BLURB
Jatuh cinta
dengan bos? Mustahil bagi Cik Nur Azah Amira untuk mengidamkan lelaki seperti
Encik Fayed Arya. Apatah lagi, lelaki
kacak ini menjadi idaman Cik Liyana Datuk Manan yang sentiasaa vogue dan seksi.
Fayed Arya,
bukan seperti lelaki lain yang memandang kecantikan luaran wanita. Hatinya
sudah pun dimiliki. Tiga tahun hatinya dihuni cinta. Hari pertama terpandang
gadis polos itu, hati terus mengangguk suka. Suka tapi tak terluah. Namun, satu
kejadian menyebabkan gadis pujaan hati terlepas satu ayat yang menjadi pengikat
janji.
“Jom kita couple!”~ Nur
Azah Amira
“Daripada kita
jadi couple, baik saya pinang
awak terus! Dah sure awak tu
akan jadi milik saya!” ~ Encik Fayed Arya
Menjadi pasangan
bercinta, digertak dan dihalang, sedikit pun tidak memberi luka kepada Fayed
Arya. Baginya, hanya Nur Azah Amira sahaja yang layak berdamping dengannya.
Hanya Cik Nur kesayangannya yang mampu membahagiakannya. Walaupun jauh Nur
melarikan diri, dia tetap akan menjejaki.
“No matter
what happens, you will never
leave me. Understand?
Sebab saya akan cari awak walau ke lubang cacing sekalipun!”~Fayed Arya
Akhirnya, mereka
satukan dengan satu lafaz yang sah. Paling indah apabila perkahwinan mendapat
restu keluarga. Bagi Fayed Arya, sudah lengkap hidupnya dengan adanya Nur Azah
Amira di sisi. Namun, di hari pernikahannya itu, dia menerima tetamu yang tak
diundang. Cik Liyana muncul menagih cinta Fayed. Bagai melukut di tepi gantang!
Namun, Fayed Arya teguh dengan cinta hatinya. Cik Nur tiada tandingan.
“Ada tak saya
cakap kat awak, hari ni yang awak nampak cantik, Nur Azah Amira,” ~ Fayed Arya
“Ada, Encik
Fayed Arya,” ~ Nur Azah Amira
“Awak selalu nampak
cantik di depan mata saya, sayang. Tak payah make up tebal pun, hati saya dah tertarik dan sayang,” ~ Fayed
Arya
Amarah Liyana
semakin memuncak. Melihat Fayed dan Nur bahagia. Bagi Nur, kepercayaan adalah
penting. Bukan dia tidak tahu, Cik Liyana selalu mencari peluang untuk
mendekati Fayed. Tapi rasa cinta Fayed kepada dia terlalu tinggi. Fayed memang
tidak sukakan Liyana. Bagi Fayed, datang lah seribu Liyana pun, hatinya tetap
pada Nur Azah Amira.
“Saya tak mahu
lukakan hati awak, Nur. Walau datang seribu Liyana pun, Nur Azah Amira tetap
menjadi keutamaan saya. Awak kena ingat tu”~Fayed Arya
Kata orang, dari
mata turun ke hati. Namun, mampukah hati bertahan daripada dugaan dan desakan?
Pasti ada yang kecewa dan terluka. Sanggupkah Nur Azah Amira menjadi seoarang
isteri yang sentiasa berdiri di sisi suaminya? Menuruti setiap permintaan dan
berhadapan dengan pelbagai ancaman? Setiakan Fayed dengan janjinya untuk
melindungi cinta hatinya? Seperti kata Nur Azah Amira, Encik Fayed, My Man.
No comments:
Post a Comment