BAB 3
J
ohanna terus ketawa geli hati
apabila melihat wajah Mak Mah
yang nampak sungguh terkejut
itu. Terus dipeluk bahu Mak Mah. Kesian, Mak Mah. Pucat
sungguh muka orang tua itu!
“Saya bergurau ajelah, Mak Mah,” katanya sambil
tergelak kecil.
Mak Mah terus memukul lengan Johanna
kemudian dia berlalu ke dapur. Kepala digeleng perlahan.
Betullah si Johanna ni. Buat dia terkejut saja. Seram juga
Mak Mah tengok muka Tuan Syed Harraz merenung
Johanna. Johanna... Johanna…
“Very funny…” Suara Syed Harraz yang garau dan
dalam itu membuatkan Johanna berhenti ketawa. Dia
berdehem perlahan lalu memandang wajah mamat jambang
itu semula.
“Awak buat masalah ke kat rumah akhlak tu?”
tanya Syed Harraz.
Johanna pula hanya diam sahaja.
“Kenapa tak jawab? Saya tanya ni.” Mata Syed
Harraz bulat memandang Johanna.
“Gua bergaduh… Pukul orang. Lepas tu umi
hantar wa ke sini suruh tolong Mak Mah selama satu bulan
atau lebih sebulan. Terletak kat tangan lu…” terang Johanna
bersahaja.
“Gua?” Kening Syed Harraz sudah terjongket
sebelah. Tak sangka budak Gothic itu boleh berbahasa begitu
dengannya.
“Saya memang minta Umi Zakiah carikan
seseorang yang boleh membantu Mak Mah sebab dia dah tua
nak buat kerja berat. Tak sangka umi hantar budak Gothic.”
Syed Harraz tersenyum sinis memandang Johanna.
“Gua bukan budak Gothic. Gua rock!” Mendatar
saja Johanna menjawab. Gothic dengan rock pun tak tahu
nak bezakan. Huh!
“Saya nak awak tolong Mak Mah buat kerja di
tingkat atas,” arah Syed Harraz tanpa mempedulikan apa
bezanya antara Gothic dan rock. Baginya tetap sama saja.
“Bilik saya tu perlu dikemaskan setiap hari. Alas
tilam tu kena tukar seminggu dua kali. Bilik air cuci setiap
hari. Bersih atau tidak, kena cuci juga. Lepas tu, tolong sapu
daun-daun kering dekat luar. Pagi dengan petang. Tugas
awak bermula dari pukul lapan pagi sampai lima petang.
Kalau saya tak balik lagi, tunggu saya. Tak kira saya balik
lewat atau tidak. Saya nak tengok kerja awak,” terang Syed
Harraz.
Johanna hanya mengangguk mendengar arahan Syed
Harraz.
“Mak Mah!” panggil Syed Harraz agak kuat.
“Ya, Tuan Harraz?”
“Nanti Mak Mah suruh dia buat kerja dekat tingkat
atas. Mak Mah tak payah nak naik turun lagi dah. Budak ni
dah ada. Kalau dia tak buat kerja, beritahu saya.” Mata Syed
Harraz merenung Johanna.
Johanna ingatkan mamat jambang itu sudah
selesai memberi segala arahan. Jadi dia nak berlalu dari situ.
Malas nak tengok muka Tuan Harraz yang kerek dan poyo
itu. Macam bagus aje!
“Eh, nak ke mana pula tu? Saya belum habis lagi!”
tempik Syed Harraz. Johanna berhenti melangkah kemudian
memandang Syed Harraz semula.
“Ada lagi ke? Gua ingat lu dah habis cakap, bro!”
jawab Johanna selamba.
“Bro? Awak tahu tak awak tengah bercakap dengan
siapa?” tanya Syed Harraz. “Saya ni majikan awak. Tolong
hormat sikit. Panggil saya tuan, faham? Tuan Harraz!”
sambungnya lagi.
“Hek eleh, sekarang ni bukan zaman jajahan, bro.
Nak panggil tuan bagai. Kita kan dah merdeka. Lu dengan
gua sama aje. Cuma, gua ni tak kaya. Lu pula orang kaya
kerek!” balas Johanna berani.
Syed Harraz seolah-olah terkaku di tempatnya. Dia
tak sangka budak Gothic itu begitu berani bercakap.
Kemudian dia tersenyum sinis.
“Lu-gua... Tu bukan bahasa kita, sis. Gaya kau ni
pun bukan gaya kita. Tak payahlah kau nak ajar aku pasal bab
sejarah ni. Jajah atau tak, kau kena panggil aku ni Tuan
Harraz sebab aku bos kau mulai saat ni,” balas Syed Harraz
pula tak nak mengalah.
“Apa-apa ajelah, bro,” balas Johanna. Malas dia nak
bertekak dengan mamat bajet bagus ni. “Ada apa-apa lagi yang lu nak sambung, Tuan Harraz?” tanya Johanna, sinis.
Syed Harraz sudah menjeling tajam.
“Ada. Come, follow me.” Syed Harraz terus berdiri
kemudian menggamit Johanna supaya mengikutnya.
Tanpa berfikir panjang Johanna terus mengekori
Syed Harraz. Mereka keluar dan berdiri di ruang depan. Syed
Harraz sudah menunjukkan garaj keretanya.
“Kau nampak kereta-kereta kat bawah tu?” Dia
menoleh kepada Johanna yang sudah berdiri di sebelahnya.
Gadis itu mengangguk.
“Aku nak kau cuci ketiga-tiga kereta aku. Tapi,
kereta yang warna perak tu tak payah cuci sebab aku nak
guna. Kau cuci yang BMW dengan Audi tu dulu,” arah Syed
Harraz lagi.
“Weh, lu biar betul? Gua datang sini sebab nak
tolong Mak Mah buat kerja rumah, faham? Bukan nak cuci
kereta lu!” Johanna sudah bercekak pinggang sambil
mendongak memandang Syed Harraz.
“Itu juga termasuk dalam skop kerja kau sekarang.
Faham tu, Cik Johanna?” tanya Syed Harraz dengan kening
terangkat.
“Fahamlah!” jawab Johanna keras. Hati sudah
berdongkol geram. Mamat jambang ni memang dah lebih.
Aku calar-calarkan juga kereta dia tu, baru tahu! omel
Johanna dalam hati.
“Jangan nak mengutuk aku dalam hati kau tu. Dan
jangan terfikir pun nak calarkan kereta aku. Kalau aku
nampak, jaga kau!” balas Syed Harraz.
“Okey, bro!” Johanna terus angkat kaki kemudian
masuk ke dalam semula. Dia meninggalkan Syed Harraz yang sudah tercengang.
Budak ni memang langsung tak takut dengan dia.
Kalau kat SAS Holdings, semua pekerja gerun dan
hormatkan Tuan Syed Harraz. Tapi yang seorang ni…
“I’m not your bro!” ucap Syed Harraz.
Johanna sudah mengangkat tangan dan berlalu
begitu saja tanpa meminta izin. Merengus keras Syed Harraz
melihat kelakuan budak perempuan Gothic itu.
Kemudian Syed Harraz masuk ke dalam semula.
Dia melihat Mak Mah mula hendak mengemas meja makan.
“Mak Mah, saya pergi dulu. Suruh aje dia buat
kerja. Budak ni dari rumah akhlak. Jadi kita kena bentuk
akhlak dia ni jadi elok sikit. Beritahu dia bilik kerja saya
jangan berani-berani nak masuk. Saya tak akan ulang lagi
apa yang saya cakap ni,” kata Syed Harraz sambil mencapai
beg dan baju kotnya. Muka pula masam semacam.
Hai, nampaknya di dalam rumah ni sudah tambah
seorang lagi kepala batu. Bukan kepala batu. Tapi kepala biul!
Rasa macam semakin meriah saja rumah besar ini nanti.
Mak
Mah sudah tersenyum.
Johanna mula melakukan tugasnya pada hari pertama. Pagipagi
lagi dia sudah buat senaman tak standard ni. Menyapu!
Halaman rumah Tuan Syed Harraz ini memang
luas macam padang bola. Tapi yang ada hanya gelanggang
bola keranjang. Agaknya mamat jambang itu suka main bola
keranjang. Ni, petang-petang boleh main basketball memang
best, bisik Johanna ketika berdiri memandang jaring yang tergantung. Okey, besok aku bawa bola. Takkan mamat
jambang tu nak marah dia main bola keranjang kalau dah
habis buat kerja, kan?
Hampir tengah hari barulah Johanna masuk ke
dalam rumah. Halaman sudah siap dia kerjakan. Kali ini dia
bahu bersihkan bahagian atas pula.
“Jo, makan dulu. Lepas tu baru sambung buat
kerja,” ucap Mak Mah.
Johanna tersenyum. Memang dia rasa lapar sejak
tadi. Tapi sebab nak kena menghadap ‘anak raja Arab’ itu,
niat lapar ditelan saja.
Johanna terus mengambil pinggan dan menyenduk
mihun goreng. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi lalu dia
mula menyuap makanan. Sedap sungguh masakan Mak Mah
ni. Macam masakan arwah nenek dia. Mak Mah menuangkan
secawan kopi untuk Johanna.
“Terima kasih, Mak Mah,” ucapnya dengan mulut
yang penuh.
Selesai saja makan, dia mula nak menyambung
kerja semula.
“Mak Mah, bilik bos kat sebelah mana?” tanya
Johanna sebelum keluar dari dapur.
“Belah kanan, nombor dua. Kat tengah-tengah
tingkat atas tu. Master bedroom,” beritahu Mak Mah.
Johanna mengangguk. Dia melangkah mendaki
tangga untuk ke tingkat atas. Rumah ini memang besar. Tapi
yang tinggal hanya Tuan Syed Harraz dan Mak Mah sahaja.
Kepala meneliti setiap ruang tingkat atas itu. Ada ruang
tamu kedua yang agak kecil sedikit daripada ruang tamu
tingkat bawah. Ruang santai menonton TV juga nampak simple.
Johanna melangkah ke sebuah bilik yang Mak Mah
katakan. Pintu bilik dibuka dan mata Johanna terus terbuka
luas. Pergh! Ini bilik mamat jambang tu? Besar gila. Kaki
dibawa masuk ke bilik yang luas dan besar itu. Siap ada
lampu candelier lagi.
Sebuah katil saiz king terletak di tengah-tengah
bilik itu. Ada night stand di kiri dan kanan katil itu. Ada
almari pakaian yang besar dan berwarna putih. Ruang untuk
menonton televisyen juga ada di situ. Kagum Johanna
melihatnya. Dia ni hartawan atau jutawan? Sure bini ramai
keliling pinggang ni. Bukan isteri… Ooopsss..
ku menunggu...
ReplyDeleteku menunggu...
ReplyDelete