BLURB
Zara.
Dia gadis yang cantik, manis dan kadangkala ada polosnya. Cuma, dia ada satu
perangai yang buat Rizza meluat. Kaki kikis! Itulah panggilan setelah
mengetahui gadis itulah yang memporak perandakan keluarganya. Tetapi,bila adiknya,
Adila cuba bertindak bodoh ke atas Zara, dia pula yang tiba-tiba baik hati
menolong. Jadi superhero tidak sengaja kepada kekasih ayah sendiri bukan mudah
rupanya.
“Sudahlah Rizza!
Awak ni memang manusia paling buruk sekali pernah saya jumpa. Buruk rupa! Buruk
laku! Buruk hati! Buruk bertingkat-tingkat!”
- Zara
Dia
bukanlah gadis yang garang atau suka terpekik-pekik. Tersangatlah tidak ayu.
Tapi kalau berdepan dengan Rizza Azrim, memang automatik segala budi bahasa dia
hilang. Kapten seorang tu bahasanya, macam orang tak pernah belajar nilai
murni.
“Kau jangan
ingat aku tak tahu apa yang sanggup kau buat, Zara. Perempuan kelab malam macam
kau ni! Dengan tubuh kau tu je la yang kau pandai gunakan untuk hidup senang.”
– Rizza
Bencilah
setinggi gunung pun. Elaklah sejauh mana pun. Tapi kalau dah jodoh, kahwin juga
akhirnya. Niat asal Rizza hanya ingin menlindungi Zara dari Adila, tapi
sekarang dah jadi isteri dia pula. Bila dah kahwin, kenapa pulak rasa sayang
dan cinta datang mengetuk hati keduanya. Jantung seorang kapten bagai dipalu
bila gemersik suara Zara berlagu di telinganya. Bagai kalah sebelum berperang!
“Jangan pernah
berangan mahukan suami saya. In your dream! Remember. I’m fighter pilot wife,
so saya akan fight habis-habisan!!” – Zara
Bersungguh
Zara bertahan dari serangan parasit luar yang cuba menumpang kasih suaminya.
Semuanya mampu dia elak. Tapi bagaimana pula jika rahsia perkahwinan mereka
sampai ke pengetahuan Tan Sri Rahman Syah? Lebih penting adalah penerimaan adik
kepada Rizza, Adila musuh utamanya.
Adakah
Rizza akan mempertahankan status Zara sebagai isteri atau melepaskannya untuk
menyatukan keluarganya? Dan Zara, mampukah dia menukar wataknya untuk menjadi
isteri mithali? Melepaskan gaya hidupnya selama ini hanya kerana lelaki bernama
Rizza Azrim? Bukan Kekasih Tetapi Isteri merungkai segalanya.
No comments:
Post a Comment