BAB 4
YA ALLAH, kat mana aku nak cari
kerja? Dah banyak tempat aku pergi, asyik tak ada kerja kosong. Kalau ada yang
panggil temuduga, satu pun tak bagi jawapan hingga sekarang. Masaklah aku lepas
ni. Mesti emak bising lagi.
Letihlah,
kalau macam ni. Bosan pun ada. Agaknya, aku memang perlu mandi bunga lepas ni.
Tapi, mak cakap semua tu syirik. Jangan percaya benda-benda karut. Aku pun tak
tahulah, kenapa jadi macam ni. Agaknya memang bukan rezeki aku.
Aku
aturkan kaki menuju ke Butik Wawa. Tiada lagi tempat yang aku nak tujui. Hanya
tempat itulah, aku melepak dan habiskan masa. Menapak aku masuk ke dalam. Hari
ni, suasana butik sepi pula. Wawa yang duduk dikaunter aku hampiri.
“Hai,
Wawa...”punggung terus kuhenyakkan berhadapan dengan Wawa. Tak menjawab teguran
aku. Mukanya pula macam tertelan biji asam. Masak mencuka.
“Wawa!
Kau okey tak ni? Lain macam je...”soalku.
“Eh,
kau Yani. Bila kau datang?”soal Wawa. Patutlah diam membisu. Rupanya jauh
melamun.
“Baru
datang. Lain macam je muka tu. Ada masalah ke?”soalku menyibuk. Siapa lagi yang
akan menyibuk kalau bukan aku. Kami kan kawan baik.
“Pekerja
aku Nina, dah dua hari tak datang. Susahlah kalau macam ni. Kerja kat butik
banyak.”Adu Wawa.
“Dia
cuti ke?”
“Dia
tak beritahu aku pun. Terus dia hilang macam tu je. Call pun tak dapat. Aku
rasa, dia takkan datang lagilah lepas ni.”cerita Wawa.
“Kau
iklankanlah, nak guna orang. Mesti berduyun-duyun orang nak kerja dengan
kau.”Aku memberi cadangan.
“Nantilah
aku fikir. Kau pula dari mana ni?”
“Aku
pusing-pusing cari kerja.”beritahuku.
Wawa
sudah tersengih lebar. Terus bingkas bangun daripada duduknya. Datang dekat dan
menarik tangan aku mengikut langkahnya. “Kau kerja dengan akulah, Yani.
Sekarang juga, kau mulakan kerja.”Arah Wawa.
Ternganga
mulutku ini. Wawa sendiri yang mempelawa aku kerja. Kalau tahu, awal-awal lagi
aku terus ke sini pagi tadi. Buang masa dan memenatkan je, pusing sana sini.
“Kau serius?”
Wawa
anggukkan kepala. Wajahnya yang tadi muram, sudah mampu mengukirkan senyuman.
“Aku lagi suka, kalau kau kerja dengan aku. Taklah aku sunyi sangat. Kalau kau
ada, hidup aku ni rasa ceria.”Sambung Wawa. Itu memang aku tahu. Wawa kalau aku
ada dengan dia, gila-gila kami ni akan bersatu menjadi satu kuasa.
“Aku
pun. Terima kasih, Wawa. Kau sudi ambil aku sebagai pekerja kau. Tak sangka,
kawan baik aku sekarang bos aku.”
Wawa
meledakkan tawa. “Kau jangan nak terhegeh-hegehlah Yani. Nak berbasi-basi
dengan aku.”
“Aku
cakap betul. Sekarang kau bos aku.”
“Ialah
tu. Okey, sekarang tolong mulakan kerja. Jangan mulut je yang banyak bergerak,
kerja tak jalan.”
“Okey,
bos!”
AKU menarik nafas lega selepas
beberapa orang pelanggan datang ke butik berlalu pergi. Dah sehabis daya aku
memberi layanan yang cukup baik. Gerenti selepas ni, mereka tak serik datang ke
butik lagi.
Hari
ini sahaja, aku berjaya memujuk beberapa pelanggan untuk mengambi l
perkhidmatan kami semasa majlis mereka nanti. Macam tak percaya, pertama kali
berkerja dah dapat pencapaian sebegini.
“Pandailah
kau, Yani. Kau ada bakat business women ni.”Puji Wawa buatkan aku
kembang.
“Ia
ke?”
Wawa
anggukkan kepala. Argh, apalah sangat. Mungkin semuanya kebetulan. Kot sikap
aku yang happy go lucky ni, buat orang seronok nak berkerjasama.”
Wawa
ketawa. Ish, aku cakap pun nak ketawa. “Yang tu, aku setuju sangat! Mulut kau
yang macam mulut murai tu, buatkan orang mudah nak mesra dengan kau.”
“Tahu,
tak apa!”Berlalu aku ke pantri di belakang. Dahaga. Air kotak laici yang ada
dalam peti ais aku ambil. Dua kotak. Satu untuk Wawa dan satu untuk aku.
Kembali aku dengan dua kotak air laici. Disuakan satu kepada Wawa. Senang Wawa
menyambutnya.
“Eh,
mamat yang kacak tu, ada cari kau lagi tak?”Soal Wawa. Tiba-tiba pula dibuka
cerita pasal si Shafiq sengal.
“Entah!
Malaslah nak cakap pasal mamat sengat plus sewel tu.”
“Alahai,
kenapa pulak? Cerita je la. Nak tahu jugak cerita.”
Aku
mencebik. Sebut fasal Shafiq, terbayang pulak 3 helai bra yang dihadiahkan pada
aku semalam. Lupa pula nak buang bungkusan tu. Masih ada kat bawah katil.
“Ceritalah
Yani. Dia ada cari kau tak?”
Aku
mengjongketkan bahu. Sibuk pula dia, nak tahu. Agaknya dah terbekenan. “Tak
payah cerita. Aku bencilah dengan dia.”
“Jangan
cakap macam tu. Dok cakap benci, nanti kau cakap sayang pulak kot.”usik Wawa.
“Eh,
tak ada aku nak sayang orang macam tu. Harap muka je kacak, tapi otak tak betul
pun, tak guna jugak.”
“Mana
kau tahu dia tak betul?”
“Dia
memang tak betul. Kau jangan tanya aku apa-apa.”
“Mesti
ada sebab kan? Kalau tak, takkan kau saja-saja nak benci kat dia.”Wawa terus mendesak.
Sibuk nak tahu.
“Ada
banyak sebab, aku cakap dia tak betul. Kau ingat, aku cakap kosong?”
“Beritahulah...”
“Pertama,
dia langgar kereta arwah abah aku, dan dia minta aku bayar ganti rugi. Kedua,
dia ugut aku, suruh aku menyamar kekasih dia. Kalau aku tak ikut cakap, dia nak
raba aku. Ketiga, dia ikut aku ke mana-mana aku pergi. Keempat, dia jumpa mak
aku dan cakap dia kekasih aku. Dan yang kelima, dia berikan aku hadiah.”Satu
persatu aku sebut. Semua yang dia lakukan itu gila. Orang yang tak betul je
buat semua tu.
“Wah,
sweetnya!”
“Kau
pun sama gila macam dia. Macam tu, kau cakap sweet?”Berjangkit dah
penyakit gila ni.
“Sweet
ler tu. Kau yang tak betul, cakap dia gila.”Aku yang kena balik. Susah cakap
dengan orang yang tak mahu faham.
“Hadiah
apa yang dia bagi kat kau?”Risik Wawa.
“Esok
aku bawa. Ambil je kat kau. Aku tak hingin.”Tiga helai bra yang pelbagai warna
itu, tak ingin aku simpan. Dekat di hati. Belum pakai pun, hati aku dah panas.
Kalau aku pakai, mahu tercabut terus jantung.
BERJALAN aku meniti di tepi deretan
kedai, menuju ke hentian bas. Masa untuk pulang. Mesti emak risaukan aku. Lupa
pula nak telefon emak, beritahu aku dah mula kerja di butik.
“Yani!”
Siapa
pula yang panggil aku? Baru tangan ni, menggamit tahan bas. Ada pula yang
panggil. Memusing merata kepala, tapi tak nampak bayang sesiapa yang aku kenal.
Argh! Perasaan aku je kot.
“Hai,
sayang!”
Terkejut
aku. Pusing sahaja badan, Shafiq dah ada di belakang. Sempat ditepuk belakang
aku.
“Awak
lagi?! Saya bosanlah, asyik jumpa awak.”Naik juling biji mata. Nak hadap muka
dia lagi. Dah bosan!
“Ialah,
sayang. Abanglah. Siapa lagi?”
Uwekkk!
Nak termuntah hijau aku dibuatnya. Abang? Hei, pleaselah. “Sejak bila,
awak jadi abang saya? Saya tak ada abang. Lagi-lagi macam awak!”Aku terus
mengaturkan kaki. Tak sudilah nak pandang mukanya tu.
“Abang,
ehem...ehem... Macam tak biasalah pulak.”Cuba dicuit hidung, tapi aku cepat
menghalangnya.
“Tangan
tu, cuba diam-diam. Jangan nak cuit sana, cuit sini.”Aku mula marah.
“Tangan
abang. Suka hati abanglah, sayang.”Jawabnya. Mukanya manis dengan sengihan.
Langkah
aku dihalangnya. Mendepa tangannya. Menghalang aku terus menapak ke depan.
“Tepilah! Saya jerit nanti.”
“Kalau
nak jerit tu, jangan kuat-kuat sangat. Jerit yang manja-manja cukuplah. Abang
suka, kalau sayang jerit-jerit manja.”Sahutnya lain macam je.
Ya
ALLAH. Rasa macam nak cekik je pemuda di depan aku ni. Apasal bunyi galak
sahaja cakapnya tu? Macam gangguan pun ada. “Awak nak apa lagi ni?”
“Abang
nak jemput sayang baliklah. Nak hantar sayang balik rumah. Rindu pulak kat
mak.”Jawab Shafiq. Sejak bila pula, aku rasmi menjadi kekasih hatinya? Nak berabang
dan bersayang pula? Emak aku pun, dia dah mengaku emaknya.
Aku
mencekak pinggang. Kaki terasa ringan je nak hayunkan ke depan. Mukanya tu
pula, buat aku rasa nak cakar-cakar
harimau. Dan mulutnya pula, aku nak letakkan cili padi yang siap
ditumbuk. Biar puas hati!
“Jomlah,
sayang. Abang hantarkan.”Ajaknya.
Tak
sudilah aku! Sudahlah asyik ganggu aku dengan perkara-perkara yang tak senonoh.
Nanti, tak fasal pulak, aku jadi mangsa rogol. Jangan buat hal! Nanti menangis
tak berlagu. Aku siap berpesan pada diri sendiri.
“Jomlah.”
“Excuse
me, Encik Shafiq...”
“Syafiq
Hazlan.”Pintasnya sambung. Sedap namanya, tapi tak elok perangainya. Tak
berkenanlah aku.
“Encik
Shafiq Hazlan, saya tak sukalah awak asyik ganggu saya macam ni. Rimaslah!”Kami
saling bertentangan mata antara satu sama lain. Amarahku ini, mengapa perlu
penuh dengan rasa debar?
“Abang
cuma nak tuntut hutang je.”Jawabnya dengan kenyitan mata.
“Bila
pula saya berhutang dengan awak?”Bikin panas hati aku sahaja. Aku langsung tak
berhutang dengannya, apatah lagi nak berhutang budi. Setakat berikan aku hadiah
3 helai bra yang beraneka warna, itu langsung tak membuatkan aku terhutang
budi.
“Sayang
dah lupa? Nak abang ingatkan?”soalnya lembut.
“Bila
masa saya hutang awak? Cakap kat saya!”Sengaja naikkan darah aku. Kalau ia pun
nak pikat aku, cubalah guna taktik yang baik. Yang buatkan aku cair. Ini tak,
buatkan aku mendidih.
“Sayang
ni, memang cepat lupa. Sayang kan berhutang dengan abang. Kereta abang yang
kemek tu, bila sayang nak bayar ganti rugi?”
“Argh!
Tak kuasa saya nak bayar. Bukan saya yang langgar awak. Bukan salah saya pun.
Dah, tepilah! Malas nak cakap dengan orang gila macam awak ni.”Badannya yang
menghalang, kutolak. Berginjak sedikit badannya, terkena seorang kakak yang
lalu tika itu. Sempat juga, aku mendengar dia mengomelkan kami berdua.
Baru
hendak mengatur langkah, lenganku direntap. Ditarik aku ke dalam pelukannya.
Depan khalayak orang ramai, dia buat aku macam ni. Tak senonoh. Langsung tak
tahu malu. Sudahlah di situ dipenuhi, orang yang ramai lalu lalang pun boleh
jadi. “Lepas, nanti saya jerit.”
“Diam,
sayang... Nak abang apa-apakan sayang ke?”Berbisik Shafiq di telinga aku. Sudah
dibuat muka galaknya. Sebelah tangannya sudah mengacah seolah hendak meramas
sesuatu.
“Okey...okey...
Saya ikut.”Aku mengalah. Dalam perasaan yang penuh debar, aku mengikut
langkahnya. Gelisah di hati memang sudah makin galak. Aku berkira-kira, ingin
melarikan diri.
“Macam
inilah. Baru dapat jadi isteri mithali.”Shafiq sudah tersenyum puas. Berjalan
beria ke arah kereta yang terparkir tidak jauh daripada tempat aku berdiri
tadi. Dari ekor mata, aku mencuri pandang lagaknya. Macam tak berperasaan!
“Jangan
pegang saya. Tahulah saya nak jalan sendiri.”Bisingku. Bila tiba-tiba sahaja
dia memaut pinggangku. Macam pasangan suami isteri yang berjalan bersiar-siar.
“Nanti
sayang lari.”Didekatkan pula bibirnya ke telingaku. Terasa hembusan nafasnya.
Naik meremang bulu roma.
Aku
mengambil nafas dalam-dalam. Cuba bertenang. Dan menunggu sahaja masa yang
sesuai untuk larikan diri. Tetapi, bila dia makin rangkul pinggang kuerat
begini, pergerakan aku terhalang. “Awak bukan muhrim saya. Jadi, tolong jangan
berani nak lebih-lebih.”Tegasku kali ini. Tidak selesa dilakukan begitu. Jika
belum ada hubungan lagi, dah berani pegang sana sini. Tak mustahil, dia boleh
lakukan lebih daripada itu.
“Sebab
itulah, abang ajak sayang kahwin. Senang nak pegang-pegang.”
Nak
termuntahlah! Nak kahwin sebab nak pegang-pegang. Dasar lelaki tak ada harga
diri. Seronok agaknya dapat pegang anak dara orang. Bila dah dapat jadi isteri,
nak pegang pun dah tak mahu. Gelilah! Malulah! Semuanya ada.
Kaki
aku keraskan. Melekat di jalan. Tegas aku tidak mahu mengikutnya. Ingat dia
siapa, nak mengarahkan aku itu ini?
“Kenapa
berhenti. Sengaja nak abang...”Tangannya galak membuat gaya meramas-ramas.
Makin dekat pula tangannya.
Pang!
Ringan
sahaja tanganku terbang ke wajah bersih Shafiq. Jangan sangka, aku juga seperti
perempuan yang mungkin dia kenal di luar sana. Aku cukup pantang, jika lelaki
yang nak ambil kesempatan. Kalau dah tahap berani hadiahkan aku bra, nanti tak
fasal aku pun mahu ditelannya.
Mengatur
laju langkahku meninggalkan dia yang masih tercengang. Baru dia tahu, langit tu
tinggi atau rendah. Lain kali jangan sesuka hati layan aku macam tak ada harga
diri.
No comments:
Post a Comment