Friday 17 October 2014

SELEMBUT BICARA SAKURA BY EMIRLYA IZUMI







Dalam kesibukan yang terlampau dengan menguruskan projek dan final projek untuk Ijazah Sarjana Muda. Allysa mula merasakan keletihan. Memang diakui dia ingin sahaja menyibukkan diri untuk mengelakkan diri dari bersua muka dengan mama tirinya dan adik tirinya yang hanya tahu menghabiskan duit abah sahaja. Bukan dia tidak tahu Sarah Illyana suka bershopping hingga beribu-ribu ringgit. Allysa  hanya mampu mengeluh sahaja bila melihat bil kad kredit, kalau di nasihat nanti kena berleter dengan mama Kirana pulak.
            Di dalam pejabat yang bertimbun dengan dokumen Allysa pandang dengan keluhan berat, sungguh menjadi anak tunggal pemilik Impian Holding sangatlah membebankan. Bukan dia mahu merungut tetapi dia penat mengerjakan urusan syarikat seorang diri.
            Sarah Illyana bukan membantu dalam masalah yang dihadapi malah dia datang ke pejabat hanya bermain mata dengan staf-staf syarikat dan layan facebook semasa kerja.
“Anak abah sibuk sangat ke sayang?” tegur Datuk Malik dihadapan pintu bilik dan memberikan senyuman manis buat anak tunggalnya itu lalu melangkah ke sofa.
“Kenapa abah datang tak bagitahu Lysa ni?” soal Allysa sambil bangun dari tempat duduknya dan berlalu duduk disamping abahnya itu.
“Abah nak tengok anak kesayangan abah pun tak boleh ke?” soal Datuk Malik sambil memandang wajah anaknya yang sedikit pucat.
“Bukan tak boleh abah,” jawab Allysa perlahan. Yelah diabaru sampai dari Singapura setelah satu hari duduk disana menguruskan apa yang patut. Penat pun belum hilang lagi, tambahan pulak projek akhirnya semakin sampai dateline.
“Kenapa Lysa tak balik rumah aje bila dah sampai tadi?” soalan Datuk Malik membuatkan Allysa tersentak.
Aduh aku nak jawab apa dengan abah ni?
“Lysa banyak kerja abah, tak sempat nak balik.” Bohong Allysa, padahal dari tadi dia tak dapat fokus dengan kerja disebabkan keletihan yang terlampau.
“Betul ke Lysa ni? Abah tengok muka Lysa tu dah pucat, kalau Lysa penat balik rehat dulu. Lysa kan kena siapkan report untuk final project nanti.” Ujar Datuk Malik prihatin.
I’m okay abah, don’t worry. Lysa boleh selesaikan semuanya Insya-Allah.” Perlahan sahaja suara Allysa ketika ini.
“Lysa, abah nak bagi ni untuk Lysa.” Ujar Datuk Malik sambil menghulurkan fail berwarna coklat padanya.
Allysa mengambil huluran fail dari tangan abah lalu membukanya, alangkah terkejutnya dia apabila Datuk Malik menyerahkan satu lagi projek yang agak besar buat dirinya.
“Tak boleh ke abah serahkan projek ini dekat  orang lain?” soal Allysa, mana taknya kalau tak sempat bagaimana? Ya Allah serabut kepala otak aku ni.
“Abah hanya percayakan anak abah sahaja dan abah yakin dengan kemampuan Lysa dalam menguruskan projek-projek syarikat.”
Allysa memicit dahi kerana agak pening dengan semua ini. “Abah, bukan Lysa bermaksud ingin melawan cakap abah, tapi Lysa takut tak sempat dan projek ni besar abah.” Jawab Allysa sambil memandang abah dengan pandangan yang sayu.
“Sayang, abah dah uruskan semuanya. Esok Lysa akan berjumpa dengan Pengarah Urusan Lucifer Corp,” memang abah dah rancang dengan teliti sekali.
“Kenapa abah tak suruh saja Sarah bantu Lysa uruskan Impian Holding?” soal Allysa pada Datuk Malik.
Dia letih sangat dengan semua benda, Datuk Malik tidak pernah sekalipun menyuruh Sarah uruskan mana-mana projek. Yang dia tahu, hanya menggedik sana-sini menghabiskan duit.
Allysa merengus perlahan tanda tidak puas hati.
“Sarah? Takkan Lysa tak kenal dengan adik tiri Lysa tu. Jom ikut abah balik, Lysa kena rehat. Abah tahu Lysa letih, so abah bagi cuti hari ni.” Datuk Malik menarik tangan anaknya supaya bangun dan mengikutnya pulang.
Dia tahu anaknya letih tapi dikuatkan diri untuk berkerja. Allysa saling tidak tumpah dengan perangai ibunya dahulu, kuat berkerja sampai satu hari jatuh pengsan kerana terlalu letih.
“Lysa banyak kerjalah abah,” Allysacuba mengelak.
“Lysa jangan nak bohong, abah tahu Lysa letih. Jom ikut abah balik,” suara Datuk Malik sudah mula tegas.
“Okey,” Allysa bangun dan berlalu ke meja kerja dan mengambil beg tangannya.
Datuk Malik hanya menjadi pemerhati dihadapan pintu, dia keciankan anaknya itu, tetapi dia terpaksa lakukan ini semua untuk kebaikan anak tunggalnya itu. Siapa lagi nak diharap untuk menjaga Impian Holding melainkan Putri Allysa Diesya, anak tunggalnya.



 “SAYANG, you tak nak kerja ke?” soal Sarah manja sambil memeluk lengan Tengku Zharief dengan erat sekali bagaikan belangkas. Tempat tujuan mereka adalah Mid-Valley yang sememangnya terkenal dengan pakaian mewah.
Tengku Zharief hanya mengukir senyuman, “I’m not ready yet dear.” Jawab Tengku Zharief sambil mengusap rambut Sarah yang curl itu.
“Urmm, sayang. I nak masuk Zara kejap, you nak ikut tak?” soal Sarah pada Tengku Zharief dengan suara yang manja.
“Tak payah la kot, I pergi sana kejap ye dear.” Jawab Tengku Zharief sambil tersenyum.
Sarah menarik muncung dan berlalu masuk ke dalam butik Zara dengan lenggoknya manakala Tengku Zharief menunggu Sarah diluar. Dia tidak betah menemani gadis berbelanja. Tahu sangat kalau perempuan shopping memang makan masa lamanya. Itu tak kena, ini tak kena.
Setelah setengah jam berlalu, Sarah Illyana keluar dari butik Zara dengan menjinjit dua beg kertas.
Tengku Zharief hanya diam sambil memerhati dalam dia. Begitu mudah menjadi anak orang kaya, itu nak dibeli ini nak dibeli. Tengku Zharief mula berfikir, kalau dia berkahwin nanti adakah dia ingin mencari calon isteri seperti Sarah Illyana?
Huihhh, tak dapat nak bayangkan.
“You beli apa Sarah?” soal Tengku Zharief ingin tahu.
Blouse and handbag,” jawab Sarah Illyana sambil tersenyum, Tengku Zharief juga memberikan senyuman pada Sarah Illyana.
“Oh yeke? Sekarang kita nak ke mana pulak?” soal Tengku Zharief sambil memasukkan tangan kanannya di dalam poket seluar jean. Memang nampak bergaya dan kasual.
“I ikut you saja sayang,” dengan suara manja yang dibuat-buat. Memyampah betul kalau sesiapa melihat adegan gedik Sarah Illyana ini.
Urmm kalau I ajak you kahwin dekat siam you nak ikut tak?” soal Tengku Zharief sambil tersengih panjang.
“Kahwin? You gila ke Zharief  kita ni muda lagi, so enjoy first la.” Sarah Illyana menarik mucung panjang bila Tengku Zharief berkata begitu.
Tengku Zharief hanya mampu ketawa melihat rajuk Sarah Illyana, mana mungkin dia nak berkahwin dengan perempuan seperti Sarah Illyana. Perempuan seperti Sarah Illyana hanya boleh dibuat sebagai teman ketika ini sahaja, kalau nak dijadikan isteri memang dia tidak rela.




KEESOKKAN harinya Allysa sampai di perkarangan bangunan yang serba mewah itu dengan keluhan kecil.  Semalam Datuk Malik telah menyuruhnya datang ke sini untuk berbincang dengan Pengarah Urusan Lucifer Corp.
Dengan berat hati dia terpaksa bersetuju dengan cadangan Datuk Malik, dia masih hormatkan Datuk malik sebagai abahnya.
          Allysa menarik nafas dan melangkahkan kaki masuk ke ruang lobi mewah milik Lucifer Corporation. Allysa berjalan dan memberhentikan kakinya di hadapan kaunter pertanyaan.
“Saya nak berjumpa dengan Tan Sri Tengku Ikmal Daisuke,” ujar Allysadisertakan dengan senyuman manis. MasyaAllah nama punyalah panjang, terbelit lidah nak sebutnya.
“Cik dah buat appointment dengan Tan Sri ke?” soal gadis itu lalu menghulurkan senyuman buatnya juga.
“Datuk Malik dah buat semalam, saya anaknya Allysa.” Allysa bersuara sambil matanya difokuskan pada papan kenyataan yang besar dibelakang gadis itu.
“Sekejap ya cik,” balasnya sambil menekan intercom untuk berhubung dengan setiausaha Tan Sri Tengku Ikmal.
Allysa hanya mengangguk dan mengambil galaxy notenya untuk melihat appointment hari ini. Kenapa abah beria-ia sangat nak projek ni? Memanglah projek ni mencecah berjuta ringgit, tapi macam ada yang abah rancangkan tapi apa ya. Allysa mula berfikir secara rasional.
“Cik, Tan Sri suruh cik masuk sekarang.” Ujar gadis itu sambil tersenyum, cantik orangnya tak pernah lekang senyuman dibibirnya. Allysa juga menghadiahkan senyuman buatnya dan mengangguk kepala.
“Tan Sri duduk di tingkat berapa ye?” soal Allysa lagi.
“Maaf, lupa nak cakap. Tan Sri berada di tingkat 15, cik boleh naik lif yang berada di sebelah kanan saya ini.”
“It’s okay, thanks ya.” Allysa berlalu dan menekan butang lif dan terus masuk. Dia menekan nombor 15 dan lif pun mula bergerak. Setelah sampai di tingkat 15, Allysa keluar dari perut lif dan berjalan menujuk ke depan meja setiausaha Tan Sri Tengku Ikmal.
“Saya Allysa, boleh jumpa dengan Tan Sri?” soal Allysa.
Perempuan itu mengangkat wajah dan tersenyum. “Silakan cik, Tan sri dah lama menunggu ketibaan cik.”
Allysa mengerutkan dahi, dah lama tunggu aku? Eh! Ini dah pelik berbenor, apa sebenarnya yang dirancang oleh abah ni?
Allysa berdiri di hadapan pintu masuk pengarah urusan Lucifer Corp sambil menarik nafas sebelum mengetuk pintu bilik itu dengan berat hati.
“Masuk!” suara tan Sri Tengku Ikmal kedengaran menyuruh dia masuk, selepas membuka pintu Tan Sri Tengku Ikmal tersenyum lebar.
“Saya datang sebab projek abah,” ujar Allysa serious.
“Allysa, kenapa ni? Macam tak suka sahaja datang jumpa uncle?” ujar Tan Sri Tengku Ikmal yang masih lagi mengukir senyuman.
Dia bangun dari tempatnya lalu menyuruh Allysa duduk bersamanya di atas sofa yang disediakan. Allysa hanya menurut tanpa banyak soal.
Allysamengukir senyuman manis. “Apa yang abah rancangkan dengan uncle?” soal Allysa sembil mengangkat kedua belah keningnya buat Tan Sri Tengku Ikmal.
“Tak rancang apa-apa pun Lysa, memang uncle nak bagi projek ni untuk Lysa.” Ujar Tan Sri Tengku Ikmal tanpa selindung.
Hai memang ada udang disebalik mee ni. “Okeylah kalau macam tu. Lysa datang ni sebab nak bincang pasal projek tu.”
Tan Sri Tengku Ikmal tersenyum lebar, memang anak Malik ni kuat berkerja sama sepertinya dan Asrina. Saling tidak tumpah walau sedikit pun. “Kejap ek, tunggu anak lelaki uncle sampai.”
Allysa terus mengerutkan dahi, apa pulak lepas ni? “Ha dah sampai pun kamu Zhaf, kesian Lysa tunggu lama sangat.”
Sorry daddy, Zhaf lambat. Ada urusan business dengan klien,” ujarnya sambil berjalan menuju ke arah Tan Sri Tengku Ikmal.
Allysa hanya duduk berdiam diri sahaja ditempatnya. Tiada niat langsung nak melihat siapakah gerangan lelaki itu.
Sorry late,” ujarnya pada Allysa dengan suara lembut.
Allysa hanya mengagguk kepala, tapi bila dia mengangkat kepala alangkah terkejutnyadia. Mamat Jepun ni? Apa dia buat dekat sini?
Tengku Zhafran memberikan renungan tajam buat Allysa, akhirnya dapat juga aku jumpa kau lagi ye perempuan. Getus hati Tengku Zhafran.
“Apa kau buat dekat sini?” soalnya sedikit tegas, suaranya juga sudah berubah kasar.
“Ya Allah budak ni, kamu dah lupa ke? Kamu kena uruskan projek baru ni dengan syarikat Datuk Malik. Ini anak tunggal uncle Malik, Putri Allysa Diesya.” Ujar Tan Sri Tengku Ikmal apabila anaknya bersikap kasar dengan Allysa.
Tengku Zhafran menelan liur dengan kesat sekali. Putri Allysa Diesya? Diakah yang selama ini menjadi igauan aku siang malam? Bisik hati Tengku Zhafran. Matanya masih merenung tajam wajah Allysa.
What? Zhaf tak nak uruskan projek tu dengan dia daddy,” rayu Tengku Zhafran.
Sungguh hatinya sakit sekali bila melihat wajah Allysa, entah kenapa Allysa seperti tidak kenal dengannya. Sudahlah masa pertemuan pertama mereka terlanggar antara satu sama lain, lepas tu bertengkar di lapangan terbang. Sekarang Tan Sri Tengku Ikmal mahu dia berkerjasama dengan Allysa.
“Lysa pun tak nak uruskan projek ini dengan dia uncle. Kalau uncle nak sangat projek ni bergabung dengan Impian Holding, uncle dengan abah sahaja yang uruskan.” Allysa menjawab setelah lama berdiam diri.
Dia sebenarnya gementar dengan renungan tajam yang diberikan oleh Tengku Zhafran buatnya. Dia rasa seram sejuk bila berada dekat dengan lelaki ini.
“Lysa janganlah macam ni, Lysa tak kesian ke dengan abah Lysa?” pujuk Tan Sri Tengku Ikmal.
Allysa mengeluh.
“Lysa minta diri dulu uncle, banyak lagi kerja yang harus Lysa lakukan dari duduk dekat sini tanpa mendatangkan faedah buat Lysa. Walaupun faedah itu dari uncle dan abah.” Balas Allysa lalu bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi meninggalkan ruang Pengarah Urusan Lucifer Corp.
Mata Tengku Zhafran hanya memerhati sahaja kehilangan Allysa. Dia begitu kecewa sekali dengan apa yang telah berlaku, tidakkah Allysa ingat pada dirinya ini? Tidak adakah secebis pun perasaan Allysa padanya dahulu?
Tengku Zhafran meraup wajahnya. Dia tidak sedar yang Tan Sri Tengku Ikmal menjadi pemerhati dirinya sejak Allysa mengangkat kaki meninggakan ruang pejabatnya ini.

No comments:

Post a Comment