BAB 2
AIR
mata memang dah tak ada untuk mengalir keluar. Rasanya semalam dah satu hari
aku menangis. Dan pagi ini aku kononnya nak berlaku jujur telah berteus terang
dengan Mr.Yap. Tapi apa reaksi yang aku terima cukup mengejutkan.
“You careless, Daria!” Hilang terus sisi
baik Mr.Yap. Rasanya inilah kali pertama aku tengok dia marah. Bukan setakat
marah, ini dah tahap mengamuk.
“I’m sorry Mr.Yap. Saya..err...” Apa lagi
yang aku nak terangkan? Rasanya memang aku dah tak ada alasan. Tadi pun dah
puas aku cuba terangkan pada Mr.Yap. Tetap kena marah. RM 10 ribu, memang dia
patut marah pun.
“You what?!”
“I’m sorry...” Pinta aku lagi. Pandangan
aku tundukkan memandang jari jemari sendiri. Sebak di dada ni tak usah nak
cakaplah. Sedih bila ditengking-tengking macam ni. Aku sudahlah mudah sangat
nak menangis.
“Sorry you tu tetap tak akan boleh
mengembalikan duit tu Daria. So now
macam mana? Apa yang perlu I buat
dengan you?” Mr.Yap berdiri bercekak
pinggang di hadapan aku.
Aku
pulak dah rasa nak menunduk masuk ke dalam kain sendiri. Buat apa? Mintak aku ganti semula duit tu?
Mana aku ada duit! Duit simpanan pun hanya ada RM 500 je. Padanlah pun, aku
baru kerja lima bulan kan. Nak jual barang kemas pulak, yang aku ada hanyalah
barang kemas arwah mak. Dua utas rantai dan seutas gelang. Tetap tak cukup
juga!
“Baru
lima bulan kerja, dah berani nak ambik duit kedai. Where the money Daria?”
Aku
geleng pantas.
“Tak.
Saya tak ambik Mr.Yap!”
“I
akan report polis.” Mr.Yap berlalu ke
arah telefon yang terletak dihujung meja.
“Jangan!”
Halang aku.
Telefon
tersebut aku ambil dan pegang kemas. Polis?! Tak nak. Aku tak nak masuk
penjara. Aku belum kahwin lagi, aku belum dapat jadi pereka fesyen lagi. Banyak
lagi perkara yang aku nak buat.
“Bagi I telefon tu, Daria!” Mr.Yap cuba
rampas kembali telefon di tangan aku.
Aku
geleng berkali-kali. Tak nak! Boleh pulak kami main berebut telefon. Tapi
apapun, aku tetap tak akan bagi semula telefon ni. Kalau aku bagi memang aku
bodoh la.
“Please
Mr.Yap. Percayakan saya. Bagi saya masa, saya akan cuba dapatkan semula duit
tu. Saya dah lima bulan kerja dengan Mr.Yap. Pernah ke selama ni saya
selewengkan duit? Even seringgit pun
saya tetap akan pulangkan semula. Saya tahu kali ini memang salah saya, cuai.
Tapi bagi saya masa Mr.Yap. Saya akan ganti semula duit tu.” Rayu aku.
Kat
mana aku nak cari duit tu aku pun tak tahu. Semalam sampai habis satu kedai aku
selongkar cari. Sampaikan stor belakang kedai itu pun aku pergi geledah.
Padahal tak ada kena mengena pun.
Siapalah
yang dah ambik duit tu. Nak tuduh sesiapa aku langsung tak ada bukti. Jadi
memang nampak akulah yang bersalah. Kenapalah kedai ni tak ada pasang CCTV. Kan
lagi mudah nak tangkap siapa pencuri yang sebenar.
“Boleh
ke I percayakan you lagi? Kalau you lari
macam mana?”
“Tak.
Saya tak akan lari Mr.Yap. Saya janji saya akan pulangkan semula sepuluh ribu
tu. Tolonglah bagi saya peluang.” Rayu aku lagi. Boleh atau tidak dapatkan duit
tu. Belakang kira.
Yang
penting sekarang ni aku kena cuba. Takkan la aku nak mengalah dan rela masuk
penjara. Aku ni satu-satunya anak yang arwah mak ada. Jadi aku nak la jadi anak
yang boleh membanggakan dia walaupun dia dah tak ada di sisi aku. Sekurangnya
aku cuba. Jangan mengalah cepat sangat.
“Baik.
I bagi you tempoh tiga hari je Daria. Remember
what I say, only three day.. Mark my word’s okey.”
Aku
angguk walaupun tak yakin dengan diri sendiri.
Tiga hari? Mana aku nak cari duit sebanyak itu dalam tempoh tiga hari.
Tiga bulan pun belum tentu aku mampu. Zakuan! Ya, aku rasa dia boleh tolong
aku.
Tengahari
tu aku terpaksa puasakan perut aku sebab aku nak pergi jumpa Zakuan. Selagi tak
jumpa Zakuan selagi itu aku tak senang hati.
“Mak
nak keluar je.. Lagipun mak bukannya sakit sangat.”
Belum
sempat aku tolak pintu wad, aku dengar suara Mak Shimah. Kaku terus kaki aku
yang baru nak melangkah masuk. Tadi aku ada telefon Zakuan ajak jumpa. Tapi dia
cakap mak dia sakit, masuk hospital. Itu yang aku sampai ke sini.
“Mak
janganlah degil. Tak sakit apanya kalau macam ni. Kalau sampai kena tahan wad, maknanya
sakit la tu. Mak ni melebih pandai dari doktor pulak.” Kali ini aku dengar
Zakuan pula yang bersuara.
Aku
masih tegak di hadapan pintu wad. Tak tahu kenapa kaki ni rasa berat nak
melangkah masuk.
“Diri
mak. Mak tahu la samada sakit ke tak.. Dah. Pergi cakap dekat doktor tu. Mak
nak keluar. Adik-adik kamu dekat rumah tu tak ada siapa tolong tengok. Entah
dah makan ke belum la agaknya budak-budak tu.”
Aku
intai sikit dari celah pintu. Nampak Zakuan yang sedang duduk di tepi katil Mak
Shimah. Mak Shimah pula terbaring lesu atas katil. Wajah tua itu memang nampak
pucat sangat. Itupun boleh lagi nak mengaku sihat.
“Angah
ada dekat rumah tu. Pandailah dia uruskan adik-adik. Mak rehat je.”
“Mak
nak balik. Ni nanti duduk sini entah berapa lagi la nak kena bayar. Mak ni dah
tua along. Memang la sakit sikit-sikit ni normal. Lagipun kamu tu, dah berapa
banyak keluar duit untuk pembedahan lutut mak ni hari tu. Ini mak dah sihat
sikit. Jom kita balik.”
Kata-kata
Mak Shimah mengejutkan aku. Mak Shimah ada buat pembedahan? Kenapa aku tak tahu
pun. Zakuan tak pulak cakap dekat aku.
“Tak
banyak mana pun mak. Yang penting mak sihat. Along tak kisah kalau along susah
pun, asalkan mak dengan adik-adik boleh hidup macam orang lain.”
“Tak
banyak kamu kata?! Lima belas ribu tu, along. Bukannya sikit-sikit. Sepatutnya
hari tu tak payah bedah pun. Mak ni dah tua, bedah la macam mana pun. Sakitnya
tetap sakit juga.”
Jantung
aku rasa macam nak berhenti berdenyut bila terdengar perbualan dua beranak tersebut.
Lima belas ribu? Jadi sekarang ini maknanya Zakuan memang tengah tak ada duit
la. Dan aku pula ada niat nak meminjam duit dari dia. Tak patutnya aku!
Ya
Allah, kesiannya Zakuan. Aku tahu dia memang sayang sangat dekat mak dan adik-adik
dia. Aku mengaku lelaki berkenaan memang ada hati yang mulia. Sebab itulah aku
boleh sayang dekat dia walaupun dia tak ada harta yang menimbun.
“Along
tak nak dengar apa-apa. Mak rehat je. Soal duit mak janganlah risau. Tahulah
along mana nak cari.”
Itu
ayat terakhir Zakuan yang aku dengar. Sebab lepas tu aku terus berpusing ke
belakang semula. Tak sanggup nak dengar perbualan dua beranak tu lagi. Makin
banyak aku dengar, makin rapuh hati aku ni. Mula la nak buat drama air mata.
Punggung
aku labuhkan di kerusi ruangan menunggu. Sepanjang aku kenal Zakuan entah apa
la yang aku pernah buat untuk dia. Rasanya tak ada apa-apa pun. Zakuan yang
banyak berhabis untuk aku adalah. Kalau aku masih nak menyusahkan dia dengan
keadaan sekarang ni, tak kejam ke aku?
Sudah
la mak dia tengah sakit. Adik-adik dia pula masih belajar. Tak ke aku ni
sebenarnya dah menambahkan beban dalam hidup dia. Belum kahwin aku dah tunjuk
yang aku ni sebenarnya menyusahkan.
“Ria!”
Aku senyum bila nampak Zakuan sedang melangkah ke arah aku.
“Awak..”
“Kenapa
tak masuk? Lama dah sampai?”
“Baru
sampai ni, itu yang duduk sini dulu.” Bohong aku. Wajah Zakuan yang agak tidak
terurus aku pandang. Kesiannya dia. Nampak muka dia tak macam tak cukup rehat.
Bukan senang nak jadi anak sulung ni.
“Mak
tidur.. Nak masuk tengok sekejap boleh la.”
“Tak
apalah. Biarlah Mak Shimah rehat dulu.” Tolak aku lembut. Tak nak menganggu.
“Baru
balik kerja ke?”
“Ha
ah..terus datang sini. Tak sempat tukar baju pun lagi. Kenapa? Saya comot eh?”
Zakuan
gelak sekali dengar soalan aku. Kemudian dia geleng kepala.
“Tak
la.. Awak walau dalam keadaan macam mana pun. Tetap cantik di mata saya..”
Aku
tersenyum segan. Itulah Zakuan, mulut memang sentiasa buat hati aku kembang
setaman. Tapi aku? Pernah ke aku buat Zakuan bahagia.
“Awak..”
“Ye
saya..”
“Err
Mak Shimah sakit apa?”
“Sakit
biasa-biasa je ria. Orang tua, biasalah...” Zakuan ketawa kecil. Tapi ketawa
dia langsung tak menarik di telinga aku. Nampak sangat buat-buat.
“Kerja
awak macam mana sekarang?”
“Okey.
Tapi itulah, mak saya sekarang ni dah kerap sakit. Terpaksa la saya ambik cuti
tanpa gaji untuk bulan ni. Harap company faham la keadaan saya ni.”
Aku
angguk lemah. Aku pun faham juga. Semuanya bergantung pada dia. Kalau syarikat
dia tak faham,siapalah yang nak ambil alih tugas jaga Mak Shimah.
“Tak
apalah. Saya doakan Mak Shimah cepat sembuh.”
“Thanks,
Ria...”
Kemudian
kami sama-sama terdiam. Aku nampak Zakuan menyandarkan kepalanya ke kerusi
dengan mata terpejam. Sekali sekala terdengar keluhan kecil yang terbit dari
bibir itu. Seolah sedang menanggung sesuatu yang berat.
“Zakuan.
Err saya tanya sikit boleh?”
“Erm.
Apa dia?” Zakuan pandang aku sekali lalu sebelum meraup wajahnya.
“Tadi
saya dengar yang Mak Shimah ada buat pembedahan... Betul ke?”
Zakuan
angguk lambat-lambat.
“Mana
awak dapat duit banyak tu?” Setahu aku gaji Zakuan sebagai pembantu pegawai
pemasaran tidaklah sebesar mana. Ditambah pula dengan perbelanjaan keluarga
yang besar. Memang jumlah RM 15 ribu itu tersangatlah besar.
“Saya
pinjam dengan company. Bulan-bulan potong gaji. Itu je cara yang saya ada Ria.
Saya ni bukannya orang senang nak dapat duit sebanyak itu.”
Pinjam
dengan syarikat? Dan sekarang ni aku pulak ada hati nak pinjam dengan Zakuan.
Oh tersangatlah tak masuk akal! Tapi kalau aku tak pinjam dengan Zakuan, aku
nak pinjam dengan siapa lagi? Dengan Najwa? Najwa lagilah tak ada duit. Kalau
dia boleh tolong pun, tak sampai suku. Aduhh! Mana nak cari duit ni.
“Zakuan,
kalau kita pinjam duit dengan Ah Long...selalunya berapa banyak ye kita boleh
pinjam?” Tiba-tiba je idea tu keluar dari otak aku.
“Ah
Long? Dah kenapa pulak tiba-tiba tanya pasal Ah Long ni?” Zakuan pun nampak
terkejut dengan pertanyaan aku.
“Saja
nak tahu...” Dalih aku.
“Seberapa
banyak pun boleh. Tapi sangatlah tak digalakkan. Tindakan itu namanya menggali
kubur sendiri.”
Aku
faham maksud kata-kata Zakuan. Memang tempah maut la kalau berani nak pinjam
ceti haram. Kalau aku pinjam, mana pulak aku nak cari duit untuk bayar nanti?
Bayar dengan nyawa. Mintak dijauhkan!
“Kenapa
ni?”
Aku
geleng.
“Jangan
nak tipu. Tengok dahi yang berkerut tu pun dah tahu.”
Aku
hela nafas berat. Nampak sangat ke dahi aku berkerut? Aduh..habislah. Cepatlah
aku tua sebelum usia kalau dah selalu macam ni.
“Zakuan.
Saya sebenarnya ada masalah ni...” Lelah aku nak simpan sendiri. Rasa macam
bahu aku macam nak melorot ke bawah dah.
Membayangkan
penjara buat aku rasa nak meraung. Gelaplah masa depan aku kalau aku dituduh
atas tuduhan mencuri. Pecah amanah. Mesti aku akan malukan sanak saudara aku
dekat kampung sana. Cukuplah selama ini aku dah banyak menyusahkan mereka
semua. Tak nak lagi dah.