BAB 4
"Cik Nur,please come to my office.I would like to
speak to you privately!"Suara Encik Arie kedengaran dari telefon
bimbitku.Buat beberapa ketika aku terlopong.Pelik!
Tak pernah-pernah Encik Arie menghubungi aku,ni tiba-tiba
nak bercakap dengan aku privately.Huh,Mesti
ada sesuatu yang mengganggu fikirannya itu dan aku rasa aku tahu apa yang ingin
dia tanyakan.Ini mesti tentang adik dia,Encik Fayed tu.Kalau tak,takkan dia nak
suka-suka nak jumpa dan bercakap dengan aku.
Aku bangun dan melangkah ke bilik Encik Arie yang hanya
berjarak beberrapa langah dari bilik Encik Fayed.Buat beberapa saat aku
tercegat dan dengan menghela nafas perlahan,aku ketuk pintu bilik dia.Bila
suara dia memerintahkan aku masuk,barulah aku buka pintu dan penghawa dingin
menerpa ke wajahku ketika aku menjengukkan kepala ke dalam bilik itu.
"Encik Arie nak jumpa saya?"Tanyaku.Macam soalan
minta penampar aje?
"Ya,sila masuk!"Katanya,dengan nada suara
tegas dan mendatar.saja.Aku masuk dan tutup pintu.Dia menunjukkan kerusi di
hadapannya.Aku melangkah dan menarik kerusi lalu duduk tegak pandang dia.Mesti
kena berani sebab aku tak buat salah apa-apa.
"Saya cuma nak tahu,is that true what Cik Liyana
say about you and my brother,Fayed?"Tanya Encik Fayed,terus ke pokok
perjumpaan itu.Sudah aku agak.Aku senyum segaris.
"Errr...tak ada apalah,Encik Arie.Encik Fayed hanya
bergurau hari tu dengan Cik Liyana.Mungkin Cik Liyana dah salah tafsir.Encik
jangan bimbang ya..Saya langsung tak ambil kisah dengan gurauan Encik Fayed
itu.."Jelasku,cuba senyum.
Buat beberapa ketika mata Encik Arie hanya memandang
aku,bagai ingin mempercayainya.Kemudian dia mengangguk.
"Sudah berapa lama awak bekerja di sini,Cik Nur
Azah?"Dia bertanya,sambil bersandar dan pandang aku.Suara yang garau dan
muka yang amat serius buat aku tertelan air liur.
"Err...dekat tiga tahun,Encik
Arie.."Balasku,perlahan.Dia mengangguk.
"Saya rasa lama juga awak bekerja dengan
kami.Sebenarnya,Cik Nur Azah saya rasa lega bila awak cakap macam tu.Saya harap
awak tak ada apa-apa hubungan dengan Fayed.Saya rasa,tentu awak sedar siapa
Fayed tu,kan?Saya tak suka dia berkawan rapat dengan mana-mana yang entah
apa-apa.Jangan salah faham bila saya cakap macam ni.Dia adik saya dan saya
hanya mahukan yang terbaik untuk dia.Saya dapat rasakan dia sangat rapat dengan
awak dan saya nak ia harus di hentikan segera.Saya dah pilihkan pasangan yang
sesuai untuk dia dan pada pandangan saya Cik Liyana sangat sesuai untuk adik
saya."Kata Encik Arie,meneliti wajahku.Aku tetap senyum.
Jantungku bagai terhenti degup beberapa saat. apabila
mendengar kata-kata Encik Fayed itu.Terasa sangat kerdil dan terhina bila dia
cakap macam tu.Aku mencengkam baju kurungku,menahan rasa.
Dan itu adalah empat puluh minit yang lalu.Sekarang ni,aku
kat dalam bilik air wanita,sambil tarik tisyu dan menangis seorang diri sambil
pandang wajah kat cermin.Apa,teruk sangat ke aku ni?Tak sesuai ke dengan Encik
Fayed?Aku kesat lagi air mata.Mata dah sembab.Hidung dah merah.Aku mengeluh
lemah.Sedih,pilu dan tak tahu apa lagi yang aku rasa.Telefon bimbit aku yang berbunyi
sejak tadi,tidak aku hiraukan dan tak pandang siapa yang menghubungi aku.Hingus
aku hembus dan tisyu aku campak ke dalam bakul.Aku tak boleh lemah macam
ni.Segera paip aku buka dan tapak tangan aku tadah.Muka aku cuci bersih dan touch
up dengan kertas tisyu kasi kering.Nafas aku tarik dan hembus
perlahan.Tak apa,Nur.Ini dugaan untuk kau.Kita lupakan mulut longkang Encik
Arie tu dan fokus pada Encik Fayed saja.Memang aku suka dia.Tapi aku tak boleh
nak dekati dia lagi.Encik Arie dah bagi warning kat aku tadi.Aku kena sedar
diri.Dia,Encik Fayed.Aku,Nur Azah Amira,hanya kerani rendah.Kami tak sama
level...
Setelah puas melihat wajah sendiri,aku mula mengatur
langkah keluar dari tandas wanita.Terasa bagai ada seseorang yang berdiri di
tepi tandas itu,aku menoleh dan tersentak.Encik Fayed sedang memandang aku
dengan tajam.Telefon bimbitnya di sisipkan ke dalam seluarnya.Aku hanya
memandang dia kosong.Kemudian aku menyambung langkah.
"Nur!"Panggil dia di belakangku.Tapi tetap aku
melangkah tanpa mempedulikan dia.Nak jadi JAGA toilet pun,aku tak kisah.
"Nur Azah Amira!Stop right there when I'm calling
you!"Katanya dengan suara yang lantang kini.Aku terhenti melangkah dan
diam.Tunduk tidak berpaling.Langkah dia aku dengar dari arah belakangku dan aku
dapat rasakan dia kini berdiri rapat di belakangku.
"Apa yang abang saya cakap dengan awak?"Tanya
Encik Fayed,perlahan.Suara di tekan sedikit.Aku menggeleng.Tak apalah.Biar ia
menjadi rahsiaku.Tak mahu aku cakap apa-apa.Nanti aku menangis lagi.Malu pulak
dengan Encik Fayed ni.Nak sambung melangkah semula tapi lenganku sudah di tarik
dan tubuhku di pusingkan menghadap dia.Jarak kami memang terlalu dekat dan bau
minyak wangi dia menusuk ke dalam ronga pernafasanku.Aku telan air liur bila
mata dia meneliti wajahku.
"Baik awak cakap,Nur.Apa yang abang saya cakap dengan
awak?Kalau tak,saya cium awak kat sini.Nak?Bibir awak pun nampak menggoda
sangat."Dia pandang bibir aku dengan senyum senget.Aku cepat-cepat tekup
mulut aku dan menggeleng laju.Dia senyum dan menjarakkan tubuh jauh sedikit
dari aku.Dan,tanpa bicara lagi,dia terus menarik tangan aku dan membawa aku
keluar dari ruang itu.Kakinya yang panjang itu terus mengheret aku keluar dari
bangunan pejabat dan terus ke tempat pakir kereta.Ke mana agaknya dia nak bawa
aku??
No comments:
Post a Comment