Thursday 16 October 2014

MISI CINTA MR BAD GUY BY AILAH DIELA


PROLOG
 
http://missilahstory.blogspot.com/2014/08/misi-cinta-mrbad-guy-prolog.html

WAJAH-WAJAH yang sedang memandang ke arahnya dia jeling dengan ekor mata. Kaki disilang dan badan disandarkan santai ke belakang sofa di ruang rehat rumah keluarganya itu. Penat menunggu akhirnya dia membuka mulut.
“So, how?”
            “Mama tak benarkan.” Akhirnya wanita yang duduk betul-betul bertentangan dengannya bersuara.
            “Do I care?” Kening sebelah kanan diangkat berserta dengan senyuman senget.
            “Along..”
            Mata dijulingkan ke atas sebaik sahaja mendengar panggilan tersebut. Macamlah dia tak tahu, itulah helah nak buat dia lembut hati. Panggil nama dia meleret-leret, dengan pakej muka kesian.
            “No, Mama!” Tegas dia menjawab. Sepatutnya Mama sendiri pun tahu sikap dia. Dia tak suka apa yang dia mahukan dihalang. Apa yang dia nak, dia mesti akan dapatkan juga.
Rizky dan Maira saling berpandangan. Bila si anak berkata tidak. Maka tidak akan ada jawapan ya. Namun untuk menurut apa yang si anak mahukan, sungguhlah tidak masuk di akal.
“Along. Bukannya Papa tak nak ikut apa yang along nak. Tapi dia tak layak untuk jawatan tu. Dia tak ada pengalaman. Papa tak nak merisikokan syarikat Papa.” Rizky bersuara. Lembut tetapi masih cuba bertegas.
“Then, we can at least give she some experience. Papa, I am giving you two choices. Take it or I leave it. Along bukannya tak nak tolong Papa, memang nak sangat tolong. Tapi, Papa pun kenalah tolong Along juga. Ha.. Kita saling bantu membantu. Kan mulia sikap tu..”
Kali ini kening Rizky pula yang terangkat. Lebih lagi bila melihat mata hazel si anak yang galak merenungnya. Seolah sedang memberikannya pilihan. Tetapi kedua pilihan yang diberi langsung tidak mendatangkan kebaikan kepadanya. Sepatutnya dia kena sedar yang sekarang dia sedang berdepan dengan juniornya. Segala sikap yang ada pada si anak adalah menurun dari dirinya juga.
“Okey. Then, I will  also give you two choices juga la.. Dengar cakap Papa or Papa akan tarik balik segala kemudahan yang ada pada Along sekarang.” Rizky senyum kecil.
Namun senyumannya mati sebaik sahaja terdengar gelak tawa si anak. Ketawa yang jelas-jelas membawa maksud tersirat. Sekilas dia memandang si isteri di sebelah. Wajah si isteri sudah kelat-kelat masam.
“Err. Along ambik second choice tu la. You can take everthing Papa. I don’t care.. Okey. Our discusion it’s done!”
Mengelabah Maira memegang lengan Rizky sebaik sahaja melihat si anak sudah bangun. Sempat si anak menghadiahkan ciuaman di pipinya berserta senyuman kemenangan.
“Abang. Do something! Abang ingat Along akan kisah dengan harta abang? No!” Bisik Maira ditelinga Rizky.
Rizky picit dahi. Lupa! Si anak masih boleh hidup walaupun dia menarik balik apa yang sudah dia laburkan kepada si anak selama ini. Si anak ada bankers yang lagi besar, iaitu Mummynya. Patutlah si anak langsung tak hairan!
“Along!” Panggil Rizky membuatkan langkah si anak terhenti di kaki tangga.
“Don’t worry Papa. Tonight Along akan tidur sini. But, esok pagi-pagi Along akan fly semula balik Ireland. Oh my! I miss my grandma already..”
Makin kuat goncangan Maira di lengan Rizky sebaik sahaja mendengar kata-kata si anak. Rizky tahu, Maira menyimpan harapan yang begitu besar supaya anak sulung mereka itu akan tinggal bersama mereka. Sudah berbelas tahun si anak tinggal di perantauan. Bukan senang nak memujuk si anak yang berkepala batu tu balik. Ini dah balik, takkan la dia senang-senang nak lepaskan pula.
“Okey! Papa ikut cakap Along. If you want her, then I can give her as your asisstant. Dengan syarat, please stay here..” Sepantas kilat Rizky bersuara sebelum si anak hilang di ke tingkat atas.
Untuk seketika Maira dan Rizky saling berpandangan. Kemudian keduanya membuang pandang pula ke arah si anak yang sudah bersandar di pemegang tangga. Asap rokok berkepul-kepul keluar dari bibir itu.
“Oh yeah? Are sure Papa?”
“Yes! I’m very sure my lovely son..”
“Good! Tak sabar nak bergembira with my new asisstant!”
Gelak besar si anak memenuhi segenap ruang tamu. Senyuman penuh bermakna di hadiahkan kepada mereka berdua. Kemudian si anak bersiul riang naik ke tingkat atas.
“Abang. I don’t think Anggerik will be safe with our son, you know how he is..”
“Kita tak ada pilihan sayang..” Pujuk Rizky. Dia juga memahami apa yang Maira risaukan.
Hanya mereka berdua yang tahu perangai sebenar si anak. Penuh dengan helah. Tidak pernah mengaku kalah. Degil. Keras kepala. Nakal dan suka bertindak tanpa memikirkan perasaan orang lain. Menangis kerana dia? Janganlah mengharapkan simpati yang akan dapat dari si anak. Sebaliknya hanya ketawa sinis yang akan dihadiahkan. Kerana inilah si anak digelar, bad guy...

No comments:

Post a Comment