Wednesday 15 October 2014

KALAU SAYANG JANGAN MARAH BY EZDIANI ABD RAHMAN


BAB 1
https://www.facebook.com/easttdiani?fref=ts



“ASTARGFIRULALLAH-AL-AZIM...”aku  mengurup  dada. Badanku sedikit  berginjak  ke depan. Hentaman  yang  kuat  dari  arah  belakang  kereta,  membuatkan  aku  bagaikan  mahu  luruh  jantung.
            Lama  aku  duduk  diam  di tempat  pemandu. Laju  sahaja  nafas  naik  turun. Dalam  rasa  ketar  itu, turut  ada  rasa  geram  dan  marah  kepada  pemandu  kereta  yang  melanggar  aku  dari  belakang. Takkan  tak  perasan  kereta  aku  ni  dah  mula-mula  semput. Apa yang aku risaukan tadi, benar-benar terjadi. Dalam berdoa, tiada kereta yang menghentamku dari belakang. Belum sempat aku mengambil ruang ke tepi jalan, kereta aku mati dulu di tengah jalanan. Ada juga yang menghentam, hingga buatkan debaran aku tidak mampu berdegup tenang.
            Mata  yang  dipejamkan, dicelikkan. Ada  seseorang  lelaki, mengetuk-ngetuk  tingkap  sebelah  kiri. Nafasku  tarik  sedalam-dalamnya, bila melihat reaksi si pemuda yang bagaikan tengah amuk. Wajahnya yang bengis itu, membuatkan aku sedikit kecut perut.
            “Hoi! Kau  bawa  kereta  macam  mana  hah?”tengking  pemuda  yang  berbaju  polo  putih  itu. Lagaknya sudah macam hilang sabar. Seolah-olah keretanya pula yang dilanggar. Berkali-kali juga tayar kereta milik arwah ini ditendang-tendangnya. Melepaskan amarahnya mungkin!
            Kurang  ajarnya! Bergerutu pula hati aku. Sesuka hati dia menendang-nendang tayar kereta yang kini jadi milik aku. Bukan setakat itu sahaja, diketuk pula bonet kereta bahagian depan menunjukkan tanda protes. Sudahlah  kereta  aku  yang  dilanggar. Aku  pula  dimarahnya. Gila  agaknya. Dalam rasa getar, aku memberanikan diri juga. Mengatur aku keluar daripada perut kereta.
            “Awak ni  apahal?”Balasku dengan suara yang meninggi. Orang macam ni, memang tak boleh nak berlembut. Perangai mengalahkan hantu. Hantu lebih baik agaknya.
            “Sebab kereta  kau, aku  berlanggar dengan kereta buruk kau ni. Kalau  dah  buruk, letakkan  je  kat  bengkel. Tak  pun, letakkan  kat  muzium. Kereta  buruk macam  ni, tak  payah  nak  bergerak  atas  jalan. Menyusahkan!”Tengking  lelaki  yang  berkaca  mata  hitam  itu  lagi. Bukan main lagak lagi dia. Bangga sangat dengan kereta mewah yang dipandunya. Tiada pula kesan kemek kepada keretanya yang mewah tu. Kereta arwah abah memang nampak jelas kesan dilanggar. Sepatutnya aku yang marahkan dia, ini tidak, dia pula yang beria-ia marahkan aku.
            “Baiknya  bahasa. Hei,  cik  abang!  Awak  tu  yang  salah. Siapa  suruh, awak  ikut  kereta  saya  ni  dekat-dekat. Mana  saya  nak  tahu, kereta  saya  nak  rosak  tengah  jalan.”balasku geram. “Kalau  ia  pun, salah  saya. Berbudi  bahasalah  sikit.”sambungku lagi. Wajahnya aku tenung dalam-dalam. Dia ingat bengisnya sahaja. Aku pun boleh!
            “Habis  kereta  aku. Habisss!!”bergetar  badan  si pemuda. Rambutnya  ditarik-tarik. Kemudian, dia seakan-akan mahu mencekikku. Sudahlah salah sendiri, nak salahkan orang pulak. Mesti kat sekolah dulu tak belajar siviks.  “Kau  kena  bertanggungjawab!”jarinya  ditundingkan  tepat  ke mukaku.  Nampak angin badannya. Naik turun nafasnya laju dihelakan. Kemudian tangannya terus mengetuk-ngetuk kereta arwah abah.
            “Apa  pulak, saya  nak  kena  bertanggungjawab? Saya  tak  mahu... Awak yang patut bagi ganti rugi kat saya. Dahlah awak langgar kereta saya ni, lepas tu awak tendang-tendang dan ketuk-ketuk pulak kereta ni.”aku  mencebik. Tak  kuasa  aku  nak  bertanggungjawab. Bukan  aku  yang  langgar. Dia yang bikin hati aku panas. Nak minta ganti rugi yang tak berasas.
            Aku  lihat  pemuda  tu, macam  marah  betul. Mundar-mandir dia di depanku. Tergenggam  rapi  genggaman  jemarinya. Takkan  perempuan  pun, dia  nak  bagi  penumbuk. Memang lelaki dayus!
            “Eee! Nasib  baik  kau  perempuan. Kalau  tak, memang  lebam  muka  kau  tu, aku kerjakan.”
            Aku  tersengeh. Menghela nafas lega Baguslah. Taklah  dapat  sakit. “Lain  kali  bawa  kereta  tu, berhati-hati. Kereta  saya  yang  awak  langgar  ni, macam  mana?”aku  menaikkan  sebelah  keningku.
            “Argh!! Kau  selesai  sendiri!”Dengusnya kasar. Biadap!
            “Mana  boleh! Awak  yang  langgar  saya  dari  belakang. Awak siap tendang-tendang dan ketuk-ketuk kereta ni. Awak kena ganti rugi.”balasku. Mula  menarik  lengan  baju  ke paras  siku. Bukan  nak  cari  gaduh, tapi  panas. Pusing aku melihat keadaan kereta. Belakang kemek dilanggar. Di bonet bahagian depan pula, ada kesan kemek diketuk dengan tangan jahatnya tu. Dasar lelaki mereng!
            “Haish!! Tapi  semua  tu  sebab  salah  kau.” Dia tak mahu mengalah.
            “Awak kena ganti balik. Kereta saya ni, satu-satunya kereta peninggalan arwah saya. Awak pula dah rosakkan. Nanti apa saya nak jawab dengan mak saya kat rumah tu?”Aku sudah mula gelisah. Ingat mak di rumah, aku mula jadi tidak senang hati. Mesti mak akan bebel dan marahkan aku. Dia dah halang aku memandu tadi, tapi aku degil. Tetap menonong keluar bawa kereta arwah abah.
            “Peduli apa aku dengan apa yang kau cakap.”Langsung tak berperasaan. Agaknya orang kaya memang macam tu? Suka mempersendakan orang yang tak berapa nak kaya macam aku ni. Argh! Mungkin dia je kot macam ni. Aku bukannya tak ada kawan yang hidup mewah, tapi baik je dengan aku.
            “Banyak nak guna duit ni. Saya nak awak bertanggungjawab.”Aku membalas. Tak pedulilah aku. Dia mesti bayar ganti rugi. Memang sah-sah salah dia. Aku siap bagi lampu kecemasan masa nak ambil jalan ke tepi tadi. Itulah, bawa kereta macam pelesit. Mata tak jegil luas-luas. Lampu yang berkelip-kelip menyala pun tak nampak.
            “Aku tak mahu! Kau yang kena bayar ganti rugi kat aku. Sebab semuanya salah kau.”Dia tidak mahu mengalah. Tetap salahkan aku. Geram pula aku, bila perlu berhadapan dengan orang yang tak faham bahasa dan berbudi bahasa ni.
            “Senang  cerita, awak  tanggung  sendiri  apa  yang  jadi  kat  kereta  awak. Kalau awak  suruh  saya  bayarkan  kos  ni, saya  tak  mampu  la. Awak  tengok  kereta  saya  ni? Kereta  buruk  je... Awak  tu, naik  kereta  macam  mewah  je.”kereta Subaru  BRZ. Wow! Mahal  kereta  tu. Tapi sayang, poket kosong. Biar papa kedana, asalkan bergaya! Agaknya macam tu kot.
            “Banyak  cantik!”Tinggi suaranya.
            “Terima  kasih. Saya  tahu, memang  saya  cantik.”Tersenyum-senyum aku. Sengaja je pun.
            “Huargh!! Gila  la  kau ni.”pemuda  tu  mengalah  juga. Berlalu  tinggalkan  aku  sendiri. Meninggalkan  aku  dengan  kereta  buruk  peninggalan  abah  aku  ni. Sedihnya, melihat keadaan kereta arwah abah yang dilanggar ni. Kalau aku berduit, aku akan pastikan keadaan ini seperti sediakala. Malah, aku akan tukar apa yang uzur di setiap bahagian kereta. Malangnya. Aku tak berduit! Nak makan pun cukup-cukup lekat celah gigi.

MALANG  nasib  aku  hari  ni. Sudahlah  kena  pecat. Kereta  pulak, buat  hal  kat  tengah  jalan. Ada  pulak si mamat  kerek  langgar  aku  dari  belakang. Bukan  main  marah  lagi  dia. Balik  rumah, kena  lagi  bebel  dengan  mak. Hai, nasib...nasib!
            Mamat  kerek  tadi  tu, kacak! Tapi  sayang, kerek  dan  sakit  jiwa. Mintak  simpanglah, jumpa  dia  lagi  lepas  ni... Ish! Tak  bolehlah. Aku  kena  cari  dia  juga. Siapa  lagi, kalau  bukan  dia  yang  nak  bayarkan  semua  kos  kerosakan  kereta? Takkan  aku? Duit  nak  makan  pun, cukup  untuk  bulan  depan. Kalau  mak  tahu, habislah  aku. Risau betul. Sehabis daya, aku rahsiakan kejadian yang berlaku tadi. Minta-minta mak takkan tahu.
            “Ezani... Jauhnya  termenung? Ada  masalah?”mak  sudah  duduk  di sebelah. Tangannya  mengambil  bantal  kecil  yang  ada  disofa  dan  dipeluk. Dengan ekor mata, aku nampak, emak tidak lepas merenungku.
            “Eh, mak...”aku  buat  muka  selamba. Tidak mahu emak menghidu. Kalau aku gelabah, emak mesti dapat menangkap ada yang tak kena.
            “Kenapa? Macam  ada  masalah  je.”Tanya mak.
            Aku  gelengkan  kepala. Aku  tak  mahu, mak  susah  hati  atau  risaukan  keadaan  aku. Lagi-lagi fasal kereta peninggalan arwah abah. Mak sayang sangat dengan kereta tu. Mak cakap, kereta buruk tu, banyak berjasa kepada kami sekeluarga.  Berharap  sangat, mak  tak  perasan  kereta  yang  kemek  di luar  sana. Kalau  mak  tahu, mesti dia akan bersedih.
            “Habis  tu, kenapa  muka  macam  tu?”
            Aku  memuncungkan  bibir, dan  perlahan  aku  gelengkan. Kepala  aku  lentokkan  kemas  ke bahu  mak. Jari  aku  mula  menggentel  bantal  ditangan  mak. Maafkan Yani, mak.
            “Ni  kenapa  pulak? Jangan  cakap yang  kamu  kena  pecat  lagi?”Muka mak sudah berkerut. Keningnya sudah bercantum. Nafasnya sudah jelas kedengaran.
            Kalut  sahaja  aku  mendongakkan  kepala. Muka  emak  aku  renung  sedalam-dalamnya. Tak sanggup rasanya, nak lihat wajah mak yang redup tu. Kadangkala, aku terfikir juga. Aku ni memang tak berguna langsung pada mak. Asyik timbulkan masalah je. Kesian, mak!  “Yani memang kena pecat mak. ”terangku takut-takut.
            Hanya  dua  bulan  sahaja  aku  dapat  bertahan  di Sentosa  Holdings. Itu  dikira tempoh paling  lama  aku  berkerja, jika  mahu  dibandingkan  dengan  pekerjaan  sebelum  ni. Paling  aku  boleh  bertahan, tiga  hari  aje. Lepas  tu, aku  cabut! Tak  ada  feel. Aku bukannya tak kesiankan mak. Tapi, aku tak bolehlah kalau kerja, asyik kena marah-marah. Tak sukalah!
            “Ya  Allah, Yani. Apa  yang  kamu  buat  lagi  ni? Sampai  bila  kamu  nak  terus  macam  ni? Sampai  bila  mak  nak  kena  tanggung  kamu? Dah besar lebar pun.”Mak mula membebel. Nampak jelas kekecewaan di wajah tua mak.
            “Kali  ni  last. Yani  janji, lepas  je  dapat  kerja  baru  nanti, Yani  kerja  betul-betul.”tinggi  kuangkat  tangan  berjanji. Aku pun tak inginkan semua ni terjadi. Aku tak minta pun terjadi.
            “Berapa  kali  terakhir  kamu, Yani? Ini  dah  masuk  ke 5  kali, kamu  cakap  kali  terakhir. Akan  kerja  baik-baik. Tengok sekarang. Berhenti lagi!”bebel  emak  marahkan  aku. Aku macam nampak asap dah keluar daripada telinga mak.
            “Tak! Kali  ni  betul. Yani  akan  cari  kerja  baru  dan  kerja  sungguh-sungguh. Mak  pun, doakanlah  Yani  yer.”lengan  emak  kucuit  lembut. Sempat  dikenyitkan  mata. Tapi  mak  membalas  dengan  jelingan. Aku tahu, mak kecewakan sangat dengan aku.
            “Mak  ni, hari-hari  doakan  kamu. Moga  hidup  kamu  sejahtera. Kerja  biar  terus  kekal. Hari-hari  mak  berdoa!”bulat  mata  emak  jegilkan  mata  kepadaku.
            “Teruskanlah  berdoa. Doa  seorang  ibu  kan  selalu  dimakbulkan. Selalu  mujarab!”
            Emak  menggelengkan  kepalanya. Peha  aku  ditampar  berkali-kali  sebelum  dia  bangun. Aku  hanya  memerhati  sahaja  emak  melangkah  kaki  ke muka  pintu. Aku  hanya  tersenyum, bila  bebelan  emak  tidak  habis-habis  walaupun  sudah  tiada di depan  mata. Aku kenal sangat dengan mak. Walaupun mulutnya bising suka bebelkan aku, mak tetap sayangkan aku.
            “Astagfirullah-Al-Azim!”kuat suara mak.
            Coklat  Cadbury  yang  baru  masuk  ke dalam  mulut, terus  tersembur  keluar. Terbatuk-batuk  kecil, bila  kedengaran  suara  emak  yang  mula  menjerit.
            “Yaniii! Kamu  keluar  sekarang.”
            Bekas  cadbury yang  ada  di tangan  spontan  diletakkan  ke meja. Pantas  aku  bangun  dan  berlari  ke luar. Baru  di depan  muka  pintu, aku  sudah  dapat  lihat  emak  mula  mengcengkak  pinggang. Matanya  bulat  memerhati  aku. Tajam!
            Longlai  aku  mengatur  langkah. Aku  memerhati  arah  belakang  kereta  yang  kemek, setelah  emak  juihkan  ke arah  kereta. Seolah tiada apa-apa yang berlaku. Kepala  yang  tidak  gatal, aku  garu-garu. Liur  ditelan. Tidak  tahu, apa  yang  ingin  di katakan  lagi.
            “Apa yang  dah  jadi  dengan  kereta  arwah  abah  kamu  ni? Apa  yang kamu  dah  buat  ni  Yani? Kamu  langgar  apa?”soal  emak  bertalu-talu.
            “Aaa...uuumm...”aku mati kata-kata.
            “Langgar  apa?”soal mak. Tangannya terus mencengkak pinggang. Nafasnya naik turun laju. Aku pula yang terasa sesak nafas melihat reaksi mak.
            “Bukan  langgar. Orang  langgar. Kan  belakang  yang  kemek  tu. Kalau  Yani  yang  langgar, mesti  bahagian  depan  yang kemek. Tapi, ni  bahagian  belakang. Betul  tak?”Aku memberi alasan. Itu memang kebenarannya. Ada kereta lain yang melanggar aku dari belakang. Kereta lelaki mereng terputus urat satu.
            “Habis  tu, macam  mana? Kamu  minta  ganti  rugi  tak?”
            Aku  hanya  tersengih. Perlahan  aku  anggukkan  kepala, dan  kemudian  aku  juihkan  pula  bibir  seinci.
            “Apa? Tak  faham  dengan  memek  muka  tu. Minta  ganti  rugi  tak?”Soal mak. Mula tayang muka garang. Kecut perut aku.
            “Minta. Tapi, orang  tu  tak  mahu  bagi.”jawabku tersengih-sengih.
            “Tak  mahu  bagi? Kenapa?”suara  emak  yang  tadi  sudah  mendatar  kembali  meninggi. Pinggangnya  sekali  lagi  dicekak.
            “Sebab, kereta  ni  tiba-tiba rosak  tengah  jalan. Dok  tengah  memandu, tiba-tiba  berhenti  mengejut. Itu  yang  kena  hentam  dari  belakang.”terangku.
            Emak  mula  mendengus  kasar. Kepalanya  digeleng-gelengkan. “Hah! Itulah  degil  sangat. Cakap  mak  ni, kamu  tak  mahu  dengar. Mak  cakap, pergi  kerja  dengan bas  atau  skuter  kamu  tu. Ini  tak, tetap  degil  nak  naik  kereta. Dah  jadi  macam  ni, apa  pun  tak  boleh.”bebel mak panjang. Marah betul mak kali ni dengan aku.
            “Nanti  Yani  hantarlah  ke bengkel.”Jawabku nak menyedapkan hati mak.
            “Hantar  ke bengkel  boleh. Nak  bayar  dengan  apa?”marah  mak, dan  terus  berlalu  masuk  ke dalam  perut rumah.

KERJA! Kerja! Kenapalah  susah  sangat  nak  dapat  kerja  yang  sesuai  dengan aku? Ada  kelulusan  pun, susah  nak  dapat  kerja  yang  sesuai. Bila  dapat  kerja, langsung  tak  masuk  dengan  jiwa. Macam  mana  nak  kekal  lama?
            Sudah  satu  jam, aku  berpusing  di bangunan  membeli-belah. Jawatan  kosong  untuk  promoter  dan  juga  pembantu  kedai, banyak  yang  hendak  di gunakan. Hanya  itu  sahaja, yang  ada. Takkan  dengan  kelulusan  aku  ni, nak  minta kerja  macam  tu. Lama-lama  beragak, akhirnya  ringan  sahaja  kaki  aku  melangkah  masuk  ke satu  butik.
            Dalam  aturkan  langkah  itu, tiba-tiba  sahaja  ada  seseorang  merentap  tanganku  dan  terus  merapatkan  badannya  ke arahku. Belum  sempat  aku  ingin  menjerit, dia  sudah  berbisik  di tepi  telinga.
            “Baik  awak  diam. Kalau  tak, saya  raba  bukit  awak.”ugutan  itu  membuatkan  aku  kecut  perut. Bukit! Hah! Aku  tunduk  memandang  ke arah  depan  dadaku. Laju  aku  menggelengkan  kepala. Janganlah  macam  tu.
            “Janganlah...”balas  aku  perlahan.
            “Kalau  tak  mahu, awak  iyakan  apa  yang  saya  nak  cakap.”bisiknya  lagi, merentap  badanku  agar  lebih  dekat  dengannya. Tanganku  ditarik  agar  merangkul  pinggangnya.
            “Awak  nak  buat  apa  ni?”soalku  takut-takut.
            “Ikut  je. Dan  jangan  banyak  cakap.”ujarnya perlahan, tapi tegas.
            Aku  meringankan  kaki, mengikut  atur  langkahnya  ke depan. Beberapa  langkah  sahaja, serentak  langkah  kami  terhenti.
            Kami  berhenti  di hadapan  wanita  yang  sedikit  separuh  umur, tetapi  masih  cantik  dan  bergaya. Gugup  jantung  aku ni, memang  dah  tak  terkata. Entah  apalah  yang  akan  terjadi.         Janganlah  perempuan  yang  sedang  duduk  menghirup  air jus  oren  tu, ibu  ayam  sudah. Aku tak  mahu  jadi  anak  ayam. Tidak! Aku  cuba  melepaskan diri,tetapi  kuat  lelaki  gila  di sebelah  aku  ni  memaut  pinggang  aku. Hah!
            Hi,  mummy.”sapa  lelaki  gila  itu  lembut  dan  manja. Pipi  wanita  berusia  itu  dikucupnya  kiri  kanan. Rasa  geli-geleman  aku  menengoknya. Nak  muntah hijau.
            “Jemputlah  duduk.”pelawanya  dengan  senyuman  manis. Naik  juling  matanya  itu  memandang  aku  dari  atas  hingga  ke bawah. Eee... Tak  senonoh!
            Thanks, mummy. Sorry, Fiq  lambat  sikit. Mummy  dah  lama  tunggu?”soal  lelaki  itu  yang  menggelarkan  dirinya  dengan  panggilan  Fiq.
            Fiq? Mungkin  nama  dia  Taufiq... Syaufiq...Afiq... Argh, apa-apa  ajelah. Aku  menghenyakkan  punggungku  di sebelah  kerusi  lelaki  gila. Bukan  baik  lagi, lelaki  gila  melayan  aku. Siap  tarikkan  kerusi  untuk  aku.
            “Sayang...”lembut  dan  lunak  sahaja  panggilan  sayang  itu  disebut. “Kenalkan... Ini  mummy  I. Mummy, inilah  bakal  menantu  mummy. Yang  selalu  Fiq  ceritakan  tu.”
            Menyelinap  darah  naik  ke muka. Sayang? Bakal  menantu? Hah, apa  semua  ni. Tadi  bukan  main  mengugut  nak  meraba  bagai, sekarang  lain  pula. Aduh! Apa  aku  nak  buat.
            Wanita  di depanku  itu  meleret  senyum.  Terangguk  kepalanya. “Manis  dan  cantik  bakal  menantu  mummy  rupanya. Patutlah...”
            Terkebil-kebil  mataku. Dalam  masa  yang  sama, aku  rasakan  hidung  aku  ni  dah kembang  kempis  berkali-kali  ganda. Punggung  aku  lagilah  rasanya. Melebar  je  kembang. Manis  dan  cantik! Itu  aku  akui. Memang  aku  manis  dan  cantik.
            Aunty, maaflah. Fiq... tak  cakap  pula  nak  jumpa  aunty  tadi. Itu  yang  Yani  terkejut  sikit, bila  jumpa  aunty  ni.”jeling  aku  tajam  kepada  pemuda  di sebelah  aku. Boleh  tahan  juga. Kulitnya  cerah  kemerahan. Hidungnya  terletak  tinggi. Matanya  bila  melawan  pandang, pasti  cair  aku  dibuatnya. Kalut  aku  memalingkan  pandangan, bila  dia  membalas  renunganku. Siap  dikenyitkan  mata, dan  mempamirkan  senyuman. Oh, terpukaunya  aku!
            “Kenapa  sayang, you  pandang  I  macam  tu?”sekali  lagi  dikenyitkan  matanya.
            Aku  hanya  menggelengkan  kepala. Pandanganku  kembali  beralih  ke arah  depanku. Aduh! Bergelora  hatiku  ni. Memang  sudah  terpukau  dengan  renungan  matanya. Tak  tahu  nak  gambarkan  perasaan  aku  saat  ini.
            “Yani  kerja  di mana?”soal  wanita  cantik  di hadapanku. Ternyata  wajah  Fiq  mempunyai  iras  dengan  wajah  wanita  di depanku  ini.
            “Yani  baru  berhenti  kerja  aunty. Ingat  nak  bantu  mak  di gerai  dulu. Dalam  masa  yang  sama, Yani  akan  pohon  jawatan  kerja  yang  berkaitan.”jawabku  jujur. Biar  mereka  berdua tahu, aku  ini  penganggur  terhormat.
            “Sayang  berhenti  kerja? Kenapa  I  tak  tahu  ni?”Fiq  menggelengkan  kepalanya. “Hari  tu, I  ajak  you  kerja  dengan  I, you  tak  mahu  sayang. Kerja  dengan  I  kan  senang. Degil!”
            Bergegar  poket  seluar, bila  telefonku  menyanyikan  lagu  Alasan  Untuk  Bahagia. Berhantu  lagu  ini  kepada  aku, hingga  sanggup  aku  jadikan  lagu  itu  sebagai  ringtone  telefonku  ini.
            Dengan  sepantasnya,  panggilan  itu  kujawab. “Kat  luar  ni? Kenapa?”sesekali  mata  aku  memandang  wanita  di depanku  itu. Dalam  masa  yang  sama  juga, aku  sedang  berfikir  bagaimana  ingin  melarikan  diri  daripada  mereka  berdua  ini. Sungguh  aku  tidak  selesa  berada  bersama  dua  beranak  ini.
            “Ya  Allah, saya  minta  maaf  Cik  Wawa. Saya  betul-betul  lupa  dengan  temujanji  kita. Cik  Wawa  tunggu  saya  dalam  10  minit. Nanti  saya  sampai.”aku  mula  menyusun  kata. Panggilan  terus  dimatikan, dan  dipandang  kedua  wajah  itu  dengan  rasa  serba  salah. Tapi  sebenarnya  tak  pun.
            Aunty... Fiq... Yani  lupa  ada  temujanji. Yani  minta  maaf  aunty. Yani  perlu  pergi  dulu. Yani betul-betul  minta  maaf, sebab  tak  boleh  lama  di sini.”ujarku  untuk  meraih  simpati.
            Aunty  tak  apa-apa. Kalau  macam  tu, biar  Fiq  yang  hantarkan. Fiq...”diberikan  isyarat  kepada  anaknya.
            Selepas  bersalam, aku  terus  meminta  diri  untuk  berlalu. Laju  sahaja  kaki  ini  aku aturkan. Terasa  satu  bebanan  besar  terlepas  dari  bahu.
            “Nanti!”
            Argh! Si mamat  senget  ni. Tak  habis-habis  lagi. Kaki  yang  laju  kuaturkan  makin  perlahan  aku  hayunkan. Dia  menyamakan  langkah. Langsung  aku  tidak  endahkan  dia  yang  sama-sama  berjalan  di sebelah. Hilang  rasa tenangku tadi,  bila  tangan  pemuda  itu  tiba-tiba  sahaja  merangkul  pinggangku.
            “Apa  awak  buat  ni?”bentakku  lalu  tangannya  itu  kutolak  kasar. Pipinya  terus  aku  tampar.
            Terpempan  dia  dengan  reaksi  spontanku  ini. Siapa  suruh  gatal  sangat  rangkul  pinggang  aku. Dah  ambil  kesempatan, memanglah  aku  tak  suka. Orang  yang  aku  tak  kenal, sesuka hati  datang  peluk  dan  rangkul. Mestilah  aku  marah. Kurang  ajar!
            Tanganku  direntapnya. Matanya  merenung  tajam  tepat  ke anak  mata. Tajam  renungannya, buat  aku  pula  yang  jadi  tidak  tentu  arah. Gelisah!
            “Berani  kau  tampar  aku?”sergahnya  dengan  wajah  yang  bengis.
            “Beranilah. Dah  awak  tu  gatal. Saya  dah  tolong  awak  tadi  dah  cukup  bagus  tau. Orang  dah  tolong, boleh  pula  nak  ambil  kesempatan. Saya  tak  suka, awak tahu  tak?”bidasku  geram. Bergetra badanku ini menahan marah.
            “Aku  baru  je  rangkul  pinggang. Bukannya  aku  raba  kau  pun. Kau  kan  bakal  isteri  aku. Tak  salah  kan, kalau  aku  pegang-pegang  sikit.”bibirnya  dijuihkan.
            Membulat  dua  biji  mata  aku  ni. Terkejut  dengan  pengakuan  gila  mamat  poyo  di depan mata. Cakapnya  macam  dah  tak  ada  agama. Caranya  bercakap  seolah  perkara-perkara  sebegitu  amat  biasa  padanya. Dasar  lelaki  miang.
            “Eh, awak  cakap  apa  tadi? Saya,  bakal  isteri  awak?”
            Dia  anggukkan  kepalanya  dengan  wajah  selamba. Tanganku  cuba  dipautnya. Eh, memang  gila. Sesuka  hati  sahaja  nak  buat  aku  macam  ni. Ingat  aku  ni  anak  patung? Sesuka  hati  nak  buat  apa  sahaja.
            “Gila! Bukan  setakat  gila, gatal  pulak  tu.”
            Lenganku  direntap  kasar. “Kau  ingat, aku  dah  lupa  apa  yang  jadi  sebelum  ni. Kereta  aku, yang  kau  langgar  hari  tu, kau  tak  bayarkan  pun semua  kos  kerosakan. Sekarang  aku  nak  kau  ganti  balik  ganti  rugi.”
            “Mana  ada  saya  yang  langgar  kereta  awak. Awak  yang  langgar  kereta  saya. Kereta  awak  di belakang, kereta  saya  di depan.”aku  ingatkan  kembali  kepadanya. Harapkan  muka  sahaja  kacak, tapi  perangai  hancur.
            “Aku  tak  kira! Semuanya  tetap  salah  kau. Sekarang  aku  nak  tebus  balik  semua  tu.”
            “Tak  mahu!”
            “Aku  nak  kau  jelaskan  hutang  kau  dengan  aku.”memang  gila. Dari  tinggi  suaranya, berbibik-bisik  pula  dia  di telinga  aku  ni.
            “Saya  nak  bayar  macam  mana? Saya  ni, kerja  pun  tak. Macam  mana  nak  bayar?”
            Aku  lihat  dia  mula  tersenyum. Matanya tidak  lepas  merenung  wajahku  ini. Tertelan  liurku  ini. Dari  atas  hingga  ke bawah  tubuhku  ini  direnungnya  pula. Hah, sudah. Jangan  cari  pasal.

No comments:

Post a Comment