Friday 24 February 2017

CINTA? BIAR BETUL KARYA ANNA MILIA

Bab 4 

  FARID yang memandu ke bengkel. Aisya pula mengekori mereka.
 “Kau bukan setakat perdajalkan  dia, dengan aku-aku sekali kena tempias.” Farid berleter.
  “Aku  coverlah semua kos. Kalau kau nak cat satu kereta pun,  no problemlah, Farid.”
 “Kau tak rasa kasihan ke kat dia? Habis rosak berpuluh-puluh biji kek dia.”
  Khaffy terdiam. Dia memang rasa bersalah tetapi rasa itu ditolak jauh-jauh.
 “Kau  cover  sekali kerugian  cup-cake  dia,” suruh Farid.
 “Tengoklah dulu macam mana.” Farid menggeleng.
  “Ni, nanti aku berlakon yang aku tak cukup duit. Aku akan minta hutang dengan kau dan kau tak setuju. Kau pun berlakon sekalilah.”
    “Huh? Kau nak  perdajal  dia sampai macam mana lagi ni?” 
   “Sampai dia tahu macam mana sakitnya bila messed up dengan  family  aku.” 
      Mereka  tiba  di bengkel  mengetuk  dan mengecat. Ketika mereka sudah memperolehi anggaran harga bagi kedua-dua kenderaan, Khaffy menarik tangan Farid. Dia memulakan lakonan.
  “Aku tak cukup duit. Dia kata seminggu siap. Mana aku nak cari duit. Kau ada?”
    Farid  mengeluh.  Apalah  nasib  aku  hari ni, Sudahlah kereta dijahanamkan. Menipu pula. Tak tahulah apa lagi selepas ini.
   “Kau ada duit tak?” 
  “Sorry,  Khaffy. Aku tak ada duit sebanyak itu.” 
  Nurhafizah  menjulingkan  matanya  ke atas. Bengang betul dengan lelaki yang baru sahaja menyusahkan hidup majikannya itu.   “Macam inilah Encik Khaffy, saya akan bayar kos kereta saya. Bila awak dah ada duit nanti, awak boleh bayar balik.” 
  Bulat mata Farid memandang Aisya. Khaffy juga terkedu tetapi riak wajahnya dikawal supaya tidak menggambarkan rasa terkejutnya. 
  “Awak percayakan dia ke?” tanya Farid. Khaffy mencerlung pada Farid. 
   “Insha-Allah.  Kalau  Allah  dah  tulis  ada rezeki, adalah.” 
   Nurhafizah menggeleng. Inilah sikap Aisya yang dia tidak suka. Terlalu percayakan orang walaupun tidak dikenali.
   “Kalau  setakat  orang  datang  hutang cup-cakes  dua tiga biji okeylah. Ini banyak sangatlah, Aisya.” Aisya senyum.
   “Aku nak  call  abang aku kejap. Nak suruh dia bawa kita ke rumah Puan Dahlia.”
  Khaffy hanya memerhatikan  gelagat Aisya. Persepsinya, masih  kekal seperti kelmarin.  Wanita itu cukup sempurna. Tapi sayang, tidak sesempurna hatinya. Hati Aisya kotor dan busuk. 
    “Fizah, abang aku baru dapat  emergency call.  Dia ada kes. Boleh tak kau suruh abang kau jemput kita?” 
   Nurhafizah tersenyum suka. Dia segera mengeluarkan  telefon  bimbitnya.  Dia menghubungi abangnya. 
   Aisya menapak ke kereta. Kotak-kotak berisi  cupcake  dikeluarkan. Dia meletakkan semua kotak di atas lantai. Dia membuka kotak dan mengasingkan beberapa  cup-cake yang masih elok. Hanya ada dua puluh biji yang tidak terusik. Mujurlah  cup-cake  yang diletakkan di kusyen belakang tidak terjejas. Khaffy hanya mengawasi tingkah laku Aisya. Semua yang dilakukan oleh wanita itu diperhatikan penuh minat.
  “Macam mana?” Aisya bertanya sebaik sahaja merapati Nurhafizah. 
  “Okay. Abang aku datang sekejap lagi.”  “Banyak mana yang rosak?” Aisya tersenyum pahit.
   “Selamat dalam 100 biji aje.”
 “Maknanya. Tak cukup lebih 50 bijilah?” Aisya angguk. 
  “Kita nak buat macam mana?”
  Aisya menggeleng. 
  “Apa kata kalau kita bungkuskan  cookies dalam  cup dan ikat dengan plastik. Sempat ni kalau abang aku datang awal.” 
  “Okaylah tu. Tapi yang tu tak payah charge pada Puan Dahlia. Kira untuk 100 biji aje,” putus Aisya.
 Perbualan mereka didengari oleh Khaffy dan Farid.
  “Kau tak kesian ke kat mereka?” Farid berbisik di telinga Khaffy. 
   Khaffy sekadar menjongketkan bahunya. Berat untuk mengaku yang dia memang ada perasaan kesal. 
  Aisya menghampiri mereka berdua. Dua biji  cupcake dihulurkan kepada Khaffy dan Farid. Laju sahaja tangan Farid menyambar huluran itu sementara Khaffy kelihatan teragak-agak.
 “Makanlah.” Akhirnya  Khaffy menerima pemberian Aisya.  Ekor matanya dapat melihat Farid sedang tersenyum sinis padanya. 
   “Terima kasih.” 
  Nurhafizah mengejar langkah Aisya. “Dah tahu cup-cake  tu tak cukup, buat apa kau bagi kat  diorang?”
  “Fizah, tak bankrap kita kalau setakat sedekah dua tiga biji. Selagi makanan tu menjadi darah daging mereka, selagi itulah...” 
 “kita dapat pahala.” Suara mereka bergema serentak. Nurhafizah sudah acap kali mendengar kata-kata itu. Aisya tersenyum manis. 
    “Pandai pun,” puji Aisya. 
  Nurhafizah menjulingkan matanya ke atas.
  Aisya melabuhkan duduknya di atas kerusi yang disediakan untuk pelanggan. Dia mengeluarkan  cup-cake yang sudah comot. Usai membaca doa makan, Aisya mencuit sedikit cup-cake  lalu disumbat ke dalam mulutnya.
   “Kau  bagi  kat  mereka  yang  elok.  Kau sendiri  makan yang rosak, buruk.” Aisya menggeleng kecil. 
   Khaffy yang setia mendengar perbualan dua  wanita  itu berpaling.  Dia melihat cup-cake  yang sedang dipegang oleh Aisya. Kenapa asyik nak bagi markah penuh aje pada perempuan tu? Khaffy mengeluh.
  “Mana ada rosak. Masih boleh makan. Cuma tak cantik aje. Kau tak nak ke?”
  Nurhafizah menggeleng. Suasana sepi antara mereka. 
    Farid bangun. Dia melangkah ke mesin air kotak yang terletak di suatu sudut bengkel. Tekaknya perlu dibilas dengan air apabila rasa manis  icing  dirasakan masih melekat di kerongkongnya. Dia membeli empat kotak air. Dua kotak dihulurkan kepada Aisya dan Nurhafizah. 
 “Terima  kasih, encik.  Semoga Allah memberkati rezeki encik,” ujar Aisya ikhlas. Farid terkedu. Khaffy menjeling dari ekor matanya. 
  “Amin,” ujar Farid. 
  “Nama saya Farid. Tak payahlah berencik-encik dengan saya.” 
  “Saya Aisyatul Umaira. Awak boleh panggil saya Aisya,”  ujar  Aisya  penuh sopan.  Farid  perasan  yang  Aisya kerap mengelak daripada memandang wajahnya.   “Hah! Abang aku dah sampai.” Nurhafizah bersuara ceria. 
  Mereka semua memandang ke arah sebuah kereta Toyota Hilux yang memberhentikan kereta di hadapan bengkel. Aisya  dan Nurhafizah melangkah keluar  dari bengkel.
  “Terima kasih sebab datang jemput kami. Abang Akram sibuk sikit hari ni. Maaflah menyusahkan abang Harris,” ujar Aisya. 
    Harris menghadiahkan senyuman paling manis kepada Aisya. Mana ada susahnya. Aisya tidak tahu betapa gembiranya dia apabila Nurhafizah menghubunginya tadi. Dapatlah dia menabur jasa pada wanita idaman hatinya itu. 
   “Tak ada susahnya, Aisya.” Harris meratah wajah Aisya yang dibasahi peluh. Ringan tangannya mahu mengelap peluh itu. Alahai, Aisya. Kenapa awak cantik sangat? 
 Khaffy mengetap rahang. Matanya mencerlung pada Harris. Dia dan Farid membantu memindahkan kotak ke dalam kereta Harris.
  “Mana  handphone  awak?” Khaffy menghulurkan tangannya kepada Aisya.  
   Aisya mengeluarkan telefon bimbitnya lalu diserahkan kepada Khaffy.
    Menggunakan telefon bimbit Aisya, dia menghubungi nombor telefonnya. Aisya hanya memerhatikan perlakuan Khaffy.
   Setelah telefon bimbitnya berdering, Khaffy memulangkan telefon Aisya.
   “Awak dah ada nombor saya. Jangan risau, saya tak akan lari.” 
       Aisya mengangguk kecil.

Thursday 23 February 2017

ALAHAI MISS BLUR KARYA AYRA ZAHRA

Bab 3

 “ASTAGHFIRULLAHALAZIM! Kau  orang berdua  ni  dah  tak ada kerja lain ke hah?” soal Puan Fauziah dengan wajah yang cukup marah. Akid dan Awatif saling berpandangan seketika.
 “Kak Awa ajak Akid bersenam,  mummy,” jawab Akid dengan selamba.
 “Senaman apa macam ni? Yang kamu ikut aje Kak Awa kamu tu kenapa?” Geram pula Puan Fauziah dengan anak-anaknya.
 “Akid, Awa apa ni buat bising malam-malam buta? Waktu macam ni orang dah masuk tidur, kamu berdua main apa ni?” tegur Encik Fathudin pula. Sungguh dia terkejut melihatnya. Dalam masa yang sama juga dia ingin tergelak melihat kerenah anaknya.
 “Senamanlah ni,  mummy daddy. Alah, sekali sekala aje Awa buat senaman rupa ni. Takkan tak boleh kut,” jawab Awatif dengan selamba.
 “Baik kamu berhenti sekarang dan matikan  laptop kamu sebelum  mummy  campak  laptop  kamu luar rumah. Cepat,” arah Puan Fauziah dengan tegas.
 “Mummy  ni  tak  sporting  langsung,  kan Akid?” bebel Awatif. Dengan pantas dia menoleh ke belakang dan menekan butang pause. Muzik video yang tadi rancak kedengaran terus sepi.
 “Entahlah,  mummy  ni.  Nak  senaman  sikit  pun tak boleh,” jawab Akid pula. Dia terus melangkah menuju keluar dari bilik Awatif.
 “Bukan tak boleh nak lakukan senaman tapi biarlah kena  dengan waktunya. Ini dah tengah malam  anak-anak oiii...” Puan Fauziah mengeluh dengan berat.
 “Sudahlah tu,  mummy. Dia orang dah berhenti pun. Sekejap lagi tidurlah tu,” jawab Encik Fathudin.
 “Kalau sekejap lagi  mummy  dengar kamu pasang lagu tu kuat-kuat, taulah nanti. Ingat tu,” gertak Puan Fauziah. Awatif memandang wajah orang tuanya.
 “Yalah,  mummy.” Dengan rasa kecewa, Awatif menjawab. Selepas itu, Puan Fauziah dan Encik Fathudin berlalu meninggalkan bilik Awatif. Melihat saja orang tuanya masuk ke bilik, Awatif bergegas mengunci pintu biliknya. Dia kembali menyambung semula tarian senamannya tadi. Dia memperlahankan  volume  pada muzik video tersebut. 
 Tujuan asalnya hanya satu. Untuk membakar lemak yang sudah mula berada di badannya. Inilah padahnya apabila duduk  di  rumah  goyang  kaki  sahaja. Selera  makan  bukan main  tinggi lagi. Awatif  sememangnya  menyukai  masakan mummynya. Kalau dibiarkan, mahu jadi tong drum nanti. Tak dapatlah Awatif nak menyarung kebaya nyonya.
   
   PAGI  itu, Awatif dikejutkan dengan panggilan telefon. Pada mulanya dia agak waswas untuk menjawab dek dia tidak mengenali nombor yang tertera di skrin. Namun selepas dua kali deringan, terus dia menjawab. 
 “Alhamdulillah, dapat temu duga jadi setiausaha,” ujar Awatif dengan gembira sekali. Apabila diberitahu melalui panggilan telefon sebentar tadi, Awatif tidak mampu untuk berkata-kata melainkan melompat dengan gembira. Sekarang ini memang sukar sekali untuk mendapatkan kerja walaupun ada kelulusan yang tinggi. Kebanyakannya bergantung kepada nasib dan hari ini merupakan hari bertuah buat Awatif apabila namanya tersenarai untuk ditemu duga nanti. Awatif berlari menuju ke tingkat bawah. Dia ingin berkongsi berita gembira tersebut bersama  mummynya. Dengan  laju  sekali  Awatif  menuruni  anak  tangga.  Dia  sudah tidak sabar untuk memberitahu  mummynya. Awatif mencari Puan Fauziah di ruang tamu tetapi  mummynya itu tiada di situ lalu Awatif menerjah ke ruang dapur pula.
 “Mummy...  Mummy...” Awatif memanggil Puan Fauziah.
 “Ya...  Mummy  dekat sini,” sahut Puan Fauziah yang sedang berada di belakang dapur. Awatif terus menuju ke arah suara itu.
 “Mummy... Awa ada berita baik nak dikongsikan dengan  mummy,” ujar Awatif dengan teruja sebaik saja berada di hadapan Puan Fauziah.
 “Berita apa?” soal Puan Fauziah sambil merenung anak gadisnya. Dia memandang tepat pada wajah Awatif.
 “Awa dapat panggilan untuk ditemu duga bagi jawatan setiausaha dekat Aspirasi,” jawab Awatif dengan teruja dan ceria sekali. Puan Fauziah terkejut. Aspirasi, desis hatinya. 
  “Betul  ke?  Alhamdulillah.  Bila  temu duga tu?”  soal mummy Awatif dengan gembira sekali. 
  “Isnin depan,  mummy. Awa rasa  happy  sangat dan pada masa yang sama Awa rasa takut juga. Ini baru  interview, entah dapat entah tidak  job  tu. Bagaimanalah nanti dia orang interview,” ujar Awatif dengan gelisah. Walaupun hatinya melonjak kegembiraan namun dalam masa yang sama juga dia bimbang proses  interview nanti.
  “Janganlah takut. Awa kena buat  research  sedikit tentang  company  tu.  Mummy  doakan anak  mummy  berjaya dalam  interview  tu nanti,” ujar Puan Fauziah sambil mengusap kepala Awatif dengan senyuman.
 “Terima kasih,  mummy..,” balas Awatif lalu memeluk Puan Fauziah dengan erat sekali.
 “Mummy, kalau lepas  interview  Awa dapat  kerja tu macam mana?” soal Awatif dengan tiba-tiba.
 “Kalau dapat syukur. Alhamdulilah. Kalau tak dapat, maknanya bukan rezeki Awa,” jawab Puan Fauziah. Awatif hanya mendiamkan diri.

 “AWA, kau dah  ready  ke nak pergi  interview  Isnin ni?” soal Fatin yang sedang berdiri setentang dengan Awatif ketika ini. Mereka berdua baru saja keluar dari panggung wayang. Fatin merupakan teman baik kepada Awatif. Hubungan mereka berdua sememangnya akrab sejak dulu lagi.    “Aku  nervous  tau, Fatin.  Apalah  nanti yang dia orang akan tanyakan?” soal Awatif lalu memandang wajah Fatin. Terserlah kebimbangan di raut wajah Awatif saat ini. Setiap kali memikirkan tentang  interview itu, dada Awatif berdebar-debar.  “Relakslah. Kau janganlah  nervous semacam, nanti susah pula masa  interview tu. Kau buat macam biasa saja. Kau buat presentation  dalam kelas dulu okey aje aku tengok, so interview  nanti pun kau boleh buat punya,” jawab Fatin sambil memberikan kata-kata semangat pada Awatif. Namun saat itu kelihatan Awatif seakan-akan  blur  tentang sesuatu. Dia memandang Fatin dengan pelik.    “Presentation? Eh, interview presentation juga ke Fatin?” soal Awatif.  kena buat.
    “Helo,  Cik  Nurain  Awatif  a.k.a  miss blur,  kau  ingat interview  tu  tak  ada presentation  ke?  Kalau  dia  suruh ceritakan latar belakang kau tu samalah macam presentation,” terang Fatin. Awatif memandang wajah Fatin. 
   “Kau faham ke tidak apa yang aku cakap?” soal Fatin sambil bercekak pinggang. 
     “Oh, kalau dia orang tanya kita kena buat ala-ala presentation  la, eh?” soal Awatif pada Fatin. 
    “Yup, miss blur. Kau masa  interview  nanti jangan pula kau tayang muka  blur  kau tu ya bila dia orang tanya soalan. Aku pula yang runsing fikirkan kau,” jawab Fatin lalu melepaskan keluhan yang berat.       “Pasal apa pula kau nak runsingkan aku? Cik Fatin, bukan kau yang nak kena interview, tapi akulah,” ujar Awatif.      “Memanglah kau yang kena  interview, bukan aku tetapi aku runsingkan dengan sikap  blur  kau tu yang kadangkala  tak bertempat.  Aku  kenal  kau  bukan  sehari dua Awa, dah bertahun tau. Aku masak sangat dengan perangai blur  dan sengal kau tu. Ingat eh, kau jangan nak tanya soalan yang bukan-bukan nanti,” pesan Fatin sebelum melangkah. 
   Awatif menganggukkan kepala dan turut berjalan seiringan dengan Fatin. 
   “Eh, kejap-kejap, Fatin. Aku ni  blur  sangat ke?” soal Awatif  dengan  tiba-tiba sewaktu  mereka  berdua  sedang menuruni eskalator. Fatin tersengih pada Awatif. 
   “Tak adalah  blur  sangat tapi kadangkala ada juga blur  kau tu tahap tinggi tambah-tambah kalau sikap dungu kau tu datang,” jawab Fatin dengan selamba.
  “Ya ke? Aku ni dungu,  eh?” soal Awatif seakan-akan tidak percaya dengan keadaan dirinya.
 “Yalah...” Awatif hanya menjongket bahu.       Ah,  tak  kesahlah  blur  ke, dungu  ke.  Ini adalah  diri aku.  Mummy  selalu pesan supaya jadi diri sendiri, jangan jadi seperti orang lain, bisik hati Awatif.
   “Errmm, Fatin kau temankan aku beli baju, eh? Aku nak cari baju untuk pakai pergi  interview  nanti.” Awatif menarik lengan Fatin sebaik saja ternampak salah satu butik pakaian yang ada di situ. 
   “Boleh  aje.  Jomlah,  aku  temankan  kau,”  jawab Fatin dengan senyuman.

Wednesday 22 February 2017

CINTA? BIAR BETUL KARYA ANNA MILIA

Bab 3 

   KETIKA  melangkah keluar dari bangunan Mika Consultant, Khaffy melihat Farid sudah menunggunya di dalam kereta.    “Kawan saya dah datang. Awak tolong hantar kereta company  ke  office.” Khaffy memberikan arahan kepada Syazwan.  
 “Baik, bos.” Syazwan menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. 
 Tanpa berlengah, Khaffy terus menyeberangi jalan. 
   “Dah lama ke kau tunggu?” 
 “Baru aje. Sebatang rokok pun belum sempat habis,” jawab Farid usai menghembuskan asap rokok. 
  Khaffy  tidak masuk ke  dalam  kereta. Sebaliknya  dia bersandar pada pintu sambil melontarkan pandangannya tanpa arah. 
   Melihatkan perlakuan Khaffy, Farid terus mencampakkan  rokoknya  ke  luar  tingkap.  Dia  menguatkan pendingin hawa kereta. Tidak cukup dengan itu, dia menggoncang haruman kereta yang disangkut pada laluan udara pendingin hawa. 
   “Okay  dah! Kereta aku dah tak ada bau rokok,” ujar Farid sambil membuka pintu di sebelah pemandu. Tangannya mengibas-ngibas udara,  kononnya menghalau saki-baki  bau asap rokok. 
   Khaffy menjenguk ke dalam kereta. Masih ada saki baki bau asap rokok. Dia menggeleng, namun melangkah juga ke dalam kereta. 
 “Kelmarin aku ada jumpa sorang perempuan ni. Lawa betul.” 
 “Sejak bila kau boleh cakap pasal perempuan? Bukan kau alah dengan perempuan?  Taboo, kan?” sindir Farid. Dia tahu sejarah cinta Khaffy yang terputus di tengah jalan. Dia juga tahu kisah rumah tangga lelaki itu yang menemui kegagalan. 
 “Itulah. Aku pun pelik. Macam ada something  yang special  tentang dia.” 
  “Seksi tak?” tanya Farid penuh minat. 
  “Yang ni spesies lain terus. Dia pakai jubah dan tudung labuh.” 
 Bulat mata Farid mendengar kata-kata sahabatnya itu. 
 “Kenapa dah  berubah  benar  taste  kau ni?  Tudung labuh  dia ada tak macam Mak Cik  Senah  yang  jual nasi lemak ayam berempah dekat kafe  office  kau tu?” 
 “Ish  kau ni. Taklah macam mak cik 60 tahun tu. Dia ni masih nampak moden dan elegan walaupun  dressing macam tu.”
   Farid ketawa besar. Persepsinya, semua perempuan yang memakai jubah dan bertudung tak ada bezanya dengan Mak Cik Senah.
  “Dah punah  taste  kawan aku ni,” kutuk Farid. 
   “Tunggu sampai kau jumpa dia. Baru kau boleh cakap,” tukas Khaffy.
   “Jadi tak ni? Nak pergi cari bekas adik ipar kau tu?” 
    “Jadilah.” “Okay, aku dapat maklumat, dia akan hantar tempahan  cup-cake  hari ni kat  birthday party. Kita tunggu aje depan kedai dia. Bila dia dah keluar, kita  follow? Boleh macam tu?” 
    Khaffy angguk. 
    “Keluar, biar aku yang  drive,” ujar 
Khaffy. 
  “Kenapa pula?” 
  “Alah! Keluarlah. Banyak tanyalah kau ni.”   Farid mengikut sahaja. Mereka bertukar tempat duduk.
  Ketika  mereka  tiba  di hadapan  Honey  Bakery,  Farid perasan kereta Perodua Axia berwarna Lava red yang baru meninggalkan Honey Bakery. 
    “Kawan aku kata dia naik Axia merah.” 
    “Ni.  Axia yang depan  kita sekarang ni?”
Khaffy meminta kepastian. 
  “Axia tulah kut.”
  “Ya ke tak ni?” tanya Khaffy yang perlukan kepastian sebelum dia bertindak. 
   “Yalah tu.  Follow  ajelah.” 
 “Bagus. Tak perlu tunggu lama,” ujar Khaffy perlahan. Dia terus mengekori kereta di hadapannya. 
  “Lepas  follow  dia, kita nak buat apa pula?” tanya Farid. 
  “Kita  perdajalkan  dia.” 
  “Huh? Nak  dajalkan  macam mana?” 
  “Kau tunggu dan tengok aje.” 
 Usai mengucapkan kata-kata itu, satu bunyi dentuman kuat menyebabkan tubuh mereka berdua terdorong ke hadapan. Mujurlah mereka memakai tali pinggang keledar. Farid membesarkan anak matanya. Bonet kereta yang kemek dan berasap dipandang dengan rasa tidak percaya. Dia kemudian memandang Khaffy.
  “Ini ke yang kau kata  perdajal  tadi?”  Khaffy angguk. Senyuman jahat tersungging di bibirnya. 
     Apabila melihat pemandu dan 
penumpang kereta Perodua  Axia keluar dari kereta, Khaffy segera menanggalkan tali  pinggang  keledarnya  dan  melangkah  keluar.  Pandangan tajam Farid kepadanya diabaikan.
  “Kenapa awak brek mengejut?” soal Khaffy bernada kasar. 
   Khaffy masih belum dapat melihat wajah pemandu Perodua Axia itu. Wanita itu sedang tunduk membelek belakang keretanya yang dirempuh. 
 Farid turut melangkah keluar dari keretanya. Dia tergamam melihat kerosakan pada bahagian hadapan kereta BMW miliknya. Kepala yang tidak gatal terus digaru. 
  Ketika pemandu itu mengangkat wajahnya, Khaffy terkedu.  Wanita  sama yang  ditemuinya  di  Maximise Emporium kelmarin. Kenapalah mereka orang yang sama?
  “Lampu kuning,” jawab Aisya tegas. Khaffy dapat mengesan yang wanita itu turut terkejut apabila melihat dirinya. 
     “Bukan lampu merah cik oiii. Kuning tu maksudnya masih boleh teruskan pemanduan.” 
   “Tapi cikgu memandu saya ajar, lampu kuning tu bersedia untuk berhenti,” tukas Aisya. Matanya dipakukan semula pada keretanya. 
    “Tapi cikgu saya pula ajar, bila nampak lampu kuning  tu  kita  laju  sikit  sebelum  bertukar  merah,”  ujar Khaffy yang masih mahu menegakkan benang yang basah.    
      Aisya senyum segaris. 
  Farid yang baru  mengalihkan  pandangan dari kereta ke wajah Aisya terus terpaku. Masya-Allah, cantiknya janda Danni ni, desis hatinya. 
  “Tapi awak tetap salah. Undang-undang jalan raya kita, siapa hentam belakang, dia yang salah.” Nurhafizah, pembantu Honey Bakery bersuara. Nurhafizah sering menemani  Aisya  menghantar  tempahan  jika  tidak  terikat dengan jadual kuliahnya.  Pandangan Khaffy beralih kepada Nurhafizah. Begitu juga dengan Farid. Aisya pula memandang Khaffy. Dalam  fikirannya  terdetik  sesuatu.  Adakah lelaki ini sengaja melanggarnya kerana masih berang dengan peristiwa kelmarin? 
  “Macam inilah encik, kita buat  report ajelah,” putus Aisya apabila Khaffy tidak bersuara. 
   “Saya tak boleh  report. Ini bukan kereta saya. Ini kereta bos. Kami cuma pinjam aje.” 
   “Kalau dah tahu kereta pinjam, bawalah elok-elok. Ini tidak, melaram dengan kereta bos, menyusahkan orang.” 
    Aisya mencerlung ke arah Nurhafizah. Dia tidak gemar cara gadis itu berbicara. Baginya agak kasar. 
    “Habis tu, macam mana ni? Takkan kita nak tungu kat sini? Saya ada tempahan yang perlu dihantar,” ujar Aisya. 
  Usai mengucapkan ayat itu, Aisya teringatkan kotak-kotak  cup-cake  yang disusun di dalam bonet kereta. Bulat mata dan mulutnya sambil memandang Nurhafizah. Reaksi Aisya menarik perhatian Farid dan Khaffy. 
     Mendengarkan bunyi hon yang bertalu-talu dan jalan yang kian sesak, Aisya mengambil keputusan untuk mengubah keretanya ke bahu jalan. Khaffy juga mengubah kereta milik Farid.
   Aisya membuka bonet kereta. Apa yang dikhuatirinya, berlaku. Semua kotak berisi cup-cake terhenyak. Aisya memejamkan matanya. Dia mengangkat keluar kotak yang paling atas lalu penutupnya dibuka. Sebahagian besar  cup-cake  rosak. Aisya menarik nafas dalam. Farid dan Khaffy saling berpandangan. 
   “Awak bukan setakat kena bayar ganti rugi kereta, awak kena bayar juga kerugian perniagaan kami untuk hari ini.” Nurhafizah bersuara garang. Dia tunak memandang Khaffy. 
    Aisya mengerling jam tangannya. Masih berbaki satu jam sebelum majlis hari jadi anak pelanggannya berlangsung. 
    “Encik, macam mana ni? Nak buat  report ke tidak?” tanya Aisya. Dia perlukan jawapan. 
 “Kalau saya tak nak?” tanya Khaffy kembali. 
  “Encik nak bayar tak kos baiki kereta saya?”
    Farid  menarik  lengan  Khaffy  menjauhi Aisya  dan Nurhafizah. 
   “Tak payah reportlah. Kereta aku sikit aje. Kereta dia yang teruk. Kau tak ada masalah nak bayar pada dia, kan? Lecehlah nak report  polis.” 
     Khaffy angguk. 
  Khaffy menghampiri Aisya. Saat mata mereka bertentangan, Khaffy melarikan pandangannya ke arah lain. Tidak mampu untuk melawan pandangan itu walaupun pandangan itu redup memayungi wajah manis milik Aisya. 
  “Kita pergi bengkel sekarang.” Aisya angguk.

Monday 20 February 2017

ALAHAI MISS BLUR KARYA AYRA ZAHRA

Bab 2


HADIF Fakhri  membelek-belek beberapa resume yang diterima olehnya untuk dipilih. Dia perlu memilih beberapa orang yang layak untuk dipanggil temu duga. Hadif Fakhri sedang mencari calon setiausahanya yang baru. Dia  termenung seketika sewaktu meneliti setiap resume yang diterima. Kebanyakan resume yang diterimanya bukanlah yang datang dari bidang kesetiausahaan. Hadif Fakhri sememangnya  sedar  yang  ramai  graduan di  luar  sana yang menganggur selepas tamat belajar. 
     “Nak cari setiausaha pun susah sekarang ni,” bebel Hadif  Fakhri  sendirian.  Digaru dahinya  dengan  perlahan. Hadif bersandar di kerusinya sambil memandang ke atas. 
    “Nak cari setiausaha ni sama juga dengan nak cari calon  isteri.  Cari  seseorang  yang boleh  kita percayai  dalam menjalankan tugasnya.” Masih terngiang-ngiang lagi katakata papanya, Datuk Ismail baru-baru ini. 
    “Pilih sajalah yang mana sesuai, tak payah nak peningkan kepala sangat. Kerja berlambak sekarang ni dan aku perlukan seseorang semula membelek satu per satu resume. Dia meneliti dari semua sudut. 
    Beberapa ketika, pintu bilik Hadif diketuk dari luar. Dia terus menoleh ke pintu. 
   “Masuk,” arah Hadif Fakhri. Pintu ditolak dengan perlahan-lahan. 
  “Sorry  Tuan Hadif, saya nak ingatkan yang Tuan Hadif  ada  meeting  sekejap  lagi bersama  Encik  Taufik  dan juga Encik Hayyan,” ujar Safi dengan senyuman. 
    “Thanks  Safi,  sorry  susahkan awak. Selagi saya tak dapat setiausaha baru, selagi itulah awak akan terus buat dua kerja begini. Kasihan awak, Safi,” balas Hadif Fakhri. 
   “Tak mengapa, Tuan Hadif. Insya-Allah nanti kita akan  dapat  calon  yang  sesuai  dan  lepas  tu  saya  tak  la  kelam kabut lagi. Janganlah Tuan Hadif risau sangat, ya,” jawab Safi. 
   “Thanks, Safi. Awak dah banyak tolong saya. Sekejap lagi saya akan bagi pada awak resume yang saya pilih untuk  interview nanti,” ujar Hadif sambil menilik resume yang seterusnya. 
    “Baiklah, Tuan Hadif. Saya keluar dulu.” Safi meminta diri. Hadif hanya menganggukkan kepalanya dengan senyuman di bibir. 
   Puas dia meneliti setiap sudut. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Akhirnya Hadif telah membuat keputusan untuk mengambil tiga orang dari mereka untuk ditemu duga nanti. Tanpa Hadif sedari, resume milik Awatif turut terselit di situ. Namun dia saja yang tidak perasan akan gambar Awatif yang terpampang di sebelah kiri. Hadif kemudiannya menilik jam di pergelangan tangan. Waktu untuk meeting  sudah pun tiba. Dengan pantas, dia bangun dari kerusinya dan menuju keluar dari biliknya.
  Hadif Fakhri terus menuju ke bilik mesyuarat. Sebaik saja pintu ditolak, Hadif masuk dan memandang tetamunya. Pada ketika itu, Hayyan dan Taufik sedang bersembang di meja mesyuarat. 
    “Eh, kau orang dah lama ke sampai?” soal Hadif lalu ditarik kerusinya. Hayyan dan Taufik tersenyum.
  “Baru aje sampai,” jawab Taufik. 
  “Sorry  aku  lambat,”  ucap  Hadif  sambil memandang sepupunya dan juga temannya, Taufik. 
   “Sibuk betul  cousin  aku sorang ni,” usik Hayyan.
  “Boleh kita mulakan perbincangan hari ini?” Hayyan dan Taufik mengiakan saja.  
    Mereka bertiga mula berbincang tentang urusan projek usaha sama antara tiga buah company. 
   Selesai saja mereka bermesyuarat, Hadif Fakhri mengajak Hayyan dan juga Taufik untuk keluar makan tengah hari. Sudah lama tidak keluar makan bersama dek kesibukan yang melanda. Masing-masing sibuk dengan urusan  company  sendiri.  “Kau macam mana, Hadif? Bila nak kahwin?” soal Taufik sewaktu mereka sedang menjamu selera. Hadif tersenyum. 
   “Kau  ni Fik, dah  jadi  macam  mama  aku asyik  tanya pasal jodoh saja. Kau tu bila pula nak kahwin?” soal Hadif pada Taufik yang sedang tersengih padanya. 
   “Aku  pun sama dengan  kau,  bro. Actually  mama aku pun dah bising soal kahwin ni. Aku ingatkan perempuan aje yang selalu kena tanya soalan begini tapi lelaki juga tidak ketinggalan.  Adik  kemba aku  Dania  dah  kahwin,  sekarang ni tinggal  aku  dan  Dahlia  saja  yang belum  kahwin,”  jawab Taufik dengan selamba.
    “Aku  rasa  kau  orang  berdua  dah  patut cari  calon.” Hayyan menyampuk sambil tersenyum penuh makna. 
   “Kau  cakap  senanglah  sebab  kau  dah kahwin,” tingkah Hadif dengan selamba. Taufik setuju dengan katakata Hadif. Antara mereka bertiga, hanya Hayyan sorang saja yang sudah mendirikan rumah tangga. 
   “Hadif, kalau kau nak berkenalan dengan adik aku, Dahlia pun boleh,” seloroh Taufik.    “Haah la Fik, adik bongsu kau tu  single lagi, kan?” soal Hayyan lalu memandang wajah Taufik. Dia kemudiannya menyapu bibirnya  dengan  perlahan  selepas menyedut  air minuman. Hadif Fakhri sudah menjegilkan matanya pada Taufik dan Hayyan. 
   “Kau jangan Hayyan, adik aku tu muda lagi dan lagi satu adik aku tu memang minat si Hadif ni. Dia kata muka kau  handsome,” sengih Taufik sambil terangkat kedua-dua keningnya. 
   “Haaa, elok sangatlah tu.” Hayyan terus mengusik Hadif. Niatnya cuma satu, mahukan Hadif temui cinta yang baru. 
    “Suka hati kau orang aje ya nak kenakan aku dengan Dahlia? Tapi Fik, kalau adik kau kata aku  handsome memang betullah tu,” jawab Hadif dengan selamba. 
   “Kau  tengok  Fik, perasan sungguh  si Hadif ni.” Hayyan menggelengkan kepalanya. Hadif tersenyum manis. Memang benar pun yang Hadif Fakhri merupakan seorang lelaki  yang kacak bergaya. Sesiapa  yang memandang, pasti akan terpukau.

       MALAM  itu Hadif Fakhri melepak di port  kesukaan Hayyan. Kediaman milik Datuk Ismail sunyi sepi. Hayyan sudah berpindah ke rumah baru bersama isterinya, Reen. Sekarang ini tinggal Hadif, mama dan papanya di sini. Hani telah pun bertunang dengan Ariq pada bulan lepas dan kini Hani kembali semula ke UK untuk menyambung pengajiannya. 
      Jika  dahulu,  sewaktu  Hayyan  berada  di  dalam rumah ini ada juga teman untuk dia bersembang, kini nampak gayanya dia hanya mampu memandang persekitaran rumahnya. Hadif mendongakkan kepalanya merenung ke dada langit. Fikiran ketika ini juga tenang. Dia mula leka melihat keindahan malam hari yang diterangi bintangbintang yang berkelipan. 
    “Anak bujang mama buat apa dekat luar ni?” sapa Datin Khadijah sewaktu melangkah menuju ke arah Hadif. Dia ternampak  Hadif  yang  sedang  termenung seorang  diri  di luar rumah. Sebaik saja mendengar suara mamanya, Hadif menoleh ke belakang lalu tersenyum. 
    “Tak ada buat apa pun mama, Hadif cuma ambil angin saja dekat luar ni. Bosanlah  duduk atas tak  tahu nak buat apa,” jawab Hadif. Datin Khadijah menarik kerusi lalu duduk bersebelahan anaknya. 
     “Rumah kita memang sunyi, sebab tu mama nak Hadif cari calon isteri. Meriah sikit bila Hadif dah kahwin dan juga ada anak,” cadang Datin Khadijah pula.
 “Insya-Allah mama, tiba masa dan ketikanya, Hadif pasti akan bertemu dengan jodoh yang Hadif cari,” jawab Hadif dengan tenang. 
   “Insya-Allah. Mama sentiasa mendoakan untuk Hadif.  Mama  nak  tengok anak mama yang ni  pula bahagia,” kata Datin Khadijah sambil tersenyum kepada anak terunanya.
      Bagi Datin Khadijah, kali ini dia tidak mahu lagi mencarikan  jodoh  untuk  anak lelakinya  itu.  Dia  tidak  mahu perkara dahulu berulang kembali. Biarlah Hadif sendiri yang mencari pasangan hidupnya. Dia gembira melihat Hayyan dan Reen kini bahagia. Dia juga sedar bukan mudah untuk Hadif terima yang Reen berkahwin dengan Hayyan kala perasaan sayangnya untuk Reen baru berputik ketika itu.
     Jodoh pertemuan itu datangnya daripada Allah. Kita sebagai manusia di muka bumi ini tak mampu untuk menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Aturan Allah tak siapa yang tahu. 
  “Mama, Hani dan Ariq bila nak disatukan?” soal Hadif dengan tiba-tiba apabila terkenangkan adik bongsunya. 
   “Tarikh tu tak pasti lagi bila sebabnya Hani masih lagi berada di UK. Mama dan papa kalau boleh nak satukan mereka berdua dengan cepat. Insya-Allah kalau tak ada aral yang  melintang,  tahun depan kahwinlah Hani  dan Ariq,” jawab  Datin Khadijah dengan  senyuman.  Dia gembira dan bersyukur  kerana  anak  bongsunya telah  bertunang  dengan Ariq, anak kepada temannya. 
     “Ya ke? Baguslah kalau begitu. Hadif lagi suka kalau mereka berdua disatukan awal mama,” sokong Hadif pula. Hadif sungguh gembira dengan Hani sekarang ni. Persengketaan Hani dengan Reen telah lama terlerai malah dia mampu menerima hakikat yang cinta Hayyan hanya untuk Reen. Kemunculan Ariq dalam hidup Hani telah memberikan  sinar  baru  dan  membantu  Hani  untuk melepaskan cinta yang bukan miliknya.
  “Ijah sampai hati ya tinggalkan abang sorangsorang dekat atas,” ujar Datuk Ismail yang baru saja muncul di situ. Datin Khadijah dan Hadif menoleh ke belakang dengan serentak. 
     “Bila masa pula Ijah tinggalkan abang ni? Bukan ke abang dah terlelap tadi?” soal Datin Khadijah pelik. Sewaktu turun tadi suaminya memang sudah terlena. Dia saja yang masih belum mengantuk. 
     “Memanglah abang dah terlelap tapi lepas tu terjaga. Abang carilah Ijah,” ujar Datuk Ismail lalu mendekati isteri dan anaknya. Hadif sudah tersengih.
    “Papa cemburulah tu tengok mama ada di sini dengan Hadif,” usik Hadif dengan selamba. Datuk Ismail tergelak lalu duduk di kerusi. 
     “Papa nak cemburu pada Hadif? Tak ada maknanya. Papa kamu ni Hadif, bukan apa kalau mama tak ada dekat sebelah dia memang begitulah,” jawab Datin Khadijah. Suaminya mengiakan. 
   “Tahu  tak apa. Awak  kan bantal peluk abang,” seloroh Datuk Ismail pula yang membuatkan isterinya tersenyum manis. 
   “Hadif bila nak dapat setiausaha yang baru?” soal Datin Khadijah dengan tiba-tiba apabila teringat tentang Hadif yang sedang mencari setiausaha yang baru. Anaknya memang  cerewet  dalam  memilih setiausaha.  Datin  Khadijah tahu sejak Reen berpindah ke Astana, ada beberapa orang yang menggantikan tempat Reen namun yang datang hanya boleh bertahan selama sebulan hingga kedua bulan lepas itu cabut kerana tak tahan dengan ketegasan Hadif dan juga perangai cerewetnya yang datang sekali sekala. 
   “Dua tiga hari lepas, Hadif dah pilih beberapa orang untuk ditemu duga. Insya-Allah, harap-harap adalah yang terpilih untuk menggalas tanggungjawab sebagai setiausaha Hadif,” jawab Hadif. 
    “Baguslah kalau begitu, papa kasihankan Safi. Dia pun sibuk dengan kerja dia lagi lepas tu nak  handle  jadual kamu lagi.”  
    “Itulah,  papa.  Hadif  pun kasihankan Safi tu.” Dia tahu tentang itu namun apa pilihan yang dia ada. Di antara ramai staf yang ada di situ hanya Safi yang boleh masuk dengan kerenahnya. 
    “Mama harap, setiausaha baru Hadif nanti bolehlah tahan dengan kerenah anak mama ni.” Hadif tersengih. Hadif sangat mengerti maksud mamanya itu. 
    “Hadif pun harap begitulah, mama.  Errm, tegas sangat ke Hadif kalau bekerja mama?” soal Hadif dengan tibatiba. Datin Khadijah dan Datuk Ismail berpandangan sesama sendiri. 
    “Tegaslah juga kan, papa?” Datin Khadijah menoleh pada suaminya. 
   “Hmmm, betullah tu. Kita memang perlu ketegasan dalam bekerja tetapi jangan terlalu tegas sangat, kasihan orang lain. Setiap manusia dikurniakan hati dan perasaan Hadif, dibuatnya dapat setiausaha yang sensitif, alahai... jawabnya selalu memendam rasalah.” Hadif menganggukkan kepalanya.
  Kena ubahlah ni ya? soal Hadif dalam hatinya. Hadif menghela nafasnya seketika.    “Hari dah lewat malam ni, marilah kita masuk tidur.” Suara Datin Khadijah mematikan lamunan Hadif. Dia mula menguap dan matanya mula merasa mengantuk. 
    “Jomlah, mata abang pun dah mengantuk ni,” jawab Datuk Ismail pula lalu bangun dari kerusi. Hadif dan Datin Khadijah juga turut bangun. 
   “Selamat malam mama, papa,” ujar Hadif dengan senyuman sewaktu tiba di tingkat atas bersama mama dan papanya. 
  “Selamat malam, Hadif,” jawab Datin Khadijah dan Datuk Ismail serentak sebelum mereka bertiga masuk ke dalam bilik masing-masing.
    

CINTA? BIAR BETUL KARYA ANNA MILIA

Bab 2



KHAFFY  melangkah masuk ke dalam rumah. Datin Habsah yang sedang menyiram pokokpokok ros berpaling. Melihatkan kelibat anak sulungnya itu, perlahan-lahan dia bangun lalu menutup pili air.
  “Kamu pergi mana? Dari pagi kamu keluar sampai sekarang baru balik?”
  “Jumpa Farid,  shopping.”
 “Izani datang cari kamu tadi. Lama dia tunggu. Dia call  pun kamu tak jawab,” bebel Datin Habsah. 
 “Khaffy balik sini pun sebab mama sibuk nak suruh Khaffy cari bekas menantu mama tu. Nak tuntut bela atas kematian Danni. Kalau tidak, Khaffy tak balik sini, mama. Semua yang ada dalam rumah ni menyakitkan Khaffy aje.  So, mama jangan cuba nak atur jodoh Khaffy. Selesai kerja kat sini, Khaffy akan balik semula ke AS.”       “Kamu masih tak boleh nak lepaskan kisah lama ke? Arwah dah tiga tahun tak ada. Takkan kamu masih berdendam dengan dia lagi?”Khaffy mendengus. 
  “Mama dah jumpa Mak Cik Mariah?” tanya Khaffy sekali gus mengubah topik perbualan mereka. Dia tidak suka apabila mama cuba mengupas isi hatinya dan mengungkit kisah lama. Semua itu menyakitkan.
    Datin Habsah menggeleng. 
   “P.I mama buat kerja ke tak ni?” tempelak Khaffy. Setahunya, sudah hampir setahun mamanya mencari bekas pembantu rumah mereka. 
  “Kamu dah jumpa perempuan tak guna tu?” Giliran Datin Habsah memulang paku buah keras. Dia menghampiri kerusi jati yang berada tidak jauh dari tempat mereka berbual. 
   “Belum.”
   Datin Habsah menjuihkan bibirnya. 
  “Tapi  Farid  dah jumpa.  Dia  ada  buat business bakery.  Dia tinggal bersama abangnya, duda anak satu.” 
   Datin Habsah berhenti melangkah. Dia berpaling memandang Khaffy. Hanafi yang baru menghampiri pintu gelangsar yang terbuka luas tersentak. 
     “Owh! Dah kayalah sekarang ni. Semua tu duit hasil dia kikis harta arwah. Kalau tidak mana dia nak dapat modal? Ayah dia tu kaki judi. Kalau kamu nak tahu, Danni dah bayar pada ayah dia sepuluh ribu untuk kahwin dengan perempuan tu.”
      “Kenapa mesti bayar?” tukas Khaffy.
  “Sebab itu syarat kalau nak kahwin dengan anak dia.  Bukan  itu aje, hutang  judi  dia  pun arwah langsaikan sebab dah tergila-gila sangat dengan perempuan tak guna tu.”
         Boleh tahan juga perempuan tu. Tak adalah cantik sangat. Kulit cerah aje. Muka pulak macam budak tak cukup zat. Cengkung aje. Khaffy mengutuk. Dia tidak pernah bertemu bekas iparnya tu. Mama cuma menunjukkan sekeping gambar pada hari pernikahan Ahmad Danni dengan perempuan itu.
    “Bila kamu nak pergi jumpa dia?”
  “Esok pagi Khaffy masuk  office  dulu. Petang kut baru nak pergi cari dia.”
  “Tak  payahlah  sibuk  nak ke  office. Daddy  boleh uruskan hal-hal kat  office tu.”
    Khaffy terdiam. Ikutkan hati, dia pun tidak ingin menguruskan syarikat yang ditinggalkan oleh arwah. Namun memandangkan banyak khabar angin tentang penyelewengan yang dilakukan oleh bapa tirinya itu, dia terpaksa masuk campur. Dia ada syer dalam syarikat itu.
     “Kenapa tak jual aje  business  Danni tu. Rasanya business  tu macam tak boleh buat untung aje,” cadang Khaffy. Lebih baik dijual dari menanggung kerugian yang lebih besar.
  Hanafi yang sedari mencuri dengar perbualan dua beranak itu melangkah keluar. Dia melabuhkan duduk di sisi isterinya.
  “Bagilah  masa  pada  papa  untuk pulihkan  business tu. Masa arwah Danni pergi dulu,  business  tu dah nyawanyawa ikan. Semuanya pasal perempuan tak guna itulah!” Hanafi menokok tambah cerita tentang bekas menantu tirinya.
   “Dah tiga tahun pak cik uruskan  business tu. Tak nampak  progressnya  pun.  Bukan saya  tak  tahu  yang  mama dah banyak kali  pump  modal untuk pak cik,” bidas Khaffy.
       Dia tidak pernah menganggap lelaki itu sebagai ayahnya walaupun sudah lebih lapan tahun lelaki itu menjadi ayah tirinya. Hanafi  panas punggung.  Ekor matanya mengerling si isteri. Bimbang juga andai isterinya termakan dengan katakata Khaffy tadi.
  “Kalau kamu rasa susah, tak payah uruskan. Lagipun kamu bukan nak terus menetap kat sini, kan?”
   “Ya. Tapi sanggup mama nak tanggung kerugian yang lebih besar? Khaffy tak ada masalah. Khaffy senang dengan  kerja Khaffy  sekarang.  Khaffy  balik  sini  pun sebab mama asyik desak Khaffy.”
   “Mama tak kesah tanggung kerugian. Modal untuk business  setakat  celah jari mama  ni aje,”  ujar  Datin Habsah dengan rasa riak sambil menayangkan hujung jari kelingkingnya.
    “Kalau macam tu, kenapa sibuk sangat nak ambil harta yang Danni tinggalkan untuk isteri dia tu?”
       “Bekas isteri.” Datin Habsah
membetulkan  katakata Khaffy.
     “Sebab perempuan tu, Danni mati. Mama tak akan biarkan dia hidup senang dengan harta Danni.” Hanafi memandang wajah isterinya yang kelihatan sedikit bengis. Dia kemudian mencuri pandang pada wajah anak tirinya.
     “Meeting  dengan Mika Consultant esok, Khaffy yang akan uruskan. Khaffy akan bawa Syazwan,” ujar Khaffy. Dia memandang tunak pada wajah Hanafi. Hanafi terkedu. Tidak berani untuk membantah. Khaffy terus bangun dan melangkah masuk ke dalam rumah.
        “Kenapa sayang sibuk sangat nak cari perempuan tu?” Hanafi mengelus lengan isterinya.
    “Saya sakit hati dengan perempuan tu.”         “Kenapa baru sekarang?”
   “Bukan sekarang. Dari dulu lagi saya tak puas hati dengan dia.”
    “Sayang boleh minta tolong abang.
Kenapa sampai perlu babitkan Khaffy? Hubungan dia dengan Danni memang tak pernah  baik,  kan?  Dia  tak  pernah  kesah apa  yang  berlaku pada Danni. Adik dia mati pun, dia tak balik. Ni, kenapa tiba-tiba aje dia ambil berat?” Hanafi meluahkan ketidakpuasan hatinya.
     Perlukah dia cerita yang Khaffy balik sini sebab tidak percayakan Hanafi? Khaffy menuduh suaminya pecah amanah. Haruskah dia beritahu yang dia mengugut untuk menggugurkan nama anaknya itu andai Khaffy tidak mahu membantunya?    Kebisuan Datin Habsah membuatkan Hanafi merapatkan tubuhnya pada si isteri.    “Hurmmm... Bagi tahu abang. Sayang nak abang buat apa kat perempuan tu?” bisik Hanafi. Jarinya menyentuh lembut pipi isterinya.
   “Abang uruskan  business  Danni. Tentang perempuan  tu,  sayang  nak  Khaffy  yang uruskan.  Dia  tak pernah kenal Khaffy. Itu lebih mudah.” Hanafi terpaksa bersetuju.  
  “Macam mana abang nak uruskan business tu kalau Khaffy asyik masuk campur?”
   “Masuk campur apanya? Dia baru dua minggu kat sini. Selama ni, tak ada orang masuk campur,  business  tu tetap tak  okay juga, kan?”
  Haih! Isterinya sudah termakan dengan kata-kata Khaffy. Hatinya membengkak. Dua beradik ni memang menyusahkan sejak dahulu lagi. Nasib  baiklah mereka tidak pernah sebulu. Kalau tidak, dia pasti sudah lama mereka berkomplot untuk menjatuhkannya.
  “Sayang bagi abang sehingga hujung tahun ini. Kalau abang tak boleh buat untung, sayang akan ikut cadangan Khaffy.”   Hanafi mendengus. Perempuan ni memang menyusahkan dia. Datinlah sangat. Tak sedar yang dia bukan lagi Datin. Kalau tak disebabkan harta kau,  dah lama aku buang kau, perempuan tua!
    Khaffy  menapak  ke  tingkat atas. Dia berhenti di hadapan pintu bilik Danni. Kebetulan, pembantu rumah menguak pintu dari dalam. Cepat-cepat Khaffy berlalu dari situ. Dia tidak ada kekuatan untuk masuk ke bilik itu.
   Khaffy melangkah masuk ke bilik tidurnya. Bilik itu sudah lebih lapan tahun ditinggalkannya. Walaupun sudah dua minggu pulang, dia hanyak kembali ke banglo itu sebanyak dua kali. Dia lebih selesa menyewa bilik hotel.
      Khaffy  melangkah  ke  rak  buku. Album yang  diselit pada  tingkat  paling bawah ditarik keluar lalu  dibawa  ke  katil. Dia membelek satu per satu gambar ketika zaman kanakkanaknya. Danni hanya muda setahun daripadanya.
   Semua  gambar itu jelas  menggambarkan hubungan akrab  antara  mereka  berdua. Zaman  kanak-kanak  mereka sungguh menggembirakan sehinggalah mereka bergaduh besar. Pergaduhan itu dan penceraian ibu bapanya menjadi punca dia membawa diri ke Amerika.
     “Abang dah tanya soalan ni banyak kali, tapi sayang tak pernah jawab. Sebab apa hubungan dia dengan Danni dingin?”
   Datin Habsah mengeluh. Dia memicit pangkal leher yang terasa berat.
    “Danni rampas  girlfriend  Khaffy. Dua kali.” Hanafi tersenyum sinis.
    “Khaffy tu lagi  handsome  dari Danni, macam mana dia boleh kalah pada Danni tu? Dia beralah kut?”
     Datin Habsah menggeleng.
    “Kali pertama dia beralah, tapi bila Danni caras Sofea, mereka bergaduh besar. Khaffy sanggup maafkan Sofea dan berikan peluang kepada budak tu. Tapi Sofea tetap pilih Danni. Lepas sebulan Danni tinggalkan Sofea. Cara Danni tu seolah-olah cuma nak sakitkan hati Khaffy aje. Sayang pula banyak memihak pada Danni. Khaffy pula lebih rapat dengan ayah dia.”
   “Sayang menyesal tinggalkan Yusuf?”      Datin Habsah terdiam. Ya! Dia menyesal menduakan suaminya kerana Hanafi. Namun dia tidak tergamak untuk mengakui hakikat itu. Bimbang menyakiti hati suaminya.

Sunday 19 February 2017

ALAHAI MISS BLUR KARYA AYRA ZAHRA

Bab 1



“NURAIN  AWATIF!” Jeritan daripada Puan Fauziah yang lantang dari tingkat atas membuatkan Awatif berlari dengan laju sekali menuju ke arah itu. Dia yang berada di dapur ketika itu untuk bersarapan hanya sempat menyalut Nutella di sekeping roti Gardenia. .
 Puan Fauziah memicitkan kepalanya berkali-kali. Digelengkan kepalanya dengan perlahan. Terkejut dia sewaktu menolak pintu bilik anak gadisnya sebentar tadi. Bilik Awatif saat ini umpama rumah kucing yang tak siap. Katil milik anak daranya langsung tidak berkemas.  “Astaghfirullahalazim,  Awatif. Bilik  sendiri  pun tak boleh nak kemas ke?” bebel Puan Fauziah lalu menoleh ke belakang menunggu anak daranya naik.
    “Ya,  mummy. Kenapa ni? Awa tak sempat pun nak sumbat roti dalam mulut tau. Mummy  dah jerit panggil nama Awa. Ada yang tak kena ke,  mummy?” soal Awatif dengan selamba lalu menyumbat mulutnya dengan roti Gardenia yang dibawanya tadi. Mata Awatif langsung tidak perasankan keadaan biliknya saat ini. 
  “Kamu boleh tanya kenapa? Apa pasal bilik tak berkemas ni? Sedar sikit kamu tu perempuan,” tegur Puan Fauziah. Geram sungguh dengan kerenah Awatif yang sedang menayangkan wajah  blurnya ketika ini. Awatif menjenguk keadaan biliknya.
   “Apa yang dah jadi dengan bilik Awa ni? Masa turun tadi bilik ni Awa dah kemas. Ini tak sampai setengah jam Awa dekat bawah dah bertukar wajah jadi macam ni. Kenapa ni?” soal Awatif dengan wajah yang terkejut. 
  “Kalau Awa dah kemas takkan bersepah macam ni pula. Siapa yang buat?” soal Puan Fauziah. Awatif menoleh ke arah  mummynya. 
   “Agak-agak  mummy  la kan, ini kerja si Cookie ke?” Dengan selamba badaknya Awatif menyoal Puan Fauziah.
  “Mummy tak tahu pula  Cookie kesayangan kamu  tu boleh buat bilik kamu jadi begini rupa. Sekarang ni tak usah nak cakap banyak.  Mummy  nak kamu kemas bilik ni. Sakit mata  mummy  tau tengok bersepah. Jangan sampai  mummy minta  daddy  hantarkan Cookie ke tempat lain,” arah Puan Fauziah dengan wajah yang serius. 
   Awatif masih lagi mengunyah saki-baki roti yang ada di tangannya dengan penuh tanda tanya. Mendengar saja tentang Cookie, terus dia memandang wajah mummynya dengan gaya yang sungguh comel sekali. 
  “Tak  payah  kamu  nak  tayang  muka comel  rupa  itu. Jangan  nak  membodek mummy.”  Puan  Fauziah  bercekak pinggang sewaktu memandang wajah Awatif. Dia sudah masak sangat dengan kerenah Awatif. 
    “Mummy, mana aci macam ni. Main ugut pula. Cookie mana bersalah dalam hal ni. Awa tau, ni mesti kerja budak  Akid. Mesti dia  yang  lakukan  semua  ni...”  protes Awatif dengan tidak puas hati. 
  “Akid!” Kali ini Puan Fauziah menjerit memanggil nama anak lelakinya. Dengan sepantas kilat, Akid berlari mendapatkan  mummy  kesayangannya. 
  “Yes, mummy...” Akid mendekati Puan Fauziah dengan  senyuman  puas.  Awatif memandang  wajah  Akid dengan  tajam sekali.  Dia  tahu,  ni  tak  lain  tak  bukan kerja Akid. 
  “Kamu  yang  sepahkan  bilik kakak kamu?”  soal Puan Fauziah. 
   “Mana ada, mummy. Akid tak masuk pun tadi.” Akid membela diri. Awatif mencebik pada adiknya. 
  “Akid... Ada baiknya  Akid mengaku. Jangan salahkan Kak Awa kalau sekejap lagi Kak Awa minta Cookie gigit kaki Akid. Cookie tu dia dengar cakap Kak Awa tau,” gertak Awatif sambil berpeluk tubuh. 
   Akid merupakan satu-satunya adik yang Awatif ada. Dia sememangnya nakal dan suka sangat cari pasal dengan kakaknya. Dia memang suka tengok rupa Awatif apabila marah. Mendengar saja kakaknya menyebut tentang Cookie, terus membuatkan Akid rasa tidak senang. Dia sememangnya takut dengan Cookie. 
  “Cakap dengan  mummy. Siapa yang buat?” soal Puan Fauziah lagi. Akid melihat wajah  mummynya yang serius  ketika  ini. Puan  Fauziah  mengetap  bibirnya dengan geram. 
   “Hmmm... Yalah, Akid mengaku. Memang Akid sengaja sepahkan bilik Kak Awa ini,” jawab Akid sambil menunduk. Gerun pula dia melihat wajah  mummy.
   “Mengaku pun. So mummy,  bukan salah Awa. Akid punya  kerja.  Cookie  mummy jangan  bagi  pada  daddy,”  pinta Awatif pula. 
    “Akid, kenapa buat bilik Kak Awa macam ni?” soal Awatif. 
    “Saja aje. Suka-suka,” sengih Akid dengan selamba. Dengar saja alasan yang keluar dari mulut Akid membuatkan Awatif bengang seketika. 
  “Hei, budak ni kan memang nak kena betul. Mummy  dengar tak apa Akid cakap tadi? Dia suka-suka sepahkan bilik Awa.”        “Tak kesahlah apa pun alasan kau orang. Mummy mahu kau orang berdua kemas sekarang,” arah Puan Fauziah lagi sebelum berlalu turun ke tingkat bawah. Pening kepalanya dengan kerenah anak-anaknya.     “Mummy, apa yang bising-bising dekat atas tu?” soal Encik Fathudin sebaik saja ternampak kelibat isterinya. 
   “Anak-anak abanglah. Kalau sehari tak bagi saya menjerit memang tak sah,” bebel Puan Fauziah. Encik Fathudin tersenyum sambil membaca surat khabar. Sudah mengerti apa yang berlaku. Sudah tentu Akid menyakat Awatif lagi. 
    “Anak dara abang tu nama saja umur dua puluh tiga tahun tapi perangai mengalahkan budak-budak. Itu belum lagi datang muka  blur  dia. Ya Allah, kalau waktu dia blur  kan bang, saya rasa menyirap saja darah ni tahu,” bebel Puan Fauziah. Suaminya tersenyum. 
  “Anak dara kita sorang tu aje, Puan Fauziah oi. Walaupun dia  blur  dan berperangai seperti budak-budak, dia tetap anak  kesayangan  awak,  kan?” jawab Encik  Fathudin dengan selamba. Puan Fauziah sudah mengetap bibir.

   “Awa, kamu nak ke  mana pula tu?” soal Puan Fauziah sewaktu melihat Awatif kucing kesayangannya itu. Awatif menoleh.    “Nak tengok cerita Korea.  Mummy  nak join  tak?” Sengih Awatif dengan selamba dan siap pelawa Puan Fauziah untuk turut serta menonton drama Korea kesukaannya.    “Itu  sajalah  kerja  kamu kan  sejak  jadi penganggur ni? Hari-hari menghadap laptop  tengok cerita Korea. Kamu tu dah besar panjang, Awa,” bebel Puan Fauziah lagi.
   Awatif seperti biasa buat muka tak ada perasaan apabila mendengar mummynya membebel. Diusap Cookie dengan manja.        “Ya  mummy, Awa tahu. Sabar ya, mummy. Kalau Awa  dah  dapat  kerja nanti,  confirm  Awa tak sempat nak menghadap benda tu semua.” Ringan saja mulut Awatif menjawabnya. 
  “Mulut kamu ni Awa, macam bertih jagung tahu tak? Ada saja benda yang dijawabnya. Sekarang  mummy  nak kamu naik atas bersiap dan ikut  mummy  dengan daddy  beli barang dapur.  No excuse. Panggilkan Akid sekali.” Puan Fauziah mula memberikan arahan kepada anak gadisnya.  “Shopping, mummy? Wah, sukanya. Sekejap, Awa siap,” jawab Awatif dengan teruja. Encik Fathudin sudah menggelengkan kepalanya. Masak sangat dengan anak gadisnya pantang diajak berjalan. 

   HADIF Fakhri  menolak troli dengan perlahan-perlahan. Dia hanya mengekori mamanya, Datin Khadijah dari belakang. Kalau  ikutkan,  malas  dia  menemani  mamanya  ke mari  untuk mencari barang-barang keperluan mereka sekeluarga tetapi apa pilihan yang dia ada hari ni. Mahu atau tidak dia harus menemani mamanya.                “Mama, bab-bab beli barang dapur ni kerja orang perempuanlah. Hadif mana tahu nak beli barang-barang ni semua,” jelas Hadif Fakhri. Datin Khadijah terus menghentikan langkahnya lalu menoleh ke belakang memandang wajah anak terunanya.
 “Siapa kata mama nak suruh Hadif belikan? Mama nak Hadif temankan mama sebab Mak Biah dan  bibik  tak ada. Siapa lagi mama nak minta tolong kalau bukan pada Hadif? Dekat rumah tu tinggal Hadif, mama dan papa aje, kan. Nak harapkan Reen, manalah dia larat nak datang, Hadif. Mama tak  nak  pula  menyusahkan  dia tambah-tambah  dengan keadaan dia sekarang ni.” 
    “Itulah dari dulu lagi mama suruh carikan menantu untuk mama. Kalau Hadif kahwin, ada juga mama kawan,” terang Datin Khadijah. Hadif pula buat selamba. Dia sudah lali dengan permintaan mamanya itu.
  “Mama, Hadif bukan tak nak tapi masalahnya sekarang ni Hadif tak jumpa lagi orang yang Hadif cari,” balas  Hadif lalu  mengekori  Datin  Khadijah  yang sudah  pun bergerak ke rak barang-barang yang perlu dibeli. 
  “Ada saja jawapan kamu,” jawab Datin Khadijah sambil menggelengkan kepalanya sebelum memilih  ayam untuk keperluan keluarganya.  Mata  Hadif mula meliar  ke sana sini. Nampak sangat wajahnya yang sedang kebosanan ketika ini.

     “NAH, ini  list  barang yang  mummy  dah tulis. Awa pergi cari barang ini semua. Mummy  nak pergi ke tempat barang basah,” arah Puan Fauziah. Awatif merenung kertas putih yang sudah berada di tangannya ketika ini. 
   “Akid, kamu ikut  mummy, karang kamu berdua jalan sama-sama, mulalah nak bertegang urat.” Akid sudah tersengih lalu menganggukkan kepalanya. Awatif mencebik pada Akid. 
   “Okey,  mummy. Awa pergi cari barang-barang ni semua lepas tu Awa cari  mummy dekat barang basah,” jawab Awatif sebelum berlalu dengan troli.
  Pada mulanya, Awatif menolak trolinya dengan perlahan,  namun  dengan  tiba-tiba saja  dia  meningkatkan kelajuan pada trolinya dan mula mencari setiap barang yang telah dicatat oleh  mummynya. 
   “Mana kicap ni?” bebel Awatif seorang diri. Gaya Awatif mencari barang ketika itu umpama dia sedang menyertai suatu permainan. Dia tidak peduli pandangan orang yang memandangnya. Di dalam kepalanya hanya ingin menyiapkan misi yang ditugaskan oleh  mummynya.        “Tumpang lalu... Tumpang lalu...” Riuh mulut Awatif sewaktu melintasi orang yang sedang sibuk mencari barang keperluan mereka. Awatif ni dah bertukar menjadi ‘Running Woman’  ke apa? 
    Tidak sampai setengah jam pun, troli yang dibawa oleh Awatif hampir penuh dengan barang. Maraton sungguh. Melihat kelajuannya dalam mencari barang, boleh  join rancangan seperti Amazing Race mahu pun Explorace. Setelah selesai mencari kesemua barang yang diperlukan, Awatif mula menolak troli menuju ke bahagian barangan basah. Troli yang ditolaknya kini tidak seligat tadi kerana sudah berat dengan barang-barang keperluan yang diambilnya tadi. 
    “Mana pula dia orang ni?” Awatif mencari kelibat mummynya. Matanya melilau-lilau mencari Puan Fauziah di celah-celahan orang yang sememangnya ramai di bahagian barangan basah. Tanpa disedari... 
   “Aduh...” Kedengaran suara seseorang mengaduh. Awatif menoleh ke depan. Dia terkejut. 
    “Owh no...  Auntie, maaf-maaf. Awa tak sengaja. Awa tak nampak  auntie  dekat depan,” ujar Awatif sebaik saja terpandangkan yang  dia telah terlanggar seorang  auntie  yang sedang memilih sayuran yang ada di situ. Datin Khadijah menggosokkan lengannya akibat dilanggar oleh troli Awatif. 
      “Maaf,  auntie.” Awatif mendekati  Datin Khadijah lalu dicapai tangan Datin Khadijah sebelum dikucupnya. Terkejut Datin Khadijah dengan perilaku si gadis itu.     “Tak apalah, anak bukan sengaja pun,” jawab Datin Khadijah sambil tersenyum. Awatif mula rasa bersalah. 
   “Maafkan Awa, ya,” mohonnya lagi. Awatif merenung wajah Datin Khadijah penuh pengharapan. 
      “Mama, kenapa ni?” sapa Hadif Fakhri yang baru saja muncul. Dia pelik apabila melihat mamanya mengerutkan dahi malah mamanya turut  mengusap lengannya.              Datin Khadijah mendongakkan kepalanya lalu memandang Hadif manakala Awatif pula masih lagi berdiri membelakangi Hadif. 
      “Tak ada apa pun.  Accident  sikit,” jawab Datin Khadijah dengan senyuman. Hadif terus memeriksa lengan Datin Khadijah, bimbang jikalau lengan mamanya itu tercedera. Hadif kemudiannya memandang pada gadis yang berada di depannya. Sungguh tajam sekali pandangannya pada Awatif ketika itu.
       “Awak ni tak ada mata ke?” soal Hadif kepada Awatif. Dia merenung Awatif dari atas ke bawah. 
     “Mata  saya?  Mestilah  ada. Encik tak nampak ke mata saya ni ada satu, dua?” bidas Awatif dengan selamba sambil menunjukkan mata kanan dan kirinya. 
    “Isy, budak ni. Loyar buruk pula dengan aku,” ujar Hadif Fakhri. Awatif mengerutkan dahinya. Aku salah cakap ke? soal Awatif sendirian. Dia memandang wajah Hadif dan Datin Khadijah silih berganti. 
  “Hadif...”  Datin Khadijah menegur  anak bujangnya. menoleh pada mamanya. Datin  Khadijah menggelengkan kepalanya. 
   “Maaf ya,  auntie. Sungguh Awa tak sengaja tadi langgar  auntie.” Sekali lagi Awatif meminta maaf. Dia membetulkan tudungnya. 
    “Lain kali kalau rasa mata tu rabun pakailah cermin mata. Ini tak main langgar aje. Mata tu biar tajam sikit,” marah Hadif. Datin Khadijah terus mengusap bahu anaknya. 
  “Hadif...” 
 “Saya minta maaf. Saya tak  perasankan  auntie  tadi. Oh ya, janganlah awak risau, mata saya ni memang sihat. Tak ada rabun.” Dengan ringan, Awatif menjawab.     “Awak ni kan...” Belum sempat Hadif mahu membidas, sudah ada suara yang memanggil Awatif. 
   “Kak Awa!” jerit Akid. Dengan pantas, Awatif mencari suara itu. Akid mendekati kakaknya. 
     “Kak Awa,  mummy  dah bising cari kakak tak jumpa. Jomlah cepat,” ujar Akid sebaik saja berdiri di depan kakaknya. Dengan pantas, dia menarik tangan Awatif.
     “Eh, nanti-nanti. Akid, tolak troli ni,” arah Awatif lalu menarik tangannya. 
   Hadif dan mamanya hanya melihat saja kerenah si Awatif saat ini. Akid menghela nafasnya dengan berat. Dengan bermalasan dia memegang troli. 
   “Isy, Kak Awa ni berapa kotak nak beli makanan Cookie, hah?” soal Akid sebaik saja terpandang kotak makanan kucing di dalam troli. Awatif tersengih sewaktu Akid memegang salah satu dari kotak makanan Cookie. 
     “Jangan banyak songeh, tolak aje troli ni pergi pada mummy. Sekejap lagi Kak Awa datang,” arah Awatif lalu menyerahkan troli tersebut kepada adiknya. Akid hanya mengikut saja lalu menolak troli tersebut. Awatif menoleh kembali pada Datin Khadijah. 
    “Maaf sekali lagi ya  auntie  dan juga Encik...?” Awatif memandang wajah Hadif.     “Hadif...” jawab Hadif. 
  “Hah,  encik  kreatif?”  soal  Awatif dengan blur. Hadif menepuk dahinya. 
  “Bukan kreatif, tapi Hadif... Diulang sekali lagi ya, Hadif... H-A-D-I-F, Hadif,” eja Hadif dengan geram. Isy, perempuan ni betul ke tidak? desis hati Hadif. Datin Khadijah menahan diri dari gelak. Awatif tersengih lalu menganggukkan kepalanya. 
   “Oh,  Hadif. Ingatkan kreatif. Maaf  ya auntie  dan Encik Hadif. Minta diri dulu, ya?” jawab Awatif lalu melangkah meninggalkan Hadif dan juga Datin Khadijah. Baru saja dia melangkah, tiga tapak ke depan kakinya terhenti seketika. Awatif menoleh ke belakang dan tersenyum lalu melambaikan tangan sebelum dia bergegas menuju ke kaunter pembayaran.       “Sewel ke apa budak ni? Ada masalah telinga agaknya,”  bebel  Hadif  dengan selamba  sewaktu  memandang Awatif yang sudah pun melangkah ke depan. Datin Khadijah tersenyum. 
    “Hadif, tak baik cakap orang begitu. Dia bukannya sengaja pun. Jomlah,” tegur Datin Khadijah lalu meneruskan misinya. Hadif pula terus mengekori dari belakang. 

CINTA? BIAR BETUL KARYA ANNA MILIA

Bab 1



AISYATUL UMAIRA  memerhati para pengunjung Pasaraya Besar Maximise Emporium sementara menunggu abangnya mencuba pakaian. 
  Jam tangan dikerling. Sudah lebih lima minit dia menunggu. 
   Jahit baju ke,  try  baju? Dia ni dari kecik sampai sekarang tak  ubah-ubah.  Buat apa pun  lambat.  Haishhh... Tension betullah.
    Penat tercegat di situ, Aisya menapak ke  fitting room. Terus sahaja pintu bilik kecil itu diketuk bertalu-talu.
  “Cepatlah. Kat luar ni dah panjang orang berbaris tunggu abang.  Apesal  lambat sangat ni? Tersangkut zip seluar ke?” Aisya ketawa kecil. Seronok mengusik abangnya.      Ahmad Khaffy Mukriz tersentak. Jemari yang sedang menanggalkan kemeja pada tubuhnya terhenti. Matanya dikecilkan mengamati suara manja dan mengada yang kedengaran dari luar  fitting room.
  Dek kerana tiada sahutan, Aisya mengetuk pintu dengan lebih kuat. 
   “Hey! Cepatlah. Buka pintu ni, biar Aisya tengok.” 
 “Cepatlah,” gesa Aisya lagi bernada rengekan apabila kali ini, memang ada seorang pelanggan yang berbaris di belakangnya. 
   Ketika meriah tangannya mengetuk, daun pintu dibuka dari dalam. Terus tangannya ditarik masuk ke dalam bilik kecil itu tanpa sempat dia mengelak. 
 Aisya tergamam. Lelaki itu bukan abangnya. Dia sudah tersalah bilik. Mereka saling memandang. Khaffy terpegun seketika melihat raut wajah di hadapannya. Sempurna  sungguh. Wajah ala-ala wanita Arab  itu memukau pandangan matanya. 
  Aisya bertambah kalut apabila melihatkan susuk tubuh yang separuh terdedah. Dada bidang lelaki itu sempat dipandang sekilas sebelum dia berpaling ke arah pintu. Jarinya cuba menarik selak pada pintu.    Khaffy terlebih dahulu bersandar pada pintu. 
 “Kenapa dengan awak ni? Saya baru masuk aje.  Try baju pun belum. Yang awak ketuk pintu macam nak roboh kenapa? Awak ada masalah mental ke?”
 “Sa... Saya minta maaf, encik. Saya ingatkan abang saya kat dalam bilik ni. Saya minta maaf sangat-sangat,” pohon Aisya sambil menyusun sepuluh  jari  di hadapannya. Matanya masih dilarikan ke arah lain, mengelak dari memandang dada  sado  putih melepak itu. Dalam pada itu, dia masih berjaga-jaga andai lelaki  itu cuba melakukan sesuatu yang tidak senonoh terhadapnya.
  “Lain kali, jangan main terjah aje. Tadi awak kata nak tengok, kan? Habis tu, kenapa sekarang ni awak asyik pandang dinding bilik ni aje? Awak tak nak tengok ke zip saya yang tersangkut?” Seronok pula Khaffy menyakat Aisya. Tangan lelaki itu sudah berada pada kawasan zip seluar.
  Dia benar-benar nak buka seluar ke? Aisya menelan liur. 
 Ketika dia sudah berkira-kira untuk menjerit, Khaffy segera menarik selak pintu. 
  “Keluar  sekarang.  Lain  kali  jangan susahkan  orang. Supermarket  ni bukan bapak awak punya. Nak ketuk ikut suka hati.  Awak  ni  boleh  dicaj  atas  kesalahan sexual harassment against men.”
   “Saya minta maaf, encik,” ulang Aisya. Dia benar-benar rasa bersalah. Macam manalah dia boleh yakin sangat yang abangnya masuk ke bilik ini tadi? 
 Entah kenapa, Khaffy boleh sahaja tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Mungkin kerana kasihan melihat reaksi Aisya yang bersungguh-sungguh memohon maaf. Aisya berasa lega melihat respons lelaki itu. Dia melangkah kelaur. Daun pintu dirapatkan semula.  Aisya memalingkan tubuhnya membelakangkan pintu. Dia mengusap dadanya dalam usaha memujuk hatinya supaya bertenang. Dia tersenyum kelat pada lelaki yang sedang  berbaris  tadi. Pandangan lelaki  itu kepadanya cukup menjelikkan. Pastinya lelaki  itu memikirkan yang  dia dan lelaki tadi berkelakuan sumbang di dalam bilik kecil itu. 
   Aisya menapak beberapa langkah lagi lalu berhenti apabila matanya tertancap pada susuk tubuh abangnya sedang melangkah ke arahnya. 
   Fuh! Nasib baik Abang Akram tak nampak apa yang berlaku tadi. 

 “Bila abang keluar? Aisya tak perasan pun.” 
  “Abang tak sempat  try  pun. Budak tadi silap bagi saiz. Dah masuk baru perasan. Lepas tu punyalah lama tunggu dia cari saiz L. Rasa macam tak nak beli aje.” 
   Aisya kecilkan matanya. 
 “Baru nak  try?” 
Melihatkan Akram Hakimi mengangguk, Aisya mengeluh.
 “Sekejap aje. Lepas ni kita carilah barang Aisya pula,” pujuk Akram sebelum berlalu ke  fitting room. 
   Aisya  berjalan menjauhkan dirinya  dari kawasan fitting room. Dia bimbang andai terserempak dengan lelaki tadi. Mata Aisya mendarat pada sehelai kemeja bercorak petak yang dipakaikan pada patung. Dia menghampiri. Tangannya menyentuh fabrik dari kain kapas sambil mata menilik kemeja itu. 
 Cantik jugak kalau beli untuk Ustaz Yaakob. 
  Aisya memanjangkan lehernya mencari jurujual. Anak matanya tanpa sengaja menangkap kelibat lelaki yang memarahinya tadi. Pandangan mereka bertembung. 
  Khaffy mengangkat tinggi dua kemeja berlainan warna. Tangan kanannya memegang kemeja lengan panjang berwarna hitam  manakala  di tangan kirinya pula, kemeja merah terang.
  “Mana satu yang cantik?” Khaffy bertanya.   Aisya  terkedu.  Biar  betul  lelaki  ini bertanya pendapatnya? Aisya berpaling ke belakang. Mana tahu lelaki itu sedang bercakap dengan seseorang yang berdiri di belakangnya. Tidak ada sesiapa di belakangnya.
  “Saya cakap dengan awaklah! Mana satu yang cantik?” tanya Khaffy sekali lagi.
   Aisya  memandang kedua-dua kemeja. Dia memang sukakan warna merah. 
 “Merah,” jawab Aisya sambil tersenyum manis. Sekali lagi Khaffy terpanar. Cukup sempurna, desis hatinya. 
  Khaffy sekadar menjongketkan kedua-dua keningnya kepada Aisya sebagai respons. 
   “Adik. Saya nak warna hitam,” ujar Khaffy kepada jurujual. 
 “Astaghfirullahalazim. Ada juga orang macam ni dalam dunia. Tanya pendapat orang, tapi tak nak ikut.” Aisya bercakap sendiri.  Dia melangkah pergi  dengan  rasa sebal. Terasa bodoh pula kerana melayan soalan lelaki tadi. Namun Aisya tidak dapat menghalang matanya dari menatap wajah itu sekali lagi. Tatkala itu juga, Khaffy juga berpaling memandangnya. 
  Aisya kaget. Terus kaki diayun laju meninggalkan lelaki itu. 
   “Adik,  cancel  yang hitam. Saya nak yang merah,” ujar Khaffy apabila kelibat Aisya sudah tidak kelihatan di situ.
   Khaffy menggeleng kecil. Kenapa dia perlu ikut pilihan gadis itu sedangkan memang dari awal hatinya lebih berat  pada  warna  hitam?  Soalan  tadi  sekadar  mahu  menarik perhatian gadis itu. Sejak berpisah dengan isterinya, dia langsung tidak memberi perhatian kepada kaum hawa. Jauh sekali untuk meletakkan kepercayaan kepada mereka. Dia sudah cukup penat disakiti. Hatinya sudah mati untuk mereka. Namun kenapa setelah lebih tiga tahun berlalu, tibatiba sahaja dia tertarik dengan gadis itu?
    “Aisya.” Khaffy menuturkan nama itu tanpa sedar. 
  Aisya menghampiri abangnya yang melanglah keluar dari  fitting room. 
  “Okay?” tanya Aisya. Dia berharap sangat abangnya mengatakan ya. Dia sudah penat menemani abangnya. Berjam-jam mereka meronda di tingkat bahagian pakaian lelaki. Baru sehelai seluar yang dibeli oleh abangnya. 
  “Okay,” jawab Akram. 
 “Alhamdulillah. Jomlah. Aisya dah penat ni.” 
  “Eh! Sekejap. Abang nak tengok  T-shirt.”      “Hah?”  Melopong  Aisya  mendengarkan  kata-kata Akram. 
 “Aisya pergi cari baju Danish dululah. Letihlah teman  abang,”  rungut Aisya. Ketika dia  berpaling untuk melangkah ke tingkat tiga, Akram menarik tangannya.        Akram dapat mengesan perubahan riak wajah adiknya itu walaupun senyuman masih terukir di wajah itu 
 “Okeylah-okeylah, abang pergi bayar kemeja ni. Aisya tunggu kat tangga. Kita pergi cari baju Danish samasama,” putus Akram. 
  Adegan tarik tangan itu diperhatikan oleh Khaffy usai dia membuat pembayaran di kaunter. Diperhatikan penuh minat pasangan yang disangkanya sebagai suami isteri. 
  Aisya  menunggu di tangga sementara Akram bergerak ke kaunter bayaran. Khaffy menapak ke arah tangga. Langkahnya cukup perlahan supaya dia boleh memandang wajah itu dengan lebih lama.
    Kau  memang  gilalah,  Khaffy. Dia tu isteri  orang. Khaffy memarahi dirinya.    Khaffy terus melangkah namun pandangannya tidak  lagi meliar ke  pelosok wajah  Aisya. Apabila dia melintasi Aisya, dia hanya mengerling ke arah gadis itu melalui ekor matanya.
   Aisya yang sibuk membaca sesuatu pada telefon bimbit langsung tidak perasankan kehadiran Khaffy. 
   Khaffy senyum sendiri. 
  Sempurna sungguh gadis itu di matanya. Walaupun hanya bahagian muka sahaja yang kelihatan, dia yakin semuanya indah di sebalik jubah moden longgar dan hijab yang melepasi dada gadis itu. 

BERIKAN AKU PELUANG MENCINTAIMU KARYA SHIMA ROSTAM

PROLOG



   RIYA  tenung Facebooknya. Ada personal mesej diterima. Entah bila lelaki ini menjadi rakannya. Terkejut. Juga tidak percaya. Si dia yang pernah bertakhta di tangga pertama hatinya tiba-tiba muncul kembali. Tangannya masih lagi kaku untuk membalas sapaan. 

#Noble-Man: Kita kahwin.

   Tiada angin tiada ribut. Tiada juga salam. Tiba-tiba ajak kahwin. Riya geleng kepala. Dah jadi otak senget ke lelaki ini? Ikatan hati sudah sepuluh tahun lepas terlerai. Dia telah bahagia dengan keluarga. Walaupun sesekali terbabas merinduinya, namun kebahagiaan yang dikecapi amat berharga untuk dilepaskan. Riya tarik nafas. Dia perlu menghadapi realiti. Dulu dan sekarang sudah jauh berbeza. Perasaannya pun sudah tidak sama seperti dulu lagi. Dan lelaki itu sudah dibuang jauh dari carta hatinya. Kekecewaan dulu masih lagi berbekas dalam hati. 
   
#Riya Zara: Kelakar yang tak kelakar.

#Noble-Man: Siapa kata kelakar? I seriuslah. 

#Riya Zara: Huh? Kahwin hanya sekali dalam hidup I. Kali kedua takkan pernah ada. 

#Noble-Man: Ada. Jodoh you  dengan I. Pasti. 

#Riya Zara: You sure? Kalau jodoh I dengan you, dari dulu lagi kita nikah. Cuba you fikir, tidakkah itu menunjukkan yang kita langsung tidak ada jodoh? 

#Noble-Man:  Dulu  lain  sekarang  lain.  I yakin kita memang ditakdirkan bersama. 

  Rasa ingin tahunya membuatkan Riya tidak dapat menahan diri daripada bertanya. Hatinya jadi takut. Entahentah selama ini dia selalu diintipnya melalui FB. Mungkin dia ni bapak ayam yang mencari mangsa. Sebab itu selepas sepuluh tahun dia muncul kembali. 

#Noble-Man: You tak ingat sayang? You kenal FB pun sebab I yang cadangkan. Tapi maafkan I, jadi invisible man selama ini. 

   Riya mendengus. Kisah dulu dia dah lupakan. Dia diam dan cuba menggali memori sepuluh tahun lepas. Mereka tidak pernah bertemu tetapi persahabatan di alam maya telah menjangkau sepuluh tahun. Tempoh masa yang sangat lama bagi sebuah persahabatan tanpa syarat ini. Tidak mahu  terus  tenggelam  dengan  mimpi  yang  tak  sudah,  Riya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pilihan keluarganya. Siapa kata dia tak ralat dengan masa yang banyak terbuang begitu sahaja. Namun, dia harus bersikap realistik. 

#Noble-Man : Sayang? 

#Noble-Man: Please... Marry me. 

#Riya  Zara:  Kenapa  I?  Kenapa  bukan that young girl yang you selalu jumpa? They’re more suitable with you. Bukan janda tua macam I ni. 

#Noble-Man: Kalau you tua, I lagi tua. Remember sayang, I tua 8 tahun daripada you tau. 

#Riya Zara: Perempuan cepat nampak tua daripada lelaki. Lebih-lebih lagi bila pernah berkahwin dan mempunyai anak seperti I. 

#Noble-Man:  You’re  always  younger  than me.  I tak kisah asalkan kita bersama. Kita nikah, ya. 

#Riya Zara: Berapa kali I nak cakap, I tak nak nikah lagi.  Nikah dalam hidup  I hanya sekali sahaja.

#Noble-Man:  Habis tu, I  macam mana? You tak kasihankan I ke? 

#Riya Zara: Buat apa nak kasihan kat you kalau  you  tak  kasihankan  diri  sendiri? Ramai anak dara yang bergetah hendakkan you, tapi you jual mahal. 

#Noble-Man: Mereka tak sesuai. Buat apa I nak peningkan kepala layan kerenah mereka? I nak  you.  You  yang  I  cinta sejak 10  tahun lepas. You yang selalu memahami I.

 Lelaki itu tak habis-habis nak ungkit kisah 10 tahun lepas. Padahal lelaki itu yang tinggalkan dia macam lelaki pengecut. Tidak berani berdepan dengannya. Tidak berani pegang tangan dan ajak kahwin. Sekarang ni baru gila bayang. 

#Riya Zara: Kisah dulu dah tamat. I rasa yang chatting dengan I ni bukan lelaki yang I kenal dulu. Lelaki pengecut! Berselindung di sebalik YM.

#Noble-Man:  I  bukan  lelaki  pengecut. Tapi  dulu masa tak sesuai untuk I kahwin. 

#Riya Zara: Kelakar! Kata you lebih tua daripada I. Carilah pucuk muda. Yang sesuai dengan taste you. 

#Noble-Man: Itu lelaki lain bukan I. You pun tahu kan I ni macam mana? 

#Mizz-Lady: Tak tahu! 

#Noble-Man: Susah nak cakap dengan you kalau macam ni. Jom kita jumpa. 

#Riya Zara: Tak perlu! Dah tak releven jumpa you sekarang. 

#Riya Zara: I have to go. Bye...

  Lampu hijau di sebelah kiri mesej telah padam. Tahulah dia Riya telah  log out.  Noble-Man mengeluh lagi buat sekian kalinya. Kenapa dia semakin degil? Susah sangat nak percaya. Dulu dia buta. Bila dah terlepas baru menyesal. Sekarang dia takkan lepaskan peluang lagi. Dia akan pastikan wanita kesayangannya itu berada di dalam pelukannya saban malam. Akan diulit dengan kata-kata cinta. Akan ditatang penuh kasih sayang sehingga tiada satu pun yang kurang. Itu tekadnya. Susah sangat ke hendak terima dia kembali?

  Hatinya resah. Rindunya kian parah. Setelah sekian lama menunggu, sekarang wanita itu berada di depan mata. Namun kenapa terasa terlalu jauh untuk digapai dan dimiliki? Hatinya merindui saat-saat indah musim bungabunga cinta mereka mekar mewangi. Lalu tanpa sedar, hatinya terus melawan arus masa dan kembali ke masa lalu. Kisah perkenalan yang teramat manis untuk dilupai. 

Imbas kembali… 

   HUJUNG  minggu ini Syed Al-Aiman tidak mahu berulit dengan kerja. Cukuplah enam hari tanpa henti dia menyiapkan proposal. Hari ini dia mahu habiskan masa untuk dirinya pula. Dia merenung siling putih sambil mengimbau kenangan lalu. Kitaran hidupnya sejak kecil hingga sekarang banyak dihabiskan dengan buku, belajar dan kerja. Dia  obsess  ingin jadi yang terbaik dan mendapat yang terbaik. Itu matlamatnya. 

 Dia tidak pernah merasai apa itu keindahan bercinta. Malah  berkawan dengan  perempuan pun dia tak reti. Sikapnya yang kaku dan serius mempengaruhi kehidupan sosialnya. Bukan tidak ada perempuan yang ingin mendekatinya, tetapi semuanya bosan dengan sikap dan kehidupannya yang lebih fokus pada kerja dan pelajaran. 

  Huh! Daripada mengenang kehidupan, lebih baik dia melayari Internet. Mungkin dia boleh berjumpa dengan seseorang untuk dijadikan teman bersembang ketika ini, detik hati kecilnya. 

#Noble-Man: Hai... How are you? Can we chat?

#Mizz-Lady : Hai... Fine... You? Okey aje. 

#Noble-Man: I pun sama. You free ke tak ni? Kalau tak free, tak apa. 

#Mizz-Lady: Free aje. Sorry-sorry... Tengah tengok Friendster sat ni. 

#Noble-Man: I see... Ingatkan you chatting dengan ramai chatter tadi. 

#Mizz-Lady: No laaa... Bosan juga. Asyik-asyik tanya minat sex tak. Tak boleh ke bual-bual biasa aje? 

#Noble-Man: Biasalah tu. Nak lepaskan gian. Anyway, you kat mana ni? 

#Mizz-Lady: Ada juga orang gila macam tu, ya? I kat  CC. You? 

#Noble-Man: CC? I dekat rumah. 

#Mizz-Lady: Cyber kafe a.k.a CC laaa... 

#Noble-Man: Ooo... You study lagi ke? 

#Mizz-Lady: Yup... Final year.

#Mizz-Lady: Tak keluar hari ni?

#Noble-Man: Why? You nak ajak I keluar ke?  

#Mizz-Lady: Tak hingin pun... Yalah, weekend ni pasti orang dating jumpa awek ke? 

#Noble-Man: I tengah datinglah ni... with you. 

#Mizz-Lady:  Ya  ke  dengan  I  aje?  Entah-entah tengah layan ramai chatters perempuan yang lain. 

#Noble-Man: No la... I chatting dengan you aje, dear. 

#Mizz-Lady: Sweet talker. You Always macam ni ke? 

#Noble-Man: With you aje... 

#Mizz-Lady: Hahaha... I tak percayalah. Anyway, umur you berapa? 

#Noble-Man: 32. Why?

#Mizz-Lady: Mesti you dah nikah ni.

#Noble-Man: No la, dear. I’m single and available.  Kalau you nak kat  I okey  juga... 

#Mizz-Lady: Tak percayalah. Mesti you ramai peminat ni. But why you tak nikah lagi? 

#Noble-Man: Perlu nikah ke? I tak puas hidup single  lagi.  Lagipun  I  busy.  Tak ada  masa  nak f ikirkan tentang nikah ni. 

#Mizz-Lady: Why? You tak percaya pada perkahwinan, ya? 

#Noble-Man: Nope... Kenapa you tanya? 

#Mizz-Lady: Just curious nak tahu. Biasanya umur 30 ni ramai dah nikah. 

#Noble-Man: My job membuatkan I selalu travel. So, hidup single lagi senang. 

#Mizz-Lady: Ooo... Macam tu... 

#Mizz-Lady: I dah nak out ni. Perut dah laparlah.

#Noble-Man: Okay, dear. It’s nice to chat with you. 

#Mizz-Lady: Me too. I dah add you. Bila-bila free kita boleh chatting lagi, okey. 

#Noble-Man: Okey, dear. Nice talk with you too. 

#Mizz-Lady: Bye... 

#Noble-Man: Bye.