BAB 3
“Jaga
keluarga kita, jaga emak. Jadi anak yang baik ya Chom? Ayah sayang sangat
dengan kamu.”
Entah
kenapa hari ini tanpa angin tanpa ribut, ayah tiba-tiba berkata begitu padanya.
Dia yang sedang tunduk membaca akhbar Harian Metro mengangkat wajahnya.
Merenung dalam wajah separuh usia milik Maarof itu. Wajah yang sentiasa tenang
dan jarang dia dapat membaca apa yang sedang bermain di dalam isi hati ayahnya
itu.
“Insya-ALLAH
ayah.”
“Kamu saja
harapan ayah ni. Nak harapkan si Mulia tu, dia masih lagi belajar. Lagipun
perangai dia beza sikit.”
“Isk ayah
ni kenapa pula cakap macam tu? Ayah kenapa? Tak sihat ya?” Bila tiba-tiba ayah
bicarakan tentang tanggungjawab. Tentang harapan, sungguh hatinya tak dapat
lari dari untuk punya rasa bimbang.
“Tak
adalah… saja ayah cakap macam ni. Dah lamakan kita tak berbual macam ni.”
Angguk…
“Ayah ni
dah tua. Kudrat pun dah tak gagah macam dahulu lagi. Kalau ada apa-apa jadi
pada ayah kamu sajalah harapan ayah.”
“Sudahlah
ayah. Janganlah ayah cakap macam tu. Risau pula hati Chom ni mendengarnya. Ayah
buat Chom takut tau.”
“Chom
kadang-kadang ayah rasa macam tak percaya yang masa ni pantas sangat perginya.
Si Chomel ayah ni pun dah membesar. Cantik pula tu.” Rambutnya yang panjang
mengurai melepasi bahu diusap penuh kasih oleh Maarof.
“Eh ayah
ni… malulah Chom. Tak rocklah adik-adik tengok.” Dia mengelak, melarikan kepala
dari disentuh oleh ayahnya.
Maarof
hanya ketawa besar melihat aksinya.
“Kenapa?”
Pertanyaan itu meluncur keluar dari dua ulas bibirnya perlahan. Tak tahu
ditujukan kepada siapa. Sayu.
Kalaulah…
kalaulah dia tahu itu perbualan terakhir antara mereka berdua, pasti dia akan
nikmatinya sungguh-sungguh. Ayah macam tahu waktunya sudah hampir. Ayah seolah
tahu yang ajalnya sudah memanggil. Air mata menitis lagi, dikesat dengan
belakang tangan namun air mata itu degil seolah tak mahu berhenti. Makin
dikesat makin banyak pula yang jatuh mengalir.
“Sudahlah
Chom…” Soya memujuk.
“Cukuplah
Chom…” Tami pun turut menyampuk, memujuk sekali.
“Kuatlah
Chomel… saya tau awak kuat.” Rina mengusap bahunya. Memujuk simpati.
“Macam
mana aku nak sudah Tami, Soya? Macam mana aku nak kuat hadapi semua ni Rina?
Dahan untuk kami sekeluarga berpaut dah tak ada. Siapa yang akan sara hidup
kami nanti? Nak bagi makan dekat adik-adik aku? Mak aku? Siapa pula yang nak
jaga Chantik kalau dia kena berkerja? Sudahlah si Chantik masih lagi menyusu
badan. Bingung aku. Semuanya berlaku mendadak. Dalam keadaan aku tak bersedia
langsung. Aku ni nama saja lepasan universiti tapi dah dekat setahun grad sampai
sekarang ni pun masih tak dapat-dapat juga kerja. Dah macam-macam tempat aku
minta dari cashier sampai ke office
girl tetap tak ada juga kerja yang sangkut.” Dalam serak suaranya
dia meluahkan.
“Dahlah
Chom jangan kau nak susah hati sangat. Kamikan ada, kitakan kawan. Aku, Tami
dan Rina tak akan tinggalkan kau sendiri bergelut dengan kesusahan. Kami akan
bantu kau selagi termampu.”
“Sampai
bila aku nak mengharapkan kalian?”
“Sampai
bila-bila. Apa guna jadi kawan kalau kami tak berguna pada kau.”
“Betul
cakap Soya tu. Jangan kau bimbang Chom kami akan sentiasa ada untuk kau dan tak
akan sekali-kali tinggalkan kau dalam waktu sukar begini.” Ujar Tami pula.
“No…” Dia
menggelengkan kepalanya.
“Kenapa
Chom?” Soalnya. Hairan Soya melihat penolakan Chomel dengan bantuan yang cuba
dihulurkan oleh mereka.
“Aku dah
buat keputusan.” Ujarnya dengan raut serius.
“Keputusan
apa Chom? Lain macam saja kau ni. Jangan buat kami takut tau.” Laju Soya
bertanya. Ada terselit nada kebimbangan di situ.
“Apa yang
kau takutkan? Ini Chom, dia masih waraslah dan tak akan buat perkara yang
dilaknat ALLAH tau.”
“Dah tu
awak dah buat keputusan apa Chomel?” Soal Rina pula. Tak sabar-sabar untuk
mengetahui apa yang bermain dalam kepala otak Chomel itu.
“Hisy aku
dah kata jangan panggil aku dengan nama penuh, kau ni Rina. Aku dah buat
keputusan, esok aku akan keluar pergi berkerja.” Ucapnya penuh bersemangat.
“Kerja? Eh
kau tak cakap pun kau dah dapat kerja Chom.” Soal Soya seperti tak percaya.
Biar betul dia ni.
“Memang
aku masih tak dapat kerja, macam mana aku nak cakapkan dengan kau Soya?”
Balasnya selamba.
“Habis tu
esok kau kata nak kerja? Alah susah kau kerja je dengan si Soya ni, jual air
soya dekat tepi jalan depan bangunan Maybank sana tu. Aku pun kerja dengan Soya
dah sekarang ni tau.” Cadang Tami.
“Ah tak
mau eh aku kerja dengan si Soya ni.” Sanggahnya langsung menolak cadangan Tami
itu.
“Dah tu
kau nak kerja apa? Jangan memilih kerja boleh tak dalam waktu terdesak ni.”
Tami menegur.
“Betul tu
cakap Tami tu Chomel. Sekurangnya awak ada juga sumber pendapatan untuk biaya
hidup awak sekarang ni walaupun sikit.” Sokong Rina. Baginya kata Tami itu ada
betulnya. Chomel tak boleh terlalu memilih dalam keadaan waktu begini.
“Weh cakap
baik sikit, mana ada aku memilih kerja. Aku memang tak berminat nak berkerja
dengan Soya ni. Sebabnya aku dah ada kerja pilihan aku sendiri. Aku akan
sambung kerja arwah ayah aku. Sambung legasi dia. Jadi tukang kasut!” Ujarnya
begitu bersemangat sekali.
“Tukang
kasut? Kau biar betul Chom?” Soal Tami, Soya serentak.
“Awak
serius ke Chomel?” Soal Rina pula sepertinya tak percaya. Ternganga seketika
dia mendengarnya. Nasib tangan laju bertindak menutup mulut. Kalau tak habis
punah imej perempuan melayu terakhir yang sering digayakannya selama ini.
“Ada
nampak muka aku macam orang tengah main-main ke atau tengah buat lawak jenaka
ke korang?” Soalnya sambil menudingkan jari telunjuk ke arah mukanya sendiri.
“Tak.”
Balas ketiga-tiganya serentak.
“Itu je
kemahiran yang aku ada. Arwah ayah ada ramai pelanggan yang setia. Nak harapkan
adik aku si Mulia tu, dia masih lagi belajar. Aku tak mahu bebankan dia.
Lagipun aku ni anak yang sulong. Dah menjadi tanggungjawab aku sebagai anak
sulong untuk sara keluarga dan pastikan hidup mereka terjamin.” Dua tiga hari
ni hanya perkara itu saja yang berlegar di ruang pemikirannya.
“Kalau
macam tu, suka hati kaulah Chom. Kami sokong saja mana yang kau rasa terbaik
untuk hidup kau.”
“Aku rasa
beruntung sebab ada korang sebagai kawan dalam saat sukar begini. Terima kasih
Soya, Tami, dan Rina.” Wajah ketiga-tiga temannya dipandang satu persatu.
“Sama-sama.
Weh dah sudah Chom, ini bukan diri kau kalau bercakap ikut standat bertaman di
mulut ni.”
“Ceh kau
ni Soya, langsung tak bagi peluang untuk aku tukar karakter kejaplah.” Bahu
Soya ditepuknya perlahan.
“Mau
taknya. Geli aku tengok kau jadi berbudi bahasa ni. Tak masuk.” Ujar Soya
sambil membuat goncangan tubuh seperti orang sedang geli geleman, siap dengan
mimik muka dia sekali pula.
Ketawa
mereka berempat pecah serentak. Ketawa yang pertama buat dirinya semenjak
tragedi sedih menimpa hidupnya lebih 7 hari yang lalu. Dengan mereka semua dia
memang tak pandai nak ambil hati atau terasa dengan gurauan terlampau mereka.
Bersyukur pula rasanya sebab punya teman seperti mereka. Sentiasa memahami dan
mengerti.
******
“Khairi…
Nak baliklah.”
“Alah awal
lagilah Lya. Show pun tak habis lagi tau.”
“I tau show tak habis
lagi tapi kalau nak ditunggu mesti lewat habisnya. I kena balik awal supaya I
dapat tidur awal.”
“Macam
budak-budaklah you ni Lya.”
“Yalah
Khairi. You mana tau masalah I ni.”
“Masalah
apa lagi you Lya kalau tak bukan sebab si Zaif Affendy itukan?” Masalah gadis
itu cuma satu, dan puncanya pastilah kerana teman lelaki gadis itu.
“Hah tau
pun you.”
Lelaki itu
tersenyum sinis. Macam dia tak tahu yang hubungan gadis itu bersama teman
lelakinya selalu tegang gara-gara berpunca dari masa.
“Alah Lya
I tak puas lagi habiskan masa dengan you.” Entah kenapa walaupun dia tahu yang
gadis itu sudah berpunya, tetap juga dia kejar gadis itu. Tak mahu dilepaskan.
Tak kisahlah digelar orang ke tiga asalkan dia dapat apa yang dihajatinya.
“Khairi
kenapa cakap macam tu. Hai tadi you kata nak jumpa I kejap saja dekat show ni.
Khairi I nak baliklah. Esok ada date dengan
Zaif. Kalau lambat habislah I ni.” Dia bangun dari duduk. Tas tangan Bonia yang
berwarna hitam itu dicapai.
“Lya please…
Tunggulah 5 minit lagi. Temankan I ni. Tak akan sampai hati you tinggalkan I ni
seorang dekat sini?” Lirih nada suara lelaki itu, cuba memancing simpati.
“Khairi…”
“Please Lya…”
“Ok tapi
hanya untuk 5 minit saja.” Dia kembali melabuhkan duduk. Entah kenapa dia lebih
seronok menghabiskan masa dengan lelaki itu daripada menghabiskan masa dengan
Zaif Affendy. Mungkin sebab perangai lelaki itu yang melayan dia dengan sopan,
tidak setegas, segarang layanan Zaif kepadanya.
Ah
kenapalah kita dipertemukan di saat Zaif dan aku sudah memeterai ikatan cinta.
Menjadi pasangan kekasih? Serba salah perasaan sebenarnya dengan lelaki itu.
Ada rasa pelik mula bercambah dalam diri bila bersama dengan lelaki itu. Wajah
Khairi Razi itu dipandang. Dicuri pandang dalam senyap-senyap. Menilik raut
wajah milik lelaki itu. Bandingkan lelaki itu dengan Zaif, lelaki itu lebih
menyenangkan.
Nafas dihela
berat bila mengenangkan hubungannya dengan Zaif yang sudah menginjak ke usia 3
tahun itu.
“You
kenapa Lya? Letih ke? Mengeluh sampai macam tu sekali? Bosan ya sebab terpaksa
temankan I?”
“Tak
adalah Khairi. Eh girlfriend you tak
marah ke you dengan I ni?”
“Girlfriend?” Soal
lelaki itu kembali disusuli dengan ketawa besar terburai.
Catilya
hairan. Lucukah soalannya sampai lelaki itu perlu ketawa semeriah itu? Berkerut
dahi.
“Lya ini
soalan benar-benar dari you atau soalan you nak cungkil status I?”
“Kenapa
pula you cakap macam tu?”
“Lya I
selalu ajak you keluar. Selalu cuba nak habiskan masa dengan you tak akan you
tak faham situasinya apa?”
“Situasi
apa? Masakan orang sekacak you masih belum berteman? Memilih sangat kut you ni
Khairi.”
“Mana ada
I memilih. Tak ada orang nak dengan I ni.” Wajah bertukar muram tiba-tiba.
“I tak
percayalah kalau you kata tak ada orang nakkan you Khairi.”
“Betullah
Lya. Ada orang yang I suka, I nak dekat dia, tapi dia dah berteman pula. Apalah
malang nasib I nikan?”
“Siapa
suruh you nakkan orang yang dah berpunya? Memanglah dia tak mahu dengan you
walau kacak mana pun you tau.”
“Eh Lya
you faham tak ayat tu I tuju pada siapa?”
“Hah?”
“I tuju
pada youlah Lya. I nakkan you. I sukakan you.”
Hening
seketika suasana yang tadinya dirasakan riuh rendah dengan suara pengacara
majlis. Terasa hanya ada mereka berdua saja yang tinggal di situ.
“You… you
bergurau ke apa?”
“Tidak, I
serius. Untuk apa bergurau hal yang melibatkan hati dan perasaan ni Lya?”
“Khairi…
you… Ah I nak baliklah…” Panas wajah. Merah padam tiba-tiba bila tahu lelaki
itu menujukan kata-kata kepada dirinya.
“Lya I tak
bergurau. Please Lya. Tolong tinggalkan Zaif kalau
you tak bahagia bersama dia.” Tangan terasa diraih oleh lelaki itu.
“I… I tak
boleh Khairi!”
“I nak bahagiakan
you. Bagi I peluang untuk bahagiakan you. Tanya hati you Lya, jangan seksa diri
you. Buat apa terus bersama dengan orang yang tak boleh buat you bahagia? Bukan
untuk setahun dua you kena bersama dia Lya, mungkin untuk puluhan tahun kelak.
Sanggup ke you seksa diri you nanti Lya?”
“Khairi,
walau macam mana pun I kena bersama dengan Zaif. Keputusan I dah bulat Khairi.”
Sungguh setianya hanya pada lelaki itu. Cintanya juga hanya pada lelaki itu.
“Lya
dengar cakap I ni.” Masih cuba memujuk.
“No Khairi!
Cukup. I tak mahu dengar apa-apa lagi dari you.”
“Lya… I…”
“I balik
dulu Khairi.” Bergegas dia capai tas tangannya. Tak mahu terus berlama di situ.
Dia takut perasaannya goyah dek pujuk rayu lelaki itu.
“Fikirkan
apa yang I kata ni Lya. I percaya satu hari nanti you mesti bersetuju punya
dengan kata I ni.” Laung lelaki itu. Masih tak habis lagi.
No comments:
Post a Comment