Friday 16 January 2015

KASIH MAYA BY ADZRA SUE

BAB 1
Adzra Sue

 Ding!!
Opocot…! Terperanjat aku yang tengah kusyuk dengan kerja bila YM box aku terpacul di skrin PC.
<<Ayu_Anisa: bz ke?”>>
Aku ketawa. Lahhhh! si Nisa ni… satu opis pun nak YM jugak. Macamlah tak boleh interkom aja..
<<Kasih_maya: Bz jugak.. buat2 bz.. hehehe kaco jelah ko ni..>> Aku jawab pantas.
<< Ayu_Anisa: byklah ko py buat2 bz…. Mlm kang teman aku jpa buah hati aku ya?>>
<<Kasih_maya: Eh? Dia dh balik ke? bila?>>
<< Ayu_Anisa: br je pg td….>>
<< Kasih_maya: Huh! x sabo-sabo, mcmlh xde esok lusa>>
<< Ayu_Anisa: dh rindu, nak wat cmne?….>>
<< Kasih_maya: >:p >>
Aku dengar Nisa gelak dari bilik dia yang bertentangan meja kerjaku. Nampak gayanya niat aku malam nanti nak sambung tulis novel terbantut lagi lah. Kesian ‘lappy’ aku tu. Dah lama aku tak sentuh dia. Kerja banyak sangat sekarang ni, balik rumah pun badan dah letih lesu. Makan sekadar perlu, yang lebihnya aku lagi rela rehatkan mata. Tidur!
Aku pandang ke hadapan dan menjenguk antara kaca kubikal. Nampak Nisa naikkan ibu jarinya tanda bagus. Maknanya dia happylah tu, aku setuju nak temankan dia pergi jumpa buah hatinya. Yang aku hairan, kenapa Nisa suka sangat ajak aku? Walaupun aku ni kadang-kadang jadi kera sumbang aja duduk kat depan dua orang yang tengah asyik masyuk bercinta. Aku dah banyak kali nasihat mereka berdua suruh nikah cepat-cepat. Macam-macam pula Nisa dan tunangnya beri alasan. Nak kumpul duit belanja kawen dululah, belum puas enjoy la… aduhhh!!
Balik kerja, aku tumpang Honda City Nisa. Nak harap aku yang gaji kecik ni, setakat naik bas layaklah. Itupun nasib baik, Nisa yg aku kenal masa mula-mula kerja kat sini, dialah juga yang pelawa aku duduk serumah dengan dia. Bagi aku, budi dia tak terbalas dengan wang ringgit. Sebab tu, ke mana saja dia ajak aku, aku akur.
“Maya… kau mengelamun apa?” Aku tersentak.
“Tak de pelah.. teringat kat opis tadi. Banyak sangat keje”
“Biasalah kan. Dah ujung tahun. Time Auditor nak datang.. macam-macam kena prepare”
“Er… kalau aku tak ikut malam ni, buleh tak?”
“Eh! Jangan nak mengada!. Tadi kau dah janji.. Lagipun Ady nak kenalkan kau kat sepupu dia tau..”
“Aku tak sukalah blind date ni…”
“Aku tahu.. tapi Ady yang beria benar nak kenalkan korang berdua. Kesian pulak tengok kau yg macam bosan je tiap kali keluar dengan aku”
“Tau pun.. apasal sibuk aja nak ajak aku teman?”
“Sebab aku sayang kau…”
“Yelah tu….!” Ermm… malam ni nak pakai baju apa ya? Dahlah Nisa kata nak setkan blind date untuk aku. Macam tak kena kalau aku pakai T-shirt & jeans macam selalu. Tiba-tiba mamat tu pulak pakai smart giler… sure dia segan dengan aku nanti.
Abg Ady datang jemput kami kat rumah. Makin hensem pulak aku tengok dia. Nasib baiklah, dia tunang orang. Kalau tak.. dah lama aku dah ter’jatuh cinta’ kat dia. He he he.
“Maya sihat?” Tanya Abang Ady pada aku.
“Alhamdulillah… sihat”
“Suspen tak nak jumpa sepupu Abg ni?”
“Suspen jugak…” Aku jawab perlahan. Memang dari dulu Abg Ady mintak aku panggil dia Abg. Lagipun aku jauh lebih muda dari dia dan juga Nisa sendiri. Cuma Nisa aja rasa janggal nak gelarkan dirinya kakak. Perasan muda lagi lah tu..!
“Shahrul tu dia ok. Peramah dan pandai layan perempuan. Maya nanti rasa selesa bila borak dengan dia”
“Dan romantik tau…” Nisa menyampuk.
“Mana kau tahu?” Aku tanya Nisa balik.
“Er… er… aku tahu la. Dia kadang-kadang borak ngan aku kat YM….”
“Oooo, kau pun dah kenal dia?”
“Mestilah kenal. Kan dia sepupu tunang aku ni..”
“Aiseyhhh lupa.. sorry.!” Aku sengeh. Apalah aku ni… itupun tak boleh nak fikir!.
Sampai di restoran Bora Ombak, sudah ada seorang lelaki menunggu di meja makan. Dada aku berdegup kencang. Seram sejuk tanganku.
“Okey.. kenalkan… ni Maya Athira. Maya, ni sepupu Abangg, Shahrul Hadi. Lelaki di depan aku tersenyum manis. Dia hulurkan tangannya dan aku sambut .Senyuman balas aku hadiahkan padanya kembali.
“Cantik….!” Katanya sepatah. Tersipu-sipu aku dibuatnya. Nisa menyiku lenganku. Shahrul tarik satu kerusi mempersilakan aku duduk. Wah, gentleman sungguh! Aku pandang Nisa yg mencemik. Jeles agakya tunang sendiri tak pernah buat dia macam tu pun selama aku keluar dengan diorang.
“Maya satu opis dengan Nisa?” Aku angguk.
“Kerja apa?”
“Kerja biasa-biasa aja… Nisa tu kira boss Maya lah..! ” Memang aku tak malu mengaku kekuranganku. Aku dan Nisa bagai langit dengan bumi. Dia anak orang kaya, terpelajar dan cantik. Di pejabat, entah berapa ramai lelaki yang meminati Nisa dalam diam.
Benarlah kata Nisa sewaktu di dalam kereta tadi. Shahrul memang seorang yg romantik. Aku cukup selesa bila dah lama-lama berbual dengan dia. Kadang-kadang dia ketawa perlahan bila Abg Ady buat kelakar. Sungguh menyenangkan. Nampak gayanya, Abg Ady dah jatuh ke tangga no. 2 lah. Aku dah mula tertawan dengan Shahrul, blind date aku malam ini. Owhh..! kali pertama jumpa dah mula suka… bahaya nihhh….!!

No comments:

Post a Comment