BAB 3
BETULLAH
apa yang orang kata! Kalau tak nak jumpa, jangan disebut-sebut. Nanti muncul
depan mata.
“Hai,
Dila.” Senyuman seindah suria Zara ukirkan menegur Adila yang sudah tercegat
berdiri depan dia.
“Kau
tak payah nak buat senyum tiram busuk ni depan aku.”
Erkk!
Mati senyuman Zara. Senyum punya cantik macam ni pun boleh dikatakan tiram
busuk ke? Sah Adila ni mata dia kelabu najis anjing!
“Apasal
kau jumpa lagi dengan papa aku?!” Adila berpeluk tubuh sambil memandang Zara
atas bawah.
Zara
mencebik. Tahulah kasut dia tak semahal kasut Jimmy Choo yang Adila pakai
sekarang ni.
“Jumpa? No. Aku rasa masuk hari ni dah empat hari
aku tak jumpa ‘papa’ kau tu.” Sengaja je Zara tekankan perkataan ‘papa’ tu
supaya kuat sikit. Biar Adila tahu yang dirinya tahu sangat siapa ‘papa’ Adila
tu.
“Kenapa?
Sebab orang tua tu dah tak mampu berjalan. Dah tak mampu nak angkat tangan
hulur kad credit pada kau? Macam tu?” Adila tergelak sinis. Sampai herot-herot
bibir dia.
“Tak
ada apa. Dah kau tak bagi aku jumpa. So
aku tak jumpa la.” Tidak mahu kalah. Cekap Zara menjawab.
“Kau
ni memang perempuan jalang kan!”
Wohoo!
Ini dah melampau. Sabar Nur El Zara. Jangan sampai hilang keayuan. Sebab kalau
hilang keayuan, nanti tak pasal je kaki dia akan melintang atas dahi Adila.
“So kalau aku perempuan dot..dot..dot..
Kenapa? Ada masalah?” Sengaja Zara jawab sambil mengibas-gibas muka dengan
tangan. Tapi memang betul panas pun ni. Matahari tegak atas kepala. Adila ni
pun satu. Dah tak ada waktu lain ke nak ajak dia bergaduh.
“Memang!
Kalau kau nak pergi menjalang dengan orang lain aku tak kisah. Tapi ini dengan
papa aku. So memang la jadi masalah
aku!!”
“Syhh. Apa ni Cik Adila oi. Tengah-tengah
panas ni tak payah nak menjerit sangat la. Makin naik bahangnya. Cik Adila ni
tak panas ke? Tak takut hitam berjemur macam ni?” Tak berkenan betul Zara kalau
bergaduh pasal benda-benda yang dia tak buat ni.
Semenjak
Tan Sri Rahman Syah tak sihat ni, memang dia dah jarang jumpa orang tua tu. Apa
lagi entah masalah Adila ni.
“La!”
Zara kerut kening tengok Adila yang tiba-tiba ketawa besar.
Apahal
minah ni? Tadi meroyan tak tentu pasal. Ini dah boleh jadi maskot fun fair pulak! Happy semacam. Ke memang anak bongsu Tan Sri Rahman Syah ni ada
masalah putus fius otak?
“Sakit
papa aku makin teruk sebab kau!”
“Hey
Adila! Kau ni dari tadi lagi kan meriah sangat dengan tuduhan kau tu. Jangan
nak main tunding jari je. Dah orang tua tu memang nak jatuh sakit. Takkan sebab
aku pulak!” Zara mula geram.
Hiss
tak faham betul la! Kenapalah asyik dia je yang kena. Hari tu kata dia ni jadi
penyebab isteri arwah Tan Sri Rahman Syah tu meninggal. Hari ini tuduh dia
pulak yang menjadi penyebab lelaki tu sakit. Amboi! Takkan la semuanya Nur El
Zara.
“Memang
sebab kau! Sejak kau muncul la hidup keluarga aku punah ranah. Abang gaduh dengan
papa sebab kau. Mama meninggal pun sebab kau!” Jari telunjuk Adila menghala
tepat ke wajah Zara. Merah menyala wajahnya merenung Zara.
“Keluarga
kau, itu kau punya pasal la. Apasal pulak nak babitkan aku ni!” Kali ini suara
Zara lagi tinggi dari suara Adila. Peduli apa! Dah perempuan ni yang tak reti
bahasa sangat. Dia dah la penat ni baru balik kerja.. Tak pasal je nak
menghadap perkara bodoh macam ni.
“Ini
amaran ye. Aku nak kau jangan sesekali lagi muncul depan papa aku!”
“Okey!”
“Dan
aku akan pastikan kau menyesal kalau kau berani lagi nak masuk dalam keluarga
aku. Remember!” Adila menjeling ke
arah Zara sebelum melangkah pergi penuh keangkuhan.
Zara
hanya melopong ditinggalkan terkulat-kulat. Tak sempat dia nak buat surat
perjanjian hitam putih pun lagi. Adila dah pergi! Kalau inilah perkara yang dia
kena hadap sebab Tan Sri Rahman Syah. Tak apalah! Terima kasih je. Lepas ni
memang dia takkan ambil peduli lagi pasal keluarga pelik ni.
Langkah
terus diatur menuju ke tempat pertemuan yang sudah dia janjikan dengan Mila.
Dah lewat ni, mesti Mila dah tayang muka tertelan guli.
“Hoi
kak! Apasal muka kau ketat semacam je?”
Tapi
elok je dia sampai, muka dia pula yang dikatakan ketat.
“Huh!”
Pertanyaan Mila Zara jawab dengan rengusan kasar. Air Mila,Zara ambil dan sedut
sampai habis separuh gelas. Sejuk sikit dada dia sekarang ni! Kalau tak
disebabkan perempuan maskot funfair tu. Buat terbakar bulu roma dia je.
“Wehh
Zara! Air aku.”
“Order lain la. Kedekut!”
“Kau
kenapa?” Mila menyoal sambil memandang Zara dengan pandangan ‘apahal?’. Pelik
pula Mila tengok Zara yang tiba-tiba datang marah-marah. Tak pernah-pernah Zara
ni marah tanpa sebab. Kalau sesiapa yang kenal Zara, mesti akan tahu macam mana
gila-gila perangainya.
“Maskot funfair tu la punya pasal?”
“Funfair? Maskot? Hotel kau ada nak buat
pertunjukkan funfair ke?”
Zara
jegilkan mata ke arah Mila. Tanya soalan minta pelempang namanya ni.
“Anak
Tan Sri tu datang jumpa aku lagi tadi.”
“Again?!”
“Ye!
Makin lama makin menyampah pulak dah aku dengan perempuan tu. Mulut gaya tak
pernah belajar nila-nilai murni! Tatasusila. Tatabahasa. Peribahasa! Semualah!”
Penyedut minuman di dalam gelas Zara main-mainkan. Mengacau dan menonyoh air
batu di dalam gelas tersebut seolah ada Adila di dalamnya. Kalau ada pun bagus!
Biar dia sedut sekali nafas je masuk ke dalam tekak.
“Dia
ugut kau lagi ke beb?”
“Dia
kata nak bakar aku!”
“What?
Gila ke apa dia tu. Lolaa! Lolaa! Bahaya ni..” Mila dah buat aksi kibas-kibas
muka.
“Diamlah
ngok. Kau ingat kedai ni tok yang kau punya ke? Semua orang pandang tahu tak.”
Cepat
Mila menutup mulutnya. Baru sedar agaknya suara dia tu dah bergema satu kedai
ni. Dari orang tak tahu semua orang boleh tahu. Hiss buat malu je la!
“Betul
ke dia nak bakar kau?”
“Entah!
Dia cakap macam tu la. Elehh! Aku rasa dia tu just teringin nak makan kambing
golek je kut. Sebab tu dia cakap pun bukan-bukan.”
“Zara.
Kau jangan main-main. Zaman sekarang ni, memang trend bunuh orang, bakar je.
Itu Adila tu salah seorangnya la tu. Bunuh dan bakar!”
“Lantak
la dia. Dia kata kalau aku still jumpa papa dia je baru nak bunuh aku. Tapi
sekarang ni, aku dah menjatuhkan keputusan yang jitu lagi nyata. Aku tak akan
jumpa lagi Tan Sri tu. Biar je Adila tu duduk bawah ketiak papa dia tu. Ambik!
Aku tak nak pun la.”
Zara
mencebik. Cara Adila tu bercakap macamlah dia ni dah tak laku sangat. Macamlah
Tan Sri Rahman Syah tu lelaki terakhir di dunia ni. Dia boleh cari lain la.
Bukannya dia ada tangkap lentok pun dengan orang tua tu. Kalau Adila tu datang
jumpa dia elok-elok. Tegur elok-elok tak apalah juga. Ini buat perangai minta
digusti. Tak womanly langsung!
“Hiss!
Gerun pulak la aku Zara..”
“Dah.
Kau jangan risau. Lepas ni memang aku dah tak nak ada kena mengena lagi dah
dengan Tan Sri tu. Balik ni aku nak tukar nombor baru. Freedom!” Zara mendepangkan sedikit tangannya sambil tersenyum
puas.
Walaweh!
Kebebasan la sangat kan.. Tapi Zara harap sangat jangan la Tan Sri Rahman Syah
tu ada datang cari dia lagi.
“Freedom? Ermm aku rasa macam tak je Zara..”
“Kenapa
pulak?”
“Tapi
kalau aku cakap ni, kau jangan pandang tau. Lima minit lepas tu baru kau
pandang.”
“Okey!”
“Aku
rasa macam ada orang ikut kau je.” Mila memberitahu Zara sambil pura-pura
membelek telefon bimbitnya. Mata menghala ke skrin telefon. Tapi mulut
menyampaikan kepada Zara.
Automatik
kepala Zara berpusing ke kiri kanan.
“Zara!
Kan aku kata jangan tengok!” Mila menyepak kaki Zara dibawah meja. Bibirnya
terketap-ketap menahan suara dari melantun tinggi.
“Sorry. Sorry. Tindakan refleks.” Zara sengih serba salah. Kenapalah kita
mesti macam tu ek? Kalau orang tak bagi tengok tu la yang kita nak sangat
tengok. Padahal tadi Mila dah pesan jangan tengok tapi kepala dia ni
menderhaka. Otak tak selari dengan tindakan.
“Tak
apa. Dia tak perasan. Lima minit lagi, kau toleh belah kanan. Tengok meja
belakang sekali.”
Kali
ini Zara angguk-angguk faham. Cukup je lima minit. Zara berpura-pura pandang ke
sudut yang diterangkan Mila.
“Lelaki
pakai cap dengan jacket hitam tu ke?” Soal Zara sebaik sahaja suspek berjaya
dikesan.
“Haah.
Yang tu la.”
“Mana
kau tahu dia ikut aku?”
“Sebab
dari mula kau datang tadi lagi dah aku nampak dia follow kau. Aku perasan dia memang asyik pandang sini.”
Kali
ini sekali lagi Zara menoleh ke arah lelaki itu. Tunduk sambil membelek surat
khabar. Citt! Aksi lama nak mengintip. Tutup muka pakai surat khabar. Cuba la
pura-pura tengah layan facebook ke, twiter ke..whassup ke.. Barulah moden!
“Yeke?
Tapi kenapa pulak?”
“Bodoh
la! Nak bakar kau la!!”
Gulpp!
Zara menelan air liur dengan susah payahnya. Kejamnya cara Mila menyampaikan..
Dari tak takut, terus bulu roma Zara meremang. Nak bakar? Huh! Gerun! Takkan la
hidup dia tamat dengan cara sekejam tu.
“Tapi
kenapa dia smart sangat.”
Mila
menepuk dahi. Bengang dengan Zara. Sempat lagi tu!
“Sempat
lagi kau ek. Jangan pandang rupa boleh tak? Pandang hati. Dia tu kejam tahu
tak. Orang upahan Adila.” Tangan Mila sempat berjalan mengutil tangan Zara.
Geram benar gayanya!
“Yela
pun. Susah kut nak percaya orang smart ni berhati kejam.” Mata Zara sempat lagi
menjeling ke arah lelaki tersebut.
Bukan
Zara nak mengatal. Tapi sekali pandang je terus terpaut. Smart! Walaupun muka
tak nampak sangat, cuma sipi-sipi. Tapi susuk badan lelaki tu macam manly
sesangat.
Alahai!!
Nur El Zara! Fokus, jangan nak mengatal.
“So
kau rela la kalau kau dibakar oleh dia?”
“Tak!”
Mila
ni! Dari tadi lagi guna ayat tu. Boleh tak kalau guna ayat sopan sikit.
“Aku
rasa baik kau report polis.” Sekali lagi Mila memberikan cadangan yang sama.
Tangan
Zara naik memicit pelipis. Hanya kerana Tan Sri Rahman Syah hidup dia jadi
macam ni. Padahal ini baru kali pertama kut dia berkawan dengan orang yang ada
nama dan pangkat. Tak sangka pulak dia terkena dengan bapaknya si kaki bakar!
“Hmm.
Okey.. Macam ni. Kita tengok dulu dalam minggu ni. Kalau lelaki tu still juga
ikut aku. Baru kita report polis.”
“Tak
payah tunggu la. Jom kita pergi sekarang.”
“Mila.
Kau dengan sini. Kita tunggu seminggu. Aku tak nak burukkan keadaan. Mungkin Adila
hantar lelaki tu untuk intip aku. Dia just nak tahu samada aku still jumpa dengan
tan sri ataupun tidak.”
“Kau
ni yakin sangat.”
“Kita
tunggu eh.”
“Ikut
kau la.” Mila mencebik. Merajuk.
“Sayang
juga kau kat aku eh..”
“Aku
tak nak nanti dekat akhirat aku kena menjawab dengan mak dengan ayah kau.
Menjawab kenapa aku tak jaga anak dorang yang degil ni elok-elok.”
Zara
tergelak sambil mencuit sedikit dagu Mila. Makin panjang muncung Mila bila
diperlakukan macam tu. Tak pasal je nak babitkan dengan arwah mak dengan
ayah pulak.
“Jangan
risau la. Bukan salah kau.”
“Dari
tadi lagi asyik jangan risau. Ah! Aku tetap nak risau..”
Zara
tergelak lagi. Mila! Kawan dia ni memang comel. Gelak di mulut. Namun di hati.
Hanya dia yang tahu. Takut juga!
No comments:
Post a Comment