BAB 3
M
|
ellysa
tak senang duduk. Sedari tadi dia berjalan ke hulur ke hilir di dalam biliknya.
Puas dia mengamuk pagi tadi setelah Afnan memalukan dia. Sakit hatinya terhadap
Afnan masih belum surut. Pantang lelaki
menjatuhkan air mukanya sebegitu. Baginya Afnan perasan alim saja. Nampak
gayanya dia bukanlah jenis lelaki yang wara’ cuma lelaki itu seorang yang
sombong kerana kalau betul Afnan itu seorang lelaki yang alim, pasti dia tak
akan masuk bidang seperti ini,jadi ustaz sahajalah.
Mellysa mengetap bibir. “I’ll
make you show the real you, Afnan,” bisik Mellysa.
Di mindanya kini, diaturkan strategi untuk memerangkap Afnan supaya
Afnan akan menunjukkan belangnya seperti lelaki-lelaki di luar sana. Kalau dulu
Daniel juga seperti Afnan, tak pernah hendak mendekatinya tetapi sekarang,
lelaki itu tergila-gilakannya. Siap bawa ke tempat tidur lagi.
Mellysa yang tadinya mencuka,
tersenyum saat teringatkan layanan Daniel yang cukup menggembirakannya. Leka
dengan keseronokan bersama Daniel membuat mereka berdua terlewat bangkit.
Padahnya, dialah yang lewat pulang untuk mengganti pakaian. Nasib baiklah daddynya sudah ke pejabat lebih awal.
Jika tidak, pasti bergaduh lagi. Dia tahu sangat perangai daddynya yang tak akan menyerangnya di pejabat. Malas hendak
bergaduh mungkin.
Mellysa mencapai telefon bimbitnya dan nombor Daniel didail.
“Hello, sayang..” Suara
menggoda Daniel menyapa telinganya membuat dia tersenyum panjang.
“Hi, darling. I miss you so
much. Don’t you miss me?” Mellysa membalas dengan intonasi yang cukup lunak
dan manja.
Daniel di hujung talian ketawa. “ Oh
dear! How dare you ask me that question. I miss you badly. Terasa lagi
sentuhan belaian you. I’m going crazy,
baby,” luah Daniel.
Makin melebar senyuman Mellysa. “ You’re
such a sweet talker, honey.”
“Mell, I do miss you so much. I
wish you’re in my arms now.” Daniel masih giat mengayat Mellysa.
Mellysa ketawa kecil. “Hmm.. If
you really miss me, come to me honey. I’m waiting for you,” duga Mellysa.
“What? Are you out of your mind,
baby? Tak takut kena marah dengan your
beloved daddy?”
“Oh my god! Soalan apa tu?
Ini Mellysa okey. I’m not afraid of anybody atau you yang takut?”
“Hey.. Mell, you ni macam tak kenal I je..”
“So, come to me and prove that
you’re not a chicken, honey.” Kali ini Mellysa benar-benar mencabar
Daniel.
“Okay, fine honey. I’ll be there
around twelve something. I ada meeting sekejap lagi. Wait for me baby. I miss you.”
Daniel yang rasa tercabar, akhirnya bersetuju. Mellysa keriangan
kerana dia berjaya memujuk Daniel ke pejabatnya. Dia perlukan Daniel untuk
meredakan tekanannya terhadap Afnan.
Mellysa membelek tubuhnya. Mujur dia terlintas hendak memakai skirt
pendek hari ini. Senang kerjanya menggoda Daniel.
***
Satu-persatu fail syarikat dibelek
Afnan. Dia akui, bukan mudah untuk bekerja di syarikat yang gah namanya di
Malaysia dan juga antarabangsa. Ianya perlukan komitmen yang tinggi.
Pada dasarnya dia hanya mencuba nasib dengan menghantar permohonan
kerjanya pada Al-Malik Holding dan dia tidak letakkan sebarang harapan untuk peroleh
jawatan itu kerana dia seorang fresh
graduate dan tidak punya sebarang pengalaman bekerja namun dengan berkat
dan doa maknya di kampung, akhirnya dia dipanggil untuk temuduga dan pada hari
itu juga dia ditawarkan bekerja di situ. Dia tak habis-habis memanjatkan rasa
syukurnya pada Yang Esa kerana peluang ini dapat membantu mak dan juga
adik-adiknya di kampung.
Sejak kematian ayah, kehidupan
mereka anak-beranak terlalu perit. Mereka bukan tergolong dalam kalangan yang
berduit. Hidup mereka adik-beradik bergantung pada pencarian mak mengambil upah
menjadi pembersih rumah di sekitar kawasan kampung. Kalau maknya sakit,
berlaparlah mereka hari itu. Selain itu, hidup mereka juga bergantung pada
ehsan yang memandang. Afnan juga turut mengambil upah sebagai tukang kebun
ketika dia masih bersekolah.
Walaupun hidup mereka begitu, pelajarannya adik-beradik tak terabai
dan dia berjaya dalam SPM serta menerima tawaran menyambung pelajaran ke luar
negara. Awalnya dia hendak menolak, tapi si ibu memaksa. Kata maknya, peluang
hanya datang sekali dan mungkin itu yang akan mengubah hidup mereka sekeluarga.
Afnan akur dan hari ini, ianya terbukti. Dia akan bawa keluarganya keluar
daripada kekangan hidup yang pernah dilalui tapi itu tidak bermakna mereka akan
lupa di mana bumi yang mereka pijak.
Tok!Tok!Tok!
Afnan yang tadinya terperangkap
dalam kenangan lampau, tersedar apabila pintu bilik diketuk.
“Encik Afnan, maaf menggangu.” Terpancul wajah setiausahanya, Kak
Syima di muka pintu.
Afnan menyambut Kak Syima dengan muka manis dan penuh hormat. “Tak
apa,kak. Ada apa iya?”
“Tak. Akak nak serahkan fail ni pada Encik. Tan Sri mintak Encik Afnan
review dengan Cik Mellysa,”ujar Kak
Syima lalu fail di tangannya bertukar tempat.
Afnan membelek-belek fail tersebut.
“Perlu ke saya review dengan Cik Mellysa tu akak?” Laju
saja soalan itu meluncur di bibirnya tanpa sempat dikawal. Dia tahu dia tidak
sepatutnya mengajukan soalan sebegitu.
Kak Syima tersenyum. Dia seakan faham dengan reaksi spontan bos
mudanya. Satu pejabat sudah heboh bosnya itu menolak untuk bersalaman dengan
Cik Mellysa. Dalam diam, dia mengagumi Afnan. Anak muda di hadapannya itu tidak
seperti anak muda lain yang suka mengambil kesempatan. Kalau orang lain, pasti
cepat sahaja tangan lembut Cik Mellysa digengaggam. Bukan senang mahu merasa
kulit lembut anak Tan Sri tetapi itulah Afnan. Lain daripada yang lain.
“Tak apalah,akak. Nanti sekejap lagi saya jumpa Cik Mellysa. Terima
kasih iya akak.”
Kak Syima mengangguk. “Sama-sama. Kalau ada apa-apa, panggil akak iya.
Akak keluar dulu.”
Afnan menghantar langkah Kak Syima dengan pandangan kosong. Masalah
besar baginya jika berdepan dengan Mellysa. Dia tak kisah bekerjasama dengan
semua staff Al-Malik Holding tapi bukan dengan Mellysa. Dia benar-benar tidak
selesa.
Afnan meraup mukanya. Nafas ditarik sedalamnya lalu dihembus kuat.
“Harap tak ada apa-apa yang buat kita bergaduh, Cik Mellysa,” desisnya sebelum
ke bilik Mellysa.
***
Afnan mengerling jam di pergelangan
tangannya. Baru jam dua belas setengah. Dia memandang pula ke arah meja
setiausaha Mellysa yang kosong. Hati Afnan kurang senang apabila setiausaha
Mellysa tiada di situ. Nak juga dia bertanya tentang mood gadis itu. Baik ke tidak tetapi nampak gayanya, dia terpaksa
redah sajalah. Satu saja kelemahannya saat hendak berdepan Mellysa iaitu
jantungnya. Jantungnya terlalu kuat berdetak. Berkali dia menarik nafas supaya
tenang, tapi tetap tidak menjadi.
Afnan mengetuk pintu bilik Mellysa
berkali-kali namun tiada balasan. Dia menggaru kepala. Teragak-agak untuk
membuka. Dengan lafaz Bismillah, dia
membuka pintu bilik Mellysa dan alangkah terkejutnya dia tika terpandang dua
insan sedang asyik bermesra di atas sofa.
“Astaghfirullahalzim!” Afnan beristighfar kuat dan serentak keduanya
berpaling.
Dalam keadaan kalut, Daniel dan Mellysa cepat-cepat membetulkan pakaian
mereka yang sudah agak tidak terurus.
“What the hell are you doing
here?” marah Mellysa yang masih lagi membetulkan rambutnya yang kusut.
“Saya minta maaf. Saya dah ketuk berkali-kali tapi Cik Mellysa tak
dengar. Saya cuma nak review fail ni
dan saya tak sangka saya ter ‘review’
benda lain,” jelas Afnan. Sempat lagi dia selitkan nada sinis dalam bait
bicaranya.
“Kau buat apa kat sini hah?” Giliran Daniel pula bertanya.
“Saya pekerja baru di sini. Saya minta maaf mengganggu walaupun saya
tahu saya tidak bersalah kerana sekarang masih waktu bekerja. Kalau pukul satu
tu boleh juga saya rasa bersalah mengganggu ‘kerja’ terkutuk Cik Mellysa dan
Encik Daniel. Ops. Bukan bersalah tapi menyesal sebab saya pun terpaksa
bersubahat dengan perbuatan zina kalian berdua.”
“Just stop it, Afnan. Tak perlu nak menyindir bagai. I tak
faham dengan you, dari pagi tadi nak sakitkan hati I. Tak payah nak tunjuk alim
sangatlah,” marah Mellysa.
“Saya tak berniat nak menyakitkan hati Cik Mellysa. Saya juga tak
berlagak alim dan saya juga tak katakan saya alim tapi cukuplah saya
melaksanakan tugas saya sebagai salah seorang kalifah di bumi Allah dengan
menyuruh kepada kebaikan dan menegah daripada melakukan perkara yang
terlarang,” balas Afnan berani.
Mellysa mengepal jemarinya. Dia bergerak menghampiri Afnan. Pintu
biliknya ditutup rapat. Afnan sedang bermain api dengannya.
Mellysa menolak Afnan ke dinding. “I tahu you cemburu I dengan Daniel
kan? You nak juga kan?” Sebaik ayat itu terluah, bibir Mellysa hinggap di bibir
Afnan dan diciumnya lama. Mata keduanya bertaut.
Afnan yang seolah dipukau, kembali ke alam nyata. Dia menolak kuat
tubuh Mellysa hingga gadis itu terdorong ke belakang. Mujur tak terjelupuk saja
wanita itu. Kalau tidak, mahu bergegar satu pejabat dengan teriakan Mellysa.
“Kenapa, Afnan? You takut you jatuh ke tangan I?” sindir Mellysa
dengan kening yang terjungkit. Puas sungguh hati dia dapat mengenakan Afnan.
Pang!
Lima jari Afnan hinggap di pipi Mellysa. “Saya bukan lelaki-lelaki yang
Cik Mellysa kenal. Saya bukan sejijik dan sekotor kalian berdua. Saya harap Cik
Mellysa tak payah nak perkotak katikkan diri saya. Cukup saja kalian
bergelumang dengan dosa. Tak perlu nak heret saya sekali.”
Afnan menghempas kuat pintu bilik Mellysa. Dia sudah tidak peduli pada
mata yang memandang. Dia terus masuk ke biliknya dan pintu di tutup rapat. Dia
terduduk di kerusinya. Dia meraup wajahnya berkali-kali.
“Astaghfirullahalzim. Ampunkan aku, Ya Allah,” rintih Afnan.
Seumur hidupnya, dia tidak
pernah menyentuh mana-mana gadis sekali pun. Bukan tidak ada yang menggodanya
ketika berada di United Kingdom dulu tapi imannya teguh mempertahankan dia
daripada melakukan perkara yang terkutuk, namun tadi, untuk pertama kali,
imannya goyah. Dia tewas pada renungan mata Mellysa.
Afnan menarik-narik rambutnya. Siapa
sebenarnya kau, Mell?
No comments:
Post a Comment