Friday 17 October 2014

CINTA NAKAL BY ERY AIERIL


BAB 1
https://www.facebook.com/eryaieril?fref=ts



“Awak nak tahu sesuatu tak?”
                        Zahrah menoleh ke  arah Faizul sambil menyimpul tangan di dada. Macam gangster pula si Zahrah ni. Muka tak nak senyum.Masam aje.Beginilah jadinya kalau masa lapangnya diganggu.
                        Sebal!
                        “Do you love me?” Faizul senyum lebar.
                        “Soalan tahap ke berapa ni? Sekolah rendah?Sekolah menengah?Diploma?Digree? Not romantic. Tahu tak!” Selamba saja si Zahrah ni buat muka kelat macam jeruk petai dalam balang kaca. Jeruk yang dah tamat tempoh. Busuk pula tu!
                        Faizul kelihatan tenang. Kalau tak tanya, asyik rasa tak tenang saja. Kalau dah tanya, beginilah jadinya. Jawapan yang diharapkan, langsung tak menjadi. Macamlah dia tak kenal dengan insan yang bernama Zahrah ni. Masam mencuka aje mukanya.Susah betul nak senyum. Tak tahu apa lagi yang dia hendak buat untuk memiliki hati perempuan itu. Sabar ajelah Faizul oi.
                        Faizul yang sedang berdiri di sebelah pelita buluh masih  tersenyum. Alangkah indahnya zaman kanak-kanaknya dapat diulang kembali.Memang takkan dapat dilupakan.Pengalaman yang hanya dapat rasa sekali saja dalam seumur hidup. Apabila dapat bunga api aje, memang tak ingat dunia. Asyik main aje sampai penat.Teringat lagi ibunya marah sampai tak ingat nak masuk rumah. Seronok sangat dapat bunga api. Faizul tersenyum sendirian.
                        “Tolong jangan main-main boleh tak!” kasar sedikit suara Zahrah.
                        “Main apanya?”
                        “Sebenarnya awak nak tanya apa. Tolonglah jangan membuang masa saya dekat sini. Saya tak berminatlah nak tengok awak tenung pelita tu. Bosan! Bukannya boleh berubah pun pelita tu. Lainlah kalau boleh berubah. Jadi teddy bear tak  apalah juga. Boleh dipeluk.”
                        “Awak peluk ajelah saya. Saya kan teddy bear awak. Teddy bear yang sah dipeluk. Tak haram pun kan?”
                        Gulp!
                        Muka Zahrah terus berona merah. Malu! Lelaki itu memang dah tak betul.Cakap main lepas aje. Sedar ke tidak apa yang dicakap tu? Entahlah.Malas hendak fikir.Zahrah yang berdiri di belakang Faizul masih berpeluk tubuh.Memanglah pelik sikap si Faizul pada malam itu.Alih-alih mengajaknya ke luar rumah.Do you love me?Teddy bear?Peluk?Zahrah hanya gelak dalam hati.Haha.Tak kelakar pun.Mengacau orang saja kerjanya. Kalau setakat panggil dia nak tengok pelita  lebih baik tak payah. Buat penat aje.Lebih baik duduk dalam rumah, tengok TV.Lagi bagus.
                        Faizul diam. Sakit pula hati Zahrah dibuatnya.Macam cakap dengan angin aje.Mahu aje dia mencubit lelaki itu sekuat mungkin.Biar lebam.Biar menjerit sampai satu kampung dengar.Senang-senang saja mendapat publisiti percuma.Menantu pak Ibrahim tak tahan sakit?Nampak sangat tak macho.
                        “Kalau setakat awak nak suruh saya jadi tiang TNB dekat sini lebih baik tak payah. Cukup ajelah tiang TNB dekat depan tu. Tak payah nak pacak tiang banyak sangat.Buat menyemak.Penat tau tak berdiri aje.” Geram Zahrah.
                        “So, awak ni tiang TNB versi manusialah ni?” Faizul tergelak kecil. “Oh. Baru saya tahu. Selama ni saya berkahwin dengan tiang elektrik. Nasib baik saya tak mati kejung. Perh! Bahaya betul!”Selamba saja dia mengenakan si Zahrah.Dia memandang ke hadapan kembali dan hanya menggeleng perlahan.
                        Membulat mata Zahrah.Tiang elektrik versi manusia?Dia sudah mengepal penumbuk.Rasa macam mahu beri penumbuk percuma aje kepada lelaki itu. Mulut tak  ada insurans takaful betul!
                        “Siapa suruh awak berdiri?” Faizul memaling tubuh ke  arah Zahrah.
                        “Habis tu? Nak suruh saya cangkung makan batu-batu ni semua? Macam tu?Makan pasir?”
                        “Kalau boleh makan, makanlah. Jimat beras dekat dalam rumah tu. Masuk rumah nanti, terus tidur.Habis cerita.”Perli Faizul yang masih tersenyum lembut.Dia mula mengatur langkah ke tempat Zahrah.Masam mencuka lagi muka si Zahrah.Geram berganda-ganda dibuatnya.Asyik kena perli aje. Kalau lama-lama macam ni, hilang terus tahap kesabarannya.
                        Tiba saja Faizul di hadapan Zahrah, dia merenung ke anak mata Zahrah.Zahrah berlagak poyo.Muka tu langsung tak gentar dengan renungan si suami padahal jantung tu dah bergetar laju.Macam nak tercabut.Tak tahan dengan renungan maut oleh Faizul.Elakkan dia rebah saja ke jalan.
                        “Jujur dengan saya.Awak nak apa sebenarnya?” soal Zahrah.Detakan jantung semakin tidak keruan.Dah gila agaknya.Lain macam saja renungan si Faizul.Siap mengenyitkan mata sebelah kirinya lagi. Perh! Zahrah tergamam seketika.
                        “Agak-agak?”
                        “Manalah saya tahu.”
                        “Awak tahu.”
                        “Saya tahu?” dahi Zahrah mula berkerut.
                        “Yelah.Awak memang tahu.Awak cuba nak menafikannya.”
                        Faizul mula menunduk sedikit.Wajah Zahrah masih menjadi mangsa renungan mata si Faizul.Dia memang tidak pernah rasa jemu untuk menatap wajah Zahrah. Baginya ia adalah satu nikmat kebahagiaan dan kegembiraan. Sudahlah  berwajah putih, comel pula tu. Geram tahap nak lompat bintang aje.
                        “Apa awak merepek ni! Sekejap! Saya….”
                        Terus hinggap satu ciuman di pipi Zahrah.Zahrah terkedu.Mukanya mula berona merah kembali.Kena cium?Masih terasa sentuhan lembut bibir lelaki itu.Mata membulat dan tidak berkelip.Kenapa  Faizul tiba-tiba menciumnya? Aduh! Rasa nak pitam.Faizul masih tersenyum.
                        “It was what I wanted.”
                        “Maksud awak?”
                        “The kiss.”
                        “Hah?” mulut ternganga sedikit.
                        “Yang tu memang awak tahu.Awak tahu yang saya suka cium awak.Awak tak pernah nak halang saya. Awak kan isteri saya. Awak mesti tak marah saya kalau saya cium awak.Sebabnya saya ada hak.Saya suami awak yang sah.Anything I can do to you.Kalau sehari saya tak cium awak, memang tak boleh.Tak menjadi satu kesalahankan?Tak masuk lokapkan?” tersenyum lebar.
                        Zahrah diam. Tak tahu hendak berkata apa. Lidah terus kelu.Dia  menoleh ke kiri. Mujur tiada orang.Dia menoleh ke kanan pula.Dia mula melepaskan helaan nafas lega.Tersentak pula.
                        Gulp!
                        Sangkaan jatuh meleset ke bawah.Ibrahim dan Fatimah hanya tersenyum saja memandangnya.Mereka berselindung di sebalik pokok mempelam.Cepat-cepat Zahrah memandang ke hadapan.Dia malu. Malu! Ibu dan ayah  tengok apa yang dah terjadi. Baru beberapa bulan  berkahwin, suaminya sudah mula buat perangai miang keladi tahap ke sepuluh. Selama ni biasa-biasa saja. Nak kenyit mata, rapat-rapat, suara ala romantis.Memang tak boleh diterima.Sukar hendak dipercaya.Detik itu, alih-alih buat pula.
                        “Kenapa?Malu?” soal Faizul perlahan.
                        Diam.
                        “Dengan ibu dan ayah, takkan nak malu kut?Bukannya saya buat yang tak senonoh pun dengan awak.Just a kiss.Ibu dan ayah awak tu takkan marah saya punya. Sekali lagi saya cakap, saya ni suami awak. Saya berhak buat apa aje dekat awak. Mereka tak boleh nak marah saya. Nak cium awak depan orang ramai pun saya sanggup buat.”
                        Zahrah terus tertelan liur. Cium depan orang ramai? Tak! Itu takkan terjadi. Si Faizul ni bukannya boleh percaya sangat. Kalau dibuatnya nanti, mahu rasa malu tak sudah.Asyik terbayang saja nanti.
                        Wajah Faizul didekatkan lagi ke muka isterinya.Hampir berlaga dengan hidung.Zahrah  tertelan liur lagi. Suaminya hendak buat apa lagilah ketika itu. Hendak menolak muka lelaki itu, niatnya terus dimatikan.Ibu dan ayahnya sedang melihatnya. Nanti mereka kata apa pula dia menolak muka lelaki itu. Dia benar-benar terperangkap dalam renungan si Faizul.
                        “You are my responsibility.” Sambung Faizul lagi dengan perlahan.
                        Membulat mata Zahrah melihat Faizul.Sengaja dia berbuat begitu.“Muka tembok eh?”
                        “Buat apa nak muka tembok.Saya guna muka saya sendirilah. Saya tak pernah nak rasa malu dengan apa yang saya buat asalkan benda tu betul. Saya akan malu bila…”
                        Muka Faizul mula tertunduk.Wajah Zahrah mula terkebelakang sedikit. Kenapa pula ni? Dia takkan dapat menjangka apa tindakan si Faizul nanti.
                        “Bila apa?
                        “Bila awak peluk saya.”
                        “Hah? Awak gila ke apa!”
                        “Kalau saya peluk awak, tak apa. Saya takkan malu.Macam ni.”
                        Faizul terus menerkam tubuh Zahrah.Dia memeluk dengan erat.Zahrah tergamam.Tadi kena cium, sekarang kena peluk?Kepala Zahrah mula pening.Memanglah si Zahrah tak faham dengan perangai si Faizul. Angin apa entah pada malam itu yang berderu merasuk si Faizul. Nak romantik pulak. Selama ni tak  nak romantik. Asyik nak bersikap dingin saja dengarnya. Sabar sajalah Zahrah selama ni menelan tingkah laku lelaki itu.
                        “Saya nak awak tahu sesuatu tentang saya.”
                        “A..pa… dia?” gagap Zahrah membalas.
                        “Saya…” rambut Zahrah di belai lembut oleh Faizul.
                        “Saya…”
                        Zahrah mula tidak senang hati.Cakap hendak sangkut-sangkut pula.
                        “Saya apa?”
                        “Saya nak awak terima saya sebagai suami awak dengan ikhlas.Tolong beri saya peluang. I just need the opportunity. Saya tak nak sia-siakan lagi peluang tu.”
                        Zahrah terkedu kali kedua.Faizrul terus merenggangkan pelukan terhadap Zahrah.Dia kembali menatap wajah yang sudah mencuit tangkal hatinya.Kali ini dia hendak menatap puas-puas.
                        “Apa awak cakap?”
                        “I want you to accept me as the most important man in your life.” Lembut saja tuturan kata si Faizul.
                        Angin malam yang masih menderu lembut masih jelas terasa. Deruan angin  tersebut membuat Faizul rasa semacam. Jantungnya mula berdegup kencang.Rasa apakah itu?
                        Cinta?
                        Betul ke?Selama ini rasa itu kerap hadir apabila mereka berdua. Faizul hanya memangkah saja apa yang dirasai selama ini. Demi satu ujian.Ujian?Detik itu, dia tidak mahu memangkah lagi.Bukan menginginkan sesuatu yang menyakitkan tetapi mahu sesuatu yang mengembirakan.Kehadiran cinta yang seindah pelangi.
                        “Saya tak nak kehilangan awak.Awak adalah lautan cinta saya. Izinkan saya merentasi lautan tu. Berapa jauh pun yang saya terpaksa rentasi, saya sanggup.Cinta saya terhadap awak melebihi segalanya.”
                        Wajah Zahrah dielus lembut pula.Pandangan Zahrah masih terpaku memandang Faizul.Ini mimpi?Tidak.Buktinya dia dapat merasa elusan lembut lelaki itu.Sungguh lembut elusannya.
                                You are my angel. You are my wings. If I do not have wings, I can not afford to fly high. My life would be complete. Kalau sayap saya tak  ada, saya tak berupaya hendak menempuh liku-liku hidup saya. Saya nak awak dalam hidup saya.Awak adalah semangat saya.”Luah Faizul pula.
                        Dari renungan mata, Zahrah beranggapan apa yang didengarinya kala itu adalah sebagai satu luahan yang ikhlas. Dia dapat merasakan keikhlasan itu. Tapi….
                        Sukar hendak percaya apa yang dilaluinya ketika itu.
                        Keliru pun ada.
                        ‘Dia bukan yang dulu. Sekarang ni dia dah lain. Dia jadi mr. charming pulak. Betul ke apa yang aku nampak ni? Sikap berlagak dia pergi ke mana? Dah masuk dalam bendang ke  apa. Jangan-jangan ini jelmaan dia. Ish! Takkanlah. Merepek aje aku malam ni. Be positive Zahrah  oi!’ Bisik hati Zahrah.
                        Zahrah melepaskan satu helaan nafas dengan perlahan.Dia berdehem kecil.
                        “Okay. Awak nak apa sebenarnya daripada saya? Please tell me. Saya akan buat apa saja untuk awak. Saya kan…” terasa susah pulak hendak menghabiskan ayat.
                        “Saya apa?” wajah Faizul mula didekatkan kembali ke muka Zahrah.
                        Zahrah cuba menenangkan diri. Dia memang tak sanggup hendak menatap renungan si Faizul.Janganlah dia pengsan.Kepala dah pening.Renungan Mr. Charming punya pasal.Silap-silap tak tidur malam nanti.
                        “Saya apa?” soal Faizul lagi.
                        “Saya kan… isteri awak.”Sambung Zahrah sedikit tertunduk.
                        “Isteri saya?”
                        Zahrah mengangguk perlahan.
                        “If you’re my wife, you must do something for me. Boleh?”
                        “Apa dia?”
                        Faizul mula berpeluk tubuh.Dia mengusap dagu dan mula berfikir.Apa yang dia hendak suruh isterinya berbuat untuknya. Fikir! Idea nakal?Dia tersenyum sedikit sinis.
                        Zahrah setia menanti setiap lontaran patah kata yang keluar dari mulut Faizul.Berdebar-debar pula rasanya. Dia hanya tawakal saja apa yang dipinta oleh suaminya. Faizul mula mengukir senyum.
                        “Betul ni awak sanggup buat apa saja untuk saya?”
                        “Anything?”
                        “Yalah.Nak suruh saya makan pasir ke baru awak percaya?”
                        “Ish!Janganlah makan pasir.Makan saya aje.”Tergelak kecil.
                        Membulat lagi mata Zahrah.Nak geram yang entah ke berapa kali pun tidak tahu.
                        “Seorang isteri kan kena patuh cakap suami.”
                        “Okay.”
                        Faizul mula memegang tangan Zahrah dengan erat.Zahrah sedikit terkejut.Faizul menarik tangan Zahrah untuk mengikutinya. Laju betul si Faizul ni berjalan. Hampir aje si Zahrah hendak tersepak batu.Bukan batu kecil tapi batu besar.Kalau tersepak, berdarah kakinya nanti.Terus diketuk kepala suaminya.
                        “Awak nak bawa saya pergi mana ni?”
                        “Adalah.”
                        “Janganlah nak berahsia sangat.Beritahu ajelah.”
                        Tiba sahaja di hadapan rumah, Faizul mengambil daun kelapa lalu diberi kepada Zahrah.Zahrah pelik.Daun kelapa itu dilihat. Hendak buat apa pula ni? Takkan nak buat reben kut.Lepas tu letak dekat kotak hadiah.Begitu?
                        “Ambik ni.”
                        “Daun ni? Nak buat apa?”
                        Faizul mengangguk sambil tersenyum.
                        “Untuk?” soal Zahrah lagi.
                        “Buat ketupat.”
                        Terus terbeliak mata Zahrah.Ketupat? Biar betul! Takkanlah. Habislah!
                        “Kenapa?”
                        Zahrah tersengih lalu menggeleng perlahan.Belum sempat dia hendak membuang patah kata, Faizul menyambung lagi katanya.
                        “Kalau awak buat, awak akan dapat ganjaran.”
                        “Ganjaran?”
                        Faizul mengangguk lagi. Ganjaran apa pula ni? Zahrah mula memikir.
                        “Apa dia?”
                        “Awak akan dapat… dapat…” Kepala yang tidak gatal mula digaru.Susah pula Faizul hendak mengungkapkan hal yang satu itu.Malu pun ada juga.Kalau difikirkan balik, sampai bila hendak malu.Jangan disebabkan malu nanti, dia juga yang melepas.Menyesal dan kecewa tak sudah.
                        “Dapat apa?”
                        Faizul mengukir senyum kembali.
                        “Awak dapat… dapat… kasih sayang saya.”
                        Terus tertutup rapat bibir Zahrah. Biar betul dia mendengar  semua itu? Kasih sayang?Macam pelik aje bunyinya.
                        “You can love me, I will give free gifts to you.”
                        Diam. Otak Zahrah masih tak dapat proses apa yang hendak dikatakan. Macam kilang kasut terputus wayar.Buntu sekejap.Pemberian?Zahrah tidak faham. Pemberian apa pula? Selama ni bukan ke lelaki itu sudah memberi yang sepatutnya. Tempat tinggal, pakaian dan makanan.Nafkah zahir sudah selesai.
                        Jika hendak mengutarakan tentang kehendak? Tidak! Selama ini Zahrah tidak pernah meminta apa-apa pun kepada Faizul.Sudah mendapat tempat tinggal pun dah bersyukur.Kemewahan adalah satu bonus untuknya.Dia bukan materialistik.
                        Faizul menapak ke hadapan Zahrah.Dia mendekatkan kembali mukanya ke muka Zahrah.Dia tersenyum lebar.
                        “Awak akan dapat cinta saya.I sincerely give to you.”
                        Bertambah membulat anak mata Zahrah mendengar kata lelaki itu.Mendapat cinta lelaki itu?Bukan ke selama ini dia mengharapkan cinta lelaki yang bernama Faizul Arman? Ya! Dia mengharapkan cinta lelaki itu. Tetapi masalahnya….
                        Zahrah tersengih kecil.
                        “Ada masalah sikit.”
                        “Apa?”
                        “Saya tak pandai buat ketupat.”Perlahan saja Zahrah menuturkannya.
                        “Hah?”
                        Zahrah masih tersengih.Habislah rahsia besarnya yang satu itu sudah terbongkar.Teramat pasti si Faizul terkejut besar.Perempuan tak tahu membuat ketupat? Aduh! Selepas ni macam manalah dia hendak menghadap muka lelaki itu. Malunya.

No comments:

Post a Comment