Tuesday 23 September 2014

SELEMBUT BICARA SAKURA BY EMIRLYA IZUMI



“Hoi Lysa mama nak kau bersihkan dapur,” ujar Sarah dengan sombong. Allysa Diesya mengerutkan dahi, sudahlah masuk bilik orang tak ketuk pintu. Main terjah aje adik tirinya ini, dia ingat aku ni siapa dalam rumah ni? Runggut Allysa dengan kerutan di dahi.
“Kenapa Sarah je yang tak pergi? Lysa ada kerja la,” Allysa menjawab dengan selamba. Matanya difokuskan pada skrin computer riba kembali.
“Apa kau cakap? Hei aku ni paling benci bila ada yang suruh aku buat kerja rumah!” rungut Sarah dengan lenggok gediknya.
Naik berbulu mata melihat sikap Sarah ini, sudahlah gedik. Kalau suruh pergi kolej dia mengelak, nasib baik dia tidak masuk universiti sama dengannya. Allysa bersyukur pada dalam diam.
“Sarah keluar la, Lysa banyak kerja ni.” Lembut dan lunak suaraku menyuruh dia keluar dari bilik. Setakat nak bersihkan dapur, Datin Kirana boleh buat tapi kenapa mama tirinya itu sangat malas.
Kalau dulu sebelum berkahwin dengan abah, mama Kirana tersangatlah rajin. Tetapi sejak abah mendapat gelaran Dato dua tahun lepas mama tirinya itu sudah jadi malas. Malah kerja rumah semua disuruhnya Mak Leha buat.
Kadang kala dia kesian pada Mak Leha, yang selalu dibuli oleh mama tirinya itu. Kalau dia tidak sibuk, bolehlah dia bantu apa yang patut. Sekarang memang dia tidak boleh bantu, kerana dia sibuk dengan projek akhir dan projek syarikat abahnya.
“Hei budak tak sedar diri, baik kau kemas dapur tu sekarang!” Suara nyaring dari Datin Kirana sudah berkumandang di pendengaran Allysa.
Dia sudah melepaskan keluhan kecil. Tahu sangat kalau Datin Kirana masuk campur, dia langsung tak boleh lakukan apa pun. Kalau abah ada dirumah, mama Kirana takkan pernah sesekali meninggikan suara padanya.
Sudah macam cerita Cinderella pun ada jugak. Kenapalah ibu tinggalkannya pada usianya muda, kalau ibu ada sudah tentu ibu akan menyayangi dirinya ini walaupun ramai yang menyayangi dirinya sekarang. Dia terlalu rindukan belaian kasih dari seorang ibu.
“Tapi mama, Lysa ada banyak kerja nak buat.”
“Kerja apa? Berangan? Kau ingat bila abah kau tak ada kau boleh jadi puteri ke ha?” tempiknya lagi dengan ton suara yang sama.
“Lysa kena siapkan tugasan yang abah bagi,” jawab Allysa perlahan sambil menundukkan kepala.
Datin kirana mendekati  lalu merentap rambut Allysa yang diikat tocang itu dengan kuat. Sungguh, tiada belas kasihan langsung melihat Allysa yang begitu sibuk menguruskan pelbagai kerja.
“Mama jangan buat macam ni, sakit!” Rayu Allysa, tangannya memegang rambut yang ditarik oleh Datin Kirana.
“Siapa mama kau budak, kau ni sama saja dengan Asrina tu. Menyusahkan sahaja, kau tahukan aku terlalu bencikan dia dan kau!” tenging Datin Kirana.
Sarah hanya tersenyum melihat kemarahan mamanya, bukan mamanya sahaja bencikan Allysa, tetapi dia juga terlalu bencikan Allysa. Allysa selalu mendapat perhatian dari semua orang bila disekolah, manakala dia akan menjadi orang terakhir menjadi perhatian semua orang.
“Lebih baik kau pergi kemaskan dapur sebelum aku simbah kau dengan air panas,” ancam Datin Kirana lalu melepaskan rambut Allysa.
Wajah Allysa sudah membahang kerana menahan sakit, air mata hamper gugur tetapi ditahannya supaya tidak mengalir. Dia bukan seorang yang lemah, tetapi apabila diperlakukan seperti orang yang tiada perasaan dia sedih sekali. Sedangkan Nabi pun sayangkan umatnya tambah manusia sesama manusia.
Allysa bangun dari kerusi, dan berlalu turun ke bawah dengan keluhan berat. Kalaulah ibu masih ada, tentu ibu akan memberikannya sepenuh kasih sayang.
 “Mama, Sarah suka mama buat macam tu dekat dia. Mama tahu tak yang ramai yang memuji dia masa dia berada di pejabat,” rungut Sarah dengan cebikan dimuka.
“Sarah sabar ye, nanti dia akan berambus dari sini juga sayang.” Pujuk Datin Kirana sambil membelai kepala anaknya.
Dia mahu anaknya menjadi salah seorang pemegang saham syarikat suaminya, dia tidak teragak-agak ingin memusnahkan hidup Allysa sama seperti apa yang pernah dia lakukan pada Asrina suatu ketika dahulu.
“Betul ke mama? Sarah bencilah dengan Si Lysa tu,”
“Betul, selagi dia ada dekat sini. Kita takkan dapat apa-apa sayang,” ujar Datin Kirana penuh dendam membara.
Sarah hanya mengangguk kepala, betul cakap mama. Selagi Lysa ada dekat sini, satu apa pun dia dan mama takkan dapat apa-apa. Lysa bakal pemilik Impian Holding dan dia tidak punya apa-apa.
“Sarah, jom ikut mama jumpa kawan.” Ajak Datin Kirana.
“Jumpa kawan? Nanti mama belanja Sarah shopping ek,” bodek Sarah dengan mata dikerdip-kerdipkan.
Okay no problem,” jawab Datin Kirana sambil berlalu keluar dari bilik Allysa dan menuruni tangga menuju ke dapur.
“Lysa! Bersihkan rumah, jangan curi tulang pulak. Bila aku balik, aku nak tengok semua selesai.” Tegas suara Datin Kirana dengan nada nyaring.
Sarah hanya tersengih seperti kerang busuk sambil berlalu mengekori mamanya itu. Dia akui apa yang dimahukan oleh Sarah akan diperolehi dengan mudah apabila meminta-minta daripada Datin Kirana.
“Ke mana mereka nak pergi? Tahu menghabiskan duit abah sahaja, bukan mereka ingin berjimat. Yang hanya berkerja keras mencari duit hanya dia dan abah sahaja.” Ujar Allysa seorang diri.
“Sabar ye Lysa, Mak Leha pun tak tahu nak cakap macam mana lagi. Sekarang ni, perangai mama tiri dan adik tiri Lysa semakin menjadi-jadi.” Mak Leha bersuara apabila dia melihat Allysa merungut seorang diri.
“Entahlah Mak Leha, Lysa pun tak tahu nak cakap macam mana lagi. Sarah tu, tak habis-habis nak cari pasal dengan Lysa. Ada sahaja masalah bila abah tak ada ni.” Adu Allysa.
Allysa mengambil kain buruk lalu mengelap meja dapur. “Lysa, tak payahlah buat kerja-kerja ni. Biar Mak Leha buat, Lysakan banyak kerja yang nak buat.”
“Tak mengapalah Mak Leha, biar Lysa bantu apa yang patut. Kesian dekat Mak Leha,” ujar Allysa sambil tangannya lincah mengemas dapur.
Baik sungguh hati Allysa, sama seperti ibunya. Tetapi sayang umur Puan Asrina tak panjang, semasa Allysa berusia 13 tahun dia sudah kehilangan ibu yang amat penyayang dan pada usia yang muda Allysa sudah memiliki ibu tiri yang teramatlah garang macam cerita Cinderella.
“MAMA lambatnya kawan mama ni,” rungut Sarah dengan muncung panjang. dia cukup pantang bila menunggu orang dengan begitu lama sekali.
 “Sabarlah sayang kejap lagi datanglah,” pujuk Datin Kirana.
“Maafkan saya kerana terlambat Kirana, butik ramai orang tadi!” ujar perempuan yang elegen dengan cara permakaiannya.
Sarah sudah mula mencebik. Kawan mama ni semua lembap, ikutkan hati mahu disindir sahaja, tetapi ditahankan sahaja dari terlepas cakap.
“Tak mengapa Tengku, kami pun baru sahaja sampai.” Bohong  Datin Kirana sambil tersenyum. Sarah sudah menjulingkan matanya tanda menyampah. Apa mama cakap? Baru sampai? Rasanya mereka sudah ada dekat sini hamper setengah jam lamanya.
“Ini siapa Kirana?” soal Puan Sri Tengku Melati dengan lembut. Dia memandang wajah gadis disebelah Datin Kirana, cantik dan manis orangnya.
“Oh, kenalkan ini anak tunggal saya Sarah Illyana.”
“Apa khabar Tengku?” soal Sarah lalu menyalam tangan Puan Sri Tengku Melati buat baik sebenarnya.
“Baik Sarah, urmm manis orangnya Kirana.” Puji Puan Sri Tengku Melati dengan senyuman manis.
Sarah sudah tersenyum malu. Perasan sungguh Sarah ni, kalau nak dibandingkan Sarah dan Allysa. Allysa lebih cantik dan manis daripada Sarah.
“Terima kasih Tengku,” jawab Datin Kirana.
“Mama, Zarief pergi sana dulu ek.” Ujar seorang lelaki muda pada Puan Sri Tengku Melati yang muncul secara tiba-tiba disebelah meja Puan Sri Tengku Melati.
“Zarief nak pergi mana?” soal Puan Sri Tengku Melati, Sarah tidak berkelip mata memandang lelaki muda dihadapannya.
Sungguh kacak wajahnya itu. Ini kalau jadi boyfriend aku, akan disimpan selamanya kerana poketnya sah-sah tebal yang amat. Hati Sarah sudah memasang niat untuk memiliki lelaki dihadapan matanya ini.
“Beli barang kejap, Zarief pergi dulu ye!” Mata Zarief memandang sinis pada gadis disebelah kawan mamanya itu. Semua perempuan akan terpegun melihat kekacakan dirinya ini.
“Siapa tu Tengku?” soal Datin Kirana lembut.
“Itu anak kedua saya Tengku Zarief Daisuke,” jawab Puan Sri Tengku Melati sambil matanya memerhati jejak langkah anaknya itu.
“Kacak orangnya, mesti ikut Tengku Ikmal kan?”
“Ikut papa dialah, Kirana macam mana dengan program kita nanti?” soal Puan Sri Tengku Melati.
“Semua ahli nak buat program tu hujung minggu ni, tapi tempat semua minta Tengku  yang pilihkan sebab Tengku kan pengerusi,” jawab Datin Kirana.
Nak tahu apa yang dia orang bincangkan? Urmm, sebenarnya Puan Sri Tengku Melati ni adalah pengerusi bagi Persatuan Pakaian Tradisional Antik Amal. Lawakkan nama tu, urmm entahlah siapa yang letak nama tu memang betul-betul antik.
“Urmm kita buat dekat rumah saya la,” Puan Sri Tengku Melati memberi pendapat. Dia malas ini berbincang diluar, lagipula tiada sesiapa dirumah. Jadi lebih senang kalau semua ahli datang ke rumahnya.
“Betul ke Tengku? Nanti saya beritahu pada ahli kita.”
“Mama, Sarah nak ke ladies.” Ujar Sarah. Datin Kirana hanya mengukir senyuman, dia tahu anaknya bukan hendak ke tandas tapi hendak berjumpa dengan Zarief.
Datin Kirana hanya mengangguk sahaja.
“Awak ada berapa orang anak Kirana?” soal Puan Sri Tengku Melati dengan penuh teruja. Setahunya suaminya Tengku Ikmal ada memberitahu yang Datuk Malik mempunyai seorang lagi anak gadis, tetapi anak gadisnya terlalu sibuk dengan pelajaran dan perniagaan miliknya.
“Saya ada seorang anak sahaja, tetapi saya ada seorang lagi anak tiri.” Jawab Datin Kirana sambil mencebik.
Dia kalau boleh tidak mahu langsung bercakap tentang anak tirinya, semua orang akan suka dengan Allysa berbanding dengan anaknya Sarah. Entah apa yang Allysa miliki yang tiada pada anaknya Sarah.
Setelah keluar dari restoran, mata Sarah meliar mencari kelibat Zarief. Lalu dengan tepat dia memandang Zarief yang sedang berada di sebuah kedai serbaneka iaitu Guardian. Dia berlalu masuk dan mendekati lelaki kacak itu.
“Hai, saya Sarah Illyana.” Tegur Sarah manja dengan lenggoknya.
“Oh! I Zarief, Tengku Zarief Daisuke.” Ujarnya.
“I tahu, mama you ada dengan mama I.”
“Oh! You anak aunty Kirana la ye,” soal Tengku Zarief dengan senyuman mengoda. Tengku Zarief ni memang kacak orangnya, bibirnya seksi merah menyala tanda tidak merokok. Badannya tegap seperti badan Aaron Aziz tu, perhh memang kacak la. Dah la mix jepun, muka pun ala-ala orang jepun.
“Hello, you berangan apa Sarah?” soal Tengku Zarief sambil melambaikan tangan di hadapan muka Sarah. Sarah termalu sendiri dengan perbuatannya.
“Eh! Tak ada apa Zarief,” sambil tersenyum.
“Urmm you ni sweetlah Sarah,” puji Tengku Zarief.
Sarah sudah tersenyum gatal. Kalau beginilah manisnya mulut lelaki yang bernama Tengku Zarief dia rela menjadikan lelaki kacak ini sebagai kekasihnya.
“Mana ada, you ni hensem sangat.” Puji Sarah pula.
“I memang semula jadi hensem, ramai yang tergoda dengan I tau.” Tengku Zarief angkat bakul sendiri.
Perhh! Zarief ni memang suka angkat bakul sendiri, tapikan nampak sangat lelaki ni seorang player diraja. Biasalah anak orang kaya dan ternama siapa yang tidak kenal kalau bukan seorang player.
“Amboi you ni puji diri sendiri nampak,” usik Sarah.
Tengku Zarief hanya mampu ketawa dengan usikan Sarah. “Sarah, esok you free tak?” soal Zarief.
“Urmm, I sentiasa free Tengku Zarief.”
“Apa kata kita keluar, tengah hari esok I jemput you dekat rumah.” Cadang Tengku Zarief dengan senyuman manis.
“Kita nak pergi mana?” soal Sarah, yelah takut mama tak bagi keluar pula nanti. Tetapi takkan mamanya mahu haling untuk menggoda anak orang kaya seorang ini.
“Adalah, esok I jemput you dekat rumah!”
“You tahu ke rumah I dekat mana Zarief?” soal Sarah sambil tersenyum.
“I boleh rasa dekat mana you tinggal,” lembut bisikan Tengku Zarief di telinga Sarah.
Oh yeah! How come?” sambil tersenyum mengoda pada Tengku Zarief.
Eloklah dia orang berdua, sama-sama gatal dan sama-sama kaki penggoda. Sarah ni pantang nampak lelaki yang kaya, pasti dia akan makan. Dulu semasa belajar pun dia menggoda semua lelaki kaya yang ada di kolej.
“Okey kita jumpa esok ye darling, I minta diri dulu. Bye!” ujar Tengku Zarief sambil melangkahkan kaki keluar dari Guardian dengan senyuman sinis. Dia cukup tahu semua perempuan akan jatuh cinta dengannya.

No comments:

Post a Comment