Saturday 24 January 2015

PROLOG - ISTERI UNTUK 5 SUAMI KARYA NALIA LYN

Menjadi seorang Adriana Shah memang tak simple tapi tak ada lah extreme sangat. Tahap biasa-biasa.

Menjaga itu dah sebati dengan dia. Dan sebab itu lah sekarang ni ada empat orang lelaki di bawah jagaanya. Macam dia punya kembar anak empat dan ibu tunggal.

Rutin hariannya pun dah macam seorang ibu. Sediakan pakaian ke pejabat , siapkan makanan , beli barang dapur untuk setiap rumah lelaki masing-masing. Nasib bukan duit dari beg tangan dia.

Tapi kalau lelaki-lelakinya dah mencecah umur ke 27 tahun , ini dikira tanggungjawab ibu ke atau seorang isteri? Suruh cari pasangan hidup , tak nak! Kata susah nak cari sepertinya. Memang la susah. Ingat Allah cipta manusia semua sama ke perwatakan dan sikapnya. Namun haruslah bukan dia yang terbaik.
Ada je alasan nak duduk celah ketiak dia.

"Erm nak apa?" Ni anak sulung dah call. Ada la benda tak jumpa tu.

"Yang , mana kot hitam?"

Adrian mengeluh kuat. Biar di talian dengar. Dah tampal note dekat cermin dah , tu pun nak harapkan dia baca ke?

"Baca la note kat meja solek. Malas nak ulang.."

"Note dah terbang , kucing ambil." Feryan jawab sambil gelak. Bukan tak perasan note tu cuma malas nak berjalan pergi ambil dan menelaah satu-satu. Not typical me!

"Mengada-ngada. Dekat wardrobe. Yang hitam belum gosok , pakai colour biru pekat tu , kameja ambil warna putih je. Tie pulak sebelah meja solek , pakai colour biru cair pula."

"Oh I got it , yang. Yang.."

Tutt! Adriana terus matikan talian bila terasa masih ada panggilan lain untuknya. Anak lain pula call. Hish! Rasa nak off je.

"Yow! Asal?"

"Mana going awak ni?" Adriana tergelak kecil. Miyo , anak bongsu ye ni , paling cute dan paling tak menyusahkan.

"Kat Giant. Beli barang." Sambil itu tangan Adriana lincah memasukkan empat paket french fries ke dalam troli.

4 Bliss Stawberry. Check!

4 Mini Hotdog Cheese. Check!

4 French Fries. Check!

4 Botol Mayonis. Check!

4 Botol Sos Cili. Check!

Rasanya ni je kot. Kalau troli dia sendiri memang jarang ada benda-benda goreng segera ni. Bukan kenyang mana , mahal lagi. Baik beli beras 10 kilo. Kenyang perut sebulan.

Lagi pun 'anak-anak' dia bukan makan benda heavy kat rumah. Masak pun malas. Sebab tu benda-benda senang nak goreng je dia beli.

"Oh , cukup duit tak?" Miyo berlari anak mencari Adriana. Sekarang zaman IT , dengan klik itu ini , dia dapat tahu dah mana Adriana. Sengaja nak suprise.

Mata memandang satu susuk tubuh lengkap berjubah biru dan bertudung pink sambil memegang Iphone. Yakin benar itu Adriana. Adriana saja perempuan yang dia jumpa tak suka beg tangan. Cuma suka beg galas jenama Nike atau Reebook. Simple. Tak girlish mana.

Perlahan-lahan dia berjalan dari belakang. Niat nak mengejutkan 'mummynya'. Semakin hampir dan hampir

"Tak payah gedik sangat nak peranjatkan orang lah."

Terhenti dah langkah dia. Perempuan ni , mata ada kat belakang ke?

Tuesday 20 January 2015

CINTA HATIKU ENCIK NAGA BY ADAH FIRAISAA

BAB 5


“KITA nak ke mana ni bang? Tadi cakap nak ke Taman Tengku Anis, tapi ni bukan jalan ke sana.” Risya menunjukkan wajah kehairanan. Harraz tergelak.
“Adik abang tak payah risaulah. Hari ni abang nak bawa adik abang pergi ke suatu tempat. Mesti best punyalah!”
“Yelah, tahulah suatu tempat tapi kat mana wahai abangku tercinta? Tadi janji Tutti Frutti la, shopping la… ni shopping ke mana, Tutti ke mana?” Risya memasamkan mukanya. Muncung lapan belas yang sentiasa menjadi teman terus keluar.
Shopping lain hari. Tu mulut tu. Tadi dah janji dengan abangkan, abang tak suka Risya buat duck face macam  tu. Buruk sangat muka adik abang jadinya.” Harraz sesekali menjeling kearah wajah kelat adiknya sambil menumpukan  perhatian kepada  pemanduan. “Kalau rasa nak sangat jadi itik, nanti abang buat reban itik kat taman rumah kita, bolehla kawan dengan adik abang yang manja ni, nak?” tambah Harraz lagi.
“Abang ni, ke situ pulak. Busuk la rumah kita nanti bau tahi itik! Tak sesuailah adik yang vogue ni nak kawan dengan itik.” jawab Risya sambil ketawa. Terus hilang muka-muka hantu muncung. Harraz juga turut ketawa kuat. Berjaya dia mengusir wajah itik yang dia tak suka, tetapi yang pelik ayat yang dia ucapkan tadi tidaklah lawak mana rasanya. Kenapa Risya bukan main ketawa?
“Kan comel ketawa macam ni, manis aje adik abang tak ada la macam tadi.” Harraz terus mencubit pipi adiknya, Risya. Risya menjerit kecil.
“Abang ni kan, suka sangat mengutuk bila Risya muncung. Abang kahwin nanti, dapat yang spesis Risya and mama baru padan muka. Siapa nak jawab?”
“Kalau abang dapat isteri spesis macam adik and mama, matilah abang. Hari-hari kena mengadap duck face macam tu, isteri abang pun mesti menyesal punya, abang cubit bibir dia hari-hari, confirm dia tak buat dah.”
“Jahatnya abang saya!! Kesian kakak ipar adikkan, ni sebelum kahwin adik kena bagi warning awal-awal, tak nak ada yang menjadi mangsa kekejaman abang.” Risya mengerutkan mukanya.
“Tak payah berangan. Sahkan isteri, calon isteri pun abang tak ada lagi, tak ada siapa-siapa yang kamu perlu warning.”
“Nampak sangat menipu tak ada girlfriend.” Bisik Risya perlahan.
“Apa adik cakap? Abang tak dengar.” Tanya Harraz dan mendekatkan telinganya ke arah Risya. Risya sedar dia terlepas cakap. Harap-harap abang tak dengar.
“Eh, mana ada apa-apa,  Risya kata , oh begitu.. “ jawab Risya takut-takut.
“Ooo... tapi abang rasa abang tak dengar macam tu pun tadi?”
“Erk!”
“Sudahlah, now kita dah smpai dah, kejap abang cari parking.” Malas Harraz nak melayan kalau bab-bab begini. Baik dia menamatkan perbualan lebih awal.
“Eh, dah sampai?” Risya kelam kabut mengalihkan pandangannya ke luar kereta.
Banyak juga kami bercakap, sampai tak sedar dah sampai. Kat mana ni? La… abang datang KB Mall je? Bosan betul. Tadi cakap tak nak shopping, tapi sekarang ke sini pulak. Patutlah rasa dekat, berapa minit je dari rumah. Aduh abang ni, macam tak ada tempat lain nak tuju.
“Abang ni cakap berbelit tau. Mula-mula cakap nak shopping, dalam kereta cakap tak nak, ni datang KB Mall buat apa? Tadi cakap tak nak shopping? Kenapa datang sini jugak?”
“Abang lapar, saja datang menyemak kat sini sekali sekala. Sambil-sambil tu, boleh abang cari kakak ipar untuk kamu.” Harraz mengenyitkan matanya dan mengangkat  kening sebelah kirinya. Mereka keluar dari kereta
“Eiii! Abang ni bajet tiru Lee Min Hoo la... eiii... geli! Siapa yang malang dapat abang nih. Cepatlah, adik pun dah lapar tengok muka poyo abang nih.” Risya tergelak besar. Tapi memang betul, ramai kawan-kawannya mengatakan wajah abangnya mirip Lee Min Hoo, hidungnya yang kecil serta matanya yang sedikit sepet. Semestinya menjadi kegilaan ramai perempuan.
Ramai senior-senior perempuan di universitinya yang kononnya jatuh cinta pandang pertama pada abangnya. Yang menjadi mangsa siapa lagi kalau bukan dia?  Hampir saban hari dia terpaksa menjadi posmen tak bergaji untuk menghantar surat dan kiriman salam, itu belum termasuk yang hari-hari menempel minta nombor telefon. Di depan mereka, Risya anggukkan sahaja, tetapi, tidak juga dia sampaikan. Mahu bernanah telinganya kalau abangnya tahu semua ni.
“Ke abang memang tak suka perempuan agaknya. Eh, ape aku ni??? Jangan abang suka kaum sejenis sudah. Mintak simpang! Heheheh…” dia tergelak sendirian.
Harraz memandang pelik adiknya yang ketawa sendirian secara tiba-tiba. “Kamu kenapa Risya? Ketawa tiba-tiba… Kena sampuk ke?” dia menepuk bahu Risya yang berjalan di sebelahnya.
“Eh abang ni, terkejut tau?? Perlahan sikit tak boleh ke?”
“Dah kamu yang buat abang takut, tiba-tiba ketawa, risaulah jugak adik abang kena sampuk siang-siang macam ni.” Harraz menggosok kepala adiknya.
Risya senyum. “Wahhh… sweetnye abang… risau kat adik... ehhehe... tak ada apa-apalah... adik teringat kat senior universiti adik, kesian cintanya tak terbalas eak…. Separuh nyawa dia minat kat abang, abang boleh buat tak tau je…hati batu betul abang ni.” Risya ketawa lagi..
“Ha! Buka lagi cerita tu, abang dah kata jangan layan sangat mereka tuh, abang tak suka mereka suka abang sebab muka handsome la, sweet la, apa-apa je. Mereka belum kenal lagi perangai betul abang. Silap-silap haribulan, yang separuh mati nak kat abang nilah, yang lari dulu… bukan begitu?”
Risya ketawa geli hati. Abangnya sudah buka mulut. Lebih baik layan sahaja daripada kena marah. Hehehe…. Lagipun memang betul apa yang Harraz katakan. Kalau mereka yang nak sangat Harraz tu tahu perangai Harraz sebenar, memang diorang yang lari dulu. Risya yang sebagai adik pun tak tahan dengan sikap nak serba sempurna abangnya tu, apatah orang lain yang baru nak kenal?
‘Tapi bagus jugak abang ni, jenis sedar dirikan? Sedar perangai buruk sendiri. Hahahaha….’ Bisik hati Risya.
“Dahlah, jom. Hari ini abang terasa nak makan KFC. Jom teman abang makan. Tiba-tiba teringin pulak rasanya nak makan ayam goreng. Fuuh!!! Sedapnya….” Kata Harraz sambil tersenyum.
“KFC? Macam tak ada tempat lain nak makan KFC. Padahal dekat Bandar Kubang Kerian bukannya tak ada, tu dekat stadium tu pun bukannya tak ada. Abang ni saja je datang tempat orang ramai-ramai macam ni.” Bebel Risya.
“Eh! Tadi bukannya kamu cakap pasal kakak ipar? Abang datang sini nak cari kakak ipar untuk kamulah.”
“Kakak ipar kat shopping mall? Nampak sangat kalau jumpa jodoh kat sini, sembilan puluh peratus mata duitan, kaki shopping! Tak mampu adik nak sangkal lagi. Percayalah!”
“Pulak? apa-apalah adik oi. Abang nak makan je sekarang ni. Adik nak yang mana? Abang nak paha ayam. Bila gigit je, keluar asap. Rasa dia… peeergh!!!!” Harraz memejamkan mata. Reaksi yang penuh kelazatan. Risya telan air liur.
 “Ewah, ni dah menganggu diet adik nih, tetapi memandangkan ada abang yang kacak bergaya belanja, sanggupku melanggar pantang.”
“Adik diet??” Harraz berhenti daripada berjalan. Risya buat muka pelik. 
‘Dah kenapa pulak abang aku ni?’ soal Risya dalam hati.
“Oyeahh! Mestilah abang, kenapa? Macam pelik saja.”  Risya turut berhenti di sebelah abangnya. Dia mengenyitkan matanya sambil bercekak pinggang.
“Memang pelik. Adik abang yang sekeping macam ni pun nak diet? Dah macam straw je abang tengok. Tak payah lah abang rasa diet mendiet ni. Rugi je tak dapat menikmati makanan yang ada kat dunia ni.” Harraz dengan muka tak bersalah memberi komen kepada adiknya. Risya berasap. Dikerutkan dahinya, mencerna sindiran yang diberikan.
“Dikatanya aku  ni macam straw? Amboi! Sedapnya mulut tuan hamba berkata-kata. Abang jangan buat Risya marah tau. Tak nak kawan abang baru tahu!” hatinya terusik. Sampai hati abang yang setiap hari dipuji handsome mengata badannya bagai penyedut minuman?
“Hehehehe... jangan marah adikku sayang. Jomlah makan. Abang dah lapar sangat ni.” Harraz terus menarik tangan adiknya menuju ke restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken. Dia perasan muka Risya sudah memerah. Pantang benar bentuk badannya dikritik. Jadi, lebih elok cepat-cepat diajak ke KFC.
Sebaik sahaja mereka tiba di hadapan restoran tersebut, tiba-tiba Harraz berhenti mengejut. Risya yang berjalan di belakang Harraz sambil membebel-bebel tentang lokasi KFC yang di pilih turut terhenti dan terlanggar bahu abangnya. 
Dush! Ini memang emergency break! Menyeringai Risya apabila hidung kecilnya mencium bahu keras abangnya.
“Apa lagi ni abang? Sakit hidung adik ni terlanggar bahu abang yang macam besi tu. Keras.” Kata Risya sambil menggosok-gosok hidungnya yang sakit.
“Si pending spesis mama lah….” Bisik Harraz perlahan.
“Ha? Apa dia abang?” Tanya Risya. Dengar macam abangnya ada menyeebut perkataan mama tadi, takkan terserempak dengan mama mereka kat sini pun abang dia terkejut? 
Harraz berpaling mengadap adiknya.
“Tu, perempuan yang bertudung kuning tu, dia satu spesis mama and adik. Kalau kena marah mesti muncung macam mama dan adik tau.” Harraz bercerita sambil menunding jari ke arah seorang perempuan yang berjalan sendirian sambil memegang beberapa beg plastik. Risya berdiri kaku melihat kesungguhan abangnya bercerita. Jarang benar abang ambil tahu pasal perempuan, siap tahu perempuan tu suka memuncung bila kena marah. Biar betik ini abang aku si Harraz? Kemudian dia beralih mata kepada perempuan yang ditunjukkan Harraz. Not bad!
Harraz menyambung lagi, “Dahla pending memanjang, abang gaduh dengan dia hari tu kat Parkway, dia pecahkan Kristal kapal layar abang. Lepas tu..” belum sempat habis Harraz bercerita, tiba-tiba….
BUK!!
“Aduh!” jerit seorang kanak-kanak lelaki. Harraz jatuh terlentang di depan KFC dan kanak-kanak tersebut jatuh di atas badan Harraz.  Harraz terpana, apa yang terjadi?
‘Kenapa ada rasa sejuk-sejuk kat dada aku ni?’ soalnya pada diri sendiri. Dia  melihat dadanya. Aiskrim coklat mendarat dengan aman sekali di atas badannya. Apa yang lebih malang, dia memakai t-shirt polo berwarna putih kegemarannya.
Matanya dialihkan pula pada objek yang menghempap badannya. Terdapat seorang budak lelaki sedang meniarap di atas dada sambil mata terkebil-kebil. Mungkin juga turut terkejut dengan kejadian yang baru berlaku. Harraz mula berasap, lebih-lebih lagi aksi ini berlaku di pusat membeli-belah. Semua mata memandangnya yang sedang terlentang di atas lantai.
Tanpa membuang masa, Harraz bangun sambil dia mengangkat kanak-kanak itu ke tepi. Risya cepat-cepat memegang tangan abangnya, cuba mengawal keadaan.
“Abang , you tak apa-apa? Sabar abang, sabar. Jangan marah, please, dia budak lagi tu.” Risya berdiri di sebelah abangnya, berbisik dan cuba meredakan kemarahan abangnya. Harraz melihat kanak-kanak itu, senyap. Takut dimarahi barangkali, rasa kasihan terdetik dihatinya. Terus hilang rasa marah yang membuak sebentar tadi. Namun baru sahaja dia mahu membuka mulut untuk bercakap dengan budak lelaki itu …
“Ya Allah Alif! Kenapa lari-lari macam ni? Mama dah cakapkan hati-hati, kesian pak cik ni, habis bajunya.”  Perempuan bertudung kuning itu berlari ke arah budak yang melanggarnya dan memeluk kanak-kanak lelaki itu.
‘Pak cik? Mama? Perempuan ni bukan ke perempuan pending tu? Dia dah berkahwin ke? Budak tu anak dia ke?’ Banyak sekali soalan berlegar-legar di dalam mindanya. Harraz kaku. Pelik!
“Encik, minta maaf ya. Alif tak sengaja tadi, dia memang gembira sangat dapat aiskrim ni sampai tak nak dengar cakap saya.” Perempuan bertudung kuning itu mendongak ke arah  Harraz sambil memohon maaf dan sebaik sahja dia menghabiskan kata, wajahnya terus menunjukkan reaksi terkejut. Harraz turut terkejut.
You? Perempuan pending mulut itik??” jerit Harraz. Perasaanya menjadi marah kembali. Kalaulah dia tahu budak kecil itu anak si perempuan pending ni, memang dah lama kena.
“Hah? Apa yang pending? Apa yang itik ni? Saya tak faham...” Marha kaget. Mamat mulut longkang dan kapal layar? Sepintas lalu kejadian mereka bergaduh di sebabkan replika kapal yang diperbuat daripada Kristal pecah menerjah tubir matanya. Kemudian insiden bergaduh di bahu jalan turut kembali meresap ke dalam ingatan.
OMG!
Kenapa sekali lagi mereka dipertemukan?
“Patutlah rasa macam pernah tengok budak ni. Eh! Awak tau tak? Kalau terjumpa awak, kenapalah hidup saya ada je dugaan yang datang?! Kenapa lah awak asyik bagi bala je kat saya? Dahla baju kesayangan ni…. Adoi…” Harraz mememekkan mukanya seperti badut sekaligus meramas-ramas rambutnya. Terlalu geram!
Marha buat muka pelik. Dah kenapa mamat ni? Muka merah macam naga je? Baju kotor sikit aje, bukan tak boleh basuh! Tak boleh jadi nih, kena lawan balik nih.
“Apa??? Awak kata saya bagi awak bala?? Eh hello, saya dah minta maaf baik-baik, suka suki awak cakap saya macam ni ye? Dah la muka merah macam naga. Sedap mulut je cakap kita bawa bala.” Jawab Marha lantang. Menyampah dengan lelaki yang ikut sedap mulut bercakap ni. Sakit hati sangat rasanya! Dadanya berombak, tangannya menggeletar. Geram dan berdebar!
Risya garu kepala. Aduh… macam mana aku boleh terjebak dengan drama bersiri di KB Mall ni?
“Kak, sabar kak, jangan marah abang saya, kita bincang ya…” Risya cuba menenangkan Marha. Kanak-kanak lelaki tadi mula menitiskan air mata dan seterusnya menangis kuat. Mungkin terkejut melihat dua orang dewasa sedang berperang mulut. Marha memeluk Alif dan menggosok-gosok belakangnya. Cuba menenangkan Alif dari menarik perhatian orang ramai.
“Apa sabar-sabar?” Harraz menjeling ke arah adiknya. Risya menikus.
Tiba-tiba Harraz membuka baju Polo kesayangannya di situ jugak. Marha kecut, orang sekeliling mula memandang pelik. Nasib baik dia memaki singlet di bahagian dalam, kalau tidak, free show!
“Kau ambik baju ni, basuh! Jangan basuh guna mesin., rosak nanti! And tolong pulangkan secepat yang mungkin. Terima kasih!” Harraz terus berlalu setelah baju yang dihulurnya disambut oleh Marha. Risya yang turut ditarik abangnya berlalu membuat muka terkejut. 
“Biar betul abang aku? Siap bukak baju kat shopping mall. Marah betul dah ni.”



‘KESIAN akak tu… macam  manalah dia nak pulangkan baju abang. Wait!!’
“Abang, macam mana dia nak pulangkan baju abang?” kata Risya sambil berhenti mengejut. Harraz tersentak kerana tarikan pada tangan adiknya terhenti. Tetapi disaat ini, egonya lebih tinggi, dia melepaskan tangan adiknya dan terus berlalu ke arah parking kereta. Risya menggeleng kepala dan mengambil keputusan untuk kembali ke KFC. Kelihatan perempuan bertudung kuning tadi masih berdiri di tempat tadi dan memujuk anaknya menangis.
“Akak...” Risya menegur perlahan. Perempuan bertudung kuning itu mendongak.
“Nama saya Risya, saya adik kepada lelaki tadi. Maaf ya dengan kelakuan abang saya. Dia memang macam tu, cepat baran. Akak siapa nama?”
Marha tersenyum. “Saya Marha, tak apalah, sepatutnya dia yang datang minta maaf, bukan kamu. Kamu tak salah apa-apa pun.” Mendatar sahaja jawapannya. Kalau ikutkan marah, memang marah, tapi dia tak boleh lepaskan marah pada orang yang salah.
By the way, ni nombor telefon saya,  and nama Facebook saya. Kalau sudi akak add la saya ya. Hehe… bukan apa, nanti akak nak hantar baju abangkan? Saya nak ambik baju tu sekarangkan nanti saya kena marah, tak berani. Hehehe...” ujar Risya sambil menghulurkan secebis kertas kepada Marha.
Marha menyambut dengan senang hati. Nasib baiklah adiknya baik, kalau tidak? Satu keturunan kena sumpah dengan aku. Sabar Marha, sabar.
“Terima kasih ye Risya. Akak kena pulang dulu ni, Alif dari tadi menangis tak nak berhenti. Nanti apa-apa akak hubungi kamu ya. Assalamualaikum.” Marha bersalam dengan Risya dan terus berlalu mendukung Alif pergi.
Risya tersenyum.
“Abang aku ni, begitu baik akak ni, dia kata akak bawa bala? Apa pelajaran la Abang Raz ni pakai. Nasib baik dah ada anak, kalau tak memang aku kenakan untuk abang ni.”  Dia ketawa sendirian dan terus berlalu menuju ke tempat meletak kereta. Pasti abangnya telah lama menunggu.
‘Nasib engkau la abang menunggu adikmu yang comel dan baik ni. KFC tak dapat, shopping pun tak dapat. Nasib aku jugak yang malang. Baru ingat nak pau duit abang. Nasib dapat abang yang emosional ni.’



CINTA HATIKU ENCIK NAGA BY ADAH FIRAISAA

BAB 4


RAZ! OOO RAZ!”. 
Jerit Datin Raudhah agak lantang. Dia berdiri sambil bercekak pinggang, mendongak ke balkoni bilik anaknya.
“Ya Allah, bila lah anak aku ni nak hilang  jetlag nya. Ni dah masuk tiga bulan dah ni, alasan jetlag! Jetlag! Dia ingat aku ni tak biasa ke oversea agaknya!” bebel Datin Raudhah sambil mengherotkan bibirnya ketika menyebut perkataan ‘jetlag’. Datuk Haidar ketawa melihat isterinya yang sedang membebel.
“Odah sayang, comel jugak awak ni kalau buat muka macam tu ya, baru saya tahu bini kesayangan saya ni ada bakat buat lawak.” Kata Datuk Haidar sekaligus meledakkan ketawanya. 
Datin Raudhah berpaling dan memandang ke arah suami yang sedang asyik mengetawakan dirinya.  Dia berjalan ke arah gazebo kayu jati yang digunakan untuk bersantai setiap hari bersama keluarga.
“Ewah, sedap abang mengata saya ya? Duhai suami tercinta, tengok la perangai anak sulung kasayangan awak tu. Ini dah pukul empat petang, matahari dah nak terbenam semula dah boleh sesedap rasa dia tidur kat atas? Nasib baik hari ni Sabtu, pejabat cuti. Kalau tidak? Memang tak ada peluang awak nak ajak dia ke pejabat.”  Jawab Datin Raudhah sambil melabuhkan punggungnya di atas gazebo itu. Air terjun buatan serta kolam ikan yang dibina menambahkan lagi suasana ketenangan di dalam Villa Kasturi.
“Biarlah Odah, dia masih belum puas holiday lagi tu, saya dulu pun macam itu jugak. Baru balik dari  study dah kena kerja, masuk pejabat bagai. Itu memang saja nak stresskan otak tu. Buat apa kalau dia kerja tapi hati dia tak suka, saya tak nak anak saya jadi macam saya dulu kerja dalam terpaksa. Hasilnya, kualiti langsung tak ada. Akhirnya, daddy bagi saya cuti dua bulan, barulah saya betul-betul ready untuk berbakti pada company. Lagipun tak perlu tergesa-gesa, dia akan bekerja dengan syarikat keluarga, bukannya kena pergi interview ke apa.” Datuk Haidar menjawab panjang lebar sambil menikmati pisang goreng buatan isterinya. Datin Raudhah memang pandai memasak. Lagi-lagi kalau kuih tradisional. Pisang goreng yang biasa ni kalau tukang yang membuatnya adalah isteri tercinta, rasa sedap tu lain macam jadinya. Ada uumph! orang kata. Datin Raudhah menjeling tidak puas hati.
“Ha, manjakanlah sangat budak tu. Macamlah awak tu kuat sangat nak uruskan syarikat sekarang ni. Saya bukannya suruh dia kerja teruk-teruk, kurang-kurang bantu ringankan beban awak sikit pun cukuplah. Kalau awak biar je dia macam ni, bila dia nak rasa pegang tanggungjawab? Ini tidak, balik pukul tiga empat pagi, macam mana jetlagnya tak ada? Anak dengan bapa sama saja.”
Datin Raudah muncung. Pandangannya dialihkan ke kolam ikan di hadapan.
Sudah, ini yang menjadi kelemahannya kalau si isteri dah menunjukkan muncung lapan belas. Dia bergerak mendekati isteri tercinta dan dipeluk isterinya dari belakang.
“Odah, mendidik anak-anak ni saya tak suka gunakan paksaan. Saya biarkan dia, bukan bermakna saya tak pantau pergerakannya. Harraz tu, walau dia selalu balik lewat pagi, satu yang saya bangga dengan anak saya, dia ikut pesan awak, jangan jejakkan kaki ke tempat-tempat yang tak senonoh, tempat yang boleh datangkan bencana dan bermacam-macam lagilah yang awak pesan tu. Paling tidak pun dia melepak di rumah sepupu dia tu. Bukan ke mana pun. Kota Bharu ni tak ada apalah, bukan macam KL, JB yang ada disko dan sewaktu dengannya tu.” Cerita Datuk Haidar lagi. Dagunya ditongkatkan ke bahu Datin Raudhah.
Sepantas kilat Datin Raudhah berpusing mengadap muka Datuk Haidar. See?? Ikan dah makan  umpan. Tiada lagi muncung 18 tu. Percayalah!.
            “Betul ke abang? Mana abang tahu ni? Ke abang saja nak pujuk Odah ni?” Datin Raudhah merenung ke dalam mata suaminya. Menduga jawapan yang dia terima. Datuk Haidar senyum.
“Betul sayang, abang upah orang ikut Harraz. Anak muda sekarang bukan boleh percaya sangat, kita kena ikut rentak mereka, baru mereka tak meletup tak tentu hala, kan sayang?” Tanya Datuk Haidar manja. Dia memang seorang yang penyayang, dan tidak malu-malu menunjukkan kemanjaan serta kasih sayangnya pada keluarga. Seorang yang lemah lembut dan terlalu menjaga hati orang ramai.
Tiba-tiba,
“Papa, Mama! Raz kat atas ni dah habis segala rasa cemburu tau! Hahahahha..” jerit Harraz dari balkoni biliknya sambil ketawa. Datuk Haidar dan Datin Raudhah mendongak ke atas.
Anak bujang dah bangun rupanya.
            “Tak payah nak memekak kat atas sana tu, mai turun. Orang dah tiga kali makan nasi, kamu sepinggan pun belum sentuh! Bertuah punya anak. Turun!” jawab Datin Raudhah, suaranya ditinggikan sedikit untk memastikan Harraz betul-betul dengar apa yang dicakapkannya. Dia masih lagi berada di dalam pelukan suaminya. Tak perlu nak malu dengan anak sendiri, memang patut di tunjukkan kasih sayang antara mereka kepada anak-anak, biar jadi contoh. Bukan begitu?
            “Yelah mama, kejap lagi Raz turun. Raz nak mandi kejap. Mama dengan papa tunggu tau, Raz ada benda nak bincang okay.” Ucap Harraz dan terus menghilangkan diri di sebalik pintu gelongsor balkoni biliknya.
            “Ada orang mengintip kitalah daripada tadi rupanya bang, malu la pulak rasanya.”
            “Buat apa nak malu, ini yang patut ditonjolkan pada anak-anak. Kasih sayang kita yang sentiasa mekar walau usia kita makin meningkat. Orang kata seiring dengan perkembangan umur. ” Jawab Datuk Haidar. Berbunga-bunga betul! Kalah orang muda yang bercinta!


HARRAZ kembali melontarkan badannya ke atas katil. Kemesraan antara papa dan mama amat menggembirakan hatinya. Seronok melihat cinta dan kasih sayang kedua orang tuanya yang tak pernah pudar. Tersenyum-senyum sendirian dia sambil memeluk bantal. Dipenyek-penyek bantal itu sambil berimaginasi. Huh! Imaginasilah sangat, padahal berangan! Hehehehe…
‘Kan best kalau aku ada isteri, boleh jugak manja-manja. Tak adalah kesepian macam ni, asyik peluk bantal ini aje. Tapi kalau ada rezeki, tak nak pulak yang macam mama dengan Risya, asyik memuncung je. Perempuan yang langgar aku kat mall tempoh hari pun sama, kena sergah sikit pun dah macam itik mulutnya. Dah la bawak kereta macam dia seorang je bayar cukai, aku ni menumpang je atas jalan tu gamaknya.’ Mindanya berkomunikasi.
“Kenapa pulak aku ingat pada perempuan yang mengopakkan poket aku? Tak masuk akal betul!” Harraz membebel seorang diri apabila tersedar daripada angan-angan yang baginya tidak masuk akal.
“Mengaku je Harraz itu saja perempuan yang pernah kamu layan bercakap dalam dunia ni.” Kedengaran satu suara mengejekknya.
“Ingat aku ni tak laku sangat ke” jawab Harraz angkuh.
Eh! Bukan tak laku, tapi memilih dan cerewet! Dari kecil sampai besar, mamanya, Risya, dan neneknya sahaja rasanya perempuan dalam hidup yang dia rasa perfecto! Dalam perfecto pun banyak jugak komennya. Rasa perfecto pun sebab itu je wanita yang ada di sekelilingnya. Kalau ada yang tak kena pun, nak kritik tak boleh. Mati kena tembak balik nanti dengan mereka bertiga!
Masa study dulu pun, mana nak dipandang perempuan-perempuan lain, buang masa katanya.  Lagi-lagi kalau perempuan yang jenis suka merengek minta perhatian. Oh! Tolonglaaah…
“Eh, sudahlah berangan, buatnya adik tahu ada perempuan lain yang aku ingat, mau mati dia gelak, mandi lagi baik.” Ujar Harraz sendirian. Dia bangun dan menghilang di sebalik pintu tandas. Beberapa minit kemudian kedengaran air mencurah-curah diselangi lagu Hindustan, Dil Hai Tumhara dendangan penyanyi tak diiktiraf, Harraz sendiri!


 “LAH…. Kat sini rupanya mama dengan papa duduk, penat adik pusing satu rumah.” 
Tiba-tiba Hafsya Risya, satu-satunya anak gadis Datuk Haidar dan Datin Raudhah menegur. Mereka berdua berpaling secara serentak ke arah pintu gelangsar yang menghubungkan taman mini rumah mereka dengan ruang menonton di dalam rumah. Risya tersenyum sambil melangkah ke arah mereka, dan terus mengambil tempat di gazebo ukir itu.
Hafsya Risya, anak kedua merangkap anak bongsu pasangan Datuk Haidar dan Datin Raudhah. Berumur 20 tahun, sedang mengikuti diploma di tahun akhir dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi Mara. Seorang yang banyak cakap dan amat manja dengan abangnya, Harraz.
            “Risya dari mana ni? Mama ingatkan kamu ke universiti.” Tanya Datin Raudhah sambil menuangkan jus epal ke dalam gelas dan dihulurkan kepada anaknya. Risya menyambut.
            “Eh mama ni, hari inikan Sabtu? Mestilah Risya cuti, mana ada pergi universiti. Sekali sekala nak jugak rasa duduk di rumah, lagipun malas la nak drive ke Machang tu, jauh tau.” Risya menyedut dan menikmati jus di dalam gelasnya.
            “Mana la mama tahu, kamu selalu sangat sibuk beraktiviti kat Universiti tu, jarang sangat kamu lekat dirumah... kan papa? Orang tu orang penting universiti, habis semua kelab mahu dia join. Sekarangkan dah jadi senior, lagilah.” Perli Datin Raudah. Datuk Haidar ketawa.
            “Mama ni saje je nak usik Risya, kalau Risya tak ada kat rumah, bising. Ini Risya ada pun nak bising jugak? Ni yang rasa nak merajuk ni. Risya keluar baru tahu.” Risya memuncung.  Datuk Haidar ketawa.
”Ini spesis mama kamulah ni, asal merajuk je muncung lapan belas tu keluar. Lepas ni papa boleh guna bibir kamu untuk sangkut baju papa, tak payah beli almari dah. Sangkut je penyangkut baju tu kat bibir.” Datuk Haidar ketawa lagi. Risya tetap memuncungkan mulutnya.
Pap!
Bibir Risya ditepuk dengan telapak tangan.
“Sakitlah!!” Jerit Risya sambil memegang bibirnya yang mula merasa pedih. Harraz ketawa kuat, lalu mengambil tempat di sebelah bapanya.
“Padan muka, muncung lagi depan papa, mama. Ingat cantik sangat la duck face macam tu.”
“Dah mama yang usik Risya, Risya merajuklah. Yang abang sibuk tepuk mulut Risya kenapa?” Bentak Risya dengan suara yang bernada merajuk. Menahan geram.
“Ala…sayang abang dah merajuk la, tak jadilah bawak adik kesayangan abang ni jalan-jalan kejap lagi. Abang ingat nak ke Taman Tengku Anis kejap, nak pergi ambil gambar, lepas tu nak lepak dekat Tutti Fruitti, and then I want to go to somewhere, shopping may be. Erm… is there anybody want to go out with me??” Kata Harraz sambil mengenyitkan matanya ke arah Risya.
Risya teruja.
“Nak ikut!!! Nak ikut! Ala abang, boleh ya??” dek terlalu teruja, rajuk tadi sudah hilang ke mana. Bukan selalu boleh keluar berjimba dengan abang sendiri. Asyik sibuk merayap aje kerjanya. Adik di rumah sendirian dahagakan perhatian.
“Janji tak nak muka duck face lagi, tak cantik!”
“Yelah, yelah, nak bersiap kejap ye. Tunggu tau abang. Kalau lari, siap!” Risya bergegas naik ke ruang atas.
“Kalau bab berjalan, laju je anak mama seorang tu ye.” Harraz memulakan bicara dengan orang tuanya sambil tangannya mencapai pisang goreng.
“Mana taknya Raz, dah  nama anak mama mestilah sama. Mana nak tumpah kuahnya kalau bukan ke nasi. Bukan begitu mama?” Datuk Haidar menyampuk sambil ketawa. Harraz turut ketawa.
“Kamu berdua kalau bab mengenakan mama, memang excellent betul! Malas mama nak layan. Alih-alih mama jugak yang terkena. Harraz, apa yang kamu nak bincangkan?  Bukan main kamu menjerit dari balkoni tadi, agaknya satu taman  rumah kita ni boleh dengar kot?” Tanya Datin Raudhah sambil menepuk lembut paha anaknya.
“Oh, hampir terlupa pulak Raz. Papa, pejabat papa ada kosong tak sekarang?” Datuk Haidar dan Datin Raudhah berpandangan.
“Kenapa? Kamu ada nak masukkan sesiapa ke?”
“Bukanlah papa, come on! Harraz balik dah lama kot. Raz fikir, dah sampai masanya Raz bantu papa kan?”
Datuk Haidar dan Datin Raudhah berpandangan. Kemudian mereka tersenyum.
“Alhamdulillah…..berjuta-juta kali Alhamdulillah Raz. Ini yang mama tunggu selama ni.” Datin Raudhah tersenyum lebar.
“Wah! This is good news for me!! That’s my boy, Syukur Alhamdulillah…. Dah lama papa nak tanya kamu pasal ni, tapi papa ingat tak nak memaksa kamu, nanti kamu malas kerja, betul tak?” Datuh Haidar ketawa.
“Betul tu pa, kalau tanpa persediaan, tak akan ada hasil , kalau ada pun,as a bad worker. Saya hanya ke pejabat, duduk atas kerusi dan hadiahkan senyum sumbing pada semua pekerja. Yelah, nak buat kerja mood tak ada, sudahnya tengok orang sekeliling dan senyum, kan pa?”
“Kan saya dah cakap mama? Anak saya, mesti tahu apa yang dikatakannya, betul tak? Don’t worry Raz, tempat kamu sentiasa ada, sentiasa kosong bilik tu. Bila kamu nak mula?” Ujar Datuk Haidar sambil mengangkat sebelah keningnya. Harraz ketawa. Datin Raudhah tersenyum gembira.
Give me a week. Raz nak buat the best preparation sebelum bergelumang dengan kerja, bolehkan pa?”
Of course! Ambik saja lama mana masa yang kamu nak, tapi jangan sampai buat papa tertunggu-tunggu kat office tu sudah. Hahaha….” Mereka ketawa.
“Abang! Cepatlah, Risya dah siap ni, jom!” Jerit Risya. Dia berdiri di pintu gelongsor yang menghubungkan gazebo dan ruang rehat rumah.
“Amboi anak mama, kalau bab berjalan nombor satu! Jangan nakal-nakal nanti. Kesian abang kamu.” Pesan Datin Raudhah. Harraz berpusing melihat ke arah adiknya.
“Kot ye pun excited, salam dengan mama papa dulu sebelum pergi. Cepat!” Harraz bersuara. Risya tersengih-sengih, tahu salahnya. Terus dia menuju ke arah orang tuanya dan menyalami tangan mereka. Harraz turut melakukan hal yang sama, dan mereka bergandingan menuju ke kereta Harraz sambil bergurau.
Datuk Haidar tersenyum, bahagia melihat kedua-dua anaknya amat rapat antara satu sama lain.


“MAMA, Aliff nak yem!”
“Sekejap ye sayang, lepas kita hantar Abang Afiq ke kelas, kita beli ya?” ujar Marha lalu tersenyum memandang anak saudaranya, Alif. Walaupun sedang memandu, sesekali matanya dilarikan juga ke arah Afiq, anak sulung Mursyida. Apa yang seronok sangat dilihat sehinggakan mukanya dilekatkan ke cermin kereta. 
“Afiq, tengok apa tu sayang?” tegur Marha lembut. Anak saudaranya berpusing.
“Afiq tengok kereta. Mama, hari ni Afiq tak nak pegi Smart Reader boleh?” Afiq menunjukkan muka sedih. Marha senyum. Tahu sangat memek muka meminta belas tu.
“Tak bolehla sayang, kalau nak pandai kenalah belajar. Lagipun kelas tu bukan percuma, kena bayar tau? Kesian ibu dengan abah cari duit untuk bayar kelas Afiq. Mereka nak tengok Afiq pandai.” Pujuk Marha.
Walaupun dia yang membayar yuran kelas tambahan bahasa Inggeris di Smart Reader untuk Afiq, dia lebih suka memberitahu bahawa semua itu dibayar oleh kakaknya. Ini adalah kerana Marha mahu anak-anak saudaranya menghargai Mursyida dan Iman sebagai ibubapa yang terbaik.
Mursyida bukanlah tidak pandai, namun kerana dia adalah kakak sulung, dia lebih banyak membantu arwah mamanya dalam membesarkan adik-adik. Dia tidak menyambung pelajaran kerana tidak mahu keluarganya berasa susah. Alhamdulillah walaupun jodohnya dengan Iman yang tidaklah bekerja besar dan berharta, namun kebahagiaan terserlah di wajah mereka. Itu jodoh pilihan abah untuk Mursyida. Kata abahnya lagi, Mursyida memang seorang anak yang baik dan patuh. Berkat restu mama dan abahlah yang menjadi salah satu punca kebahagiaan itu milik Mursyida.
Pernah Marha bertanya kenapa abahnya menerima Iman walaupun Iman tidak berharta. Kata abahnya, kebahagiaan bukan terletak pada harta, namun ia terletak pada rasa ikhlas, jujur dan rasa tanggungjawab yang ada dalam hati. Kalau harta bertimbun namun dalam hati kosong, tak ada tanggungjawab, hubungan di antara dua manusia tak akan elok.. Dan ya! Marha bersetuju dengan pendapat abah. Bertuah Mursyida mendapat kasih sayang abah sehinggalah dia bergelar seorang isteri.
Marha menyapu air mata di pelipis. Rasa rindu membuak-buak kepada arwah mama dan abah tiba-tiba hadir. Walauapapun, dia tetap bersyukur abah dan mama sempat memberikan kasih sayang serta bimbingan kepadanya sehingga akhir hayat mereka. Semoga mama dan abah sentiasa dalam rahmat Allah.

"Jika perkara-perkara yang berlaku mengikut kehendak anda, anda bernasib baik, tetapi jika mereka tidak, anda sangat bertuah kerana mereka berlaku mengikut kehendak Allah."