Wednesday 15 October 2014

MIMPI KITA SAMA BY WAWA AKIL


BAB 2



Sampai di rumah, jam sudah berdenting lapan kali. Penat usah dikata. Balik pukul 6 petang tetapi sekarang baru sampai di rumah. Jem punya pasal. Mamanya, Datin Umi Kathum, pun sudah menjeling-jeling sebaik saja dia membuka gate rumah.
“Hah baru nampak batang hidung. Sudah dekat pukul 9 malam baru nak balik? Pak su cakap kakak  dah keluar office pukul 6 lagi,” Datin Umi kathum sudah mula berleter.Kejap lagi bernanahlah telinganya. Keluh Airis.
“Jemlah  ma. Bukan mama tak tahu jalan nak balik rumah kita ni kalau tak pukul 12 tengah malam tak kan lengang,” Airis pandang kearah waliq yang bersandar di sofa sambil menonton Buletin Utama.
Waliq pun satu tak reti-reti nak backup anak sulung dia ni. Biasanya pandai pula mencelah apabila mama berleter tetapi sekarang waliq hanya tersengih-sengih melihat dia dimarahi mamanya.
“Ye..ada apa?” Datuk Hasani bersuara. Dia perasan yang si anak sejak tadi asyik menjeling kearahnya. Adalah tu mahu meminta pertolongan daripadanya. Kan dah kata! Dia melihat Airis muncungkan bibirnya kearah mamanya.
“Banyaklah alasan awak. Jemlah apa lah,”  dia pandang kearah suaminya. Memberi amaran jangan membela si anak. Sebelum anak sulungnya balik lagi dia sudah berleter panjang pada suaminya yang asyik memenangkan anak gadis mereka.
“Kenapa dulu tak beli rumah kat luar kota, ini dibeli di tengah-tengah bandar. Salah siapa bila dah jem macam ni,”  gerutunya. Dia menjawab juga apabila melihat waliq tidak banyak membantunya kali ini. Mungkin waliq sudah diberi amaran awal.
“Menjawab…menjawab saja kerja  anak bertuah ni,” Datin Umi Kalthum sudah tidak mampu nak meneruskan kata-katanya lagi. Kalau berleter pun si anak buat tidak tahu saja, sudahnya dia yang sakit hati sendiri.  
“Mama ni kan umur kakak dah 36 tahun... takkan balik lambat sikit pun mama dah nak bising-bising. Kalau macam ni sampai bila-bila pun mama tak akan dapat menantu,” dia mahu tergelak tapi cuba ditahannya.
“Apa kena mengena dengan menantu dengan balik lambat? Kakak  nak kata yang kakak lambat balik kerana nak carikan mama menantu? Begitu?” Cepat saja dia mengangguk. Mengakuinya.
“Betul ma..betul,”
“Dalam mimpilah... mama  bukan tak kenal anak mama. Sudah 36 tahun anak oiiii... mama dah masak sangat dengan perangai kakak  tu,” Datin Umi Kalthum angkat punggung dari situ.
 Dari terus melayan anak sulungnya itu lagi baik dia masuk dapur. Menghidangkan makan malam. Tak adalah dia pening kepala dengan tingkah laku si anak. Kedengaran gelak tawa Airis. Suka dia dapat mengenakan Datin Umi Kathum.
Dia menghampiri waliqnya. Pelik timbul dihatinya. Selama ini waliq banyak membantunya menangkis serangan mama. Tapi malam ni dia pasti waliq sudah diberi amaran awal.
  Sebenarnya dia dengan waliq ni banyak persamaan. Mungkin disebabkan dia anak sulung maka kasih sayang waliq lebih tertumpah kepadanya, berbanding adik-adik yang lain. Dia dilebihkan dalam serba serbi.
Mungkin juga disebabkan jarak antara dia dengan tiga lagi adiknya agak jauh. Dia dengan Shamsul Hizri, berjarak  enam tahun bermakna adik lelakinya itu sekarang berusia 30 tahun. Masih bujang  tetapi mamanya tidak pula bising  meminta si bujang itu berkahwin.
Mungkin anak lelaki kot. Hish pilih kasih betul. Hish banyak betul mungkin kau Airis Ilmani. Adik ketiganya  Aida Nadrah kini berusia 26 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyuai dua anak berusia tiga dan enam tahun.
Si bongsu, Aira Amirah kini  berusia 24 tahun.  Walaupun masih muda tetapi jodohnyta sudah sampai. Aira Amirah sudah berkahwin enam bulan lalu  dan bakal menimsang cahaya mata tidak lama lagi.
Mungkin juga  disebabkan faktor perkahwinan  Aida Nadra dan perkahwinan Aira Amirah, enam bulan lalu  mamanya  menggunakan ‘gear lima’ turun padang mencari jodoh untuk dirinya. Mama kini menggunakan kuasa vetonya. 
Si sulung? Dia sendiri tiada jawapannya.  Ajal maut, jodoh pertemuan bukan kerja dia. Semuanya datang daripada Allah. Sebagai hamba-Nya siapa dia untuk menyangkal semua itu.
Waliq...” panggilnya.
“Waliqqqq...” Waliqnya masih tekun dengan siaran kegemarannya. Panggilan pertama tidak bersahut. Begitu juga dengan panggilan kedua. Ini boleh mendatangkan kemarahannya.  Dia tersengih.
Akhirnya.
“Ya Allah dia ni… waliq syok tengok TV ni.. nak apa?”  Datuk Hasani akhirnya menyahut panggilannya. Biarpun dirinya langsung tidak dipandangnya. Kira okey lagilah sebab waliq masih memberi respond kepadanya.
 “Mama tu kenapa?” dia muncung mulutnya ke arah dapur. Mata Datuk Hasani juga menghala ke arah dapur.
“Kenapa dengan mama?” soalnya. Mulutnya masih lagi dimuncungkan kearah dapur.
“Kenapa mama nampak bad mood saja malam ni?” soalnya.
Bad mood?”
“Iyalah... bad mood.. hari-hari biasa tu bad mood juga tetapi tidaklah seteruk malam ni. Mama marahkan siapa?” dia bertanya lagi. Mana tahu kot-kot bukan dia yang dimarahi mama. Mungkin juga dia sekadar terkena tempiasnya saja.
  Dia yakin  seratus peratus sasaran kemarahan mama pastinya kepada adik keduanya, Shamsul Hizri yang kerap membuatkan darah tinggi mamanya makin meningkat kebelakangan ini.
“Mama tu macam biasalah. Ada angin sikit. Lepas tu tengok kakak tak balik-balik rumah.  Call pak su dia kata kakak dah lama balik. Lagilah dia berangin,” Datuk Hassani bercerita.
Datuk Hasani menggeleng kepalanya. Aik bukan marah Ery ke? Hish apa salah dia kali ini? Desisnya. Pelik juga dia.
“Marahkan Ery pun ada juga. Tapi mama lebih anginkan kakak,” Datuk Hasani berterus terang. Dia rasa dia tiada buat perkara yang boleh mendatangkan kemarahan mama hari ini.
Dua hari lepas adalah, itu pun dia bukan  sengaja    tidak hadir majlis makan malam dengan keluarga Puan Seri  Humairah. Takkan mama masih belum maafkan dia lagi. Dia sudah minta maaf pun dengan best friends mama tu.
Bukan salah dia pun, petang kelmarin dia balik rumah pun sudah lambat. Gara-gara menemubual lelaki poyo untuk ruangan personaliti  akhbarnya. Membantu rakan, akhirnya dia yang terperangkap.
Jadi janjinya untuk  makan malam bersama sahabat ‘laga pipi’ mamanya itu terpaksa dibatalkan. Mungkin ada hikmahnya juga, sebabnya  Aida Nadrah memberitahu tujuan makan malam itu adalah untuk menemukan dia dengan anak bujang puan seri berkenaan.
Selamat dia buat malam kelmarin. Hari-hari seterusnya dia perlu mencari alasan lain untuk mengelak kerana dia pasti mama tidak akan mudah menyerah kalah selagi dia tidak bertemu jodohnya.
“Mmm…Tak payah fikir sangatlah. Lama-lama dia reda sendiri tapi jangan pula kakak  siram minyak. Nanti dah elok-elok terus jadi marak semula,” Datuk Hassani  meredakan perasaan anak gadisnya.
“Kakak ada singgah di mana-mana ke?” Datuk Hassani masih lagi merisik.  Tadi pun masa menelefon adik iparnya, Imran ada memberitahu sesuatu kepadanya. Kalau betul apa yang diberitahu itu, dia akan sujud syukur.
 “Mana sempat kakak nak singgah di mana-mana. Keluar office tadi pun dah dekat pukul enam terus balik rumah.  Waliq ni dah jadi mama pula. Pak su pun sama. Peninglah macam ni.
“Waliq tahu sajalah jalan rumah kita ni, kalau tak jem memang tak sah. Kenapa dulu-dulu tu waliq beli rumah  kawasan Bangsar ni, kenapa tak pilih Rawang atau Puchong saja,” sekali lagi dia menyalahkan waliqnya membeli rumah di tengah-tengah bandar raya.
Datuk Hassani menepuk bahu si anak.
“Manalah waliq nak tahu area rumah kita ni jadi hot macam ni. Masa beli rumah dulu pun harganya taklah sampai berjuta-juta tapi sekarang ni kalau dijual mahunya sejuta atau dua juta harganya,” balasnya.
Matanya masih lagi tidak lepas-lepas melihat kaca TV. Sekarang ni siaran sudah bertukar.
“Tapi kakak rasa kalau waliq beli rumah di Puchong dulu pun macam area rumah kita juga. Jem dia pun  boleh tahan jugak. Silap-silap lebih teruk dari Bangsar ni,” katanya. 
Rasanya dia kerap juga mendengar teman sepejabatnya,Wanda dan Nadia yang tinggal di area Puchong mengadu mengenai kesesakan di situ. Kesimpulannya, mana-mana tempat pun sekarang boleh tahan sesak.
 Datuk Hasani diam. Dia tahu anak gadisnya itu sedang hangat hati. Anak dengan isteri, masing-masing keras kepala. Isteri suka berleter, si anak pula suka menjawab, maka asyik bertikam lidah saja.
“Mama bukan marah kakak balik lambat tu. Tapi lebih pada makan malam tu. Alah biarkan sajalah mama tu. Mama tu  mulut saja bising tapi hati mama baik. Mana ada mak tak sayangkan anak dia.
“Jadi, kakak jangan ambil hati sangat. Kalau mama berleter, kakak diam sajalah. Tak susah kan, kakak anak maka kakak kenalah beralah dengan mama tu,” dia cuba menasihati si anak.
Sejak semalam lagi isterinya berleter dan leterannya pasti kena mengena dengan si anak sulung, Airis Ilmani. Naik rimas dia dibuatnya, mana satu mahu disokongnya, si anak atau si isteri.
Dia tahu si isteri mahu memperkenalkan anak lelaki Datuk Zakri dan Datin Juwariah tetapi makan malam itu tidak menjadi apabila si anak tidak pulang ke rumah seperti dijanjikan.
Airis tersengih.  Tahu sangat dia apa yang mahu disampaikan waliqnya, cuma dia akui, dia ni kadangkala bersikap degil dan jarang mahu mengalah dengan mamanya. Membuatkan hubungan mereka kerap kali menjadi tegang.
“Apa cerita malam tu?” risiknya.  Ingin juga dia apa terjadi dengan  dinner  mama dengan Datin Juwariah sekeluarga hari tu.
“Kakak tak datang maka dinner tu sekadar makan-makan dan berbual-bual sajalah. Anak bujang Datin Juwariah pun ada. Kalau kakak ada sama bolehlah kenal-kenal dengan dia,” saja je dia mengenakan anak gadisnya.
Kenal-kenal dengan anak Datin Juwariah? Si Darius tu? Oh noo… bukan dia tidak kenal dengan Darius, lelaki yang sebaya dengan Pak su Imran. Boleh dikatakan rapat jugalah lelaki itu dengan bapa saudaranya. Tanpa sedar dia menjerit kuat.
“Tak nak..tak nakkk,” pantas saja dia bersuara. Kepalanya digeleng berkali-kali. Siapa nak berlakikan Darius tu. Bukan dia kisah sangat pun usia lelaki tu sudah mencecah 40 tahun dia pun sudah tua, bukan anak gadis remaja lagi tetapi yang dia risaukan adalah sikap buaya lelaki itu.
Nanti kalau berjodoh, tak pasal-pasal dia makan hati berulam jantung. Kalau hati lembu sanggulah dia makan hari-hari ini, ni entah hati apa-apa. Tak nak..tak nak.. makin laju  dia menggelengkan kepalanya.
Seram betul dia dengan pilihan mama. Mama pun satu kalau nak carikan jodoh untuknya, cari-carilah yang elok sikit. Yang semenggah sikit. Bukan macam si Darius yang asyik mengukur berapa jumlah night club.
Masing-masing diam.
“Waliq..” panggilnya lagi. Bosan pula dia apabila waliqnya tekun menyaksikan siaran kegemaran di kaca TV. Dia berlunjurkan kakinya. Cuba melegakan rasa lenguh. Nasib baik cik keretanya jenis automatik, kalau manual dia sendiri tak tahu nak cakap.
“Ya Allah apa lagi kakak. Budak ni tak boleh tengok waliq senang sikit. Ada saja mahu kacau. Apa dia?” Dia jengkel matanya. Dalam marah-marah itu Datuk Hasani  tetap melayannya.
Airis sudah ketawa. Geli hati melihat tindakan spontan waliqnya sebentar tadi. Sudahnya dia bangun mahu berlalu dari ruang tamu. Badannya berlengas dan dia perlu membersihkan dirinya.
Nasib baik dia ‘bercuti’  dari solat hari ini. Kalau tidak, pasti kelam kabut dibuatnya memandangkan dia sampai di rumah tadi pun sudah dekat-dekat pukul 8 malam. Nanti Maghrib ke mana, dia ke mana.
“Eh tadi bukan main ajak bersembang. Sekarang ni pandai pula dia nak melarikan diri. Ah apa nak cakap sangat tadi sampai tak menyempat-nyempat,” soal Datuk Hasani bila dia melihat Airis tidak menyempat-nyempat mahu  meninggalkan ruang tamu.
“Mana ada… kakak saja-saja je panggil waliq tadi. Saja nak kacau waliq. Ralit sangat tengok TV.  Kakak nak naik dulu. Nanti kita sambung bersembang lagi,” cepat saja dia mendaki anak tangga menuju ke bilik tidurnya apabila melihat kelibat mamanya di ruang tamu.  
Lambat bergerak tak pasal-pasal bernanah lagi telinganya. Sempat lagi dia mendengar mamanya membebel. Dia pasti bebelan itu untuk dirinya. 
Sehingga kini kondominium  Pantai Panorama di Pantai Dalam yang dibeli beberapa tahun lalu  dibiarkan kosong. Dia tidak sanggup melihat mama dan waliq tinggal berdua di rumah agam yang memiliki tujuh bilik.   
Dua adik perempuannya sudah mempunyai tanggungjawab jadi mereka perlu  mengikut suami masing-masing. Hanya Ery yang belum berkahwin, mahu tidak mahu adik bujangnya terpaksa akur dengan arahannya.
 Selesai membersihkan badannya dia merebahkan dirinya ke  tilam empuknya. Matanya dipejam. Dia  perlu merehatkan badannya.  Dia bukan setakat penat tubuh tetapi dia juga penat dengan kerenah orang sekeliling.
Beberapa kali dia menguap. Badan penat tetapi fikirannya asyik menerawang mengingatkan lelaki bernama Khaled Zidan. Handsome sangat ke lelaki itu sehingga lintasan bayangan wajah itu menjelma di kotak fikirannya.
Ah sudah! Buat apa dia tiba-tiba terbayangkan lelaki  tidak semenggah itu. Kalut...kalut. Kalau orang tahu ni boleh jadi bahan gurauan ni. Beberapa kali dia menampar pipinya. Wake-up Airis Ilmani. Wake-up.. Jangan berangan-angan boleh tak?
 Sedar diri kau tu sikit. Dia muda daripada kau enam tahun. Tahu tak.. Enam tahun. Lelaki itu sebaya dengan Ery, adik kau. Errrkkkk.... dia ketuk kepalanya sendiri. Dalam berperang dengan diri sendiri itu, akhirnya dia sudah terlelap. 

No comments:

Post a Comment