BAB 4
SEKALI
lagi berlangsungnya pertemuan aku dengan lelaki RM10 ribu. Kali ini aku sendiri
yang ajak jumpa. Ada perkara yang aku nak selesaikan. Tak boleh tunggu lama
dah.
“Encik
ni baru keluar hospital gila ke?” Sehabis boleh aku cuba kawal suara aku. Takut
nanti akan keluar suara komunis aku. Perasaan aku tengah meruap-ruap nak marah
ni.
“Kalau
betul pun kenapa?” Dia tanya sinis.
Aku
kemam bibir. Sepatutnya tadi aku pakai baju ala nenek kebayan. Barulah mamat ni
fikir dua tiga kali nak kahwin dengan aku.
“Memang
sesuai la tu dengan awak.” Jawab aku tak mahu kalah. Hilang terus panggilan
Encik yang aku gunakan.
“Pergi
masuk meminang pun salah ke?”
“Memang
salah!” Boleh pulak dia tanya aku soalan tu.
Terkejut
aku dibuatnya bila dapat panggilan telefon dari Mak Ngah di kampung. Mak Ngah
kata ada satu rombongan datang masuk meminang. Cepat betul dia buat kerja. Dan
yang paling aku tak boleh nak hadam adalah bila Mak Ngah dah pun terima
perminangan tu. Entah apalah yang lelaki ni dah tabur dekat Mak Ngah.
“Saya
kan dah cakap pada awak semalam. Then,
mestilah step kedua saya kena pergi
meminang awak.” Dia jawab tanpa perasaan.
“Gila!”
Lepas ni aku nak telefon hospital gila. Kut la ada orang gila yang terlepas ke.
“Bukannya
saya culik awak dan ajak kahwin dekat sempadan pun. Saya ajak cara elok kan.
Masuk meminang itukan salah satu adatnya. Saya dah bagi tahu awak yang saya nak
kahwin dengan awak. Step kedua
mestilah saya kena mintak izin keluarga awak pulak. Am I wrong?” Jawab lelaki tersebut sambil menolak sepinggan roti
canai ke depan aku.
Bila
masa entah dia buat pesanan. Aku ingatkan tadi roti canai tu untuk dia.
“Macam
mana awak tahu kampung saya?”
“Kalau
saya kata saya nak. Sampai lautan Atlantik pun saya akan cari...”
“Konon...”
“Try me...”
Dengan
siapa aku sedang berdepan sekarang ni? Kenapa mesti dia yang tolong aku? Kenapa
mesti aku lalui semua ni. Masyallah. Kenapa aku ni macam nak mempertikaikan
jalan hidup yang Allah dah tentukan untuk aku pulak. Siapa aku nak
mempertikaikan semua ni. Tapi masalahnya sekarang ni memang kepala aku ni dah
tak larat nak menampung rasa ingin tahu.
“Makan...”
Sekali lagi dia tolak pinggan roti canai tersebut ke arah aku.
Aku
geleng. Dia suruh aku makan. Tapi dia tak nak makan.
“Makan.
Saya tak nak isteri saya nanti kurus kering. Saya nak guna awak lama, untuk
seumur hidup saya..”
Aku
julingkan mata ke atas. Sesuka hati dia saja buat keputusan sendiri. Ayat tak
boleh blah!
“Kenapa
awak senekad ini? Kenapa awak nak kahwin dengan saya? Apa yang ada pada saya
ni? Apa motif awak sebenarnya?” Ikutkan hati aku memang nak je aku tulis segala
jenis persoalan dalam kepala aku sekarang ni. Banyak sangat. Nak tanya memang
rasa tak tertanya. Kalau aku tulis,biar dia baca sendiri. Buat macam jawab
soalan latihan.
“Sebab
nak kahwin dengan awak la.”
Hampir
je aku tepuk dahi sendiri. Punyalah lah banyak aku tanya dia. Dia jawab seciput
je!
“Tahulah.
Tapi sebab apa?” Sabar. Kalau tak sabar memang lelaki ni mandi kuah kari.
“Saya
nak kahwin la.” Jawab dia tanpa perasaan. Mata tu langsung tak pandang kiri
kanan. Memang statik pada aku je.
Jawapan
yang langsung tak memuaskan hati.
“Tahu!
Tapi kenapa dengan saya?!” Apasal dia ni. Nak merasa sangat ke makan penumbuk
aku. Huh!
“Simple. Sebab saya suka awak.”
“Ya
Allah..” Aku pegang kepala dengan menongkat kedua belah tangan ke atas meja.
Tekanan!
“La.
Saya cakap suka pun tak happy ke?”
“Tapi
saya tak suka awak.”
“Kahwin
dengan saya dulu. I’m sure you will fall
in love with me..You want me and me again.”
Dia angkat sedikit bahu dan ukir senyum manis. Senyum yang menyejukkan segala
panas dalam hati aku. Sengaja la tu!
“Saya
dah ada kekasih.. Mana boleh saya kahwin dengan awak.” Bagi tahu aku mengenai
Zakuan.
“Then, apa masalahnya? Kekasih aje kan.
Saya ni pulak bakal suami awak, so
saya lagi berhak.” Jawab dia santai dengan sebelah tangan menongkat ke atas
pemegang kerusi. Ibu jari pula melekat di bibir.
“Masalahnya
saya sayang dia..”
“Qaseh.
You know what? The truth is you don’t need a boyfriend to be happy. But you need me. Your future husband. Trust me!” Dia petik jari sekali.
Aku
boleh nampak dia terlalu yakin dengan setiap patah perkataan yang dia tuturkan.
“Bila
masa pulak saya setuju nak kahwin dengan awak? So, awak bukan bakal suami saya...”
“Lupa
ke? Saya dah dapat green light dari
Mak Ngah awak. So, secara
teknikalnya. I’m your future husband
la.”
Bila
aku boleh menang ni? Kenapa dia ni banyak sangat jawapan. Memang jenis tak reti
mengalah betul!
“Awak.
Tolonglah. Saya tahu awak memang baik hati. Dan saya percaya, awak faham saya.Saya
akan bayar semua duit awak tu. Tapi bukan dengan cara macam ni. Jangan paksa
saya. Janganlah buat saya macam ni.. Saya sayang kekasih saya sekarang ni.”
Mulalah aku rasa nak menangis bila aku rasa yang aku dah nak kalah.
“Marry me. I will love you more than you love him. I’m promise you, saya akan buat awak hanya nampak saya sebagai kekasih
awak. Bukan orang lain. Sebab itu awak kena kahwin dengan saya.”
“Aduh...”
“Marry me..” Ulang dia lagi.
“Kalau
saya tak nak? Awak nak buat apa?” Soal aku ingin tahu.
Dia
tak jawab. Hanya mengangkat kedua bahu dan bibir nipis tu membentuk senyuman
herot. Pinggan roti canai aku ditarik dan cekap tangan dia mencarik-carik roti
canai tersebut menjadi carikan kecil.
“Degil.”
Komen dia perlahan. Tapi masih mampu untuk aku dengar.
“Awak
lagi degil.”
“Oh.
Dengar ye.. Kata hati saya awak boleh dengar tak?”
“Saya
bukannya ada ilmu sehebat itu.”
“Baguslah
kalau awak tak boleh tahu...”
“Kenapa
pula?”
“Sebab
kalau awak boleh dengar kata hati saya. I’m
sure awak akan menjerit-jerit minta saya kahwin dengan awak. Nasib baik
awak tak dengar, sebab saya tak rela dikejar perempuan. Saya lagi suka
mengejar.” Lembut nada suara dia masuk ke dalam gegendang telinga aku. Tak tahu
la kenapa, kali ini aku nampak keikhlasan diri dia.
Pinggan
roti canai yang sudah siap dicarik-carik,ditolak kembali ke depan aku. Tak tahu
la dah berapa kali roti tu kena tarik, tolak. Kali ini aku capai sudu dan suap
roti canai tersebut masuk ke dalam mulut. Selagi aku tak makan memang dia akan
terus memaksa. Tengok cara pun aku dah tahu.
“Nak
bermanja rupanya...” Dia sengih nakal ke arah aku.
Aku
bagi jelingan tajam. Tolong sikit!
“Saya
makan ni sebab saya lapar tau. Tak ada kena mengena pun dengan awak.” Aku makan
sebab aku nak cepat balik. Balik dan tidur! Penat dah otak aku ni dengan apa
yang dah berlaku sekarang ni.
Lepas
satu, satu lagi masalah yang datang.
“So, kira setuju la ni kahwin dengan
saya?”
“Tak!
Hishh! Jangan paksa-paksa boleh tak. Menyampah!”
Dia
pegang dada. Konon terkejut la sangat sebab aku marah. Mengejek aku!
“Well..hmm.. You have one million reasons to hate me and one million reasons to love
me. Just pick one. Pilihan di
tangan awak.” Dia tegakkan jari telunjuk dan jari hantu. Dua pilihan!
“Saya
pilih pilihan pertama. Muktamad!” Tak faham bahasa betul.
“Yeke?
Sure?”
“Ye.
Very sure!”
“Tapi
saya rasa awak akan pilih pilihan kedua. Very
sure!”
Aku
kerutkan hidung. Suka hati kau la encik degil!
Aku
garu kepala yang tak gatal. Aduh! Janganlah Mak Ngah mulakan ceramah ala Kak
Ton. Ingatkan bila dah selesai kes RM 10 ribu tu, senang la hidup aku. Rupanya
masalah semakin bertambah rumit pulak. Kalau lelaki tu mintak aku bagi separuh
gaji aku untuk seumur hidup pada dia pun aku sanggup. Tapi dia mintak balasan
nak kahwin.
Kahwin!
Bukannya main kahwin-kahwin.
“Mak
Ngah.. Ria tak sedia lagi.” Tipu aku.
“Dah
ada lelaki yang baik macam tu, tak perlu nak bersedia bagai la Ria oi... Mak Ngah
suka budaknya. Baik. Sopan je..”
Kalau
macam tu baik Mak Ngah je kahwin dengan dia. Hiss! Nak je aku cakap macam tu.
Tapi memikirkan aku tengah bercakap dengan ibu saudara kandung aku, maka aku
tahankan saja hati ni.
“Ria
kan baru habis belajar. Kerja pun baru je lima bulan. Bagilah Ria kerja lama
sikit...” Entah apalah alasan yang aku bagi. Tak ada kena mengena langsung.
“Kalau
dah kahwin tak boleh nak kerja ke? Kerja aje la. Mak Ngah percaya, bakal suami kamu
tu nanti tak akan halang. Ria. Kamu tu amanah Mak Ngah. Duduk pulak jauh kat
Kuala Lumpur sana. Ingat Mak Ngah ni tak susah hati ke? Kalau kamu tu dah
kahwin. Lapang la sikit dada Mak Ngah ni.” Panjang lebar ayat Mak Ngah.
Ayat
Mak Ngah yang terakhir itulah yang membuatkan aku sedih. Aku kalau boleh memang
tak nak sangat menyusahkan Mak Ngah. Mak Ngah sekeluarga pun bukannya orang
senang. Anak dia semuanya sekolah lagi. Ini nak tambah pulak aku lagi seorang.
Aku tak nak sesiapa pun rasa susah disebabkan aku.
“Mak
Ngah. Kat sini kan Ria ada Najwa. Mak Ngah janganlah risau.”
“Selagi
kamu tu tak kahwin. Selagi itulah Mak Ngah ni susah hati.”
“Nak
sangat Ria kahwin. Tak sayang Ria dah la tu...” Seloroh aku. Tak nak suasana
jadi tegang sangat. Nanti susah aku nak memujuk.
“Sebab
sayang la Mak Ngah nak kamu kahwin. Kamu pun, kalau betul sayang Mak Ngah ni.
Dengar cakap Mak Ngah.”
Mula
dah! Boleh pulak ada pertukaran macam tu.
“Mak
Ngah ni saja je nak bagi Ria serba salah.” Aku bangun dari pembaringan. Nafas
aku hela panjang. Lelah dengan semua perkara yang terjadi sekarang ni.
“Kamu
pun satu. Kalau dah tak ready nak kahwin. Yang pergi gatal nak berpakwe tu
kenapa? Bila orang tu ajak kahwin. Tak nak pulak. Dah sampai ke mari dia datang
nak meminang kamu. Itupun tak terharu lagi ke? Pakwe punya handsome macam tu. Kamu nak jual mahal pulak. Kira bersyukur la
pakwe kamu tu nak kahwin dengan kamu.”
Amboi
Mak Ngah! Macam nak cakap aku tak layak sangat je dengan lelaki tu.
Masalahnya
dia bukan kekasih aku. Huh! Kalau cakap pun bukannya Mak Ngah faham. Di mata
Mak Ngah, memang dah nampak lelaki tu je. Agaknya Pak Ngah pun boleh kalah.
“Tak
boleh batal ke Mak Ngah?”
“Tak
boleh! Mata tua Mak Ngah ni tahu, Mak Ngah memang tak salah menilai. Bukan Mak
Ngah je. Mak Anjang dengan Pak Anjang kamu pun setuju. Ria, kamu tu lah satu-satunya anak arwah.
Kalau jadi apa-apa pada kamu, apalah yang Mak Ngah nak jawab dengan arwah mak
kamu kat sana nanti.”
Huwaa!
Masuk bab arwah mak aku pulak.
“Mak
ngah janganlah cakap macam tu..” Ini yang nak meleleh air mata ni.
“Dengarlah
cakap Mak Ngah ni. Kalau lelaki tu tak sayang kamu, dia tak adanya datang
sampai ke rumah buruk Mak Ngah ni. Janganlah kamu nak menolak tuah Ria. Sekali
kamu dah menolak benda baik yang datang pada kita, itu namanya tak bersyukur.
Mak Ngah tahu Ria budak bijak. Faham kan apa yang Mak Ngah cuba nak sampaikan
ni?” Sayu suara Mak Ngah dihujung talian.
Aku
pulak dah terhinjut-hinjut bahu menahan sendu. Tak nak Mak Ngah perasan yang
aku dah mula menangis. Nanti lagi dia tambah susah hati.
Apa
yang perlu aku buat ni? Kalau aku tak kahwin. Aku akan masuk penjara. Aku akan
hancurkan hati Mak Ngah. Kalaupun lelaki tu tak sumbat aku dalam penjara. Aku
tetap dah jadi manusia yang lupakan jasa orang lain. Dia dah berbuat baik pada
aku. Tapi bila dia mintak sesuatu dari aku. Aku dengan sombong dirinya menolak.
Tak bersyukurkah aku ni?
“Tak
apalah. Pergi tidur. Nanti tengah malam, bangun buat solat sunat. Minta
pertunjuk dari Allah. Sesungguhnya dia maha mengetahui. Mak Ngah tak memaksa.
Tapi Mak Ngah simpan harapan yang besar supaya ria tak salah buat keputusan.
Mak Ngah buat semuanya ni untuk kebaikan Ria.” Aku angguk berkali-kali.
Macamlah Mak Ngah boleh nampak kepala aku yang terangguk-angguk macam burung
belatuk ni.
Selesai
memberikan salam aku rebahkan semula badan ke atas tilam. Air mata aku kesat
dengan belakang tapak tangan. Rasa bersalah pada Mak Ngah membuatkan hati aku
ni rasa macam dihimpit dengan papan lapis. Sesak. Kalau arwah mak masih ada, dia
pun sama macam Mak Ngah ke? Betul ke lelaki tu adalah yang terbaik untuk aku..
Ya Allah. Bantulah aku.
Aku
terjaga betul-betul ketika azan subuh berkemundang. Peluh yang memercik di dahi
aku lap dengan selimut. Rasanya baru saja lagi aku tidur lepas bangun
menunaikan solat sunat istikharah. Tapi kenapa aku rasa seolah aku dah tidur
lama sangat. Mungkinkah sebab arwah mak muncul dalam mimpi aku dan membuatkan
tidur aku terlalu lena.
Berbuat
baiklah kamu selagi kamu mampu untuk berbuat demikian. Jangan ditanya kenapa
dan mengapa Allah itu menguji kamu. Tetapi ambillah apa yang terjadi itu
sebagai penguat untuk kita meneruskan kehidupan. Allah itu tidak akan
menjadikan sesuatu perkara itu tanpa sebabnya. Dan Allah itu tidak akan
memberikan jalan yang buruk untuk hambanya yang beriman. Sentiasalah berfikir
baik dengan apa jua masalah yang datang.
Kata-kata
arwah mak di dalam mimpi aku tadi membuatkan jantung aku berdegup laju.
Berdosakah aku Ya Allah? Aku dah buat Mak Ngah sedih memikirkan tentang aku. Aku
juga dah jadi manusia lalai. Lalai dalam mensyukuri nikmat yang Allah
kurniakan. Lelaki itu. Dia tiba-tiba muncul ketika aku mengalami kesusahan. Dia
tak pernah meminta apa-apa dari aku. Dia hanya ingin aku menjadi isterinya.
Berkahwin adalah satu perkara yang dipandang mulia oleh Allah.
Saya
pilih pilihan yang kedua – Qaseh
Dan
di pagi subuh yang tenang itu. Sepotong ayat yang cukup ringkas aku kirimkan
kepada lelaki tersebut. Mungkin ini adalah jalan hidup aku. Dan aku redha jika
inilah yang sudah ditentukan olehnya untukku. Lepas kahwin nanti, barulah aku
fikir apa yang aku perlu buat. Samada nak ikut cadangan Zakuan atau terus setia
disisinya sebagai isteri solehah.
Wah.....
ReplyDeleteX sabar nyer...
Mmg best sgt2...
Wah best nyer...
ReplyDeleteX sabar nak tgg asam...
Mmg best...