Thursday, 13 November 2014

BAWA AKU BERSAMA CINTA BY AMEERA ELISHA

BAB 1

Ameera Elisha Wan Azzlan






“D
addy, please. Mell dah besar. I’m not a kid anymore. Pagi Mell kerja, biarlah malam Mell enjoy. Tension tahu tak?” Mellysa menarik muncungnya apabila Tan Sri Malik menghalangnya untuk keluar malam itu padahal dia sudah siap melaram.
“ Daddy tak tahulah apa nak jadi dengan kamu ni, Mell. Bila kamu nak berubah? Kamu tu perempuan. Nak keluar pulak malam-malam dengan berpakaian macam orang tak cukup kain ni, Mell. Tolonglah, Mell. Daddy tak sanggup nak dengar cerita tak elok pasal Mell lagi tahu tak?”
Mellysa mencemik. Dia sudah biasa mendengar ayat-ayat itu daripada Tan Sri Malik dan seperti selalunya, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Biar berbakul-bakul bebelan sekalipun, tidak akan mampu melenturkan pendiriannya.
“Dah habis ek, daddy?” soalnya selamba dengan muka bosan.
“Ya Allah, Mell. Tak baik tau,” Puan Sri Mariah mencelah. Dia kenal benar perangai anak tunggalnya. Degil. Keras kepala. Makin dilarang, makin dia teruskan apa yang ingin dia lakukan biarpun salah.
“Apa, mummy? Betullah. Mell tanya, dah siap ke daddy membebel? Mell nak keluar ni, dah lambat tahu tak. Aduhai..” rungut Mellysa sambil menggaru kepalanya.
“Kamu ni memang biadap!!!!”
Tiba-tiba Tan Sri Malik menengkingnya dan lima jarinya melekat pada pipi putih Mellysa. Sabarnya sudah hilang. Anak gadisnya itu semakin kurang ajar. Tiada langsung rasa hormat pada kedua ibu bapa apatah lagi orang lain.
Daddy! How dare you!” jerit Mellysa tidak puas hati lalu berlari meninggalkan kedua ibu bapanya di ruang tamu.
Hatinya sakit apabila daddynya sanggup menampar pipi mulusnya. Dia tidak kisah jika dimarah, ditengking, tapi dia pantang jika ditampar. Sejak kecil lagi mana pernah ada sesiapa yang mengasari dirinya.

***
You I go on hard at each other like we’re going to war.
You I go rough, we keep throwing things slamming the door.
You I get so damn dysfunctional, we start keeping score.

You I get sick, yeah, I know we can’t do this no more.
But baby there you go again, there you go again, making me love you.
Yeah I stopped using my head, using my head, let it all go.
I got you stuck on my body, on my body, like a tattoo.
And now I’m feeling stupid, feeling stupid, crawling back to you.

            Mellysa terkinja-kinja mengikut rentak lagu One More Night yang dimainkan DJ kelab malam yang sentiasa dia kunjunginya. Kesan minuman beralkohol yang diteguknya bergelas-gelas membuatkan dia semakin hilang kewarasan. Lintuk tubuhnya menjadi santapan para lelaki yang memandang. Sekejap tubuhnya ditarik oleh lelaki berbaju putih, sekejap tubuhnya dipeluk lelaki berbaju biru dan begitulah seterusnya namun bagi dia, itulah yang membahagiakannya setiap hari tambah lagi dia dapat melupakan pertelingkahannya dengan Tan Sri Malik. Kulit yang putih mulus itu sengaja ditonjolkan untuk menarik minat mereka yang melihat.
“Mell, you ni dah mabuk sangat. Jom I hantar you balik, nak?” tanya Daniel yang memeluk pinggang Mellysa rapat.
Mellysa menggeleng-geleng. “I tak nak balik. I nak enjoy!” jerit Mellysa kuat dengan tangan kanannya diangkat dan dia tergelak sendiri.
Daniel senyum nakal. Mellysa Tan Sri Malik. Siapa yang tak kenal dengan gadis liar di hadapannya itu. Dia mengenali Mellysa sejak di bangku sekolah lagi dan dia kenal perangai Mellysa yang merupakan kaki clubbing dan suka berfoya-foya dengan mana-mana lelaki. Kalau dahulu dia tidak tertarik untuk mendekati Mellysa tapi apabila gadis itu pulang dari New York, gadis itu semakin mengancam dan berani. Itu yang menarik minatnya. Tambah lagi Mellysa satu-satunya pewaris tunggal Al-Malik Holding.
“Mell sayang, tak elok you macam ni. Nanti you nak balik, takkan you nak drive, bahaya.” Daniel masih cuba memancing Mellysa.
“Tak..nak.. I.. Nak enjoy!  Menari macam ni....”
Mellysa melepaskan pelukannya dan mendepakan kedua belah tangan seraya memusingkan tubuhnya ke sana sini. Sesekali dia terlanggar pengunjung lain, dia ketawa kuat. Ada juga dia hadiahkan ciuman pada lelaki yang ada di situ.
Daniel menggelengkan kepalanya. “Mellysa.. Mellysa..” desis Daniel sambil tersenyum panjang dan menarik Mellysa kembali ke dalam dakapannya lagi. Pipi Mellysa dielus-elus.
“Mell sayang.. Kita balik rumah I iya. I janji you pasti enjoy. Jom,” pujuk Daniel.
Mata Mellysa tak semena bersinar. “Really, Daniel? Jom-jom,” ujar Mellysa ceria dan kini dia menarik Daniel keluar dari kelab dengan keadaan yang tehuyung-hayang.
Batin Daniel menjerit kegembiraan. Tak sabar rasanya dia hendak enjoy sepuasnya bersama Mellysa. Penantiannya dari jauh sejak akhir-akhir ini tidak sia-sia. Akhirnya Mellysa bakal menemaninya malam ini.



***
            Mellysa dan Daniel beriringan menuju ke apartment milik Daniel. Sekali Daniel mengusiknya, sekali itu dia ketawa kuat. Dia tak sabar untuk berseronok bersama Daniel. Dia tidak pasti apa yang dijanjikan lelaki itu tetapi yang penting, dia puas.
“Assalamualaikum, Encik. Boleh saya tolong?” Seorang lelaki lingkungan umur mereka berdua, menyapa.
Daniel merenung lelaki itu atas bawah yang hanya memakai seluar track dan sehelai T-shirt putih kosong dan ada kopiah pula di atas kepalanya. Wajah itu agak asing bagi Daniel. Dia mencongak lelaki itu mungkin jiran baru atau tetamu jiran-jirannya yang selama ini langsung dia tidak ambil peduli.
Mellysa pula mengangkat jari telunjuknya ke arah lelaki itu.“Hey, siapa pula dia ni Daniel. Ustaz ke? Ha..Ha.. Ha..”
“Maaf, Encik. Cik ini mabuk. Boleh saya tolong apa-apa ke?” tanya lelaki itu lagi.
“Macam nilah Encik...”
“Afnan,”sampuk lelaki yang bernama Afnan itu.
“Oh. Okay, macam nilah Encik Afnan, I nak mintak you tolong jangan masuk campur hal kami boleh tak? You may go,” tegas Daniel kasar.
Syyy..Go.. Go..Ha..ha.. ha..” celah Mellysa dengan tangannya melambai-lambai menghalau Afnan.
Afnan tersenyum hambar. “Tak apalah macam tu. Saya mintak maaf. Saya pergi dulu,” katanya namun belum sempat dia melangkah pergi, gadis di depannya itu memaut lengannya.
Afnan menoleh dengan kening yang terjungkit.
Cupp!!!
Afnan tergamam. Afnan menyentuh pipi kanannya. Matanya membulat memandang Mellysa yang galak ketawa setelah mencium pipinya.
Thanks, darling.. Ha..ha.. Ha..” tokok Mellysa dengan tawa yang tak sudah-sudah.
“Saya pergi dulu.”
Hanya sebaris ayat itu yang mampu diungkapkan Afnan. Dia masih terkejut dengan tindakan berani dan luar jangkaan Mellysa itu. Dadanya pula bagai mahu pecah apabila  jantungnya berdegup teramat laju.
***

            Afnan termenung di atas katil bujang sendirian. Dia sebenarnya baru sahaja tiba dari kampung dua hari lepas dan dia kini menumpang di apartment milik sahabat karibnya, Fakri. Selama tempoh dua hari dia di sini, sudah dua kali juga dia terlihat jiran temannya itu membawa perempuan ke rumahnya tetapi semalam, gadis lain dan hari ini gadis lain pula.
Afnan terbayang wajah gadis yang mabuk di sisi lelaki itu tadi. Entah mengapa hatinya seakan berdebar saat mata mereka bertentangan. Timbul juga rasa kasihan pada gadis itu. Sudahlah tersalah arah, bertemu pula dengan lelaki seperti itu. Bukannya membimbing tetapi menyesatkan.
‘Arh! Lelaki kaya kebanyakannya macam tu kot,’ujar Afnan dalam hati. Mujurlah Fakri tidak seperti kebanyakan yang lain. Biarpun harta menggunung, dilahirkan dalam keluarga yang penuh kemewahan tetapi akhlaknya terpelihara, agama juga terjaga. Itu yang menyebabkan dia senang berkawan dengan Fakri.
Pintu biliknya diketuk dari luar dan wajah Fakri terpancul.
“Kau dah tidur ke?”soal Fakri.
Afnan bangkit dan bersandar pada kepala katil. “Belum lagi. Kenapa?”
“Tak adalah. Aku saja datang jenguk kau. Aku tak dapat nak lelaplah,” jelas Fakri seraya mengambil tempat di sisi katil Afnan.
“Oh. Ingatkan apa. Aku pun sama ni. Eh, aku nak tanya kau, siapa jiran depan ni ek?”
“Oh, Daniel. Anak Datuk Dahlan. Kenapa?” Fakri pelik apabila temannya itu bertanya tentang Daniel. Semalam tidak ada pula Afnan bertanya, walhal mereka berselisih bahu ketika pulang dari kedai makan. Pasti ada sesuatu yang menarik minat temannya itu untuk mengetahui perihal Daniel.
“Memang dia kaki perempuan ek?” soal Afnan lagi.
Fakri ketawa kuat. Memang dia sudah mengangak soalan itu bakal keluar dari bibir Afnan. "Afnan.. Sejak bila kau sibuk hal orang ni? Pelik aku.”
Afnan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Memang dia akui. Selama ini dia tidak pernah ambil tahu perihal orang luar malah semalam juga dia tidak kisah apabila Daniel membawa masuk perempuan ke dalam kediamannya tetapi berbeza pula malam ini. Dia tak sudah-sudah memikirkan nasib gadis yang dibawa Daniel itu.
“Er.. Aku..Aku saja tanya..” balas Afnan lambat.
“Aduhai. Apa-apalah, Afnan. Jangan-jangan kau jatuh hati dengan si Mellysa tu ek?” Fakri serkap jarang dan rona wajah Afnan berubah sedikit.
“Apa maksud kau ni? Siapa pulak Mellysa?”
“Dahla. Kalau kau nak tahu, perempuan dengan Daniel tu namanya Mellysa. Mellysa tu anak Tan Sri Malik.  Aku nampaklah korang bertiga kat luar tadi.” Fakri nampak satu-persatu yang terjadi tadi, tetapi dia malas hendak masuk campur. Dia dan Daniel memang pantang bersua muka. Ada sahaja yang hendak digaduhkan.
“Tan Sri Malik. Pemilik Al-Malik Holding?”
Fakri mengangguk. “Aku keluar dululah. Mengantuk dah ni. Assalamualaikum.”
            Afnan menepuk dahi sebaik Fakri menutup pintu bilik. Gadis itu merupakan anak kepada bakal majikannya. Dia bakal melapor diri di Al-Malik Holding esok. Patutlah gadis itu tampak liar. Kehidupan gadis itu pasti tak ubah seperti Daniel.
“Moga gadis itu tidak melakukan perkara yang boleh merendahkan nilainya sebagai seorang perempuan, Ya Allah.”
 Tanpa sedar, Afnan menadah tangannya dan memanjatkan sebaris doa. Malam itu dia keresahan. Otaknya tak habis-habis membayangkan wajah Mellysa dan sekali lagi pipinya disentuh. Walaupun secara zahirnya tidak berbekas, tetapi dalamannya meninggalkan kesan yang tidak dapat dia tafsirkan.

1 comment: