Monday, 24 November 2014

KALAU SAYANG JANGAN MARAH BY EZDIANI ABD RAHMAN

BAB 6

https://www.facebook.com/easttdiani?fref=nf





DALAM minggu ini sudah beberapa kali, Shafiq datang berjumpa denganku. Dia datang tidak dengan tangan kosong. Ada sahaja yang dibawa bersama. Ketika di Restoran Singgah Sana, hadiah yang dia berikan pada aku, adalah jam tangan Oris. Ada tersimpan lagi di dalam kotaknya. Kemudian, dihadiahkan sekotak coklat ferrero rocher. Hari ini, dia hadiahkan aku teddy bear putih yang ada bentuk hati.
Semua hadiah yang Shafiq hadiahkan, aku susunkan di atas meja tulis. Cuma 3 helai bra yang diberinya dahulu, aku tak tahu diletakkan kat mana. Argh, lupakan!
Sejak-sejak kami bertunang, Shafiq begitu baik melayan aku. Sampaikan aku nak ke tempat kerja pun, diikutnya dari belakang. Tak pun, dia sendiri yang mahu hantar ku dengan kereta mewahnya itu. Aku terasa hidupku sedikit terkongkong. Memang aku tak faham dengan perubahan sikap Shafiq. Hingga ke saat ini, aku masih tertanya-tanya. Mana satu sikapnya yang sebenar? Apakah dia seorang lelaki yang galak atau seorang lelaki setia yang bagaikan gula-gula kapas bila kena air liur ia akan cair.
Selama seminggu dia mendekati aku, sikapnya sangat mengambil berat dan bertanggungjawab. Itu yang membuatkan aku muskyil. Siapa yang aku jumpa masa awal pertemuan kami dahulu? Yang bengis dan memualkan. Tapi, Shafiq yang aku kenal sangat, begitu perhatian orangnya.
Aku memerhati Wawa sedang berbual dengan seorang di talian. Hanya memerhati dari jauh. Sesekali matanya akan mengerling ke arahku. Seolah-olah, dia sedang berbual tentang diriku. Takkan kot? Kalau ia pun, dengan siapa dia berbual?
Selepas seminit kemudian, panggilan dimatikan. Melenggang Wawa jalan ke arahku dengan senyuman tak lekang daripada wajah. “Kau teka, siapa call aku?”
Aku jongketkan bahu. Bibir aku cebirkan. “Tak tahu! Siapa?”
“Abang kacak sayang kau.”Jawabnya.
Syafiq ke? Untuk apa di telefon Wawa? Kenapa tak hubungi aku sendiri? Argh! Dia mana ada nombor telefon aku. Hingga sekarang, aku tak berikan nombor telefon aku untuk dihubungi. “Dia nak apa?”
Wawa senyum lagi. Kenyit mata, lalu mencubit pipiku.
“Kau ni, dah kenapa?”
“Abang kau minta aku cubitkan pipi kau untuk dia.”Jawab Wawa, seakan menghangatkan hati aku. Argh, suka-suka hati kau Wawa. Menyampah!
“Tipulah...”AKu tarik muka.
Wawa meledakkan tawanya. “Tahu pun cemburu.”
Ia ke, aku cemburu? Mana ada! Aku menyampah je, bila Syafiq dah pandai telefon Wawa, dan sampaikan pesanan melaluinya. Aku tak suka! Bukan cemburu...
“Yani! Aku rasa, kau dah jatuh suka kat Syafiq.”Wawa menekan. Sudah seminggu dia melihat, aku dijemput dan dihantar oleh Syafiq. Hadiah yang Syafiq berikan setiap hari, sudah pasti membuatkan orang sekeliling akan menghidu hubungan antara kami berdua.
“Mana ada! Aku tak pernah suka kat dia.”Balasku memintas. Tidak bersetuju.
“Ya! Kau dah jatuh cinta.”
Aku menelan air liur. Benarkah, aku dah jatuh cinta? Tetapi, semua itu seakan mustahil sahaja. Cinta itu, takkan begitu mudah hadir singgah? Apakah aku begitu lembut hati, hingga hati ini mudah terdetik berdetup kencang bila dia mengetuk pintu hati?
“AWAK jangan cerita apa-apa pada Wawa, boleh tak?”Wajah Syafiq aku pandang dari sisi tepi. Nampak terletak tinggi hidungnya. Terpacak macam mulut burung belatuk.
“Mana abang ada cerita apa-apa pada Wawa.”Balas Syafiq membidas.
“Habis tu, awak call dia? Kenapa tak call saya sendiri?”
“Dah, sayang tak mahu bagi abang nombor telefon. Wawa abang minta, terus dia bagi. Tak macam sayang. Jual mahal.”Aku yang kena balik.
Muka dia aku pandang lagi. Aku tidak mahu terlepas pandang wajah itu hari ini. Aku ingin hadam wajah itu. Ingin ingat dalam lakaran fikiran.
“Sayang tak suka kat abang?”soalnya selamba. Aku nampak halcumnya naik timbul.
Aku tercengang. Soalan begitu yang disoalnya. Agaknya, dia sudah mula terasa dengan layananku ini. Layanan dinginku membuatkan Syafiq terasa hati? Takkan lelaki yang sekeras Syafiq boleh berubah serta-merta. Ada yang tak kena ni?
“Syafiq... Saya nak tanya awak sesuatu.”Lembut tuturku kali ini. Hormat kepada dia, yang kini bergelar tunangku.
“Boleh je.”Jawab ringkas. Menoleh memandang aku yang di sisi. Oh, renungan matanya, sangat memukau.
“Kenapa awak layan saya baik sangat? Sedangkan sebelum ni, awak begitu dingin pada saya. Saya rasa, macam tak kenal, siapa diri awak yang sebenar. Boleh tak, awak jelaskan kemuskyilan saya ni?”Bertalu-talu soalan yang menerjah di minda kupersoalkan. Demi kebaikan diriku juga. Aku perlu tahu, apa yang Syafiq inginkan daripada aku.
“Sayang nak tahu?”
Aku angguk kepala. Menanti bibirnya meniti bicara jawapan. Apakah jawapannya itu nanti, bakal membuatkanku menerimanya, atau membuangnya jauh daripada hidupku. “Tolong, jangan mainkan perasaan saya. Saya tak suka.”
Syafiq tarik nafas dalam-dalam. Dihelakan nafasnya. Kini, dia berdiri dekat denganku. Matanya tidak lepas memandang wajahku ini. Makin kencang debarku ini, bila matanya itu terus menangkap anak mataku ini. Bersinar-sinar matanya.
“Maafkan abang, dengan apa yang berlaku sebelum ni.”
Argh! Maaf pula. Apa masalah dia ni? Tiba-tiba, minta maaf pada aku. Macam-macam fiilnya buatkan tidak senang duduk. Membuatkan aku sering tertanya-tanya. Syafiq begitu misteri. “Kenapa perlu minta maaf?”
“Sebenarnya, kemalangan yang berlaku antara kita dahulu, adalah satu rancangan yang abang sengaja adakan.”Beritahu Syafiq. Tidak jelas.
“Saya tak faham. Tolong jelas sejelasnya.”Muka sudah mula berkerut. Segala bintang dan simbol-simbol timbol di kepala.
“Abang sengaja, marah-marah sayang dan minta ganti rugi.”Sambung Syafiq.
“Untuk apa?”Soalku ingin tahu lebih lanjut.
“Untuk abang mendekati sayang.”Jawabnya selamba. Muka aku ditatapnya. Buatkan tidak tenang aku dibuatnya. Beralun kencang dadaku bila hembusan nafasnya mengena wajahku.
Aku melepaskan tawa kecil. “Dengan cara begitu? Jangan nak buat lawaklah.”
“Abang tak tipu. Abang memang dah lama perhatikan sayang. Tapi, abang takut nak dekati sayang. Daripada sayang bekerja di Stesen Minyak Petronas lagi. Abang selalu terserempak dengan sayang kat kaunter. Mungkin, sayang tak perasan abang.”
Argh! Sudah. Daripada aku mulakan pekerjaan lagi. Jadi, maknanya selama ini, Syafiq dah lama perhatikan aku. Patutnya, kadang-kadang aku terasa ada seolah-olah mata memandangku tajam.
“Abang sengaja hadiahkan sayang dengan baju-baju sotong tu. Abang nak tengok reaksi sayang. Ternyata sayang, marah sangat bila dapat tahu abang berikan semua hadiah tu.”Ceritanya terperinci.
“Ia ke?”Susah nak percaya.
Dia angguk kepala lagi. Tasik Serdang yang ada di depan menjadi saksi untuk diceritakan semua rahsia yang disimpan selama ini. “Abang sengaja usik sayang begitu, sebab abang nak tahu, sikap sayang. Ternyata sayang langsung tak layan. Malah sayang tegas. Sayang cakap abang macam-macam.”
Sudah letih berdiri di tepian tasik, aku mula duduk di kerusi yang ada tidak jauh daripada tempat berdirinya kami tadi. Terasa lega sedikit. Syafiq juga mengikut. Turut duduk di sisi. Berbalik kepada cerita Syafiq, bolehkah aku percayakan semua ceritanya. Macam tak masuk akal.
“Susah saya nak percayakan awak, Syafiq.”Aku menarik nafas dalam-dalam. Cuba bertenang.
“Sayang boleh ambil masa.”
“Sukar saya nak terima. Lagi satu, boleh tak, awak jangan terlalu romantik sangat dengan saya.”Geli-geleman. Abang dan sayang tak habis-habis. Geli lubang telinga.
“Maaf kalau sayang tak suka.”Sekali maaf meniti di bibirnya. Ish, poyolah. Dari bengis boleh jadi poyo macam ni. Memang terkena kejutan betul. Aku tak bolehlah nak terima lelaki yang terlebih gula macam ni.
“Saya memang tak suka! Awak ni macam tak ada pendirian. Awak langgar kereta saya, dan lepas tu marah-marah. Awak ganggu saya dengan ganggual seksual. Bagi hadiah sotong-sotong tu. Lepas tu, awak tarik saya bagitahu mummy, yang saya bakal isteri awak. Kemudian awak jumpa mak, bagitahu awak nak kahwin dengan saya. Sampailah kita bertunang. Awak ni, tak gentlemen langsung!”Habis aku hamburkan. Puas hati! Dah lama aku pendam dalam hati.
“Abang... abang ...”
“Saya tak suka, awak buat saya macam ni. Awak ingat, saya ni boneka mainan awak? Nak dapatkan saya, dengan cara yang bermacam-macam tu. Cara awak nak pikat saya tu, terlalu pelik. Saya tak suka!”Kuat suaraku menghemburkan marah.
“Sorry...”
“Lepas ni, saya tak mahu dengar apa-apa lagi, yang awak cuba lakukan lagi. Tak payah nak jadi, mr secret admire lagi. Jadi orang yang berani.”Menggelegak pula hati aku.
Syafiq tertuduk. Wajahnya keruh. Makan dalam dengan kata-kata aku agaknya. Sampai dah terkunci mulut, tak dapat nak balas apa-apa lagi.
“Lepas ni, jangan panggil saya sayang lagi. Dan jangan nak abang-abang sangat. Gelilah!”Aku ingatkan Syafiq. “Panggil je saya, Yani. Dan saya panggil awak dengan panggilan Fiq. Itu dah cukup.”Sambungku. Aku angkat punggung. Punggung pun dah panas, nak duduk lama-lama. Jelas sudah, apa yang aku terangkan. Tiada apa-apa lagi. Semunya sudahku luahkan. Harap Syafiq faham sendiri.

No comments:

Post a Comment