Monday 15 September 2014

ALASAN UNTUK SETIA BY ADZRA SUE

 
BAB 4
 
https://www.facebook.com/eizan.ezan.3?fref=nf


“AWAL Lilis balik? Kenapa jalan kaki? Laila tak hantar Lilis ke?” Ibu yang sedang menggunting pokok bunga di halaman menegurku.
“Tak… Lilis balik naik bas! Laila dengan Desi nak tengok wayang kat KLCC, Lilis tak de mood. Badan pun penat, kaki sakit. Tadi berlari kejar budak yang ragut beg ibu tu…”
“Ermm…. Budak tu dapat lari ke? Lelaki yang tolong Lilis tu.. macam mana? Ada Lilis bagi upah kat dia?” Amboi ibu… banyaknya soalan?
“Panjang ceritanya ibu. Nanti waktu makan malam, Lilis cerita. Lilis masuk dulu, ya ibu? Nak mandi.. lepas tu nak tidur kejap”
“Jangan tidur sampai senja.. tak elok!”
“Ai-ai madam… Lilis kunci jam nanti” Aku angkat tabik pada ibu hinggakan ibu tergelak dengan telatahku. Mujurlah aku sekarang sedang uzur, bolehlah aku bergolek di atas katil lama-lama.
Pukul 6.00 petang, mata ini masih terkebil-kebil di atas katil. Puas mengiring ke kiri kemudian ke kanan, tak juga mahu lelap-lelap. Terbayang-bayang lagi di mataku dengan suasana di kuarters keretapi yang didiami Nasrul, emak serta adik-adiknya. Susah untuk aku usirnya dari kotak pemikiranku.
Aku sangka, akulah gadis yang paling malang ditinggalkan abah, rupa-rupanya ada insan lain yang lebih teruk nasibnya. Sekurang-kurangnya, abah tidak pernah mengabaikan aku sebagai anaknya. Abah tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ayah. Duit belanja kami anak-beranak tidak pernah putus. Yang membezakannya, abah tidak lagi tinggal bersama kami. Itupun, saban minggu abah tidak lupa menelefonku walau kadang-kadang aku melayan setiap panggilannya secara hambar. Marahku pada abah masih berbekas hingga ke hari ini. Bagipun, ibu lah yang terbaik di dalam dunia. Sampai hati abah tinggalkan kami dan seterusnya menceraikan ibu sedangkan aku tidak tahu sebabnya.
Ahhhh! Dari membuang masa bergolek-golek sahaja, lebih baik aku turun ke dapur. Selalunya di waktu begini, ibu dan mak Timah sedang bersantai-santai di dapur minum petang sambil menyediakan bahan-bahan memasak untuk makan malam kami.
“Assalamualaikum!” Ibu dan mak Timah serentak menoleh dan menjawab salam. Wahhh! Ada kek lapis masam manis kegemaranku. Sampai hati ibu tak maklumkan padaku sebaik aku balik tadi. Kalau aku tahu, awal-awal lagi aku dan turun.
“Ada kek.... ibu buat ke?” Aku terus capai sekeping di dalam piring dan membca Bismillah.
“Jiran sebelah yang hantar tadi. Untie Finaz kan dah lama tahu Lilis suka makan kek lapis dia?” Aku mengangguk kerana mulutku penuh dengan kek lapis yang gebu dan enak. Untung juga punya jiran yang baik hati seperti Unite Finaz. Sayangnya, Untie Finaz tak punya anak bujang. Kalau ada... mahu saja aku jadikan Untie Finaz emak mertuaku. Kenyang aku makan kek lapisnya yang sedap!. Hahaha... jauh sungguh kau berangan, Lilis!!
“Mak Timah..... malam nanti,boleh masak lebih tak?” Secara tiba-tiba aku teringatkan Nasrul. Aku ingin ke rumah Nasrul lagi malam nanti menjenguk emak dan adik-adiknya.
“Masak lebih? Lilis nak jemput Laila dengan Desi makan malam kat rumah kita ke?”
“Tak adalah ibu...”
“Habis tu? Ada tetamu istimewa ke? Lilis nak kenalkan teman lelaki pada ibu?” “Apalah ibu.... bukan macam tulah. Lilis mana ada teman istimewa lagi?”
“Mana nak ada teman istimewa? Kasar aja ibu tengok!... Lagilah sejak join kelas karate tu.. “ Mak Timah dah tergelak dengar ibu merungut. Aku ketap bibir.
“Alah.. Lilis baru dua puluh satu tahun, baru jer habis kolej. Bagilah Lilis enjoy dulu! Tak suka lah terikat dengan boyfren nih....”
“Maknanya, lambat lagilah ibu dapat menantu....” Gelihati melihat wajah ibu yang memuncung. Ibu... ibu. Tak sabar-sabar.
“Dari ibu risaukan Lilis.. apa kata, ibu aja yang cari suami baru. Ibu pun dah lama hidup sendiri. Lilis pun tumpang bahagia kalau ibu bahagia”
“Hah, mulalah tu nak mengarut!. Lain yang ibu harap, lain pulak Lilis nak menyimpang. Dah! Bebalik pada soalan ibu tadi. Kenapa Lilis nak mak Timah masak lebih malam ni?” Aku tersengeh. Pandai ibu tukar topik nak mengelat bila aku ajukan tentang suami baru. Bukan sekali-dua aku minta ibu berkahwin lain, tapi ibu hanya mendiamkan diri. Tak pernah pula selama lebih dua tahun ini, ibu kenalkan aku pada mana-mana lelaki.
“Lilis... yang tersengeh-sengeh lagi tu kenapa? Ibu tanya... kenapa nak masak lebih? Ishh budak ni...”
“Begini ceritanya ibu. Erm... ibu ingat lagi tak pasal budak lelaki yang ragut beg ibu pagi tadi? Namanya Nasrul. Kesian dia ibu....” Ibu angkay kening tinggi-tinggi. Maka.... dengan bersungguh-sungguh aku ceritakan tentang apa yang berlaku sepanjang tengahari tadi hingga ke petang. Dari mula hingga ke akhirnya ibu dan mak Timah mendengar penuh kusyuk.
“Ibu.... boleh tak ni?” Aku menegur ibu yang sedang termenung lama.
“Hah.... hmm... betul ke yang Lilis cerita ni? Lilis tak tipu ibu?”
“Betul ibu... sumpah!. Lilis tak tipu. Sedih sangat Lilis tegnok ekadaan emak Nasrul. Adik-adik dia lapar...”
“Kalau macam tu.. ibu nak ikut sama malam nanti. Kita tengok keadaan dia. Mana tahu, kita boleh usahakan sesuatu untuk tolong keluarga dia”
“Betul ibu nak ikut? Alhamdulillah!....” Aku peluk ibu dan cium pipi ibu penuh sayang. Syukur, ibu tak melenting dengan apa yang aku buat siang tadi. Mungkin ibu juga terkesan dengan ceritaku tentang anak-anak kecil yang ditinggalkan ayah mereka.
“Dah.... mari kita tolong mak Timah masak. Kita masak yang sedap-sedap sikit untuk mereka” Lebar senyumanku melihat ibu yng bersungguh-sungguh. Melebihi riaksiku pula!

2 comments: