Saturday 11 October 2014

MIMPI KITA SAMA BY WAWA AKIL

SAMBUNGAN PROLOG


Mungkin juga sebab itul dia sampai sekarang belum berkahwin lagi. Hish.. Airis ada pula macam tu..dah macam mama pun ada.
Dia belum berkahwin sebab belum sampai jodoh kau lagi bukan disebabkan kerjaya yang di pilih. Adik-adik dah kahwin sebab jodoh mereka sudah sampai.Tetapi itulah… mama kerap menyalahkan kerjaya yang dia pilih.
Eh mama namanya Datin Umi Kathom, macam nama pelakon dulu-dulu tu. Mama cantik? Memanglah, kalau tak takkan waliq jatuh cinta. Waliq? Waliq orangnya sederhana tetapi kerap menyebelahi dirinya setiap kali mama berleter.
Berbalik pada mama… kata mama kerana kerjaya yang dia pilih inilah sampai sekarang dia belum berkahwin lagi. Salah lagi ke dia sebab bergelar wartawan? Itu persoalan yang membelenggu dirinya kebelakangan ini.
Kalau dia tersalah pilih kerjaya mengapa ramai saja rakan sealiran dan sekerjanya menamatkan zaman bujang mereka. Nadia, Wanda, Sofea, dia hanya mengambil contoh beberapa rakannya seangkatan dengan usianya yang sudah menamatkan zaman gadis mereka.
Jadi tidak sepatutnya mama menyalahkan kerjayanya. Sepatutnya mama jadi backup pada dirinya apabila kerap disindir sanak saudara. Ni tak, mama sama naik mahu mengenakan dirinya.
Nasib baik, walid sporting orangnya.Walaupun sampai sekarang jodohnya belum sampai, waliq tidak pernah melatah.Malah prinsip hidup waliqnya membuatkan dia begitu menghormati waliq.
“Jodoh anak waliq belum sampai lagi. Kenapa Airis kalut sangat ni. Sepatutnya Airis berdoa kepada Allah supaya menemukan jodoh Airis tu. Jodoh ni bila dah sampai, dia datang sepantas kilat,” nasib baik waliq tak seperti mama.
Waliq masih berpegang kepada prinsip kalau ada jodoh tidak ke mana.Kalau sudah sampai jodohnya, tidak akan ke mana. Allah akan gerakkan hatinya dan hati si dia untuk bersatu.

No comments:

Post a Comment