Thursday, 13 November 2014

BAWA AKU BERSAMA CINTA BY AMEERA ELISHA

BAB 2

Ameera Elisha Wan Azzlan




D
ek tertidur selepas solat Subuh, Afnan kelewatan pagi itu. Tanpa sebarang pamitan kepada teman baiknya, Fakri, dia bergegas meninggalkan kediaman sementaranya itu namun matanya sempat menjeling ke arah pintu kediaman Daniel. Pintunya berkunci. Ada dua kemungkinan. Mereka belum bangkit ataupun sudah ke tempat kerja. Kalau bangkit lambat pun mesti mereka tidak kisah. Syarikat bapa mereka sendiri. Apa yang nak dikisahkan..
            “Aduhai, mana pula kunci motor aku ni?” Afnan teraba-raba kocek seluarnya mencari kunci motor. Seingatnya dia sudah mencapai kunci itu sebelum keluar daripada apartment tapi mana pula dia letak?
“Hai, you cari ni ke?”
Mata Afnan membutang. Lidahnya kelu. Kunci motornya dihayun ke kanan dan kiri oleh Mellysa.
Hello.. I tanya you ni.. Is this yours?” sekali lagi Mellysa bertanya dengan tangan kanannya dilambai-lambaikan tepat di hadapan muka Afnan.
Senyuman manis tak lekang dari bibir Mellysa. ‘Kacak juga mamat ni.’  Sempat hati nakalnya berbisik.
Sebenarnya, ketika Mellysa keluar dari apartment Daniel, dia ternampak kunci di atas lantai. Pada mulanya dia membiarkan sahaja, tetapi apabila dia ternampak kelibat seseorang sedang sibuk mencari sesuatu, Mellysa berpatah balik untuk mengambil kunci tersebut.
“Erk.. Iya.. Iya.. Thanks,” akui Afnan gagap lalu mencapai kunci tersebut daripada pegangan Mellysa. Dia dapat rasakan peluh dingin membasahi dahinya.
Aduhai.. Apa kena dengan aku ni? Keep calm, bro.’ Afnan menenangkan dirinya. Lelah jantungnya umpama baru selesai upacara lari beratus-ratus meter saat pertama kali melihat senyuman manis Mellysa.
Ting!!
Pintu lif sudah terbuka. Tanpa sebarang kata lagi, Afnan terus melangkah memasuki lif tersebut. Dia perlu lari daripada Mellysa. Hatinya tak tenteram. Cepat- cepat dia menekan butang close supaya pintu lif cepat tertutup sebelum Mellysa masuk. Dia tidak betah berdua sahaja di dalam lif bersama Mellysa.
Hei! You! Wait for me!” jerit Mellysa yang agak tergamam dengan tindakan Afnan namun tidak diendahkan Afnan. Dia mengetap bibir.
“Sombong gila. Orang tolong kasi kunci pun, tak nak beramah-mesra dulu. Bajet hotlah tu. Mentang-mentang muka handsome,” bebel Mellysa sendirian. Nasib baik dia tidak menghulurkan tangannya menghalang pintu lif daripada tertutup. Kalau tidak, ada juga yang masuk hospital gara-gara tersepit di pintu lif.
Oh! Wait! Did I say he’s handsome? Erk.. Bolehlah.”
Mellysa tersenyum. Lelaki di hadapannya tadi berhidung mancung, wajah ala-ala pelakon Filipina Piolo Pascual dan yang paling penting bibir lelaki itu menggugat nalurinya. Nipis tetapi tampak lembap.
‘Anak Datuk mana agaknya ek? Tak pernah nampak. Baru balik oversea kot. Aku kena cari tahu siapa dia,’ desis Mellysa. Kalau sebelum ini lelaki-lelaki di sekeliling yang mengejarnya tapi hari ini, dia tertarik pada Afnan. Dia sudah menyemai tekad untuk mendekati dan mengetahui siapa Afnan sebenarnya.

***
            Afnan terkocoh-kocoh memasuki ruang lobby Al-Malik Holding. Jam di tangan sudah menunjukkan angka lapan setengah pagi. Dia telah terlewat setengah jam pada hari pertama dia melapor diri. Dalam hati dia tak habis-habis berselawat agar dia diberi ketenangan dan tidak dibuang kerja pada hari pertamanya. Ini saja peluang terbaik yang dia ada demi membantu ibu serta adik-adiknya di kampung.
“Selamat pagi, Encik. Boleh saya bantu?” sapa penyambut tetamu syarikat.
Afnan melempar senyuman semanis yang boleh. “Selamat pagi, saya datang untuk lapor diri untuk jawatan Project Manager,” jelas Afnan.
“Oh, Encik boleh ke tingkat lima, terus ke HR department iya.”
“Okay, terima kasih. Saya pergi dulu.”
            Setiba Afnan di tingkat lima, Afnan dibawa berjumpa dengan senior ecxeutive  jabatan tersebut. Setelah diberi sedikit penerangan, dia kemudian dibawa berjumpa dengan Tan Sri Malik. Sememangnya dia bersyukur kerana kehadirannya disambut baik walaupun dia agak lewat.
            Pintu bilik pejabat Tan Sri Malik diketuk oleh Encik Zulkifli, Eksekutif  Pengurusan Sumber Manusia. Setelah mendapat arahan, kedua mereka melangkah masuk.
“Selamat datang, Encik Afnan Haris ke Al-Malik Holding,” sambut Tan Sri Malik ceria.
Afnan terpegun dengan tingkah Tan Sri Malik. Sejujurnya, sejak semalam, persepsi dia terhadap pemilik tempat yang akan dia bekerja itu seorang yang angkuh dan tidak peramah tetapi sangkaannya meleset. Lelaki yang melewati umur senja itu sangat baik dan murah dengan senyuman.
Afnan menghulurkan tangannya. “Terima kasih Tan Sri. Saya pun tak sangka akan berkhidmat di syarikat yang gah ini,” ujar Afnan berbasi-basi.
It’s a pleasure to have a young man like you working with us, Afnan. Kami semua berharap, dengan adanya anak muda seperti Afnan, syarikat ini akan lebih membangun. Insya-Allah,” kata Tan Sri Malik.
Afnan tersenyum. “Insya-Allah, Tan Sri. Saya akan buat yang terbaik demi syarikat ini.”
Good, young man.”
Tan Sri Malik menepuk-nepuk belakang Afnan. Pertama kali melihat Afnan, hatinya berasa sejuk sekali. Mata tuanya mengatakan Afnan bukan seperti anak muda yang lain tetapi Afnan merupakan seorang pemuda yang baik dan ada sinar kejujuran diraut muka itu. Nalurinya sempat terdetik, kalaulah dia punya anak seperti Afnan tentu sekali waktu ini dia sudah bersenang-lenang menghabiskan masanya di rumah sahaja tapi apakan daya. Mellysa langsung tidak boleh diharap. Jika syarikat ini diserahkan pada anak tunggalnya itu, mungkin tak sampai sebulan syarikat yang dibina hasil titik peluhnya itu lingkup begitu sahaja.
“Tan Sri, saya bawa Afnan kenal dengan semua staff dan bawa ke tempatnya iya?” Encik Zulkifli bersuara.
Okay. Please, Zul. Let Afnan feel comfortable. Afnan, if you have any problem, you can directly see me.”
“Insya-Allah, Tan Sri. Terima kasih sekali lagi,” ucap Afnan penuh hormat.
“Zul, don’t forget to introduce Afnan to Mellysa, iya?”
Pesanan terakhir Tan Sri Malik seakan meragut tangkai jantung Afnan. Kebaikan yang ditunjukkan Tan Sri Malik membuat dia terlupa akan Mellysa. Nampaknya dia akan bekerja sebumbung dengan gadis itu. Afnan mengeluh perlahan.

***
            Bibir Afnan tidak putus-putus melemparkan senyuman kepada semua warga Al-Malik Holding. Hari pertamannya disambut cukup mesra oleh mereka. Masing-masing becok sahaja memperkenalkan diri, tidak kira yang tua mahupun yang muda. Afnan yakin, dia pasti tidak punya masalah untuk bekerja dengan mereka.
“Hei, apa kecoh-kecoh ni? Kenapa tak buat kerja hah?”
Suasana  yang riuh-rendah sebentar tadi bertukar menjadi sunyi sepi.  Para pekerja yang tadinya mengerumuni Afnan dan Encik Zulkifli pantas kembali ke posisi masing-masing. Kesemuanya seolah menumpukan perhatian kepada skrin komputer. Tidak ada seorang pun yang mengangkat muka untuk memandang pemilik suara yang menjerkah mereka sebentar tadi.
Afnan menoleh ke arah datangnya suara perempuan tersebut dan seperti yang sebelumnya, jantungnya buat hal lagi. Afnan menarik nafas sedalam-dalamnya. Hati kecilnya sedang beristighfar tanpa henti agar dia dapat mengawal amukan si jantung yang bagaikan mahu tersembur keluar tika itu. Kalaulah setiap masa dia rasa begini, jawabnya tak lamalah dia di muka bumi ini.
Mata galak Mellysa tajam menghala pada dua lelaki yang berdiri tidak jauh daripadanya. Cuma yang paling menarik perhatiaannya ialah lelaki muda berkemeja putih di samping Encik Zulkifli. Mellysa yang juga memakai kemeja putih yang dipadankan dengan skirt pendek berwarna hitam berjalan penuh gaya menghampiri kedua lelaki di hadapannya. Semakin dekat, semakin dia pasti bahawa matanya tidak salah melihat. Dia kenal lelaki muda itu.
“Cik Mellysa, maafkan saya. Saya bawa Encik Afnan untuk kenalkan pada semua staff atas arahan Tan Sri,” Encik Zulkifli menerangkan situasi yang berlaku pada anak majikannya.
“Hmm.. Encik Afnan?”
Mellysa memandang Afnan atas bawah dengan bibir yang dimuncungkan sedikit dan kening yang dijungkitkan. Sekarang dia sudah tahu gerangan lelaki yang bajet handsome itu. Tak sangka lelaki itu merupakan pekerja baru Al-Malik Holding.
Afnan kurang senang dengan cara Mellysa dan tanpa disuruh, dia juga memerhatikan dirinya dari atas ke bawah. Risau jika ada yang tidak kena.
“Iya, Cik Mellysa. Ini Encik Afnan Haris, Project Manager menggantikan Encik Muaz,” Encik Zulkifli memperkenalkan Afnan pada Mellysa.
Oh, okay. I’m Mellysa Tan Sri Malik,” Mellysa mengulurkan tangannya kepada Afnan.
Giliran Afnan pula memandang Mellysa dari atas ke bawah. Dia sebenarnya tak pernah bersalaman dengan mana-mana perempuan yang bukan muhrimnya. Cukuplah semalam gadis itu mencium pipinya. Dia tak sanggup menambah dosa lagi.
“Hello, I lenguh tangan dah ni,” Mellysa menyedarkan Afnan daripada lamunan.
Encik Zulkifli di sisi, sempat menyiku Afnan agar dia cepat-cepat menyambut tangan Mellysa sebelum wanita itu naik angin.
“I’m sorry, Cik Mellysa. Saya tak bersalam dengan wanita bukan mahram,” jawab Afnan berani.
Encik Zulkifli menelan liur mendengar balasan Afnan. Pasti ribut taufan, segala puting beliung melanda pejabat itu sekejap lagi. Dia kenal benar anak majikannya. Pantang perbuatannya dibantah.
"What?" Tidak semena Mellysa menjerit kecil dan matanya dijengkilkan. Sungguh tolakan lelaki itu memalukannya. Wajahnya yang disolek mekap tebal itu sudah merah dan hangat.
Tanpa membuang masa, Mellysa terus meninggalkan Afnan dan Encik Zulkfli dan sejurus itu pintu bilik pejabatnya dihempas kuat membuat semua mata staff tertumpu pada Afnan. Afnan cuma tersenyum hambar. Dia tak berniat untuk menjatuhkan air muka Mellysa tetapi gadis seperti Mellysa itu perlu diberi kesedaran tentang halal dan haramnya sebagai seorang muslim.

No comments:

Post a Comment