Monday 22 September 2014

PELITA DI BAWAH PURNAMA BY FAZLINDA RIDZUAN


SINOPSIS

http://adnilzaff.blogspot.com

Dua keluarga itu sememangnya akrab semenjak dahulu. Tan Sri Al Rashid dan Dato Mukhsin sememangnya sudah bersahabat semenjak kecil. Kemesraan itu juga ikut diwarisi oleh kesemua anak-anak mereka. Mereka sudah seperti sebuah keluarga. Namun dek kerana satu peristiwa yang tidak diduga keadaan itu berubah.

Qairynn Asyikin dan Muhammad Aryan, mereka berdua cukup serasi bersama. Semenjak kecil seperti adik dan abang keakraban mereka. Banyak yang mereka harungi bersama selama bertahun-tahun ini.

Namun setelah meningkat remaja keadaan perasaan mula berubah. Dalam diam salah seorang mula disapa rindu dan asmara.

Qairynn Asyikin.. ketika usianya tujuh belas tahun dia mula mengenal apa erti cinta. Kepada si abang angkat tertumpah kasihnya tanpa disedari. Sikap Aryan yang penyayang membuatkan dia sering dilanda badai rindu. Namun dia hanya membisu enggan mencemarkan keharmonian hubungan mereka.

Tetapi semenjak Aryan mengenal Maya keadaan mereka berubah. Perhatian Aryan mula terbahagi. Antara Maya dan Qairynn, Aryan tidak pernah memilih kerana pandangan matanya kepada Maya persis seorang kekasih. Sehinggakan Qairynn mula tersisih tanpa disedarinya. Keadaan itu membuatkan hati Qairynn kerap terusik oleh rasa luka dan cemburu apabila perhatian Aryan lebih banyak terhala kepada Maya. Akhirnya antara Maya dan Qairynn masing-masing saling bersaing dan bermusuh hanya kerana mahu merebut tempat dalam hati Aryan.

Kerana cinta Aryan jadi pembisu biarpun dia sedar Qairynn ditohmah seseorang yang sangat dekat dihatinya. Dia hanya tunduk begitu sahaja sehingga banyak hati yang terluka kerana perbuatannya.

Aryan.. bertahun dia memendam rasa berdosa. Biarpun nekad menjauhkan diri sedetik pun tidak pernah dia berjaya melepaskan sesal dihatinya akibat perbuatannya itu. Maya pula yang dipuja-puja semakin menyucuk bisa di hatinya. Nama Qairynn seolah terlalu hina dan kotor ditelinga Maya saban hari. Tanpa sedar cinta Aryan berubah menjadi benci apabila Maya sering menghina Qairynn yang kononnya sudah tidak suci itu.

Setelah 8 tahun dia berlalu Aryan pulang. Kepulangannya membawa semula dirinya kepada Qairynn. Entah kenapa dalam kedinginan gadis itu, dia terpaut pula. Dalam ketomboian gadis itu mata lelakinya sering terpesona.

Namun bagi Qairynn sampai matipun dia tidak mampu mencintai Aryan semula apatah lagi dalam keadaan hatinya yang sudah tidak ‘sempurna’ lagi. Tiada lagi keyakinannya kepada lelaki dan cinta. Semuanya sudah punah.

Berjayakah Aryan mengembalikan Qairynn yang dahulu?

1 comment:

  1. Saya nak tanya novel ni masih ada stock lagi tak. Saya bermunat untuk mendapatkannya

    ReplyDelete