Tuesday 16 September 2014

TRIPLETS LOVES : LAKARAN BAHAGIA BY SILENCER


BAB 1

http://tripletsloves.blogspot.com/



PERCIKAN air ikan menyentakkan Wardina. Matanya membulat besar. Besar kecik, besar kecik sahaja dia pandang lelaki di hadapannya ini. Wajahnya jelas tidak berpuas hati. Memang tak puas hati! Habis mukanya dibasahi dengan air yang hanyir ini!

“Apa masalah kau, ni?” tengking Wardina. Kuat! Biar! Biarkan semua orang dengar, biar semua orang tahu betapa jahatnya lelaki di hadapannya ini. Tetapi, lelaki itu tidak kelihatan takut dengan jerkahannya malah boleh pula dia tersengih. Sengihan mengejek! Makin panas hati Wardina.

Bodo! Aku panggil mung, mung wak derk je. Sape suruh mung berangan. Ce mung tengok, mana ada orang nok mari sining.” Hati Wardina semakin panas. Tak! Dia tak boleh terima jika ada orang katanya, bodoh! Apa? Macamlah orang lelaki di hadapannya ini, cerdik sangat? Muka pun dah serupa mamat tiga suku aje. Huh!

Lantas, geram punya pasal, air ikan itu turut dibalas Wardina. Padan muka! Lelaki itu menjerit kecil. Wardina buat tidak peduli. Air ikan itu makin direnjiskannya lagi. Makin lelaki itu menjerit, makin Wardina buat. Biar tahu rasa, sikit!

“Hei.. Hei.. Kenapa ni?” sergahan seseorang menyentakkan Wardina. Terus, mukanya dipalingkan ke belakang. Lega! Wajah Ruzain dekat dengannya. Wardina kemudian, segera memeluk lengan suaminya. Wajahnya sengaja disiniskan. Pasti, lelaki ini akan dimarahi suaminya nanti. Padan muka! Kacau aku lagi! Ah, tak sabarlah pulak nak tengok suaminya memarahi lelaki ini. Agak-agaknya, bagaimana rupa dia nanti, ya?

Kecut perut barangkali! Wardina tahan gelak dengan daya imaginasinya sendiri. Ah, untung juga dia kahwin dengan Ruzain. Semenjak dia kahwin dengan lelaki itu, terasa dirinya dilindungi sentiasa. Tak percaya, cubalah mana-mana lelaki datang mendekat untuk mengacaunya pasti, suaminya akan menyinga. Huh. Memang, suaminya ini hero of the hero lah! Wuhuu!

Mung ni sape?” terjah lelaki itu kasar. Wajah Ruzain masih kekal seperti tadi. Tenang tanpa sebarang reaksi.

“Saya, suami dia.” jawab Ruzain.

“Haa! Molek ah! Ni! Bini mung. Tak ahu benda! Aku mari nok beli ikang mujor. Ni bila orang mari, molek pulok ye tohok air ikang ke aku. Abih hanyir bau baju aku. Hih. Geram aku!” luah lelaki itu. Huh. Pengaduan yang sia-sia. Jangan harap suaminya akan memarahinya. Wardina senyum sinis lagi. Bersiap sedialah wahai mamat tiga suku untuk dimarahi. Huhu. Matilah kau!

Ruzain pandang Wardina di sisi.

“Betul ke?” terkebil-kebil mata Wardina. Tidak percaya. Pertama kali, suaminya bertanyakannya tentang pengaduan lelaki ini. Tetapi, Wardina tidaklah pula mahu menipu. Kepalanya angguk sahaja.

“Tapi! Ada tapinya.. dia yang mula dulu. Dia yang renjiskan air ikan tu ke muka Ina. Takkan Ina nak duduk diam aje,” adu Wardina kali ini. Melihat wajah suaminya yang beku tanpa reaksi membuat dirinya rasa lain macam. Kenapa? Suaminya tidak percayakan dirinya lagikah?

Ruzain pandang Wardina. Seketika, keluhan terbit di situ.

“Maafkan saya, bang.” Membulat mata Wardina. Apa? Dia salah dengarkah? Suaminya minta maaf? Hello! Ini bukan salahnya! Kenapa suaminya perlu minta maaf?

“Apa abang buat ni? Kenapa abang perlu minta maaf? Bukan Ina yang salah. Dia yang renjiskan air ikan tu ke muka Ina dulu.” Bantah Wardina. Dia tak suka! Dia tak suka meminta maaf jika itu bukan kesalahannya. Meskipun perkataan maaf itu bukan dari mulutnya tetapi hatinya tetap sakit. Dia tidak boleh terima!

Lelaki tersebut senyum sinis. Membayar kembali senyuman maut Wardina tadi.

“Okey. Aku maafkan. Nasib baik mung mintok maaf. Dok maaf kan siang pulok ke mung.. Okeylah. Bagi aku, ikan kisi (kerisi) sekilo.” Ruzain patuh. Wardina pandang suaminya. Tidak puas hati! Dan di atas dasar yang sama, dia berlalu meninggalkan suaminya berniaga sendirian sementara dirinya mendapatkan tempat duduk di pondok belakang yang tidak jauh daripada tempat mereka berniaga. Kepalanya toleh ke kanan dan ke kiri. Memandangkan matahari semakin naik, suasana di pantai ketika ini agak lengang sedikit. Kaki Wardina diayunkan atas dan bawah sambil menjeling tajam pada lelaki tadi. Urgh! Tersirap kembali darahnya.

Segera, kepala ditoleh ke arah lain. Tepat pada masanya, bebola matanya menangkap akan kelibat seorang gadis manis yang datang membawa mangkuk tingkat. Ayu sungguh minah ni berjalan menuju ke arah suaminya. Wardina ketap bibir. Tak habis dengan geram dengan lelaki tu, muncul pulak makhluk lain yang berjaya menyirap darahnya. Eee! Lagi bertambah perisa geramnya apabila melihat senyuman Ruzain. Apa ni? Tadi, bukan main masam wajah lelaki itu. Tapi, bila jumpa dengan gadis pontianak ni boleh pulak dia senyum! Argh! Tak boleh diterima betul!

Telinganya cuba dikuatkan radarnya. Apa yang diborakkan sampai begitu ceria wajah suaminya? Rasa cemburu menular tak sudah dalam diri. Ee! Suaminya yang hanya pakai baju kemeja kotak-kotak biru lusuh itupun sudah ramai minah yang duk gila-gilakannya. Belum pakai baju bergaya lagi. Aduh! Geramnya. Tak boleh jadi ni. Segera, Wardina berjalan menuju ke arah mereka. Sengaja kaki dilencongkan mendekati ke arah minah tudung ini.

Bilanya mereka berselisih, dilagakan sekuat hati bahunya ke bahu gadis itu. Terjerit kecil gadis itu. Auuu.. Wardina mengajuk kembali kata-kata gadis itu. Huh. Sikit aje! Itupun nak mengaduh! Huh.

“Kenapa?” soal Ruzain. Wardina kacingkan gigi. Suara yang kedengaran begitu prihatin. Semakin terbakar perasaan Wardina dibuatnya.

“Huh? Ermm.. tak ada apa-apalah.” jawab gadis itu. Makin geram Wardina jadinya. Mengada-ngada! Nak berlaku baiklah tu! Eee! Memanglah minah ni. Kalau tak ada laki aku, dah lama aku gulaikan kau! Ruzain angguk sahaja. Gadis itu pandang Ruzain. Berapi Wardina. Jatuhkan mata kaulah perempuan! Tak sedar ke, itu suaminya?

“Jomlah. Nanti makanan ni sejuk, tak sedaplah pulak.” Ruzain angguk. Jom apa ni? Nak pergi mana? Wardina tertanya-tanya. Ruzain yang melihat reaksi gelabah Wardina mengangkat keningnya. Tangan Wardina dicapai. Wardina pandang gadis itu. Huh! Tengok! Laki aku pegang tangan akulah! Maknanya.. dia sayangkan aku. Ha ha ha. Kau dengar tak? Woii, minah! Kau dengar tak?

“Eh, nak ke mana?” soal Wardina. Agak dingin, pabila teringatkan kembali insiden tadi. Dia masih terasa dengan perilaku suaminya.

“Makan, jom?” lembut suara lelaki itu menyapa telinganya. Indah kedengarannya apatah lagi suara itu menderu bersama angin laut yang begitu menenangkan. Wardina angkat kening. Makan? Sebut makan terus mata dihalakan pada mangkuk tingkat. Huh! Makan makanan minah ni? Huh! Jangan harap dia akan makan.

“Tak naklah. Macamlah Ina tak boleh masak.” Jawab Wardina angkuh. Sengaja dia menjawab begitu dengan harapan si suami akan menolak makanan yang dibawa si minah ini. Jangan tanya siapa nama minah tu, sebab dia tak ingat! Tak akan pernah otaknya lekat nama minah yang cuba merampas suaminya ini.

“Kalau macam tu, jomlah temankan abang makan. Layan abang makan,” Huh! Jangan harap dia mahu temankan suaminya makan dengan makanan yang bukan dari air tangannya. Huh. Terima kasih naik lorilah! Tak akan.

“Pergilah. Ina nak jaga ikan ni.” jawab Wardina dingin. Ruzain angguk sahaja dengan keputusan Wardina.

“Tu ada orang datang. Ina layanlah ye. Jangan buat macam tadi, lagi..” Wardina menghadap pelanggannya sambil mulut membebel itu dan ini. Jangan buat macam tadi lagi? Itu bukan salahnya! Nak kena terangkan berapa ribu kali ni? Geramnya!

“Nak apa?” layanan Wardina langsung tiada kelembutan mahupun manisnya. Cara gadis itu bertanyapun sudah seperti mahu diajak orang bergaduh sahaja. Ruzain geleng kepala. Begitu juga dengan Mawar. Wardina ni.. langsung tak pandai nak bermesra dengan orang.

Mereka meneruskan langkah menuju ke arah pondok yang diduduki Wardina itu tadi.

“Abang.” Ruzain berhenti. Kepala toleh ke belakang.

Jabir tu, apa?” automatik, tawa pecah berderai di mulutnya. Mawar pun turut sama. Mulutnya ditekup. Makin menyampah Wardina jadinya. Apa yang lawaknya? Dah mak cik ni tak reti cakap KL. Bukan salahnya. Bodoh punya orang kampung! Tak sekolah ke? Manalah dia tahu jabir itu apa.

“Sayang tengok dekat bucu meja tu..” Wardina menurut. Bucu meja kanan dan kiri dipandang.

“Ada paku kat situ, kan?” Wardina angguk. Di bucu kanan!

“Haa! Ambil plastik warna putih tu..” kuat Wardina ketap bibirnya. Pedih hati mendengar tawa minah itu! Gelak itu bagaikan sengaja dimanjakan aje kedengarannya. Huh! Benci!

Plastik berwarna putih dicapai Wardina sementara tangannya laju masukkan beberapa ekor ikan kerapu ke dalam plastik itu. Apalah! Buat malu aje! Kenapa tak cakap aje, jabir tu plastik? Hih! Geram aku!

Plastik itu dihulurkan Wardina pada mak cik tersebut. Boleh bagi jabir lebih dok? Sebab takut bocor pulok, kekgi. Kata-kata itu terngiang kembali ke dalam telinganya. Mencerlung tajam mata Wardina pada mak cik tersebut. Hih! Sebab mak cik inilah dia malu! Argh!


“SAYANG, sayang.. Sayang..” panggilan berulang kali membuatkan Wardina rimas. Serabut pun ada. Sepanjang mereka berjalan dari tempat mereka berniaga sehinggalah mereka sampai di rumah, mulut suaminya langsung tidak berhenti dari memanggil dirinya. Akhirnya, Wardina berhenti juga. Mukanya masam mencuka.

            “Kenapa sayang lari dari abang?” soal Ruzain. Macam biasa, suara itu masih lembut dan begitu menenangkan jiwa wanitanya. Namun, mengenangkan rajuk dan marahnya dikeraskan hatinya.

“Tak ada apa-apa,” Wardina ingin berlalu, namun langkahnya terbantut apabila bahunya ditangkap Ruzain. Wardina pandang sekeliling. Tidak suka pabila ada orang menyaksikan babak ini.

“Ina tipu, abang kan? Ina nok marah nape sebenornya ni?” Wardina mendengus kecil. Suaminya agak lurus sebenarnya. Tak nampak lagi ke? Dia marahkan suaminya kerana dua perkara. Satu! Perihal suaminya yang langsung tidak membelanya! Dan.. kedua! Suaminya boleh pergi melayan minah tu?! Unbelievable!

“Tak ada apa-apalah, abang. Lupakan.” Balas Wardina lagi. Makin dingin dirinya. Sedingin mint. Perlahan-lahan, dirinya melangkah ke arah bangku di pantai belakang rumah mereka. Malas dirinya nak masuk ke dalam rumah kayu mereka. Panas! Panas fizikal dan panas hati! Oleh itu, lebih baik duduk di luar, lagi sejuk dengan angin di pantai ni.

Ruzain ikut sama. Matanya memandang belakang tubuh Wardina. Isterinya memang berjauh hati, telahnya sendiri. Hembusan nafas kecil terhela di situ. Kaki mula membuat jangkauan langkah kecil menuju ke arah si isteri.

Wardina yang sedang enak melayani perasaan sendiri, terkejut apabila pinggangnya jadi mangsa pelukan si suami. Membulat matanya. Tangan itu mencuba untuk meleraikan tangan Ruzain yang enak melingkari pinggangnya. Namun, hampa. Lilitan tangan itu begitu kemas dan kuat!

“Biarkan sayang.. Beri abang seminit untuk bermanja dengan sayang. Hurmm.. Bestnya..” entah kenapa suara itu kedengaran begitu penat. Penatkah Ruzain melayaninya? Wardina kaku di sebalik pelukan erat suaminya ini. Tangannya mahu mengusap lengan itu. Tetapi rasa hati pula menegah, berkata enggan.

“Dah.. cukup seminit,” ucap Wardina. Suaranya kosong tanpa nada. Mata tegak memandang ke hadapan. Ruzain patuh. Lingkaran itu berakhir. Wardina gigit bibirnya. Rasa tidak selesa pula apabila tangan itu lari dari memeluk pinggangnya.

Ruzain senyum. Bahu Wardina ditarik agar menghadapnya. Wardina tidak menolak. Sekali bila wajahnya dipusingkan, senyuman kacak suaminya menjadi santapan mata. Namun, Wardina tidak pula mahu membalas.

“Malam ni.. abang nok gi laut. Sayang tak mboh (tak nak) senyum ke abang ke? Beri bekal ke abang, malam ning?” Wardina masih beriak seperti tadi. Malas mahu melayani kerenah  suaminya. Pergilah nak pergi sangat. Rela nak pergi ke laut dari memujuknya sedangkan memujuknya tidaklah memerlukan masa yang lama.

Ruzain diam sahaja melihat reaksi beku Wardina. Lantas, bahu isterinya ditarik mendekatinya sebelum kucupan berlangsung di dahi dan pipi Wardina. Wardina tergamam. Dan di kala kucupan itu berlangsung di pipi…

“Abang mintak, maaf sayang. Sayang jangan wak abang gini. Abang rasa dok tenang. Maafkan abang, sayang kalau abang sakitkan hati sayang.”

Kucupan pipi lama dihadapkan di situ.. Wardina pejam matanya.. Rasa begitu hangat kucupan itu.

Dan bila mata itu dibuka, dia terkejut.. dia rasa nanar.. melihat suaminya melangkah pergi jauh darinya membuatkan dia rasa seperti ditinggalkan. Kenapa perlu dia berperasaan begini? Apakah petanda ini? Dan entah kenapa, kolam air matanya terasa hangat.. Bibirnya terketar-ketar tanpa sedar. Abang..

Mata itu pandang ke arah laut. Cuaca mendung? Nampak macam nak hujan.. Selamatkah suaminya nanti?

No comments:

Post a Comment