Saturday 7 March 2015

ENCIK FAYED MY MAN KARYA DILLA AHMAD

BAB 5


Baskin Robbins??

Aku pandang Encik Fayed dan Encik Fayed juga pandang aku sambil kenyit mata
kirinya padaku. Jadi, dia bawa aku ke sini sebab dia nak makan ais krim? Aku
pandang dia yang sedang mendongak merenung menu yang terpampang di
hadapan kami sambil bercekak pinggang .Lengan baju kemejanya,sudah dia lipat
hingga hampir ke siku. Ternampak bulu romanya yang keperangan. Dia nampak
santai saja.

Okay, Nur…which flavor would you like to eat? Ada perisa strawberry..chocolate
Mint..pun ada ni…Semua nampak sedap..” Katanya ,tersenyum . Dua orang
pembantu yang berdiri di depan kaunter sedang tersenyum pada kami. Bersabar
nak  melayan kami.

“Saya tengah nak pujuk awek saya ni…She seem so sad..” Katanya lagi, yang  
membuatkan aku rasa sebal dan segan.

“Encik….” Ucapku, dengan suara perlahan.

“Kitakan couple. Biasalah kalau boyfriend nak pujuk girlfriend  dia…”

Aku terus pukul bahu dia dengan penumbuk kecil aku. Dah malu sangat dekat
pembantu kaunter yang sudah tersenyum lebar pada kami. Hish,Encik Fayed ni… 
Tapi bila aku sedar apa yang aku buat, aku terus gigit bibir. Aku dah pukul bos
aku! Memang tak agak-agak. Boleh bertepuk-bertampar dengan bos!
“Saya minta maaf,Encik Fayed…” Kataku, serba-salah. Dia tersenyum saja.

Aku mengambil tempat di tepi cermin kaca dan pandang ke luar. Boleh nampak
kereta-kereta yang bersimpang siur dari dalam bangunan ni. Encik Fayed duduk
bertentangan dengan aku. Lama dia pandang wajah aku yang hanya tunduk dan
pandang mangkuk ais krim itu.

“Makanlah. Nanti cair dah tak sedap.” Katanya, yang sudah menceduk ais krim
coklatnya. Aku dengar dia mengeluh perlahan.

I’m sorry,Nur..buat awak sedih macam ni.” Kata Encik Fayed dan aku perasan
tidak ada ayat ‘cik’ tu lagi pada setiap panggilan namaku. Dan,aku suka.

“Tak apa, Encik Fayed. Saya dah biasa..”Balasku, perlahan juga.Dia menggeleng.

“Kalau tak sebab saya buat cerita pada Liyana tu..hal ni tak akan terjadi. I don’t
know what my brother say to you since you don’t want to share it with me..
Tapi,saya tahu mesti ada kata-kata dia yang membuatkan awak sedih macam ni.
Saya betul-betul minta maaf..”Luahnya lagi bersungguh.Aku pandang mata dia.
Tapi kemudian aku tunduk pandang ais krimku semula.Perlahan aku skup satu
sudu kecil dan masukkan ke dalam mulutku.Dia masih pandang aku.

“Saya kenal sangat dengan abang saya tu. Setiap kata dia itu adalah arahan. No one
can say No to him.And everything he said is YES and you should obey him. Kalau
pasal kerja, okay saya akan ikut cakap dia. Tapi kalau melibatkan my personal
life,no way! This is my life and only me can decide what I want and with whom I
want to be friend with!” Kata Encik Fayed dengan tegas.
“Dia nak Encik Fayed berkawan dengan Cik Liyana..”Kataku,perlahan. Membuka
cerita sedikit apa yang Encik Arie beritahu aku.

“Saya tahu.Dia cakap dengan saya tadi.” Encik Fayed merengus dan meletakkan
sudu plastik itu. Tak jadi nak suap ais krimnya. Dia terus duduk menyandar.

“Saya tak tahu apa yang dia nampak kat perempuan tu. Pada saya, she’s got
nothing special. Even muka dia pun saya tak sanggup nak tengok. Otak jadi
serabut!”

Aku nak senyum bila dengar Encik Fayed cakap macam tu. Aku ingatkan aku
sorang saja yang berperasaan begitu. Kemudian mata dia bergerak pandang aku.

“Tapi, bila saya dengan awak , saya rasa bebas dan boleh buat apa saja…dan cakap
apa saja.. Sebab orang biasa macam awak ni, Nur. .buat saya macam manusia biasa
jugak. Saya tak suka cara abang saya tentukan hidup saya dan dengan siapa saya
harus berkawan. Saya dah dewasa. Suka hati sayalah nak berkawan dengan
siapa..nak bercinta dengan siapa…siapa pasangan saya.. Dia tak boleh paksa saya.”
Katanya lagi. Aku pandang dia dan kemudian pada ais krim dia.

Aku ceduk ais krim aku dan aku sua ke mulut dia.”Nak rasa ais krim saya?” Aku
cuba menceriakan keadaan kami. Mata coklat dia bagai tersenyum merenung aku.
Dengan rasa gembira saja dia membuka mulut dan segera aku sumbatkan ais krim
itu ke dalam mulut dia. Dia mengangguk dan menceduk pula ais krim coklat dia
dan mahu menyuap aku  pula. Cepat aku ngangakan mulut. Kemudian kami
ketawa.

“Kitakan couple!” Kata kami serentak.  Ah, aku mahu melupakan apa yang Encik
Arie cakap pada aku tadi. Aku hanya mahu gembira bersama Encik Fayed.  Dia
sangat baik melayan aku. Apa lagi yang aku hendak?

Kami jalan-jalan di dalam pusat membeli-belah itu seketika dan dia telah membeli
beberapa helai kemeja dan tali leher untuknya. Yang paling buat aku terpegun, dia
siap tanya pendapat aku lagi dan suruh aku pilihkan untuk dia. Dah rasa macam
aku ni benar-benar jadi awek dia ni. Ni,  yang buat aku susah hati. Sebab aku ni
mudah sangat perasan!

Encik Fayed menghantar aku terus balik rumah walaupun aku cakap aku dah okay.
Tapi dia cakap, aku tak payah masuk kerja balik dan suruh aku merehatkan diri dan
mindaku .Dia cakap aku nampak serabut tapi masih nampak comel…saja nak beli
jiwa akulah tu.

Kereta Encik Fayed berhenti depan pagar rumah dan aku terpandang abang Azahar
sedang mencuci keretanya. Alamak, kalau dia nampak mati aku. Abang aku ni
bukan suka sangat aku keluar dengan lelaki. Tapi lelaki yang hantar aku ni pun bos
aku. Tak boleh aku nak cakap apa walaupun aku melarang. Harap-harap dia tak
pandang aku kat sini. Aku dah buka pintu kereta bila Encik Fayed menahan aku
dan menyerahkan satu beg kertas kecil macam beg hadiah saja.

“Apa ni,Encik Fayed?” Tanyaku, pandang beg itu dan kemudian pandang dia.Dia
hanya jongket bahu sedikit. Tak nak cakap apa-apa. Jadi aku buat selidik sendiri
dan jenguk ke dalam beg dan menarik tangan keluar sebuah patung beruang kecil
berwarna coklat. Comelnya! Di dada anak patung beruang itu ada bentuk hati dan
tertulis ‘Hug Me’. Aku sudah tersenyum lebar.

“Untuk awak…” Kata Encik Fayed. Aku pandang dia.” Saya tak nak tengok awak
sedih-sedih lagi macam tadi. Hati saya jadi sakit. Saya cuma harap awak tak serik
nak berkawan dengan saya sebab kita akan jadi  couple sampai bila-bila.  Malam
nanti sebelum tidur peluk dia, macam awak peluk saya..” Encik Fayed sudah
senyum semacam. Aku  tolak perlahan bahu dia.

“Nak peluk sekarang tak boleh lagi.Tunggulah ,masa tu akan datang juga…” Ucap
nya perlahan,seolah bercakap pada diri sendiri. Aku pun tak faham apa maksud
dia. Aku toleh ke luar dan abang Azahar sudah berdiri memandang kereta Encik
Fayed. Jadi aku kena cepat keluar dari kereta ini.

“Siapa tu?” Tanya Encik Fayed bila terpandangkan Abang Azahar.

“Abang saya.Dia cuti hari ni..” Jelasku. Encik Fayed mengangguk dan apa yang
dia buat selepas itu buat aku terkejut. Dia juga keluar dari kereta dan mengiringi
aku masuk ke kawasan halaman rumah.

“Assalamualaikum…” Kata Encik Fayed, menyapa abang aku. Berubah muka
abang Azahar sekejab bila melihat Encik Fayed memberi salam padanya. Mungkin
terkejut bila melihat ‘orang cina’ memberi salam padanya .Memang muka Encik
Fayed macam Chinese look sikit. Kalau orang tak kenal dia,mesti orang ingat dia
kaum cina. Abang Azahar menyahut salam dan menyambut huluran tangan Encik
Fayed.

“Saya,Fayed Arya. Bos Cik Nur…Saya hantar dia sebab dia tak berapa sihat tadi.”
Cerita Encik Fayed,sambil jeling aku sekilas .Abang Azahar pandang aku seketika
dan angguk.

“Saya Azahar,abang dia. Silalah masuk ke rumah…” Ajak Abang Azahar,ramah.

“Tak apa. Lain kali saja. Hari dah lewat ni.. Saya mohon diri dulu…” Encik Fayed
senyum dan hulur tangan semula.” Cik Nur, jangan lupa makan panadol. Hari ni
rehat saja.. Banyak kerja tadi.”  Kata  Encik Fayed pada Abang Azahar lagi.
Kemudian dia melangkah ke kereta semula dan mengangkat tangan pada kami dan
kereta berlalu.

“Baiknya bos kau, dik. Siap berhantar bagai…”Kata Abang Azahar,sinis.” Ada
apa-apa ke?”

“Ada apa, apa along?Dah,adik sakit kepala ni..nak rehat.” Aku ‘chong’ abang aku.

“Abah tak balik lagi?” Tanyaku bila tak nampak teksi dia depan rumah. Abang
Azahar geleng dan sambung cuci kereta viva dia semula.

“Jab lagi along nak pergi rumah Kak Laila..” Tiba-tiba dia beritahu aku. Oh,patut
lah  ambil cuti. Nak jumpa tunang rupanya!

“Okay. Kirim salam kat Kak Laila. Adik masuk dulu..” Kataku dan melangkah
meninggalkan Abang Azahar. Rumah sederhana besar  itu aku renung. Sunyi
macam biasa. Aku menghela nafas. Bagai teringat sesuatu aku keluar semula.

“Along Ja dah makan?” Tanyaku ketika menjengahkan muka. Dia pandang aku
dan geleng.

“Nak keluar makan dengan Kak Laila. Kau masak untuk kau dan abah ajelah.”
Kata Abang Azahar pula. Aku angguk dan terus tuju ke dapur. Pintu peti ais aku
buka. Ada beberapa ekor ikan kembung dan sedikit sayur kobis. Segera ikan itu
aku rendam .Ingat nak masak sambal tumis ikan dan goreng sayur kobis. Abah tak
cerewet tentang makan. Sejak arwah emak ada lagi. Dia tak pernah bersungut pasal
masakan emak dan kini masakan aku pula.

Bila ingatkan arwah emak, hati jadi sayu pula. Emak lama dah pergi. Sejak umur
aku empat belas tahun lagi. Emak sakit lelah. Tak sangka lelah dia itu membawa

maut. Aku kerdip-kerdipkan mata bila terasa mata mula menghangat. 

2 comments: