BLURB
Kehilangan orang tersayang tiga hari sebelum
majlis perkahwinan mereka merupakan tamparan hebat dalam hidup Tengku Rayyan.
Sejak hari itu, hidupnya berubah. Dia menjadi seorang yang gemar menyendiri dan
menyibukkan diri dengan urusan kerja.
Sikapnya ini menimbulkan kebimbangan di hati Ku
Ana. Bersama Qisya, Ku Ana menjalankan misi mencari jodoh untuk Tengku Rayyan.
Namun semuanya gagal apabila Tengku Rayyan sering mengelak bila diajak
berbicara soal jodoh. Cintanya pada arwah Sofea tak mungkin ada galang
gantinya.
Satu hari, ketika Tengku Rayyan keluar berjoging,
secara tak sengaja dia telah terlanggar seorang gadis. Maka terjadilah perang
kecil antara mereka berdua. Sikap si gadis yang sombong dan berlagak membuatkan
Tengku Rayyan tak mahu mengalah dengannya.
“Cik… saya
tak nak bertekak dengan awak. Saya dah minta maaf, rasanya itu dah cukup. Kalau
awak still tak berpuas hati, saya tak dapat nak buat apa-apa. Daripada
saya melayan awak yang ada mental problem ni, baik saya blah.
Assalamualaikum….” ~ Tengku Rayyan.
“Tak
guna! Dia kata aku ada mental problem! Arghhh… sakitnya hati aku!!!” ~ Amanda
Sofea
Amanda, dendamnya pada kaum bernama lelaki tak
pernah padam. Padanya semua lelaki itu sama. Tak seorang pun yang boleh
dipercayai. Kebenciannya pada kaum yang satu ini semakin membara kala
bertembung dengan seorang lelaki yang digelar ‘mangkuk ayun’. Harap muka saja
kacak tapi dengan perempuan pun tak nak mengalah.
Tanpa Amanda duga, rupanya lelaki yang sering
bergaduh dengannya itu adalah anak kawan baik mummynya, Datin Aminah. Semakin
sebal dia apabila mummy bercadang hendak menjodohkan dia dengan lelaki itu.
Sekerasnya dia menolak. Namun masalah kesihatan Datin Aminah membuatkan Tengku
Rayyan dan Amanda bersatu.
Dalam meniti kehidupan sebagai pasangan suami
isteri, pelbagai dugaan dihadapi. Sebagai suami Tengku Rayyan tak pernah mengalah.
Sedaya upaya dia menawan hati sang isteri. Keikhlasan yang ditunjukkan
membuatkan hati Amanda jatuh cinta. Namun dia takut mengakuinya. Apatah lagi
peristiwa silam sering membayanginya.
Apa peristiwa silam yang sering mengganggu
Amanda? Berjayakah Tengku Rayyan menawan hati sang isteri yang keras seperti
ais batu? Adakah rumahtangga ini mampu bertahan setelah peristiwa hitam itu
terbongkar? Ikuti perjalanan cinta Tengku Rayyan dan Amanda Sofea dalam Cinta 3
Rasa.
No comments:
Post a Comment