Monday 15 September 2014

ALASAN UNTUK SETIA BY ADZRA SUE


BAB 3
 

https://www.facebook.com/eizan.ezan.3?fref=ts

“Lamanya kau! Kata nak pergi setengah jam aja?’ Marah Laila sebaik sahaja aku ambil tempat di depannya. Desi tidak pedulikan aku. Kusyuk sahaja dia meneliti skrin I-phonenya. Ayam goreng KFC di pinggan masing-masing sudah tinggal tulang. Hanya Pepsi yang masih berbaki di atas meja.
“Sorry….. aku tak sengaja. Janganlah marah! Korang pun datang lambat, kan tadi? Pasal korang lambat lah, beg ibu aku kena ragut”
“Ermmm… aku pelik lah dengan kau ni, Lilis. Budak tu mencuri, lepas tu kau nak buat baik pulak dengan dia. Kalau aku tadi… aku lesing aja biar sampai lembik. Sia-sia aja kita masuk kelas taekwando” Desi pula yang bersuara, tapi matanya tetap pada skrin telefonnya. Aku senyum senget.
“Tak semua orang yang jahat tu betul-betul jahat. Kadang-kadang, keadaan yang memaksa kita bertindak di luar kawalan. Kalau kau ikut tadi… aku pasti korang menangis tengok keadaan Nasrul, adik-adik dia dan mak dia yang tengah terlantar sakit. Kau bayangkan mak dia bagi duit sepuluh ringgit suruh beli makan tengahri mereka empat beranak? Kau ingat cukup ke? Budak tu mencuri sebab nak beli ubat mak dia…”
“Ya aku tahu… Rizman dah cerita tadi…” Laila menjawab acuh tak acuh bagai tak berminat sahaja dengan cerita sedihku. Seketika, aku angkat kening.
“Siapa Rizman?” Pelik mendengar nama yang begitu asing di telingaku.
“Kau biar betul? Kau tak kenal ke dengan lelaki yang tolong kau tangkap budak peragut tu?”
“Tak… aku tak kenal. Tak sempat pun nak tanya nama” Laila mencerlung ke arahku.
“Apa? Elo perempuan! Hari ni, otak kau senget ke? Selalunya kau lah yang paling ‘gediks’ bila nampak jantan macho macam tu?”
“Erm.. entahlah! Bagi aku, dia biasa-biasa aja, tak adalah macho sangat. Tak tergugatpun iman aku ni… Kejaplah, aku nak order makan. Lapar!” Bibir Laila terjuih mendengar jawapan bersahajaku. Bukannya apa. Tak terlintas langsung di fikiranku untuk meneliti pemuda bernama Rizman tadi. Yang lebih aku utamakan, Nasrul yang polos. Setidak-tidaknya, hari ini aku dapat mengenyangkan anak-anak kecil itu yang sedang kelaparan.
Kembali semula ke meja dengan menatang dulang berisikan dua ketul ayam, coleslaw dan juga kentang putar, aku termenung kembali. Lama ayam goreng hot and spicy itu aku renung. Agak-agaknya, Nasrul dan adik-adiknya pernah ke menjamah ayam goreng KFC seperti ini?
“Lilis!” Aku tersentak dan terus mengurut dada sendiri. Boleh bikin aku sakit jantung kalau disergah begini kuat. Teruk betul si Desi ni!
“Yang kau termenung lagi tu, kenapa? Cepatlah makan! Kata nak pergi tengok wayang lepas ni… aku tak sabar beb! Hero pujaan hati aku berlakon tu…”
“Aiseyh….. aku dah tak ada mood lah nak tengok wayang. Korang pergi berdua aje boleh tak? Aku dah janji dengan ibu nak balik awal tadi. Kalau sekarang baru nak bertolak ke KLCC…. Pukul berapa sampai? Gedebak-gedebuk.. hari dah malam. Aku janji dengan ibu nak makan malam kat rumah” Aku mula menjamah ayam gorengku sementelaah perutku sudah berdondang sayang minta di isi.
“Kau lah yang cari pasal. Yang lama sangat kau melayan budak percuri tu buat apa? Muda lagi budak tu weyh.. kalau kau nak buat boyfriend pun. Entah-entah belum baligh lagi…” Hahahaha… Laila dan Desi mengekek ketawa. Sajalah nak mengutuk aku tu!
“Gelak lah banyak-banyak! Korang berdua tak pernah nak ambil tahu kesusahan orang lain, kan? Pernah ke korang rasa bila ayah korang berbulan-bulan tak balik!. Korang beruntung sebab mak-bapak korang masih ada, masih tinggal sebumbung. Tak macam aku dan budak tu!” Serta-merta selera makanku terbantut. Aku bangun dan berjalan ke singki, mencuci tanganku. Sebentar kemudian, aku tarik ‘sling bag’ yang aku sangkutkan di kerusi.
“Aku nak balik. Korang nak berjimba sampai malam pun… suka hati koranglah!”
“Ala Lilis… kau janganlah merajuk! Aku gurau aja tadi.....” Aku buat-buat tak peduli bila Laila mengejarku di belakang. Desi pun sama, mula kelam-kabut bangun dari kerusi.
Pintu kaca aku tarik dengan kasar. Sesaat, aku terkesima. Dua orang lelaki yang mahu masuk berada betul-betul di hadapanku. Salah seorangnya aku ingat lagi. Pemuda yang menolongku pagi tadi.
“Rizman….. haiiii….. ! ” Meleret sapaan dari bibir Desi. Aku berpaling ke belakang dan mendapati Laila dan Desi tersengeh-sengeh ke arah dua pemuda tadi. Cepat-cepat aku melepasi mereka dan bergegas ke jalan bertar untuk ke stesen bas. Aku ingin segera pulang ke rumah dan merehatkan otak yang sedang berkecamuk.

No comments:

Post a Comment