang berdiri di tepi peti
ais.
“Anggerik. Kongsi.” Pintanya sambil memandang ke arah vitamin yang
berada di tangan isterinya.
“Ini vitamin untuk ibu mengandunglah. Kan mama kata bos tak boleh
makan.” Vitamin yang berada di tapak tangan Anggerik larikan ke belakang tubuh.
Setiap kali dia nak makan vitamin mesti terpaksa bergelut dengan
Ahqaf. Dah lah jenis tak mahu kalah.
“Hiss! Bagi ajelah. Kau makan satu je. Jangan nak kedekut dengan
suami sendiri boleh tak.” Tangannya melangkau ke belakang Anggerik. Dia tak
kira! Dia nak juga vitamin yang Anggerik makan tu.
Bau tu saja dah buat dia telan liur. Manis. Pertama kali dia obses
dengan bau ubat.
“Bos...” Terkial-kial Anggerik cuba mengelak sehingga tubuhnya
tersandar ke peti sejuk.
“Along?”
Suara seseorang di muka ambang pintu dapur mengejutkan keduanya.
Anggerik terkaku dengan tangan Ahqaf yang membelit ke bahagian belakangnya.
Alamak! Mama.
“Mama. Boleh tak jangan nak kacau daun. Kami nak bertelenovela pun
tak boleh la.” Cepat Ahqaf berdalih. Macam mana pulak mama boleh berpatah
semula ke dapur ni.
“Telenovela? Dekat dapur ni?” Soal Maira dengan riak tak percaya.
“Ye la. Kenapa pulaknya. Berkasih sayang di mana saja. Itu Along
punya tagline.” Ahqaf buat muka selamba. Tapi tangannya di belakang
Anggerik masih berusaha keras. Bibir sudah mampu tersenyum bila dia dah dapat
pegang apa yang dia mahukan.
“Alahai. So sweet anak mama ni. Okey sayang, mama tak
kacau.” Maira atur kaki masuk ke dalam.
Terjenguk-jenguk kepala Ahqaf cuba mengintai mamanya. Pasti saja
yang wanita itu sudah tiada, cepat dia melepaskan tubuh Anggerik. Vitamin yang
berada di dalam tangannya dipandang dengan mata yang berkilau.
Dengan pantas disumbat masuk ke dalam mulut. Sedap amat!
“Orang yang mengandung. Dia pulak yang lebih-lebih.” Bebel
Anggerik. Geram!
“Ehhh. Tapi aku yang teruk tau. Aku yang pening, muntah-muntah.
Tak selera makan. Aku cuma selera dengan vitamin ni je tau. Tengok ni ha, four
pack aku dah tinggal two pack je.” Ahqaf tepuk-tepuk bahagian
perutnya.
Memang dia rasa badan dia dah agak susut sekarang. Tapi dia rela,
asalkan bukan Anggerik yang kurus kering. Tak best kalau peluk batang
pisang.
“Apa-apa je lah. Jom, sayang.”
“Pergi mana?”
“Cendol pulut tepi simpang sekolah tu.”
Ahqaf tepuk dahi. Tak habis-habis dengan cendol pulut tu. Sudahlah
dekat tepi simpang yang berhabuk dan panas pulak tu. Kenapalah Anggerik boleh
berselera dengan cendol dekat situ. Tempat lain kan banyak.
“Sayang...” Rengek Anggerik. Tengok aksi Ahqaf pun dia dah tahu
yang lelaki tu menolak.
“Baby, please. No.”
Ahqaf geleng sambil menekankan perkataan NO.
“Yes.” Anggerik angguk.
“No!”
“Yes.”
“Adoii...”
Ahqaf peluk peti ais. Kepala dihantukkan perlahan ke pintu peti
ais tersebut. Tolonglah wahai isteri! Kenapalah suka sangat minta yang
bukan-bukan. Hiss! Rasa nak masuk je dalam peti ais ni, biar sejuk sikit otak
dia.
“Baby, kenapa selera awak pelik sangat. Mintaklah kek sepuluh
tingkat dari Secret Recipe ke.. Daddy sanggup! But why, cendol pulut?”
Rungut Ahqaf. Kali ini dia tujukan kepada anak di dalam kandungan Anggerik.
“Please, daddy.”
Suara meleret Anggerik membuatkan mata Ahqaf terpejam rapat.
Kenapa sekarang dia suka dengar suara meleret-leret macam tu. Kenapa banyak
sangat perkara pelik yang jadi ni.
“Adoii... Peningnya. Kaki pun dah tak larat nak jalan ni.” Ahqaf
lemahkan badan. Tubuh dipusingkan menghadap Anggerik sambil buat muka kesian.
Tak tipu okey! Memang dia tengah tak larat pun ni.
Dia hanya nampak Narita berbunga pink dalam bilik je
sekarang ni. Dia malas nak pergi melangut bawah payung merah dekat gerai cendol
tu. Help!
“Bukannya lama pun kita pergi.” Anggerik masih berkeras.
“Ye. Tapi aku nak angkat tangan pun dah tak boleh ni ha... Tak
kesian ke dekat aku ni.” Yela tu tak lama! Kalau dah dapat hadap cendol tu, dia
depan mata pun Anggerik tak nampak.
“Bos kan kuat.”
“Alahai... Anggerik. Kenapalah degil sangat ni. Malas la...” Ahqaf
atur langkah keluar dari ruang dapur. Melangkah masuk ke dalam bilik kemudian
terus terjun atas Narita tengah bilik. Memang dia tak bagi sesiapa kemas.
Senang dia nak berguling-guling.
Anggerik gosok-gosok hidung. Sampai hati Ahqaf. Tak apa, kalau
suami dia tak nak. Dia boleh ajak orang lain. Bibir mengorak senyuman. Suspek
dicari kemudian menyampaikan hasratnya. Setuju saja, terus dia naik ke bilik.
Tudung dicapai tanpa langsung mempedulikan Ahqaf.
“Nak ke mana pulak tu?” Soal Ahqaf bila tengok Anggerik bersiap.
“Cendol pulut lah.”
“Kau jangan nak mengada drive ye.” Ahqaf tegakkan badan.
Aku ikat juga bini aku ni nanti!
“Siapa kata saya nak drive? Saya nak dating dengan papa.”
Bulat mata Ahqaf. Papa? No! Cepat dia bangun dan berdiri
tegak depan pintu bilik.
“Tak payah! Suka hati ye nak curang dengan aku.” Mata dijegilkan.
Anggerik cekak pinggang. Buruk betul perangai lelaki seorang ni.
Cemburunya ya ampun!
“Tepilah. Biarlah curang pun, siapa suruh bos tak nak pergi.”
“Tapi gerai tu...” Belum sempat Ahqaf meneruskan ayat. Tekaknya
terasa ada sesuatu. Cepat dia berlari ke bilik air. Tengkuk ditepuk-tepuk menggeluarkan
apa saja yang mahu keluar dari tekaknya.
Adoii! Memang tinggal tulanglah dia tak lama lagi.
“Bos, okey?” Soal Anggerik sambil mengosok belakang suaminya.
Kesian betul suami dia, terpaksa menghadapi alahan. Dia pulak yang terasa segar
bugar.
“Hmm.” Ahqaf angguk. Selesai membasuh mulut. Kepala direhatkan ke
bahu Anggerik. Tangan naik memeluk pinggang itu. Nasib baiklah dia sayang,
muntah setiap minit demi Anggerik pun dia sanggup.
“Jom, cendol pulut.” Ajak Anggerik.
“Baby. Why? Why? Adehh...” Raung Ahqaf kemudian bergerak
masuk ke dalam bilik.
Anggerik sudah lepaskan gelak. Manjanya lah suami dia ni. Nak
marah tapi terpaksa bertahan, jadi keluarlah suara garau yang merengek-rengek.
Tambah lebar senyuman dia bila tengok Ahqaf capai kunci kereta.
“Baby. Sila jadi hero yang membanggakan papa. Please!”
Bebel Ahqaf lagi.
Sebelum keluar sempat dia capai minyak angin dan ditepuk-tepuk ke
dahinya. Dia kena kuat demi Anggerik. Dia kena kuat demi anaknya yang bakal
lahir itu. Dia tak nak lagi melakukan kesilapan dan melukakan hati wanita
kesayangannya itu.
“Jom.” Tangan Anggerik dia capai.
Rela dia pergi melangut bawah payung merah tepi simpang tu. Kalau
dia duduk rumah pun nanti, dia akan terbayangkan papa dengan Anggerik menikmati
cendol berdua.
Tidak!
Walaupun dengan papa sendiri atau sesiapa saja. Anggerik Medina
hanya boleh berduaan dengan dia. Tidak akan ada lelaki lain. Dan akan datang,
dia akan pastikan kesemua anak-anak dia akan menyayangi Anggerik Medina seperti
dirinya.