Tuesday 23 September 2014

SELEMBUT BICARA SAKURA BY EMIRLYA IZUMI


Kelam-kabut Allysa dibuatnya apabila, Datuk Malik minta Allysa ke Singapura untuk menguruskan projek di sana. Terpaksa dia berkejaran ke KLIA untuk ke sana selepas book ticket. Dalam kekecohan itu untuk berlepas ke Singapura Allysa telah melanggar seseorang dan membuatkan muka lelaki itu berubah merah padam.
Allysa yang sememangnya panic, meminta maaf kepada lelaki itu tetapi wajahnya bertambah membahang sambil membuka kaca mata Rayban miliknya. Matanya merenung tajam wajah gadis itu.
“Kau buta ke sampai aku besar macam ni, kau tak nampak. Aku yang pakai sunglasses pun nampak orang, tapi kau tak nampak.” Sindir lelaki itu membuatkan Allysa membulatkan matanya.
Ya ampun, sabar ajelah kalau terjumpa dengan lelaki yang menjengkelkan hati ini. Sabar Allysa, banyak lagi benda yang kau nak uruskan daripada bergaduh dengan lelaki ini. Tapi mamat ni pandai pulak cakap melayu walaupun muka dia tak macam melayu. Carious betul.
“Hei mamat jepun, saya dah minta maaf bersyukurlah sikit ni tak sindir orang pulak.” Rungut Allysa padanya.
Tengku Zhafran membulatkan matanya. “Mind your word, kau yang buta tak nampak aku yang besar ni.” Marahnya lagi.
Penguguman penerbangan ke Singapura telah dibuat, dan Allysa masih lagi tercegat dihadapan lelaki itu. Inilah paling dia tak suka bila buat kerja last minit, nasib baik semua ini atas arahan Datuk Malik, kalau tak memang dia mengamuk.
Allysa ingin mengangkat kaki, tetapi tangannya direntap oleh lelaki itu membuatkan langkahnya terhenti.
“Hei crazy man, berani you sentuh saya. Baik you lepaskan saya, saya dah terlambat nak naik flight ni.” Dalam marah Allysa tetap merayu supaya lelaki itu dapat melepaskan dirinya.
Dalam tidak sedar, dia sudah pun menggelar lelaki itu crazy man. Maafkan la saya ye mamat jepun, terpaksa gunakan perkataan kesat buat kamu.
I will remember your face, dan kau akan menyesal sebab cakap aku orang gila.” Ugutnya sambil melepaskan lengan Allysa.
Tengku Zhafran berlalu meninggalkan Allysa termanggu seorang diri. Dia akan ingat wajah gadis itu walau apa pun terjadi.
Allysa begitu tersentak dengan kata-katanya itu. Dalam masa yang sama dia menyentuh lengannya yang digenggam oleh lelaki itu. Merah tangannya direntap oleh lelaki itu.
“Allysa, lebih baik kau jangan terjumpa atau terserempak dengan lelaki tu. Kalau tak mampus kau dikerjakannya.” Omel Allysa. Kaki melangkah masuk ke balai berlepas dengan segera.
TENGKU ZHAFRAN DAISUKE tiba di Vila Daisuke dengan senyuman lebar. Sudah lama dia tidak pulang ke Malaysia setelah sekian lama bertapa di bumi matahari terbit. Dia rindukan Malaysia, terutama sekali dia rindukan keluarganya. Bukan dia tidak mahu pulang ke Malaysia tetapi masa tidak mengizinkan, syatikat di Jepun dia harus jaga sebaik mungkin.
Tengku Zhafran menekan loceng rumah dan automatik pintu pagar rumah agam itu terbuka. Tengku Zhafran Menarik begnya sambil melepaskan nafas kecil. Dia rindukan kenangan yang pernah dia ada suatu ketika dahulu.
Diesya! Agak macam mana wajah gadis idamannya itu? Cantik seperti dahulu atau bertambah cantik?
Tengku Zhafran mengukir senyuman manis.
“Assalammualaikum,” Tengku Zhafran memberi salam ketika kakinya sampai dihadapan pintu rumah.
Bik Yani membuka pintu dan matanya membulat apabila melihat Tengku Zhafran sudah ada depan mata. Apabila dia ingin membuka mulut, Tengku Zhafran meletakkan jari di bibirnya supaya Bik Yani diam.
“Kenapa Zhafran balik tak cakap?” soal Bik Yani dengan nada berbisik.
“Surprise bik, mama mana?” soal Tengku Zhafran dengan senyuman manis.
“Puan Sri ada di ruang tamu, berbincang dengan semua ahli persatuan.” Jawab Bik Yani membuatkan Tengku Zhafran mengangguk kepala.
“Bik pergilah buat kerja balik, Zhaf nak bagi surprise dekat mama ye.” Ujar Tengku Zhafran lalu melangkahkan kaki masuk ke rumah sambil menarik begnya yang sebesar gedabak itu.
Saat kaki melangkah masuk, makin melebar senyuman di bibir Tengku Zhafran apabila mamanya tidak perasan dengan ketibaannya itu.
“Assalammualaikum mama,” Tengku Zhafran memberi salam dan Puan Sri Tengku Melati dan rakan-rakannya mengangkat kepala.
Mata Puan Sri Tengku Melati membulat dan dengan tidakan drastik dia bangun dan menghampiri Tengku Zhafran.
“Ini Zhaf ke?” soal Puan Sri Tengku Melatin tidak percaya dengan apa yang dia lihat di depan matanya. Dia mengusap lembut wajah Tengku Zhafran bagaikan tidak percaya.
“Takkan mama dah lupakan Zhaf? Anak mama dah balik sekarang ni,” Tengku Zhafran memeluk Puan Sri Tengku Melati dengan erat. Puan Sri Tengku Melati juga memeluk anaknya yang sudah lama tidak pulang ke Malaysia.
“Kenapa Zhaf balik tak cakap?” soal Puan Sri Tengku Melati dengan nada sendu.
Tengku Zhafran ketawa kecil. “Zhaf nak buat surprise dekat semua termasuk mama kesayangan Zhaf ni.” Tengku Zhafran merenggangkan pelukan mereka berdua.
“Nakal anak mama ni ye,” Puan Sri Tengku Melati menepuk-nepuk wajah anak sulungnya itu.
“Mama, Zhaf penatlah. Apa kata kalau Zhaf rehat dulu nanti kita berborak ye.” Pinta Tengku Zhafran manja.
Puan Sri Tengku Melati tersenyum lebar. “Sebelum tu mama nak kenalkan Zhaf dengan semua kawan mama dulu.”
Tengku Zhafran mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak kisah.
“Sorry semua, kami anak beranak buat drama pulak. Kenalkan ini anak sulung saya yang baru balik dari Jepun, Tengku Zhafran Daisuke. Anak sulung saya ni uruskan syarikat di Jepun dan baru sekarang dia nak balik.”
Semua yang berada disitu mengangguk dan memuji ketampatan milik Tengku Zhafran. Tengku Zhafran hanya tersenyum manis sahaja. Biasalah orang perempuan, suka memuji lelaki muda dan tampan. Tetapi hatinya hanya pada seorang gadis sahaja sejak dari dahulu lagi.
“Mama, Zhaf naik dulu ye.” Bisik Tengku Zhafran di tepi telinga Puan Sri Tengku Melati.
“Yelah, Zhaf naik rehat ye.”
Tengku Zhafran mengangguk dan berlalu naik ke atas sambil tangannya mengangkat beg.
DADDY ingat malam esok nak buat majlis kesyukuranlah,” ujar Tan Sri Tengku Ikmal yang sedang duduk di tepi kolam sambil menghirup kopi panas bersama anak sulung dan isterinya. Anak kedua mereka entah dimana, setiap malam pasti Tengku Zharief akan menghilangkan diri.
“Perlu ke daddy,” soal Tengku Zhafran dengan keluhan.
Dia bukan tidak suka dengan majlis kesyukuran tetapi dia rasa biarlah dia duduk lama sedikit. Ini tak, bila sudah balik cepat-cepat papanya ingin mengadakan majlis kesyukuran buatnya.
“Perlulah, anak daddy dah balik. Lagipun tak lama lagi Zhaf akan ambil alih Lucifer Corporation.” Ujar Tan Sri Tengku Ikmal dengan senyuman.
Selepas ini dia akan berehat sepenuhnya dan akan memberikan mandat buat anak sulungnya untuk menguruskan syarikat. Kalau nak harapkan Tengku Zharief memang lingkup syarikat mereka.
“Zhaf anak mama, selama Zhaf tak ada mama begitu rindukan Zhaf. Takkan mama dengan daddy nak buat majlis untuk Zhaf pun tak boleh?” soal Puan Sri Tengku Melati perlahan.
Tengku Zhafran mengeluh kecil.
“Macam inilah, Zhaf ikut apa yang mama dengan daddy mahu ye. Zhaf tak nak mama dengan daddy sedih lagi, mama papa buatlah apa pun. Zhaf ikut aje.” Tengku Zhafran memberi kata putus.
Dia tidak mahu mengecewakan hati kedua orang tuanya. Cukuplah selama ini dia tinggalkan keluarga kerana ingin tinggal di Jepun dan menguruskan syarikat di sana walaupun mama dengan daddy sudah menghalangnya untuk pergi.
MAJLIS KESYUKURAN di Vila Daisuke begitu meriah sekali, Tan Sri Tengku Ikmal begitu bersyukur sekali kerana anak yang menjadi harapan untuk meneraju Lucifer Corporation telah muncul setelah lama menetap di Jepun.
“Zhafran selepas ni, daddy nak kamu ambil alih syaikat.” Ujar Tan Sri Tengku Ikmal apabila dia duduk satu meja dengan anaknya itu.
“Tapi daddy tak ke terlalu awal untuk Zhaf uruskan syarikat dekat sini?” soal Tengku Zafran.
Daddy rasa sudah tiba masanya, nak harapkan adik kamu Si Zharief  tu memang taklah jawabnya.”
Tengku Zhafran  menarik nafas panjang. “Baiklah daddy, Zhaf dah sedia sekarang.”
“Abang, aku happy sangat kau dah balik. Yelahkan sampai bila kau nak duduk di Tokyo tu,” suara Tengku Zarief kedengaran dipendengaran Tengku Zhafran.
Tengku Zharief duduk disebelah abangnya dan tersenyum. Entah kenapa abangnya duduk di Jepun bertahun lamanya siapa pun tak tahu, yang pasti sekarang abangnya sudah balik dan takkan kembali ke sana lagi.
“Arie, abang rindulah dekat kau. Kau ni mesti duduk Malaysia jadi macam dekat Tokyo kan?” soal Tengku Zafran sambil tersengih mengusik.
Tengku Zarief  tersentak, tetapi dia tetap tersengih nakal. “Asal? Abang jealous ke dengan Arie yang ramai orang nak?” soalnya nakal lalu kedawa berdekah-dekah apabila melihat wajah Tengku Zhafran yang blur itu.
Tengku Zhafran menolak kepala adiknya.  “Kepala otak kau, aku nak jealous? Kau tak tolong daddy uruskan syarikat ke?”
“Zhaf, kamu jangan harapkan adik kamu ni. Dia lebih suka buang masa dari jaga syarikat,” sampuk Tan Sri Tengku Ikmal.
Dia mengukir senyuman apabila melihat dua orang anaknya melepaskan rindu. Siapa yang tidak rindukan saudara kandung yang tinggal jauh dari keluarga.
Tengku Zhafran dan Tengku Zharief ketawa serentak. “Alah daddy ni, Arie belum sedia nak kerjalah. Nanti bila dah tiba masanya Arie janji akan kerja ye,”
Serious ke kau ni dik?” soal Tengku Zhafran tidak percaya.
“Aku seriouslah abang, takkan dengan adik kau sendiri kau tak percaya bro?” Serious suara Tengku Zharief.
“Okay, kali ni aku percaya cakap kau dik. Tapi kalau kau tak tepati janji aku tuntut okey?” Ugut Tengku Zhafran sambil mengangkat kedua belah keningnya.
Promise bro.”
“Assalammualaikum, Ikmal.” Tegur satu suara menyapa mereka bertiga. Sambil menghulurkan tanganya pada ketiga-tiga beranak itu.
“Waalaikummussalam Malik, eh bila kau sampai?” Soal Tan Sri Tengku Ikmal sambil menyambut huluran salam kawan baiknya itu. Tengku Zhafran dan Tengku Zharief menyambut salam kawan baik daddy mereka itu dengan senyuman.
“Kami baru saja sampai, apa yang dibualkan anak beranak ni?” Soal Datuk Malik sambil tersenyum.
“Biasalah tugas untuk mereka ambil alih syarikat,” jawab Tan Sri Tengku Ikmal sambil menepuk bahu Tengku Zhafran.
“Amboi bukan main lagikan,” usik Datuk Malik.
“Malik yang lain-lain mana?” soal Tan Sri Tengku Ikmal sambil memandang sekeliling.
“Tengah bersembang dengan wife kaulah, anak aku Allysa pergi Singapura sebab aku minta dia uruskan projek di sana.” Ujar Datuk Malik sembil tersenyum.
Tengku Zhafran hanya menjadi pendengar sahaja ketika ini. Allysa? Adakah Allysa adalah Diesya yang pernha menjadi teman sepermainannya dahulu? Masih ingatkah Diesya pada dirinya ini?
“Allysa? Anak kesayangan kau tu? Kau tak kesian ke biarkan dia uruskan projek tu sorang-sorang?” soal Tan Sri Tengku Ikmal terkejut.
Datuk Malik mengeluh kecil.
“Siapa lagi nak urusan Impian Holding selepas ni? Dia anak tunggal aku Ikmal,”
“Tapi kau terlalu membebankan dia, anak wife kau yag sekarang ni kau biarkan aje?”
Tengku Zahrief yang mendengar apa yang di bicarakan oleh daddynya dan uncle Malik mula angkat kaki untuk mencari Sarah.
“Arie, kau nak pergi mana tu?” soal Tengku Zhafran bila melihat adiknya itu ingin berlalu.
“Nak jumpa seseorang kejap,” jawab Tengku Zharief perlahan.
Tengku Zhafran melihat langkah kaki Tengku Zharief yang menuju ke arah seorang perempuan yang amat dikenali. Dialah perempuan yang memerhatikannya sewaktu mama memperkenalan dia pada ahli persatuan mama semalam.
Dari jauh Tengku Zafran dapat melihat renungan mata perempuan itu, ‘Huh! Kau ingat aku akan suka perempuan mata keranjang macam kau ke hah?’ hatinya berbisik.
Sarah Illyana perasankan renungan mata Tengku Zhafran, tak sangka lelaki itu memandang juga padanya. Dia mula tergoda dengan ketampanan Tengku Zhafran dan mahu memiliki lelaki itu suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment