BAB 5
MELIHAT hadapan rumah di penuhi dengan kereta. Aku menapak pandangan ke arah rumah. Memang tidak salah lagi. Ada tetamu yang bertandang ke rumah. Ramai juga. Terkejut juga, bila masuk sahaja ke dalam rumah, kawasan ruang tamu dipenuhi dengan orang ramai. Para tetamu siap dihidang dengan air kopi serta cucur udang siap berkuah kacang.
Masuk sahaja ke dalam rumah, mata semuanya tertumpu ke arahku. Seolah, akulah yang menjadi perhatian. Pelik juga. Takkan mak buat kenduri, tanpa beritahu aku dahulu. Kalau ia pun kenduri, takkan dihidangkan tetamu dengan air kopi serta cucur udang sahaja? Muskyil pula.
“Yani, mari sini.”Panggil mak, sambil tangan melambai tangan ke arahku. Aku duduk di sisi mak. Di kiri kanan mak di keliling dengan wanita-wanita yang seusia mak. Dan, mata aku tidak lepas melihat pada satu batang susuk tubuh yang duduk di sebelah kiri mak. Macam pernah berjumpa sebelum ni. Aku amati wajah itu dalam-dalam.
“Jumpa lagi kita hari ni. Ingat lagi pada aunty?”Soalnya dengan tersenyum ke arahku.
Aku kerutkan muka. Otak ligat berpusing berfikir. Oh, dia mummy Shafiq Haslan. Betullah! Apa yang dia buat di sini?
“Ingat pun.”Mummy Shafiq tersenyum lagi.
Aku membalas juga senyumannya. Tetapi, jauh di dalam lubuk hati bermacam perasaan yang muncul saat ini. Berdebar dan tertanya. Apakah sebab mummy Shafiq datang ke sini berjumpa dengan mak? Apakah mereka telah bincangkan sesuatu tanpa pengetahuan aku? Argh! Ligatnya otak ni berfikir.
“Maaflah, aunty datang sini, tak cakap dulu kat Yani. Fiq berkeras suruh aunty datang sini. Terpaksalah aunty ikut kehendaknya tu. Kalau tak ikut, nanti dia memberontak.”Terang Mummy Shafiq. Lembut tutur bicara dia. Berbeza sekali dengan anaknya si Shafiq. Jauh benar sikap mereka dua beranak.
“Fiq tak cakap kat Yani pun, nak suruh aunty datang.”Terangku dengan rasa gelisah. Bergetar di hati, bagaikan sedang air sungai yang sedang dikocak.
“Itulah. Dia memang macam tu. Suka buat kejutan.”
“Dato' Fauziah, sekarang tuan empunya badan dah ada di depan. Dato' boleh tanya sendiri dengan tuan empunya badan ni.”Mak pun turut tersenyum. Aku tak fahamlah. Mereka datang ke sini sebab nak merisik aku untuk Shafiq ke?
“Beginilah Yani. Fiq yang minta aunty ke sini. Datang lamar Yani untuk Fiq. Beria-ia Fiq suruh aunty ke sini. Katanya nak jadikan Yani sebagai isteri.”Terang Dato' Fauziah. Nak sampaikan kepada aku pun, lembut je suaranya.
Terkumat-kamit mulutku. Tak tahu nak jawab apa. Jadi serba salah pula berhadapan dengan Dato' Fauziah yang lembut orangnya. Menyesal juga, sebelum ni, aku fikirkan yang bukan-bukan fasal wanita tua itu.
“Yani setuju?”
Pertanyaan Dato' Fauziah membuatkan aku kembali tersedar. Ish, nak jawab apa? Aku nak cakap je, tak sudi. Tak mahu bersuamikan si Shafiq Haslan yang tak berapa nak betul tu. Sudah tu, ada ciri-ciri lelaki miang. Namun, semua tu terlekat di kerongkong. Berat aku nak berikan jawapan. Terasa seolah simpati kepada wanita tua yang baik di depanku ini. Kalau aku katakan tidak, pasti dia akan malu di hadapan tetamu yang sama menemaninya tika ini.
“Kalau diam tu, tandanya dia setujulah tu!”Satu suara lelaki bersuara. Membuatkan aku berpaling ke arahnya. Hanya sekilas sahaja aku memandang. Lelaki tua itu, seusia dengan arwah abah.
“Setuju ye, Yani.”Dato' Fauziah terus menerpaku dengan jawapannya sendiri. Jari-jemariku dipegang dan ditarik dekat. Terus disarungkan cincin emas yang berkilau berbentuk hati di jari manis tangan kananku. Bagaikan ada satu aliran kejutan yang membuatkan otak aku seperti disuntik ubat pelali. Kaku membiarkan tanpa menghalang.
“Alhamdulillah. Kira jadilah ni.”Mak pula menyampuk. Bukan main gembira lagi mak. Sudah terpancar keceriaan di wajah tua mak. Memang saat ini yang mak nantikan. Inginkan menantu.
“Alhamdulillah. Kita perlu tetapkan tarikh dulu. Bila agaknya sesuai?”Soal Dato' Fauziah kepada mak.
“Sekarang April, apa kata hujung tahun ni. Bulan 11 atau 12. Kan masa tu, cuti sekolah. Bolehlah nak jemput saudara mara yang jauh-jauh datang ke majlis nanti. Al maklumlah, keluarga kami jauh di kampung.”Beritahu mak ramah. Macam sudah lama pula kenal dengan Dato' Fauziah. Serasi sahaja. Masalahnya sekarang, aku dengan Shafiq langsung tak serasi. Sikap kami seperti api dan air. Tak boleh nak bertemu. Ada sahaja yang dibalahkan.
“Bulan 11. Hujung bulan 11. Sekolah mula cuti. Nanti saya balik bincang dengan Fiq. Mana tahu, dia nak percepatkan lagi.”Dato' Fauziah menjawab dengan senang hati.
Aku hanya diam. Membiarkan mak dan Dato' Fauziah berbincang. Nak masuk campur, nanti mak pula nak berdepan dengan orang ramai. Malu mak nanti, jika tiba-tiba aku menjerit cakap tak mahu semua ni terjadi.
Oh Tuhan. Apa yang perlu aku lakukan?
MATA aku tidak lepas merenung kipas yang berputar laju di siling. Begitu juga otakku ini ligat berpusing. Namun, aku sudah tiada jawapan. Semunya sudah dirancangkan oleh mak dan Dato' Fauziah tadi. Sebagai anak yang baik, aku hanya diamkan sahaja tidak membantah. Semuanya, gara-gara nak jaga hati mak dan Dato' Fauziah. Akhirnya, aku sendiri yang terseksa.
Mata cuba kupejamkan. Bila dipejamkan sahaja, terbayang pula wajah Shafiq dibayang hitam ini. Argh! Mengapa pula wajah itu bermain-main di ingatan? Pertemuan kami yang pertama dan beberapa pertemuan yang terjadi, ligat bermain di minda. Sudahlah Yani! Parah nanti, kalau terjatuh cinta pada lelaki yang macam tu. Cari lelaki yang baik untuk di jadikan suami. Bukan yang macam hantu.
Tadi, aku sempat berbual dengan mak fasal Shafiq. Mak mengaku, memang dia sukakan Shafiq. Kalau boleh, nak hubungan kami berakhir hingga ke jinjang pelamin. Mak mati-mati memuji Shafiq. Katanya Shafiq seorang pemuda yang baik hati. Mulanya aku nak buka cerita, siapa diri Shafiq yang sebenarnya. Tetapi, mulut aku terkunci. Argh! Mengapa mulutku, sering sahaja menjadi berat. Tiba-tiba bagaikan ada ketul batu baru dituang selori dalam mulut. Langsung tak terkata. Berat sungguh!
Cincin yang tersarung dijari manis ini kubelek-belek. Memang cantik dan padan elok di jari manisku ini. Pandai pula Shafiq mengagak saiz jariku ini? Aku tersenyum. Argh! Kenapa aku boleh tersenyum pula? Takkan aku suka pada dia? Jangan Yani! Jangan buat gila!
AKU meneruskan hari-hari aku seperti biasa. Bagiku tiada apa-apa cerita indah yang akan kulakarkan, walaupun kini aku bergelar tunang kepada Shafiq Haslan. Macam tak masuk akal cerita aku dan dia. Macam terlalu klise. Tapi, itulah yang terjadi.
Skuter pink aku ini aku bonceng perlahan. Ala-ala membonceng di tepi pantai. Kalau ikutkan hati, dah lama aku tinggalkan skuterku ini. Hampir kujual,tetapi mak menghalang. Katanya, hanya kenderaan itu sahaja boleh aku gunakan untuk ke sana ke sini. Banyak skuter pink ni berjasa dengan aku. Macam kereta arwah ayah.
Sampai di lampu isyarat, aku memberhentikan skuter bila lampu bertukar waran merah. Kusyuk mata aku tidak lepas memandang lampu isyarat yang masih bernyala merah. Tidak mahu terlepas pandang.
Pon Ponnnn!!!
Tiba-tiba sahaja, ada kereta bunyikan hon. Berpinar telinga aku ni. Berpaling aku ke arah kereta yang berhenti sebelah. Kereta Subaru BRZ yang langgar aku hari tu. Cermin kereta yang gelap itu diturunkan. Kelihatan Shafiq sudah tersengih ke arahku.
“Hai, sayang!”Tegurnya sambil melambai-lambai tangan. Kaca mata yang melekap di mata ditanggalkan.
Aku menjelirkan lidah. Menjeling hingga juling biji mata. Malas nak melayan. Mukanya pun, aku dah tak sudi nak pandang lama-lama. Menyampah!
“Sayang, I miss you!”Jeritnya lagi. Tebal muka aku ni, bila beberapa penunggang motorsikal yang turut berada di sekelilingku tersenyum-senyum. Malu! Bila lampu bertukar warna hijau, aku cepat-cepat memecut skuter. Seganlah, orang asyik pandang aku.
Lega, bila skuter sudah membelok ke kawasan butik. Terus aku parkir betul-betul di hadapan butik. Diregangkan urat-urat sebelum aku berjalan masuk ke dalam butik. Lengah pula badan-badanku ini, bila lama tak membonceng skuter.
Ponnnnn!
Sekali lagi aku dikejutkan dengan bunyi hon yang nyaring dan panjang. Boleh pecah gegendang telinga aku lepas ni. Kereta Subaru BRZ di parkir. Shafiq menapak keluar daripada kereta, dan datang menghampiriku.
“Hai, sayang! Jumpa lagi kita.”Sapanya.
Aku menarik muka. Terus mengatur kaki. Malaslah nak melayan lelaki tiga suku. Hingga ke sini diikutnya aku. Tak serik lagi, kena penampar dengan aku semalam. Agaknya, dia memang teringin nak makan penampar aku ni. Bukan penampar buaya je aku bagi. Penampar harimau pun boleh!
Kaki yang aku aturkan dihalang. Shafiq sudah berdiri di depan. Tangannya sengaja didepakan. Menghalang langkahku. Kalau aku terus mara ke depan, sudah pasti aku akan menonong melanggar badannya. Memang sengaja!
“Nantilah, sayang.”
“Boleh tak, awak jangan panggil sayang kat saya. Nak bernanahlah telinga saya ni.”
“Tapi, abang suka. Baru ada feel.”jawabnya. Sengaja menayangkan giginya yang putih bersih tersusun.
“Eee... nak termuntah! Gelilah!”Aku buat geli-geleman. Memang geli!
“Sayang kan tunang abang. Panggilan itu yang selayaknya abang panggil. Atau, sayang nak abang panggil dengan panggilan yang lebih manja?”Soalnya.
“Sudahlah! Tak payah nak bersayang-sayang, bermanja-manja. Tak suka!”Balasku. Menolaknya ke tepi. Makin layan, makin menjadi-jadi pula perangai mengada-ada dia. Nak bersayanglah, bermanjalah. Gila!
“Abang suka!”
Langkah yang aku aturkan aku hentikan segera. Menoleh aku ke belakang. Tanganku dicekakkan ke pinggang. “Awak ni, apa masalah sebenarnya? Hari tu, kau aku. Hari ni abang sayang pulak. Dah sakit jiwa?”Tak fahamlah aku dengan orang yang bernama Shafiq Haslan ni. Hari tu garang, sekarang romantik gatal melebih. Terlebih gula ke apa?
Dia hanya tersenyum. Langsung tidak menjawab pertanyaan aku. Kalau tak, ada sahaja yang ingin dibalasnya. Nak menang sahaja dalam bicara. Takkan dah insaf, lepas kena penampar aku semalam? Atau urat-urat yang terputus dah tersambung?
“Dahlah. Saya nak kerja. Awak pergilah balik. Jangan cari saya lagi.”
“Okey, sayang. Nanti kita lunch sama-sama.”Ajak Shafiq. Lembut betul tutur dia. Tiba-tiba sahaja jadi lelaki romantik. Hah, kononnya!
“Tengoklah. Rasanya tak ada masa.”Jawabku.
“Janganlah jual mahai sangat. Sayangkan tunang abang. Kita kenalah jumpa, kenal-kenal.”Balasnya macam terlebih minum air manis.
“Tak payah nak kenallah. Kita kenal lepas kahwin. Itu lebih afdal.”Balasku. Terus mengatur kaki. Tidak lagi aku toleh ke belakang. Nanti, pandang muka dia lama-lama, aku boleh cair. Lagi-lagi bila dia cakap macam tu dengan aku. Tergugat juga imanku ni.
“Bye, sayang. Love you!”
Aku menarik lafas lega. Dia pergi juga.Aku nampak kereta mewahnya itu meluncur laju meninggalkan kawasan butik.
“Bye, sayang. Love you!”Terngiang-ngiang pula di telinga. Ucapan maut itu menganggu minda dan perasaan aku. Mengapa dia ucapkan begitu? Dia sengaja nak mainkan perasaan aku. Sengaja!
Aku terus merebahkan badan. Nafas aku terasa sesak. Apa sudah jadi dengan diri aku ni? Jangan kerana ayat-ayat lembutnya tu, buatkan aku tak senang duduk. Sampai aku terbuai-buai. Oh, tidak! Jangan hati! Jangan tersuka kat dia. Laju aku menggeleng kepala.
“Geleng-geleng, tunduk-tunduk! Kau kenapa ni?”Wawa menyergah. Agaknya dari tadi, dia memerhati gelagat aku?
“Tak ada apa-apalah.”
“Kau ni kan Yani. Aku tengok macam orang yang tengah di lamun cinta. Aku perhati je kau dari tadi.”Wawa sudah mula menembak.
“Merepeklah kau ni, Wawa. Mana ada dilamun cinta. Siapalah yang nakkan aku ni.”
“Si abang kacak kau tu la. Kan dia tergila-gilakan kau. Kejar kau sana sini.”
“Apa kau tahu, fasal aku dan dia?”Soalku mematikan pertanyaannya.
“Kau dan dia sangat sepadan. Sama cantik, sama padan. Dia kacak dan kau cantik. Sesuai sangatlah!”
Aku menjuihkan bibir. Padan Wawa memuji dan mengambil hati. Siap dipuji aku. “Kau nak dia, ambillah!”
Wawa menggeleng. Mukanya dikerutkan. “Aku tak mahulah! Dia tergila-gilakan kau, bukannya aku. Lainlah, kalau dia memang gilakan aku.”Balas Wawa.
“Habis tu, aku kena terima dia?”
Wawa anggukkan kepala. Dia juga mahu aku bersama dengan Shafiq. Apakah mata mereka semua dah tak nampak, keburukan yang ada pada Shafiq. Semuanya nak aku terima Shafiq. Bila aku cakapkan Shafiq bukan lelaki yang baik, siapa pun tak percaya.
AKU keluar sendiri. Perut yang berkeroncong ini, meminta untuk diisi dengan makanan. Terlupa pula, aku tak jamah sebarang makanan daripada pagi tadi. Hanya minum segelas air susu sahaja. Aku beringat-ingat nak ke Restoran Singgah Sana sahaja. Bungkus nasi ayam berempah dan makan di pantri sahaja.
Hanya selang 3 buah kedai sahaja. Restoran Singgah Sana cawangan yang baru buka itu, memang selalu menjadi persinggahan setiap kali aku ingin mengisi perut. Makanan yang dimasaknya memang sedap dan enak belaka.
“Kakcik, saya nak nasi ayam berempah. Bungkus 2 ye.”Beritahu aku kepada Kakcik yang selalu mengambil pesanan pelanggan.
Sementara menunggu hidangan siap, aku duduk dulu di meja yang paling hadapan. Telefon yang ada di dalam beg tangan aku keluarkan. Dibelek mesej di kotak peti facebook.
“Sayang...”
Nafasku kembali terasa sesak. Suara yang sangat aku kenali. Dia memanggilku lembut dan mendayu-dayu. Membuatkan hatiku menjadi makin tidak keruan. Malah makin gelisah. Kenapa dia macam tu? Mendongak sedikit kepala. Muka dia aku hadam dalam-dalam. Ingin pengertian.
“Boleh, abang duduk?”soalnya lagi. Lembut tuturnya, tak seperti hari pertama kami jumpa.
“Duduklah, kalau tak malu!”jawabku acuh tak acuh.
Dia tarik kerusi. Punggung terus dihenyak berdepan dengan aku. Mata kami saling bertentangan. Makin gemuruh hati aku, bila dia merenung aku redup dan tajam. Perasaan sudah tidak menentu. Jari-jemariku ini, mula menari-nari dipermukaan meja. Tidak senang berhadapan dalam keadaan begini. Jantung aku boleh luruh.
“Sayang, marahkan abang?”
Ya ALLAH. Apa yang kena dengan Shafiq ni? Tiba-tiba jadi macam orang angau. Dia nak permainkan perasaan aku. “Awak demam ye?”soalku.
Dia menggeleng. “Abang cuma rindukan, sayang.”
Aku mencebir. “Kalau awak tak demam, awak gila?”
Dia mengangguk. “Gilakan sayang...”Jawapannya buatkan aku juga yang nak gila.
Syafiq membetulkan duduknya. Dia mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya. Satu bekas yang berbalut dengan pembalut bercorak hati. Diserahkan hadiah itu kepadaku. “Ini untuk sayang.”
Terkebil-kebil aku dengan kelakuan Syafiq. Pelik dengan sikap Shafiq yang tiba-tiba berubah 200%. Aku tak percaya, yang berada di hadapanku ini adalah Shafiq. “Apa ni?”
“Hadiah untuk sayang.”Jawabnya dengan sederet senyuman.
“Jangan panggil saya sayang, boleh tak? Nak muntah hijau tau tak?”Aku bertegas kali ini. Tidak mahu, Shafiq terus-terusan memanggil aku dengan panggilan sayang. Rasa kembang tekak bila dia berubah 200% lelaki romantik. Aku tak selesa.
Dia menggeleng. “Tak boleh. Memang kena panggil sayang. Lagipun, sayangkan bakal isteri abang.”
Rasa rahang aku nak jatuh. Berat benar masalah Shafiq. Memang sah, tamparan aku semalam buat dia jadi macam ni. Makin gelisah hati aku, bila dia jadi seperti pengemis cinta. Hati aku juga parah. Bernanah sudah.
Nasi ayam berempah yang aku pesan tadi, siap diletakkan di depan. Bersama minuman fresh apple.Tidak berbungkus, tapi dihidangkan di situ juga. Ini mesti kerja si sengal di depan aku ni. Pandai-pandai ubah pesanan.
“Kan abang dah cakap, nak lunch sama-sama dengan sayang.”Ujarnya. Nasi Ayam Berempah yang terhidang itu ditolak perlahan kepada ku satu. Dan satu lagi untuknya. “Makanlah.”
Tidakku sentuh nasi ayam berempah yang terhidang. Malah, mata aku menangkap wajahnya. Lama aku tatap. Mukanya putih kemerahan. Tahi lalat terletak di hujung bibir kiri. Ada iras-iras lelaki inggeris raut wajahnya. Bibirnya nipis merah merekah.
“Kenapa awak layan saya begini, Shafiq? Takkan sebab kena penampar, terus berubah jadi baik?”Soalku inginkan kepastian.
Dia hanya senyum. Tidak menjawab pertanyaanku tadi. Makin rungsing aku dibuatnya. Susah pula nak menjawab. Hanya tersungging senyum. Aku nak tahu juga, kenapa dia berubah jadi begini? Apakah kerana ingin balas dendam atau ada niat sebaliknya. Agak-agak, sebab apa ye?
KENAPA BAB 5 ,BAB 4 X ADA PUN .
ReplyDelete