Thursday, 13 November 2014

PELENGKAP SEPARUH AGAMAKU BY FIEYTA AN NISA


BAB 1


~Pertemuan itu~
HARI INI, Humaira terlewat ke kelas, ini semua gara-gara menyiapkan assignment lewat malam tadi. Lepas subuh baru dia melelapkan mata. Haishh, itulah padahnya apabila menyiapkan kerja last minute. Semuanya jadi kelam kabut. Semuanya jadi tak tentu arah!
Humaira menjeling jam di tangan, hari ini memang dia lewat habis! Bukan lewat lima, enam minit tapi lewat setengah jam!! Ohhh My Allah.. Habislah, habislah!!
            Langkahnya laju pagi itu, tak sempat nak jalan control ayu-ayu dah, prinsip Rukun Negara yang kelima, Kesopanan dan Kesusilaan awal-awal lagi dah failed!! Dia berlari selaju mungkin tanpa menghiraukan manusia di sekelilingnya, lantaklah apa orang nak kata asalkan dia cepat sampai ke kelas. Dah macam nak marathon pun ada juga padahal mahu ke kelas saja, inilah padahnya kalau lambat ke kelas. Huhu.
            Dia hanya menaiki tangga, tak sanggup nak tunggu turn naik lif. Dia mahu cepat sampai ke kelas, pensyarah subjeknya pagi ini boleh tahan garangnya. Sikit-sikit nak tolak markah. Oppsss, sorry Prof terkutuk pulak! Buku di tangan dipeluk kemas, bersedia untuk marathon sambil 'mendaki' tangga pula. Anak tangga dilangkah dua tiga, nasib baik kakinya tidak panjang. Kalau tidak kesemua sekali anak tangga akan didakinya sekaligus, hehe..
            Gedebukkk!! Habis sakit kepalanya terhantuk dengan 'objek keras' di hadapannya itu.  Rasa macam dah ada bintang-bintang yang keluar dekat tepi kepala ni, toing-toing!! aiyoo..
            Hoiii, tak nampak ke?” marahnya sambil menggosok kepala. Sakit tau, dahlah orang lambat nak ke kelas ni.
            “Eh, dia yang langgar orang. Nak mengamuk tak tentu pasal pula,” balas suara di hadapannya sinis.
            Humaira mengetap bibir geram, lantas diambil bukunya yang jatuh sebentar tadi. Malas nak bertekak, nanti lagi lambat dia kelas. Buang masa je layan mamat ni. Lantas dia meneruskan langkahnya mahu menuju ke kelas.
            “Nak bawak ke mana buku aku tu?” tanya mamat tu lagi
            Humaira berpaling ke belakang, nak apa lagi mamat ni?? Buku? Buku apanya??
            “Buku tu... meh sini,” balas Wafiq sambil melangkah ke arah Humaira        
            Humaira memandang buku di tangannya. Eh sejak bila dia ambil subjek engineering ni? Alamak, salah ambik bukulahhhh.
            Lambat-lambat Humaira memulangkan kembali buku tersebut kepada tuannya. Eh mana eh bukunya? Humaira memanjangkan lehernya mencari buku miliknya.
            “Lah kat atas lantai lagi buku ni, kesian kau.” Omel Humaira sendirian.
            “Lain kali, jalan tu pakai mata. Apa tak cukup kau dah pakai empat mata sekarang?” Balas Wafiq pedas.
            “Kau ni nak apa lagi? Tak puas hati dengan aku?” Humaira sudah mula naik angin. Orang dah lambat nak ke kelas, mamat ni pulak sengaja cari pasal. Hilang terus budi bahasanya dengan mamat yang tak paham bahasa ni.
            “Eh, memang aku tak puas hati dengan kau pun..” Wafiq sengaja membakar kemarahan gadis di hadapannya itu. Nampak muka je lembut tapi perangai hampeh. Dah langgar orang, mintak maaf pun takde.
            Arggghhh, suka hati kaulah. Kau layanlah rasa tak puas hati kau tu sorang diri. Bye!” Humaira melangkah laju meninggalkan Wafiq. Malas nak melayan mamat tu.
            Wafiq hanya memerhati langkah laju Humaira. Haishh gelabah betullah minah ni. Tak sopan betul, perkataan maaf langsung tak diucapkan. Memang sahlah tak belajar Pendidikan Islam kat sekolah dulu. Tergeleng-geleng kepalanya melihat tingkah gadis itu. Haishh malangnya siapa yang dapat jadi suami gadis itu nanti.
            Humaira menarik nafas sebelum dia menolak pintu bilik kuliahnya. Dia lewat empat puluh lima minit!! Mindanya mula merencana alasan yang akan diberikannya nanti.
            “Assalamualaikum Prof. I'm sorry I'm late..” tuturnya lembut. Dalam hati dia berdoa agar dilembutkan hati pensyarah dihadapannya itu.
            “Waalaikumsalam. Why are you late today? Alasan apa kali ni? Kucing awak beranak??” soal pensyarah di hadapannya.
            Gulp!! Humaira sudah menelan air liur, alamak alasannya dah tak valid lagi. Mana taknya selalu sangat dah muka dia yang lewat ke kelas.
            Errr..” balasnya gugup.
            “Dah, pergi duduk” arah Prof. Maria. Dia malas mahu melayan kerenah pelajarnya yang seorang ini. Ada saja alasan yang diberi.
            Thanks Prof!” ujar Humaira sambil tersenyum. Dia melabuhkan punggung di sebelah Syuhada.
            “Alasan apa pula kau lambat pagi ni?” tanya Syuhada, matanya masih memandang nota pensyarah di hadapan kelas.
            “Lambat bangun..” balas Humaira selamba.
            “Macam mana kau tak bangun lambat kalau kau tidur lepas Subuh? Lain kali kau gantung je jam dinding yang besar tu tepi telinga kau,” balas Syuhada, memang dia dah faham sangat dengan perangai Humaira. Walaupun Humaira sering menimbulkan masalah tetapi tidak dapat dinafikan Humaira seorang pelajar yang pintar. Namanya sering kali tersenarai dalam kategori pelajar cemerlang.
            “Tu kejam namanya..” Humaira mula mengeluarkan buku notanya.
            “Humaira.. Humaira...” ujar Syuhada, dia kembali meyambung fokus pembelajarannya.



TIBA DI CAFE, Humaira awal-awal lagi sudah meluru ke arah meja kosong. Cuaca yang panas hari ini menyebabkan tekaknya mahu diisi air sejuk. Dilihatnya Syuhada yang masih lagi sopan menutur langkah.
            “Kak, air tembikai satu ya. Ais kurang.” Order Humaira. Tekaknya memang haus tika ini.
            “Saya nak air sirap ais satu kak,” Syuhada pula membuat pesanan.
            “Makan??” tanya pelayan cafe tersebut.
            “Tak nak” balas mereka serentak.
            Humaira mula mengipas wajahnya yang berbahang. Panasnya cuaca hari ni, dia merenung Syuhada di hadapannya. Nampak maintain saja, ahh Syuhada memang begitu. Selalu saja tenang, berbeza sungguh dengan dirinya yang macam ribut.
            “Syu...” panggil Humaira lembut. Dia suka melihat wajah tenang Syuhada, agaknya bila dia mampu menjadi setenang Syuhada?
            “Kenapa?” tanya Syuhada perlahan.
            “Err.. saja panggil kau,” Humaira sudah tayang wajah innocentnya.
            “Kau memang nak bermanja dengan aku kan?” usik Syuhada. Dia dan Humaira memang rapat. Bagai isi dengan kuku.
            Belum sempat Humaira menjawab, minuman mereka sudah tiba. Lantas dihirupnya minuman di hadapan. Sedang Humaira ralit bermain dengan straw di dalam gelasnya, dia ditegur seseorang.
            “Err.. kau lagi,” sinis suara di belakangnya.
            Humaira berpaling ke belakang. Adoi apa tak cukup besar ke universiti ni? Asyik jumpa muka mamat sombong ni je!
            “Kau nak apa?” tanya Humaira kasar.
            “Kenal ke?” tanya Syuhada. Pelik melihat mood Humaira yang sudah bertukar. Humaira bukanlah jenis yang suka marah-marah.
            “Tak kenal. Entah mamat mana tiba-tiba tegur orang,” balas Humaira geram.
            “Eh kau yang langgar aku pagi tadi kan? Dahlah maaf pun takde. Kau memang tak tau adab ke?” Wafiq seboleh-bolehnya mahu membakar kemarahan gadis di hadapannya itu. Dia bukanlah jenis yang suka cari pasal dengan orang tapi dengan gadis di hadapannya ini mudah saja dia membalas dengan ayat yang menyakitkan hati. Baginya gadis seperti Humaira harus diajar supaya menghormati orang lain.
            “Ohh, ok. Maaf,” tutur Humaira tidak ikhlas. Sengaja dia mahu bermain api. Suka hati mamat ni je nak kata orang takde adab, dia sendiri pun tak beradab.
            Bulat terus mata Wafiq, dia tahu perkataan maaf itu tidak ikhlas. Dia memandang Humaira tajam, geram apabila terasa dirinya dipermainkan.
            “Kau ni harap je muka lawa tapi perangai kau hampeh! Zero..” ujar Wafiq.
            Humaira mula menyirap, ehh apa masalah mamat ni eh? Mulut dia pun sama jelah. Mulut takde insurans. Humaira sudah berdiri, matanya bertentang dengan mata pemuda tersebut. Syuhada di sisi sudah mula menarik tangannya, bimbang pergaduhan akan meletus.
            “Kau lagi takde adab. Mulut kau macam longkang!”
            Wafiq sudah menarik nafas panjang. Ishh minah ni memang nak kena kan? Lantas diambilnya air tembikai di atas meja.
            Dusshhh.. baki air tembikai itu selamat mendarat di atas kepala Humaira. Basah tudungnya. Wafiq sudah tersenyum sinis.
            “Sedaappp air longkang tu? Aku...”
            Belum sempat Wafiq menghabiskan ayatnya, air sirap Syuhada pula yang selamat mendarat di atas kepalanya.
            Humaira tergelak, fikir kau sorang je boleh buat? Sorry Syu nanti aku ganti air kau!
            “Kau memang melampau..” Wafiq sudah mengetap giginya geram.
            “Kau jugak yang ajar,” balas Humaira masih ingin membakar kemarahan Wafiq.
            Wafiq membetulkan kembali rambutnya yang basah dengan air sirap. Dia memandang tajam wajah Humaira. Lantas dia melangkah meninggalkan gadis itu, takpe hari ni hari kau. Esok belum tentu kau menang.



WAFIQ mencampakkan beg sandangnya di atas meja belajar. Wajahnya merah menahan marah apabila mengingatkan situasi yang berlaku di cafe tadi. Minah tu memang patut diajar!! Dia berjanji dengan dirinya sendiri bahawa dendam ini harus dibayar!!
            “Haishh bro, angin tak tentu pasal ni kenapa? Kenapa rambut kau basah, muka kusut masai ni bro??” tanya Hafiz merangkap teman sebiliknya. Dia tergelak kecil melihat kondisi sahabatnya itu. Wafiq yang selama ini sentiasa mementingkan penampilan diri berubah menjadi kusut seperti suami mati isteri. Hairan..
            “Yang kau gelak kenapa? Aku bengang betullah dengan minah tu, memang tak cukup adab!!” luah Wafiq tidak puas hati. Kalaulah Humaira ada di depannya sekarang, mahu dilambung-lambungnya perempuan tu. Kalau boleh biar Humaira lenyap terus dari muka bumi ni!!
“Laaahhhh aku gelak pun salah? Minah mana pulak ni?” soal Hafiz ingin tahu. Agaknya perempuan mana yang berjaya menaikkan kemarahan Wafiq? Wafiq bukanlah jenis yang suka marah-marah.
            Allaahhh minah comot mana entah. Arghhhh tak kisahlah siapa dia tu. Yang penting memang aku tengah bengang dengan dia. Kalau jumpa dia lagi, tahulah macam mana aku nak ajar minah tu” luah Wafiq lagi. Dia meramas kasar rambutnya.
            “Nama dia comot? Macam nama kucing je..” tanya Hafiz lurus.
“Hah, betullah tu. Nama dia comot,” Wafiq hanya membenarkan kata-kata Hafiz. Dahlah dia tengah bengang, mamat ni pulak banyak tanya.
            “Yang kau bengang sangat ni kenapa? Hah, dah solat belum? Malam ni ikut aku pergi surau. Takde alasan!!” dalam diam Hafiz mula mengeluarkan ceramah freenya itu. Hafiz memang berbakat jadi ustaz! Siapa yang tak kenal dengan Hafiz, Exco Dakwah di universiti mereka.
            “Errr, nak solatlah ni” balas Wafiq gugup.
            “Patutlah kau angin tak tentu pasal sebab solatnya pun belum lagi. Haishhh kau tahu kan amalan  pertama yang dihisab di akhirat  nanti adalah solat?” dah semakin melarat pula ceramah Hafiz. Tapi Wafiq sedar sahabat seperti Hafizlah yang diperlukan, sahabat yang sentiasa menasihatinya ke arah kebaikan.
            “Iyaaa.. aku tahu, nak solat ni bro,” ujar Wafiq sambil menghayun langkah ke bilik air untuk membersihkan diri.

“Sesungguhnya amalan yang pertama kali manusia dihisab dengannya di hari kiamat adalah solat" -Riwayat at-Tirmizi, Al Nasa'i, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad.

No comments:

Post a Comment