BAB 3
MENGGIGIL sahaja tubuhku ini, bila dia terus berbual-bual
mesra dengan emak. Bukan main lagi emak melayan dia. Siap
jemput makan malam sekali bersama. Sakit jiwa aku aje bila
mamat sengal ni kat rumah.
Sebaik sahaja emak berlalu ke dapur dia menjeling ke arahku.
Siap dikenyit-kenyit mata. Gatal! Aku cucuk dengan lidi baru
tahu.
“Kau dah buka hadiah yang aku bagi tadi? Padan
tak?”soalnya dengan sengihan di muka.
“Awak ni jahat tau. Gatal!”aku bulatkan mata kepadanya.
Geram juga. Adakah patut di berikan aku coli. Ada tiga warna.
Pink, hitam dan coklat lembut.
“Dah cuba? Padan tak?”soalnya lagi. Memang tak tahu malu.
“Entah. Nanti awak ambil balik. Saya tak mahulah hadiah
awak tu.”
“Aku beli khas untuk kau. Untuk kau pakai hari-hari. Kalau
kau ingat kat aku, kau pakailah. Nanti kau akan rasa, aku
sentiasa dekat di hati...”jawabnya langsung tak ambil peduli
perasaan aku. Mujur ada emak. Kalau tak memang dah kena dia
dengan aku.
“Tak kuasa saya nak pakai.”jelingku kepadanya. Malaslah
nak melayan. Lagi dilayan makin galak semacam aje jadinya.
“Pakailah... Ke nak aku pakaikan. Jom aku
pakaikan...”tersenyum galak dia. Amboi, gatal semacam.
“Yani! Panggil Fiq ke dapur. Mari kita makan sama-sama. Dah
siap ni.”jerit mak daripada bahagian dapur.
“Ya mak. Sekejap!”balasku.
“Mulut awak tu jaga sikit ye. Jangan pakai lepas cakap
aje depan mak saya. Jangan nak tunjuk galak sangat. Nanti mak
cakap, saya ni berkawan dengan lelaki gila pulak. Tak kuasa!
Jom...”bingkas aku bangun selepas siap memberi pesanan
kepada dia. Dia? Nama dia sampai ke saat ni aku tahu. Yang
aku tahu... Fiq.. Huh, lantaklah nama apa pun. Tak penting
pun...
Nasi goreng kampung yang emak masak memang sedap. Terasa hangat
kepedasan cili padi yang ditumbuk hingga terasa berasap keluar dari
telinga. Memang meletop. Tapi, tengok dia yang terkebil-kebil di
hadapan masakan emak, buatkan aku pula yang hangat hati.
“Eh, Fiq... Kenapa tak makan?”Soal emak.
“Dia selalu makan yang
mahal-mahal. Makan masakan mat salleh!”Sinisku, sempat menjeling ke
arahnya. Nak makan pun susah. Memang outlah,
kalau lelaki macam ni, nak jadi suami aku.
“Eh, saya makanlah. Cuma terkejut tengok masakan makcik ni.
Ala-ala macam kat restoran.”Alasan tak boleh pakai.
“Ia ke?”
“Ya, makcik. Hiasan macam hotel 5 bintang.”Puji dia lagi.
Buatkan aku nak gelak besar je.
“Apa kata, awak rasa dulu. Rasanya macam hotel 5 bintang tak?”Nak
tengok juga muka dia. Bolehkah dia makan masakan pedas daripada air
tangan emak.
Fiq mengangguk. Nampak macam nak telan ketul batu masuk mulut. Nak
nganga mulut macam nak kejung habis satu badan. Hotel 5 bintanglah
sangat. Nak makan pun takut.
“Makanlah. Sedap ni.”Nasi goreng yang masih bersisa, kusuap ke
mulut. Buat muka menyelerakan.
Mengerling aku melihat Fiq di depan. Termakan juga dengan kata-kata
aku. Makan juga nasi goreng kampung emak yang meletop.
Matanya sudah berair. Mulutnya sudah ternganga. Hidung pula sudah
berair. Tisu yang ada di meja disambarnya. Baru padan muka kau! Pedas
menyengat.
“Kenapa awak?”soalku.
“Boleh hulurkan air?”Pintanya gelisah.
Air kopi panas aku hulurkan kepadanya. Kalut dia menghirup.
“Panaslah!”Getus Fiq.
“Panas? Kalau macam tu, minum air kosong je.”Air kosong
kutuangkan ke dalam gelas. Terus sekali dia hirup.
“Fiq, makan pelan-pelan.”Pesan emak.
Lambat-lambat sahaja nasi masuk ke dalam mulutnya. Kepedasan nasi
goreng emak itu, mungkin membuatkan seleranya kurang. Dasar orang
bandar!
“Sedap makcik. Tapi, pedas berasap!”Jawab Fiq jujur. Nampak
berselera juga Fiq menjamah nasi goreng kampung masakan emak. Dari
perlahan, makin laju dia menghabiskan makanan. Agaknya terseksa kot
nak habiskan.
“Masakan mak, memang semuanya pedas-pedas. Kami suka, makan yang
pedas. Kalau boleh, biar sampai telinga berasap keluar kat
telinga.”Aku sengaja nak tengok akal dia.
“Saya tak berapa makan pedas. Tak biasa. Tapi, sekali-sekala
makan, sedap!”Puji Fiq
Aku hanya mengangguk. Boleh tahan mamat depan aku ni. Ingatkan
kepala sengal, tak tahu beradab. Pandai hormat emak, dan ambil hati
emak.
“Alhamdulillah. Kalau tak biasa makan pedas, kena
biasa-biasakanlah. Yani, hari-hari nak makan nasi, kena ada sambal
belacan. Kalau tak tak bertambahlah dia makan nasi. Nanti kalau
kahwin dengan Yani, hari-hari kena hadap sambal belacan. Jangan pelik
pulak.”Cerita emak. Tapi, berlebihlah pula. Sampai sebut fasal
kahwin.
Fiq tersenyum. Kepala mengangguk macam kena ketuk. Naik turun, naik
turun. “Hari ni, saya dah mula belajarlah makcik. Selama ni, Yani
tak pernah beritahu pun, makanan kesukaannya. Memang langkah kanan
hari ni, dapat kenal bakal isteri lebih dekat lagi.”Amboi, mamat
sengal ni. Sedap mulut secukup rasa dia cakap macam tak ada insurans.
“Baguslah. Yani pun, kenalah tahu juga, apa yang Shafiq suka.
Nanti bolehlah belajar masak kesukaan bakal suami.”Ish, emak pun
sama naik dengan dia. Shafiq... Hm, nama dia Shafiq.
“Yani orang melayu tulen. Makan pun, selera orang melayu. Tak
mahulah nak belajar masak makanan yang bukan selera.”Balasku. Tak
kuasa. Tak inginlah nak bersuamikan dia.
“Ish, Yani. Ada pula cakap macam tu.”
“Mak... Kita ni, orang melayu. Kenalah ikut cara orang
melayu.”Balasku. Menyampah pula aku, bila lelaki di depan aku ni,
tak pandai makan masakan melayu. Sedangkan orang cina, india, iban,
kadazan dan yang lain-lain, pandai makan masakan melayu. Mat salleh
celup!
“PEDAS betul masakan mak. Naik
bengkak bibir aku ni.”Shafiq mengadu.
“Mak saya, bukan mak awak!”Jegilku.
“Eh, mak kau ke? Ingatkan mak kita.”Shafiq tersengih.
Tergaru-garu kepalanya. Kutu banyak kot.
“Mak saya! Tak naklah saya kongsi mak dengan awak. Tak hingin saya
nak ada ikatan dengan awak. Menyusahkan, tahu tak?!”Bentakku. Hati
aku cukup menggerutu bila perlu berhadapan dengan dia. Harap muka je
kacak, tapi akal pendek.
“Nanti kita kongsilah. Mak kau, akan jadi mak aku juga. Mama aku,
jadi mama kau juga.”Jawabnya dengan sengihan galak.
“Tak kuasa!”
“Aku kuasa, nak jadi suami kau. Jom kita kahwin! Seronok juga,
kalau dapat kahwin dengan perempuan macam kau. Kasar-kasar...
garang-garang... Aku suka!”
Gila! Bengkak pula hati ni. Nak mengadap orang yang tak berapa nak
betul. Sesuka hati nak ajak kahwin. Ingat aku ni anak patung barbie?
Nak main-main. Boleh jalanlah!
“Kau dengar tak? Aku nak kahwin dengan kau ni.”
“Awak gila ke? Kalau gatal sangat nak kahwin, cari perempuan lain.
Cari yang sepadan!”Geram pula dengan Shafiq.
Shafiq tersengih lebar. “Aku ni gatal nak kahwin dengan kau. Rasa
tercabar. Seronok pula, kalau kahwin dengan perempuan yang
kasar-kasar ni.”
“Saya tak kasar! Saya lembut. Awak buta?”Malaslah nak melayan
lelaki tiga suku. Pintu pagar, terus aku tutup rapat. Cepat-cepat aku
manggakan.
“Yani! Nanti kita jumpa lagi.”
“Tak mahulah jumpa awak lagi. Baik jumpa orang gila daripada perlu
jumpa awak.”Balasku. Kutayang muk garang. Dah sehabis bengis.
“Akulah tu orang gila tu. Yang kau nak jumpa... Okey, sayang.
Abang balik dulu. Jangan lupa pakai hadiah yang abang hadiahkan tu.
Dah pakai nanti, boleh rasa kehangat abang dalam pelukan.”
Argh! Gila. Gatalnya mamat ni. Takut pula aku dengar. Macam psiko
je. Macam lelaki miang pun ada. Ya ALLAH, kau selamatkan aku daripada
gangguan manusia yang berhati busuk. Jauhkanlah dia daripada hidup
aku.
LEGA rasanya, bila Shafiq sudah balik. Terasa aman sahaja rumah. Hati
aku juga aman, bila dia tiada depan mata. Kalau tidak, otak aku
serabut. Sudahlah sewel, tiga suku pula tu. Miang pula kat atas.
Memang cukup pakej tiga suka.
Badanku yang terasa letih, terus aku rebahkan. Mata pula tidak lepas
menyorot di kaca televisyen.
“Dah balik si Shafiq tu?”Soal emak.
“Dah.”jawabku. Mata terus aku pejamkan. Sudah tahu, sebab emak
duduk di sebelah aku. Emak mesti nak tahu fasal Shafiq. Nak korek
rahsia.
“Segak kawan kamu tu, Yani. Muka macam pelakon. Macam orang putih
pun ada-ada iras jugak.”Dah agak. Mak nak mulakan pun, pandai mula
dengan mukadimah.
“Tak tahulah Yani mak.”
“Berkawan, sampai dah nak menikah pun tak kenal lagi?”Emak sudah
menjegilkan biji mata.
Kepala sudah menggeleng.
“Yani tak berapa kenal sangatlah dia. Kenal-kenal biasa
je.”Jawabku jujur.
Emak menjuihkan bibir. Macam tak percaya je, apa yang aku cakapkan
ni. Tak tahu nak terangkan macam mana lagi kat emak. Dah cukup jelas
rasanya, apa yang aku cuba sampaikan ni. Aku tak berapa kenal dia.
“Tak payah nak sorok-sorok. Mak suka dengan Shafiq tu. Baik budak
tu.”Pujian sudah tinggi melangit.
“Mak! Puji-puji lebihnya.”
“Pujilah, bakal menantu. Mak suka dia. Hormat mak, dan pandai jaga
hati.”Emak dah memuji lebih. Kalau memuji begitu, memang emak dah
mula suka.
“Tak sukalah, asyik cakap fasal dia.”
“Ia ke tak suka?”
“Mak ni... Itu yang malas nak ajak kawan datang rumah. Bila
datang, mak suka lebih-lebih pula.”Aku menarik muka.
“Tak payah nak malu-malu. Kalau mak dah suka tu, kiranya mak
tunggu je. Rombongan datang, mak terus terima.”
Mak! Dia bukan sesiapa pada Yani. Kalau lelaki yang macam tu, yang
mak nak Yani pilih sebagai suami, Yani rela terjun bukit.
wau! best citer ni ...
ReplyDelete