BLURB
Sara
Dhia. Seorang gadis desa yang hidupnya senantiasa dirundung duka. Sejak kecil
dia telah dijaga oleh makciknya kerana kedua ibu dan bapanya telah meninggal
dunia. Namun, menumpang kasih ibu saudara tidaklah sama dengan kasih ibu
sejati. Banyak derita yang harus dia tempuhinya.
Pertemuan
tak terduga dengan seorang lelaki bernama Adam Hakimi telah mengikat dia buat
selama-lamanya dengan lelaki itu. Atas alasan hutang, Sara disunting oleh
lelaki itu sebagai suri. Biarpun di hati tiada cinta. Sara redha! Siapa sangka,
hidup bersama Adam lagi banyak kisah duka dari manisnya. Pernikahan tanpa cinta
itu benar-benar menjerut hati Sara. Tambahan pula, Adam terang-terangan
mengakui dia cintakan perempuan lain. Harus, bagaimanakah Sara?
Sikap
bertanggungjawap dan ambil berat yang ditunjukkan oleh Adam tanpa sedar telah
membenihkan bunga cinta di hati Sara buat lelaki itu. Dalam diam dia memasang
tekad untuk terus setia menanti secebis cinta dari sang suami.
‘Ya Allah, Engkau telah memilih aku untuk
melalui semua ini. Aku redha ,Ya Allah. Jika benar dia yang Kau pilih untuk
menjadi teman hidupku, aku akan setia mengharungi getir ini. Aku akan terus
menanti saat terbitnya rasa cinta di hatinya untukku. Namun, aku mohon pada-Mu,
berilah aku kesabaran yang tinggi seperti sabar yang Engkau berikan kepada isteri
para Nabi. Kerana aku selemah-lemah wanita, Ya Allah! Aku takut, aku pincang
dalam langkahku..’~ Sara Dhia.
Namun,
satu sengketa telah berlaku di antara mereka yang menyebabkan Sara menjauhkan
diri. Hati perempuannya terus membeku. Saat itu, kata sayang dan cinta dari
Adam sudah tidak bermakna lagi buat Sara. Bukan mudah untuk memaafkan. Lukanya
dalam sekali!
“Sara, percayalah!
Abang dah lama sayangkan Sara. Abang dah lama jatuh cinta pada Sara. Sejak
pertama kali kita berjumpa. Sejak pertama kali Sara peluk abang, hati abang
sudah jatuh sayang pada Sara. Tapi, abang ego! Abang cuba nafikan rasa itu
sehinggakan Sara yang menjadi mangsa. Abang ikat Sara dengan alasan hutang.
Hakikatnya, abang tidak sanggup kehilangan Sara.” ~ Adam Hakimi.
Apalah
gunanya! Hati Sara sudah membeku. Tiada lagi getaran di jantungnya saat Adam
melafazkan kata sayang dan cinta.
“Jangan berkipas di
tengah ribut, Adam! Tangan penat, hasil tak dapat. Baliklah!” ~ Sara Dhia.
Apakah
kesudahan kisah rumah tangga mereka? Masihkah ada sinar bahagia di hadapan?
Terbayarkah penantian Sara selama ini? Berjayakah Adam mendapatkan semula cinta
dan kemaafan dari Sara? Ketahuilah kesudahan kisah mereka dalam Setiaku
Milikmu.
No comments:
Post a Comment