Friday 29 August 2014

KAU YANG TAK DIUNDANG-NURIL BAHANUDIN



Sinopsis Ringkas "KAU YANG TAK DIUNDANG" karya Nuril Bahanudin

Kau Yang Tak Diundang mengisahkan tentang seorang gadis yang berusia lewat 20-an bernama Leila Suria yang tersepit antara keadaan. Disebabkan oleh syarat yang telah digariskan oleh kedua ibu bapanya, adiknya Lily Serina hanya boleh berkahwin sekiranya dia telah berumah tangga. Manakala teman lelaki adiknya itu hanya memberi tempoh se...bulan sahaja kepada dia atau hubungan cinta mereka terputus.
Atas sebab terlalu kasihkan adiknya, Leila Suria dengan berat hati terpaksa mencari calon suami buat dirinya sendiri. Kehadiran seorang peminat misteri yang menggelarkan diri sebagai ‘R’ yang saban hari mengirimkan jambangan bunga kepada Leila seolah membantu memudahkan jalannya untuk berkahwin. Tanpa berfikir panjang Leila telah MELAMAR peminat misterinya itu untuk menjadi suaminya.
Takdir tuhan tiada siapa yang menduga. Sesuatu telah berlaku pada hari pernikahannya. Pengantin lelaki telah BERTUKAR! Dalam sekelip mata juga kehidupannya yang tenang itu berubah. Tunggang langgang dan haru biru!




LOGO ANAASA PUBLICATION