Friday 2 October 2015

PENGGARI HATI MR EGO KARYA CICI AIDA

BAB 2


Dania sempat berhayal sambil menguyah keropok dalam mulut. Tangannya sebelah lagi memegang sekotak air laici yang masih belum dibuka. Sedang elok kakinya melangkah untuk  melintas, tiba-tiba bunyi hon dari sebuah kereta lalu berhenti secara mengejut. Dania tergamam.
“Hoi..!!!” sergah pemilik kereta tersebut.
Kelihatan seorang lelaki dengan kemeja berlipat paras siku turun. Sempat lagi dia memandang hadapan keretanya sebelum melihat keadaan Dania. Mukanya berang tatkala menoleh pada Dania yang masih terduduk kaku atas jalan.
“Dah lama hidup ke? Nak mati? Melintas ikut suka hati je. Mata mana mata? Letak dekat kepala lutut?  Lain kali nak jalan, pandang dengan mata bukan dengan mulut, faham.” bentak  lelaki tersebut mencerlun matanya memandang Dania.
Tanpa menunggu dia terus berlalu kembali masuk ke badan kereta. Tenungan Dania padanya tidak langsung diendahkan.
“Mangkuk.  Ada otak  tak nak guna. Main redah aje.” bebel Lutfi  sebaik saja masuk ke dalam badan kereta.
Dania kembali bangun. Lutfi yang memandang sekali lagi didatangi rasa tidak puas hati. Hon keretaya ditekan. Cermin tingkap  diturunkan lalu kepalanya menjenguk sedikit.
“Ketepilah, tercegat dekat situ lagi apahal. Nak aku langgar kau ke? Urgh..” bengis muka lelaki itu dengan suara meninggi.
Dania tersentak. Pantas dia beralih ketepi. Tak pasal-pasal nanti lelaki berlagak itu sengaja melanggarnya. Saat kereta itu bergerak sedikit, Lutfi sempat lagi melemparkan jelingan tajam pada Dania sebelum memecut laju keretanya.
Apa lagi, terbakar  hati Dania dengan kata kesat yang keluar dari mulut lelaki itu tadi. Pantang sungguh dia dengan orang yang berkelakuan biadap. Pedih terlinga dengan cebisan ayat akhir lelaki itu.  Sepatah pun tidak sempat dia menjawab. Sudahlah tidak berbudi bahasa, jauh sekali untuk meminta maaf.
“Kurang ajar. Dia ingat dia siapa? Mentang-mentang kereta besar nak berlagak. Hebat sangat ke kau nak tempik-tempik aku macam tu. Tak pe, kalau aku jumpa kau sekali lagi siap. Taulah aku nak bagi pengajaran nanti. ” marah Dania sendiri.
Lutfi tergesa-gesa memasuki ke bilik office. Jam tangan di pandang sekilas. Kelewatannya pagi itu benar-benar menguji diri. Elok saja duduk, dia ditangi satu suara tiba-tiba masuk.
“Maaf encik Lutfi,  saya dah cuba beritahu  cik Rania yang encik Lutfi sibuk, tapi…”
“Tak apa awak boleh keluar.” beritahu Lutfi memandang.
Yati yang berdiri di sisi pintu, tidak mahu menuggu lama di situ. Meluat sungguh dia melihat wajah perempuan biadap dengan pakaian yang menjolok mata, bercakap ikut sedap mulut  masuk tanpa kebenaran majikannya. Sebelum keluar sempat lagi dia melemparkan  jelingan tajam.
Wanita yang diperkatakan itu turut meluat dengan cara layanan setiusaha Lutfi. Dia turut membalas dengan senyuman  mengejek. Langkah diatur  mendekati Lutfi yang sudah duduk.
“Sayang… lama I tunggu you. I call you tak angkat, sms you tak replay. You ni kenapa? Janji nak temankan I  pergi sain kontrak  tu. Ni sekarang ada satu jam lagi kita nak sampai sana. You nak teman kan I atau tidak?” rengek Rania dengan gaya menggoda. Dia  duduk dipangku Lutfi sambil melurut tali leher lelaki itu.
“Rania, I’m sorry ok.  Kerja I banyak. Mungkin I tak dapat temankan you hari ni.  Kejap lagi I ada meeting, lepas tu  pulak I kena jumpa klien. Mana sempat nak semua sekali dalam satu masa. I’m sorry sayang.  Lain kali je I temankan you ok. You faham I kan?” tangan Rania diraih seolah memujuk.
Mendengar saja kata-kata itu,  pantas Rania menepis tangan Lutfi lalu bangun dari pangkuan. Dia berdiri berpeluk tubuh membelakangi Lutfi yang masih duduk.
“You sengaja buat I macam ni kan? You memang tak sayang kan I. You lebih pentingkan kerja you dari I. Sekarang you pilih, kerja atau I.” bentak Rania tidak puas hati. Mukanya bengis.
Lutfi bangun mendekati Rania yang rajuk dengan kata-katanya. Perlahan dagu  wanita itu ditolak agar mendongak memandangnya.
“Rania, jangan cakap macam ni. I sayangkan you, and of cause I sayangkan kerja I  jugak. Ini semua  untuk masa depan kita. Boleh tak you sabar sikit. Bagi I masa untuk settle kan semua kerja-kerja ni. Lepas tu I janji I akan ambil cuti untuk luangkan masa dengan you. Puas?” lembut Lutfi cuba memujuk Rania. Begitu sabar dia meyan kerenah teman wanitanya.
“No, you dah janji dengan I. So you mesti temankan I sain kontrak tu hari ni. Kalau you tetap dengan keputusan you, maknanya you memang tak sayangkan I lagi. Lebih baik I pergi pada orang yang lebih sayangkan I daripada tunggu you yang tak pernah nak faham kemahuan I.” desak Rania mahu lelaki kesayangannya menurut segala kemahuannya.
Lutfi bungkam. Desakan Rania sekali gus menyesak fikiran. Tentu sekali dia tidak mahu kehilangan wanita yang disayang. Dan dalam masa yang sama hatinya berbelah bagi untuk memilih antara kerjaya dan cinta. Yang mana lebih utama untuk dirinya.  Lutfi menarik tangan Rania apabila dilihat wanita  itu cuba mengatur langkah.
Wait sayang, dengar apa I nak cakap dulu.”
“Tak apa I faham sangat dengan status anak datuk macam you. You memang sibuk selalu sebab semua benda  you nak uruskan. Syarikat keluarga you, mama you, sampai tak ada masa untuk I. Dahlah susah nak jumpa,  nak manja-manja dengan you mimpilah. Bosan. Lepas ni tak payah nak jumpa-jumpa I lagi.” rungut Rania. Lutfi yang sedang memegang tanganya, tidak dipandang.
“Sayang,  janganlah cakap macam ni. You tau kan I sanggup buat apa saja untuk you. You merajuk macam ni tak cantiklah sayang.  Dah, tak payah nak buat muka macam tu. Hari ni I temankan you pergi sain kontrak tu. Tapi next time I tak janji. You kena faham kerja I bukan macam kerja orang lain. You faham kan kenapa I kerja kuat. Semua ni untuk masa depan kita juga. Kalau you sayangkan I, lain kali tak nak merajuk macam ni lagi. Senyum sikit. Senyum…” pujuk Lutfi sedaya-upaya cuba menjaga hubungan cintanya bersama Rania.
Masa yang terhad terpaksa juga dilepaskan untuk seketika demi wanita tersayang. Rania kembali tersenyum memandang. Akhirnya lelaki ini termakan juga dengan lakonannya tadi.
Inilah dikatakan, cinta itu buta. Buta pada insan yang memejamkan mata, menutupkan hati serta memekakkan telinga. Tidak mahu membandingkan antara cinta sejati dan cinta hiasan. Hakikatnya cinta yang dikejarnya itu sekadar terlafaz dibibir sedangkan dihati  insan yang disayang jauh sekali ikhlas menerimanya.
                Seharian Lutfi menemani Rania dengan perjanjian yang telah dibuat. Jelas wajahnya mempamerkan reaksi bosan selama berada disitu. Fikirannya  melayang masih mengingatkan kerja-kerja yang tertangguh di office. Keputusan drastik  yang dibuat  tadi benar-benar  menjerut dirinya demi memenuhi permintaan kekasih hati. Apa yang dilakukan lelaki itu semuanya atas dasar terlalu menyintai Rania semata-mata. Sedikit sebanyak  rasa bersalah membelenggu dirinya  jika hal ini sampai ke pengetahuan mama. Tiba-tiba dalam melayan perasaan bahunya dipeluk seseorang dari belakang.
“Sayang, kenapa dari tadi I tengok you asyik termenung? I panggil  you tak dengar.  Kenapa ni?  Moody semacam muka tu kenapa? Cuba senyum sikit.” tegur Rania lembut.
Lutfi bangun melepaskan pelukan wanita itu. Dia memandang saat Rania sudah mendekati dengan senyuman. Kolar bajunya sempat dikemaskan Rania.
“Tak ada apa-apa. I letih duduk lama-lama dekat sini tunggu you. I ingatkan sekejap, tapi rupanya lama. Kalau I tau tadi, I balik office dulu kemudian datang sini jemput you.” jawab Lutfi membalas senyuman Rania.
“Mm…kesian, sorry sayang. I tak sangka pula dia orang nak tanya I macam-macam. Borak punya borak sampai terlupa yang you ada temankan I hari ni.  Sorry sayang,  I betul-betul tak terlupa  tadi. You tak marahkan?” ujar Rania dengan pertanyaan.
Lengan lelaki itu dipaut manja sambil tersenyum manis. Lutfi membalas demi si kekasih hati. Kalau dah cinta punya pasal buat apa pun tak kisah. Kalau boleh lautan berapi pun sanggup diredah masa itu. Setakat tunggu lama-lama, apalah sangat. Kecil punya hal pada orang sebegini.
Jam tepat menunjukkan pukul sembilan sebaik kereta Lutfi menembusi perkarangan rumah. Deruman enjin dimatikan lalu keluar dari badan kereta. Terlakar kepenatan di wajah lelaki ini tatkala  menjejakkan kaki ke dalam rumah. Tali lehernya direnggangkan sedikit dengan  badannya dilepas pada sofa empuk dihadapan ruang tamu. Matanya ditutup seketika melepaskan kepenatan.
“Baru balik?” tegur satu suara.
Lutfi tersentak. Wajah itu dipandang sambil mengerling sekilas pada jam tangan.
“Mama, tak tidur lagi?” soal Lutfi tidak menjawab, sebaliknya dia pula mengajukan soalan pada wanita itu.
“Mama tunggu Fi dari siang tadi. Mama call banyak kali tak dapat, mama datang office Fi tak ada. Fi pergi mana satu hari baru sekarang ingat nak balik?” tegas pertanyaan Datin Zaleha. Dia memandang wajah anaknya tidak berkelip.
Reaksi Lutfi berubah seketika. Pantas di bangun lalu menyeluk poket seluar. Ternyata telifon milikya sudah kehabisan bateri tanpa di sedari sepanjang bersama Rania siang tadi. Lutfi berdecit. Jadi sebab itulah dia tidak mendengar sebarang bunyi dari telifonnya. Riak wajah mamanya seakan difahami.  Apakah jawapan yang sesuai untuk diberitahu?
“Fi  jumpa klien dekat luar tadi. Sibuk sikit, tak sedar pulak battery phone habis.  Sorry ma, Fi betul-betul tak perasan.  Mama cari Fi sampai dekat office tadi  kenapa ma? Ada hal penting ke?”  tanya Lutfi lagi. Dia cuba menyangkal dalam hati, tentang sesuatu yang  sudah  pasti diketahui oleh mamanya saat itu.
Datin Zaleha merasakan Lutfi seolah pura-pura tidak faham dengan reaksinya. Apa Yang berlaku hari ini benar-benar menyakitkan hati Datin Zaleha. Ketiadaan Lutfi di office pagi tadi, salah satu penyebab wanita itu tidak mampu bertolak ansur lagi dengan sikap anak lelakinya ini. Ternyata soalan Lutfi tadi  mula membangkitkan api kemarahan Datin Zaleha.
“Kenapa  Fi tanya mama? Sepatutnya soalan tu mama yang tanya pada Fi. Fi pergi mana sebenarnya tadi? Jumpa klien atau jumpa Rania?”
“Fi minta maaf ma.
“Maaf, maaf, maaf. Apa masalah Fi sebenarnya? Fi sanggup abaikan kepentingan syarikat dan batalkan meeting semata-mata sanggup buat benda lain. Yati call mama bagitahu kalau Fi tak dapat hadirkan diri juga dalam meeting hari ni, kontrak syarikat kita akan dibatalkan. Apa semua ni?”  amarah Datin Zaleha mula meninggi. Matanya tajam masih lagi memandang  pada Lutfi yang separuh keletihan di hadapannya.
“Batal? Mustahil, sebab Fi dah suruh Yati tukar minggu depan untuk meeting sekali lagi. Bukannya Fi tak inform dengan dia orang. Rasanya  tak jadi masalahkan kalau kita tukar hari lain. Fi  sendiri dah bincang dengan pemegang saham dia orang sebelum tu. Dan dia orang pun dah setuju.  Mana boleh dia orang buat macam tu.” jelas Lutfi. Perasan bersalah mula berlegar di benak fikiran.
“Tak ada yang mustahil Ahmad Lutfi. Fi dah malukan mama dan AL Holding.  Memang patut kontrak syarikat kita dibatalkan, sebab sikap Fi yang pentingkan diri sendiri dan tak telus dalam soal kerja. Ini bukan sekali Fi, tapi dah berkali-kali. Sampai mama tak faham apa sebenarnya masalah Fi. Tahniah, sebab Fi berjaya hampakan harapan mama.” kecewa di penghujung ayat wanita itu. Baru saja  gerak langkahnya diatur, Lutfi pantas memintas di depan  memandang.
“Mama, tolong jangan cakap macam ni. Fi sayangkan mama dan Fi sayangkan Rania juga.” ucap Lutfi lembut perlahan tangan Datin Zaleha di pegang.
Namun Datin Zaleha terlebih dulu menepis tanpa memberi peluang untuk Lutfi memujuknya. Terlalu mudah untuk mengucapkan kata maaf, tapi ada saja masalah yang  dibuat setelah peluang diberi berkali-kali.
“Memang mama dah agak, ini semua sebab perempuan tak guna tu. Selagi dia masih ada hubungan dengan Fi, selagi tulah dia akan mendatangkan masalah dalam keluarga kita. Tak sudah- sudah dengan Rania.” bentak Datin Zaleha geram.
Suhu kemarahan mula meninggi tatkala mendengar pengakuan Lutfi itu.  Lutfi seakan kaku mendengar  amarah Datin Zaleha yang telah menyalahkan Rania dalam soal itu. Tentu sekali Yati secretary nya telah menceritakan tentang dia dan Rania yang tergesa-gesa keluar dari office tadi. Ditambah pula dengan kedatangan mamanya di office, sudah pasti hal perkembangan  syarikat turut diberitahu oleh Yati.
“Kenapa mama benci sangat dengan Rania? Tak boleh ke bagi mama peluang sekali lagi? Fi cintakan Rania ma, Fi sayangkan dia. Tolong faham perasaan Fi.” luah Lutfi bersungguh-sungguh dengan apa yang terbuku dihati.
“CUKUP…!!!  Mama tak nak dengar lagi alasan Fi lagi. Sekarang buka telinga luas-luas dengar apa yang mama nak cakap. Mulai hari ini, saat ini, mama tak nak Fi jumpa dengan perempuan tu  lagi. Ini keputusan muktamad. Kalau Fi rasa sayang kan mama, dan sayangkan masa depan keluarga kita, tolong tinggalkan perempuan tu.  Mama tak akan bertolak ansur kalau Fi cuba nak membantah cakap mama. Jadi sama ada Fi suka atau tidak,  lupakan Rania, lupakan segala-galanya tentang perempuan tu. Faham…!!!”  tengking  Datin Zaleha dengan baran sekali.
Kemarahan wanita ini tidak mampu dikawal lagi. Tanpa menunggun langkah diatur laju mendaki anak tangga. Tidak sekalipun dia menoleh lagi.
“Mama please. Mama tak boleh buat Fi macam ni. Mama..mama…” rayu Lutfi memanggil nama mamanya berulang kali.
Keputusan yang di buat mamanya sama sekali tidak boleh di terima. Lutfi mengeluh. Dia akui, ini semua kesilapan yang datang dari dirinya sendiri. Fikiranya kusut penuh dengan masalah yang tiada berkesudahan. Kedua-duanya penting. Cinta dan kasih sayang.  Namun peluang semakin tipis untuk dia meneruskan hubungan cinta dengan Rania.












No comments:

Post a Comment