Tuesday 16 September 2014

TRIPLET LOVES : WANTED LOVE BY FLOWER RISSA


BAB 1
 

http://tripletsloves.blogspot.com/


EMMA letak telefon bimbit di atas meja.

    Dari tadi kaki ligat melegar-legar di ruang tamu. Sekejap-sekejap jam dijeling. Masih awal malam lagi. Tapi dia tak senang duduk. Sudah acap kali dicall si Fareez suruh balik cepat memandangkan hari ini hari jadi lelaki itu tapi tengok sekarang. Lagi satu jam nak ke hari baru? Mana dah birthday si suami kalau jarum jam dah pukul 12?

   Kek pavlova yang dia khaskan untuk Fareez dipandang. Penat juga nak buat kek ni walau sebenarnya senang saja tapi memandangkan dia bukan jenis memasak pastri dan tak gemar makan kek tu sebab dia agak tergagap nak buat. Tapi apa dia kisah , demi Fareez dia sanggup. Tapi mana Fareez?

   Takkan lupa tarikh hari jadi sendiri? Mustahillah. Tak pun celebrate dengan kawan-kawan? Atau on-call dekat hospital? Ah geramnya!

   Handphone kembali dicapai. Laju tangan menyentuh skrin. Nama Jazlina , teman baik si suami dicari dan didail.

   Dia tersenyum lebar apabila mendengar suara Jaz.

   "Hello Jaz. Fareez ada tak? Dia on-call ke hari ni?" Emma malas nak berdolak-dalih. Dia jenis straight je. Bukan ada benda lain nak diborakkan dengan Jaz. Hanya pasal Fareez sahaja.

   Jaz bagai terkulat-kulat di talian sebelah sana buat Emma risau.

   Jaz pandang Fareez yang enak berbaring di atas sofa. Dia bagi isyarat sebelum hanya senyum hambar dengan jawapan Fareez.

   "Dia tak ada lah , Emma. Hari ni dia tak on-call rasanya.."

   Emma mengeluh. Punya tinggi harapan Fareez kat hospital tapi tak ada pun. Ok! Air mata mula rasa nak gugur.

   "Okay. Thankyou so much , Jaz."

   "Welcome. Bye."

   Emma putuskan talian. Muka diraup. Lilin yang sedia bercahaya di atas kek yang tertera nama Fareez ditiup. Tak guna pun kalau nak tunggu lagi.

   Dia yakin Fareez takkan pulang.

   Salahkan dia nak menyambut ulang tahun kelahiran lelaki itu , dai sendiri , perkahwinan bersama?

   Baik dia tidur dari jadi tiang kayu dekat sini. Yang tak berbaloi. Huhu.

 

KETUKAN di pintu rumah membuat Emma yang bersenang-lenang baca majalah tersentak. Pelik. Jam dijeling. Baru pukul 5.30 pagi.

   Hari ni dia Terbangun awal. Semalam dah ambil cuti untuk Fareez. Katanya celebrate birthday tapi hampeh je.

   Dia melangkah ke pintu utama. Saat terpandang kereta bmx m4 yang tersadai kemas di porch membuahkan senyuman girang padanya. Fareez dah balik!

   Pintas tangan memulas tombol pintu.Melebar senyuman nampak muka Fareez yang terhidang di depan mata. Lelaki itu pula tunduk membuka kasut sebelum masuk ke rumah.

   "Hello!" Emma laju cuba memeluk Fareez namun terkedu saat tubub ditolak oleh Fareez. Kebelakang dia jadinya.

   "You ni kenapa? I baru balik kerja kan? Ni ke cara sambut suami? Terus peluk? Bagi salam tidak salam tidak."

   Dush! Grr...berjaya juga buat Emma terdiam dua saat. Fareez yang mengambil duduk di sofa dipandang besar kecil.

   "Sorry. Anyway happy birthday my hubby. You're 28 now!" Emma duduk di sebelah Fareez. Terus diterkam tubuh Fareez sebelum bibir ingin mencari sasaran iaitu pipi Fareez.

   Puk!

  "Ouch." Emma gosok pinggang. Terkejut apabila Fareez bangun secara mengejut. Buat tubuh dia terjatuh ke atas lantai. Mata menyorot memandang pemergian Fareez naik ke tingkat atas.

  Wajah ceria bertukar muram. Tadi hampir sahaja pipi Fareez dapat diciumnya tapi Fareez dah beredar dahulu.

   Ah tak kisahlah yang penting sekarang Fareez dah balik. Dia tahu Fareez memang suka dingin dengan dia lepas kahwin.

   Dua jam lepas itu , Fareez yang turun tergesa-gesa membuatkan Emma kerut dahi. Aik! Awal lagi ni? Baru pukul 7 pagi.

   Lagi terkujat dia bila Fareez melangkah maju ke pintu. Oh wait! Dia nak keluar ke?

   "Fareez..wait nak pergi mana?" tanya Emma.

   "Kerjalah. Takkan nak toreh getah pulak?"

   Emma buat muka. "Ingat I tak tahu shift you? I dah buat breakfast. Makanlah dulu." Emma tarik-tarik lengan Fareez namun berhenti apabila Fareez terpis kasar tangan kecil dia.

   "You nak makan pergilah makan. I kenyang."

   "Kenyang apanya? Bangun! Ikut I sarapan. I dah buat kek kegemaran you semalam. I tak makan kek tu so you wajib makan." Suara Emma tegas. Dia tak peduli pun kalau Fareez nak marah dia.

   "You ni reti bahasa ke tidak? You tahu duduk rumah goyang kaki je kan? I busy lah! Kek tu senang-senang you bagi ikan dalam akuarium tu. Tidak pun tong sampah depan rumah tu. Bingit lah!" Fareez kata kasar sebelum melangkah keluar dari rumah menuju ke keretanya.

   Rimas. Tu lah rasanya sekarang.

 

EMMA melangkah masuk ke dalam syarikat dengan sebal. Geram sungguh dengan Fareez tu. Penat orang buat kek , breakfast , satu pun tak jamah. Membazir betul Orang cuba jadi isteri yang baik , solehah tapi tak diambil peduli pulak.

   Hari ni pasti kerja di atas meja bertimbun. Dah tu hari ni TERlambat masuk pulak. Lagilah!

   "Lambat?" sapa Puan Raisa. Dia tersenyum sinis pada anaknya. Kaki Emma berhenti melangkah.

   "Ibu.."

   "Stop calling me that. Kau lambat ya? So of course ada denda.."

   Kening Emma ternaik. Eh baru sekali dia lambat. Takkan terus kena denda. Bukan warning je ke?

   "Ib..maksud saya Puan , ini baru kali pertama saya lambat. Takkan denda?"

   "Ni lah kelebihan you.."

   Emma tunduk. "Buat kerja Kak Sera?"

   Emma tahu sangat tugasan dia bila dia buat salah. Ops bukan tugasan tapi denda dan penderaan. Huhu. Even family sendiri. Ops yeke family? Tu kena ujuk tuak keluarga.

   "You've hit the nail on the head , dah tunggu apa lagi , pergilah!"

   "Emma ambil cuti semalam. Mesti kerja Emma banyak. Nanti.."

   "Once you complaining , you're fired." sampuk Encik umar dari belakang isterinya. Puan Raisa senyum.

   "Baik tuan. Saya minta diri dulu.."

No comments:

Post a Comment