BAB 5
“I tak
bolehlah jumpa you Khairi, nanti Zaif marah.” Tolaknya.
“Alah tak
akan sekejap pun tak boleh?” Desak lelaki itu. Tak mahu mengalah.
“Tak
boleh.” Tetap tak berganjak pendiriannya.
“Tapi I
rindukan you sangat Lya.” Luahnya terus pada pujaan hatinya itu.
“I pun
rindukan you Khairi tapi…”
“Tapi
apa?” Soal lelaki itu laju bila Catylia terdiam seolah sengaja mahu membiarkan
ayatnya tergantung.
“Kitakan
tak ada apa-apa, kenapa mesti ada rindu? I sepatutnya tak boleh rindukan you
sebab I dah ada Zaif, I sepatutnya rindukan dia. Hanya dia dan bukan you
ataupun orang lain. Pelik” Balas gadis itu dalam nada seolah sedang bergumam
namun tetap kedengaran jelas di telinganya.
“Itu
tandanya hati you bukan milik dia lagi dah.”
“Bukan
milik dia? Tapi kami tetap kena bersama sebab dah lama kami kenal tau. Dia tak
boleh hidup tanpa I. Dia sendiri yang bagitahu I."
“Habis you
ingat I boleh hidup tanpa you ke Lya? Dalam hidup ni kadang-kadang kita kena
pentingkan diri. Kalau kita asyik nak bahagiakan orang, macam mana pula dengan
kebahagian kita? I tak boleh hidup tanpa you Lya. I sayangkan you, dari dulu
lagi. Semenjak kali pertama kita bertentang mata di fashion
show hampir 2 tahun lalu.”
“Khairi
tolong…”
“Tolong
apa?”
“Tolong
jangan buat hati I serba salah.” Rayunya. Sebelum perasaan dia berubah adalah
lebih baik dia meminta lelaki itu berhenti mendera emosinya dengan
bicara-bicara yang bisa membuaikan jiwa.
“I bukan
nak buat you serba salah, I cuma nak sedarkan you saja.”
“I tak
boleh… tak.”
“Yes you
boleh.” Balas lelaki itu tegas.
“Sudahlah
I kena letak phone. I nak keluar jumpa Zaif ni. Lambat
nanti dia bising. Dia tak suka orang yang lambat dan tak tepati masa ni. Bye!”
Pintu
kereta Vios putihnya dibuka, dia melangkah keluar. Namun entah macam mana
ketika dia cuba melalui satu longkang yang terdapat di situ. Tumit kasut sudah
tersekat pada besi penutup longkang yang jarang-jarang yang terdapat di situ .
Bila cuba digerakkan kasut yang tersekat itu, tumit kasutnya itu telah tercabut
dan melekat pada penutup longkang. Dia sendiri hampir terlentang jatuh gagal
mengimbangi tubuh. Alamak! Jerit hati kalut tak sanggup membayangkan apa yang
bakal terjadi dalam beberapa saat lagi. Terasa ada tangan yang memaut pinggang.
Agaknya nasib banyak menyebelahi dirinya hari ni. Tubuh telah disambut oleh
seseorang. Cepat-cepat dia membuka mata yang dipejamkan tadi.
“Weh kau
tak apa-apa ke?”
Mak ai,
kau aja dia bahasakan aku ni? Catilya rasa janggal dengan pertanyaan heronya,
eh kejap, hero ke heroin ni?”
“Ta…k. Err
terima kasih Chomel. Betulkan nama awak Chomel?” Tukang kasut yang muncul
secara tiba-tiba menjadi penyelamat. Kalau tak mesti malu besar dia hari ni.
Tak tahu mana mukanya harus diletakkan nanti.
“A’ah,
tapi panggil aku Chom ajalah ya. Siapa nama kau?”
“Catilya.”
Jawabnya sepatah. Nafas panjang ditarik. Cuba menenangkan kembali dirinya yang
dihambat cemas sebentar tadi.
“Sedap
nama kau, macam nama bunga orkid.”
“Oh terima
kasih.” Kembang sedikit hati mendengar pujian yang keluar dari mulut Chomel
itu. Hilang terus rasa gemuruh dek kerana hampir terjatuh tadi.
“Dah jom
sini aku tengokkan kasut kau tu.” Ujarnya selamba sambil memegang tangan
Catilya membantu gadis itu mengimbangi tubuh untuk berjalan.
“Woiii!”
“Hai siapa
pula yang nama woi dekat sini?” Soal Chomel perlahan. Berkerut hairan wajahnya.
Serentak
Catilya dan Chomel berpaling. Dari jauh kelihatan Zaif Affendy sedang berdiri
dengan kedua tangan sedang mencekak pinggang memandang tajam ke arah mereka
berdua. Eh nak buat iklan pinggang ramping perut kempis ke apa mamat ni?
“You buat
apa ni Lya?” Soal lelaki itu keras sambil melangkah pantas merapati mereka.
Tegang wajahnya. Laju tangan lelaki itu menepis tangan Catilya yang masih
dipegang oleh perempuan tukang kasut itu.
“Buat apa,
apanya Zaif?” Soal Catilya kurang faham. Mengapa lelaki itu kelihatan berang?
Aku ada buat salah ke? Sudahlah pandangan mata serupa orang yang mahu makan
orang. Lapar ke apa dia ni?
“Tu dengan
si budak tomboi tu?” Sambil memuncungkan mulut ke arah Chomel yang masih setia
berdiri di sisi Catilya.
“Weh
tolong sikit ya, aku perempuan sejatilah bukan tomboi!” Marah Chomel bila
mendengar gelaran yang diberikan oleh lelaki itu. Menyanggah!
“Mana awek
kau yang hari tu sampai awek aku ni pun kau nak ayat? Dah kena tinggalkan ke
apa?” Soal Zaif Affendy bengang.
“Awek? Kau
gila ke atau dah hilang akal? Aku ni perempuan masakan boleh ada awek.” Terkejut.
Macam tak percaya bila mendengar soalan yang baru saja meluncur keluar dari
mulut lelaki itu. Lelaki ni tak betul ke apa?
“Eh jangan
nak pura-pura pula kau ya? Orang bodoh dan buta saja yang tak akan faham dengan
telatah kalian tu. Bermesra depan publik. Tak malu ke? Dahlah songsang!
Sekarang nak kacau awek aku pula.” Tuduh lelaki itu melulu tanpa usul periksa.
“Ohoiii
sedap betul mulut kau melancang. Aku walaupun macam ni punya gaya, masih ingat
Tuhan. Masih waras! Tak ada kerja eh aku nak buat benda yang terlarang dan
dilaknat Tuhan ni.” Tinggi nada suara. Betul-betul tak boleh terima tuduhan
lelaki itu yang dia kirakan paling melampau sekali yang pernah dia terima
sepanjang hidupnya.
“Zaif apa
yang you mengarut ni?” Catilya menyoal. Kurang sedang mendengar tuduhan tak
berasas yang keluar daripada mulut lelaki itu.
“You diam
Lya! Ini urusan I dengan dia. You diam saja di situ dan jangan nak masuk
campur!” Tengkingnya keras.
Catylia
terdiam. Menelan air liur. Terkejut bila Zaif memarahinya di hadapan orang
ramai sebegitu.
“Kau dah
kena tinggal dengan awek kau ya tomboi sampai kau terpaksa rembat awek aku ni?”
Sambungnya lagi bila melihat suasana yang bertukar hening itu.
Haisyh
susah sungguh bercakap dengan orang tak faham bahasa ni. Chomel menarik nafas
panjang. Ada yang aku silatkan pula hari ni karang. Kesabaran semakin menipis.
Sakit telinga bila mendengar tuduhan membuta tuli lelaki itu.
“Dahlah,
Malas aku nak layan kau. Layan orang tak betul macam kau, nanti tak pasal-pasal
aku pun jadi tak betul sekali. Jom aku tolong kau Lya.”
Dia sekali
lagi menarik tangan Catilya dan selamba berjalan melintasi lelaki itu namun
hanya beberapa langkah sahaja sebelum diri ditolak kuat oleh lelaki itu.
Terduduk dia di atas lantai simen di situ.
“Woii kau
apa pasal tolak aku? Sakitlah sengal!” Tengkingnya kuat. Heiii lelaki ini
memang dah lebihlah.
“Zaif you
kenapa?” Soal Catilya seolah tak percaya dengan apa yang baru dilihatnya itu.
Tak sangka Zaif sanggup mengasari Chomel.
“Dah
jangan nak tanya kenapa ke atau apa ke? Ikut I cepat!” Lelaki itu menarik kuat
tangan Catilya memaksa supaya menuruti langkahnya.
“Tak nak!”
Dia membentak. Meronta agar tangan dilepasi.
“Aku
hairanlah, orang perangai macam hantu macam kau ni pun masih ada perempuan yang
nak.” Walaupun rasa sakit ditolak oleh lelaki itu masih lagi tak hilang,
mulutnya tetap tak juga mahu diam.
“Kau
jangan kurang ajar dengan aku tomboi!” Panas telinga bila mendengar sindiran
sinis Chomel itu. Laju kakinya berpusing. Ingin berpatah balik mendekati gadis
yang tak serupa gadis itu.
“Cukup
Zaif! Letih sudah I dengan perangai you ni. You tak nampak atau sengaja
buat-buat tak nampak? I dengan dia tak ada apa-apa. You faham tak? You tak
nampak ke yang Chomel tu cuma cuba nak bantu I, dia tak ada niat lain pun. Ni nampak
ni tumit kasut I yang dah patah tercabut ni? You jangan nak melulu saja boleh
tak? Cubalah jadi rasional sikit.” Hilang malu hilang segalanya. Dia tak peduli
sudah yang mereka bertiga mula menjadi perhatian bercupak mata orang yang
berada di sekeliling.
“I… Lya
I..”
“Cukup!
Betul kata Khairi yang I ni bodoh, I ni buta mata hati. Sepatutnya I mula sedar
dari dahulu lagi dengan perangai you tu. Perangai panas baran you, perangai
cerewet you yang terlebih tu. Perangai sombong bongkak you. I tak faham kenapalah
I boleh jadi manusia paling bodoh di atas muka bumi ni. Sanggup pejamkan mata,
pekakkan telinga daripada dengar apa yang orang kata. Harapan I sebab mahu ubah
diri you, tapi sebaliknya. You makin teruk dan tak terkawal.”
“Siapa
Khairi, Catilya?”
“Bukan
siapa-siapa pada you untuk you tahu Zaif Affendy!”
“Dah tu
apa pula hubungan you dengan Khairi tu Lya?” Terkejut dan tak sangka bila ada
nama lelaki yang sangat asing akan meluncur keluar dari mulut wanita
kesayangannya itu.
“Tak
ada apa-apa hubungan pun dengan I buat masa sekarang, tapi lepas ni mungkin…
No comments:
Post a Comment