BLURB
Cinta?
Dia datang tanpa diundang, dan perginya juga tanpa dipinta. Di mana sahaja
cinta itu hadir, waktu dan ketikanya tidak pernah menjadi halangan. Begitu juga
dengan cinta pandang pertama Kris Al-Hadi. Cintanya berputik saat terpandang
gadis berpakaian penjara. Comel dan anggun. Tapi sayang, cik gadis yang
diminati sedang menanti hari perbicaraan.
“Saya
nak awak tahu, dari hari pertama saya lihat awak dengan pakaian penjara, hati
saya sudah terdetik untuk ambil awak sebagai isteri. Saya sayangkan awak.”~
Kris Al-Hadi
“Kalau
awak betul-betul sayangkan saya, buktikan rasa sayang awak tu pada saya.”~
Salsabila
Yang
menjadi masalah, gadis tersebut terhumban ke penjara kerana perbuatan manusia
yang iri hati. Mujur ada dia yang sudi menjadi hero dan penyelamat. Dan kerana
sikap gentleman tersebut, ada cinta lain datang dan mendekat. Tapi
sayang, cinta itu cinta terlarang. Mana mungkin untuk dia menyambut cinta
dari kekasih abang sendiri. Kerja gila
namanya!
“Kalau you tak sihat.. biar I temankan you! I
jaga you, dan you pula jaga I.” ~ Yasmin
“I cari pekerja untuk
jaga akaun syarikat, bukan jaga I. Please, jauh sikit! I tak selesa, I
panas.”~Kris Al-Hadi
Kerana
cinta terlarang, ada yang menjadi korban. Hendak tak hendak, majlis perkahwinan
yang diatur harus diteruskan dan hanya pengantinnya sahaja yang terpaksa
ditukar ganti tanpa pengetahuan sesiapa.
“Jantan tak guna! Dengan tunang aku jugak kau
nak buat perangai tak senonoh!”~Khairyl
“Sumpah demi Allah, aku
tak buat semua tu!”~Kris
Kris
mencintai si gadis bernama Salsabila, apa pun terjadi Yasmin bukan pilihan
hatinya. Sudahnya, pengantin lelaki terpaksa membuat pilihan yang dirasakan
terlalu payah untuk diputuskan. Antara dua gadis, Salsabila dan juga Yasmin,
siapakan yang bakal dipilih? Dan antara dua pengantin lelaki, Khairyl dan juga
Kris, yang mana satukah menjadi pilihan cik gadis yang indah dengan busana pengantinnya.
Ketahui
kisah selanjutnya di dalam naskah Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis.
No comments:
Post a Comment