BAB 7
Jadi,
keesokan pagi dia datang ke rumah. Aku yang masak nasi lemak terus ajak dia
masuk ke rumah sebab kami sedang bersarapan. Kebetulan abah ada sama, jadi abah
ajak dia sekali. Aku memperkenalkan abah pada Encik Fayed, sebagai bos aku. Dah
memang bos pun. Bukannya teman lelaki. Nama aje couple .Tapi kami ni couple
olok-olok aje. Abah bukan main gembira lagi berbual itu-ini dengan bos aku ni.
Rumah kami jarang sangat di kunjungi
tetamu. Ada pun hanya nenek dan mak long. Kakak abah yang tak berkahwin itu . Kalau
nenek dan mak long datang memang best. Sebab, adik-beradik abah yang seramai
lima orang itu akan datang bila dengar nenek turun KL. Rasa seronok berkumpul
ramai-ramai ni. Meriah rumah kami yang sunyi ini.
“Tambah
lagi, Fayed. Bukan selalu si Amira ni buat nasi lemak. Sibuk selalu. Ni, hari
minggu ni ajelah dia ada masa.” Cerita abah. Encik Fayed senyum saja.
“Saya
tak boleh makan banyak ni, pakcik. Nak main futsal. Ada game hari ni.” Kata Encik
Fayed pula. Abah angguk kepala. Abang Azahar hanya jadi pemerhati sejak tadi.
Lepas
makan dan berbual serba sedikit, Encik Fayed minta diri dan minta izin nak bawa
aku pergi sama dari abah. Abah izinkan
dan aku kucup tangan abah sebelum ikut Encik Fayed.
“Jaga
diri.. jaga kelakuan..” Pesan abah. Aku
angguk dan segera sarung kasut getahku. Nak
pergi tengok orang main futsal. Takkan nak glamour kot? Jadi aku hanya
sarung t-shirt putih di dalam dan hoodie
jacket di luarnya dan seluar track hitam. Okay set!
“Kumpulan
saya dapat masuk final hari ni, Nur .
I am so exited. Tak menang pun tak
apa, asalkan kami terpilih masuk pertandingan akhir. Tapi rasanya, memandangkan
awak ada ni nak kena usaha lebihlah !” Kata Encik Fayed ketika memandu dan
sesekali pandang aku.
“Kenapa pulak?” Tanya aku, blur.
“Awek
saya datang tengok. Takkan nak kalah kot? Malulah saya!” Dia tarik senyum. Oh,
jadi nak
suruh aku jadi
penyokong ajelah ni.
Bukan ajak main
futsal tu . Fuh ,
lega ..
“Tadi
kata tak kisah kalau kalah?” Tanya aku. Hati dah kembang-kumcup bila dia cakap
awek saya.
“Cakap
aje tadi. Siapa yang tak nak menang? Tapi kalah-menang tu kan adat bertanding,kan? Lagi satu, kat sana
jangan panggil saya encik pulak, sayang.” Katanya lagi, sekilas memandangku.
Dia tenang saja memandu dan senyuman itu
tak pernah lekang di bibirnya.
“Habis
nak panggil apa?” Tanyaku, pelik. Peliklah . Request yang macam-macam di pagi
hari .
“Panggillah,
sayang ke…baby ke…abang lagi bagus. .Fayed pun tak apa. Asal jangan encik. Faham,
sayang? Tengok, saya dah mula panggil awak sayang. Nak biasakan diri..” Dia
pandang aku sekilas dan tersenyum menawan. Cantik sungguh senyuman itu. Jantung
aku bergetar aje tiap kali dia senyum macam tu.
Nak
panggil dia sayang ke? Macam pelik pulak sebab aku sendiri tak tahu apa
hubungan aku dengan dia. Dia pun tak
declare apa-apa tentang hubungan kami.
“Saya
panggil encik, Fayed ajelah…” Kataku, buat
keputusan.
“Kenapa
tak nak panggil abang pulak?” Dia pulak tanya aku, macam tak puas hati. Aik, kata
tadi panggil nama pun tak apa? Apalah bos aku ni…
“Encik
nak saya panggil encik, abang ke?” Tanyaku pula, tersenyum.
“Yalah.
Awak kan awek saya.. Kan semua couple macam tu.!” Kata dia lagi.
“Okaylah,
abang Fayed.” Aku sudah tersengih. Gelihati pulak dengar diri sendiri panggil
dia macam tu. Dia senyum dan mengangguk. Puas hatilah tu.
Kami
tiba ke gelanggang dan dia memperkenalkan aku pada kawan-kawan dia. Semua
menyengih pandang aku. Aku mencari tempat duduk di bangku panjang sambil
memegang beg galas Encik Fayed, sebab di dalamnya ada benda berharga seperti
dompet dan telefon bimbit dia. Rasa macam aku benar-benar dah jadi awek dia
pulak. Heh!
Perlawanan
sudah bermula di antara pasukan Encik Fayed dan pasukan musuh. Semua penonton
merasa teruja dan memberi sokongan pada pasukan masing-masing. Aku cuma tengok saja Encik Fayed beraksi . Lincah
sungguh pergerakan dia dan pasukan dia. Aku
toleh pandang kanan dan kiri pada semua muka yang hadir di situ. Seronok. Itulah
yang aku rasakan sekarang. Tak pernah aku tengok perlawanan secara live macam ni. Inilah pertama kali. Setiap
wajah yang datang menampakkan keterujaan. Aku ingat game futsal ni hanya lelaki
saja yang main. Tapi kata Encik Fayed, perempuan juga ada yang bermain sama. Wow,
hebat...
Dari
tempat duduk aku, aku terpandang satu
wajah. Oh,no… Kenapalah kat sini pun aku
akan jumpa minah ni? Aku pandang lagi wajah Cik Liyana yang sedang berdiri dari
arah bertentangan. Matanya tertumpu pada, siapa lagi kalau bukan pada lelaki
kacak yang menjadi dambaan dia. Mata dia juga bagai tercari-cari sesuatu dan
bila dia ternampak aku segera dia cepat-cepat melangkah ke arah aku. Hendak
saja aku menyorokkan diri di antara penonton-penonton yang ada ni. Tapi rasanya
dah terlambat untuk aku berbuat demikian nampaknya. Dia sudah melambai dan
senyum kat aku. Kenalah aku senyum juga dan lambai dia balik.
“Nasib
baik
I jumpa dengan muka yang I kenal!” Katanya, macam gembira jumpa aku. Rambutnya
yang panjang tak berikat itu di kibar-kibarkan. ”Kat sini tak ada kipas ke?” Tanya
dia lagi. Aku geleng. Biar betul minah
ni. Ingat kat sini apa? Restoran?
Nak berkipas bagai?
“You datang dengan bos you ke, Cik Nur?” Tanya Cik Liyana. Tak
, dengan boyfriend saya ! Nak saja
aku cakap macam
tu . Aku senyum dan angguk. Tiba-tiba semua orang bersorak. Segera
mataku memandang ke gelanggang. Encik Fayed baru menyumbatkan gol ke pihak
lawan. Semua kawan-kawan dia peluk dia. T-shirt dia dah lencun dengan peluh. Muka
dan rambut dia juga. Mata dia tepat pandang aku dan senyumannya terus mati bila
dia nampak lambaian Cik Liyana pada dia. Berpaling, tanpa membalas lambaian Cik
Liyana dia terus melangkah ke tengah
gelanggang semula.
“Semalam
I dinner
kat rumah Fayed.” Kata Cik Liyana tiba-tiba, tanpa di tanya.Aku pandang dia dan
tunggu apa dia nak cakap.
“Our parents ada berbincang nak satukan I dengan Fayed.
I rasa Fayed tentu setuju dengan pilihan parents dia.” Dia senyum sinis pandang aku. Mata dia
juga seolah mengatakan, ‘Jangan mimpi
nak dapatkan Fayed.Dia , milik aku.’.
Para
penonton menjerit lagi dan bersorak. Semua bangun bila ada pasukan yang berjaya
menyumbatkan gol. Entah pasukan mana dan siapa, aku sudah tak ambil kisah. Aku
bagai hanyut meninggalkan semua. Aku tak dengar apa-apa lagi. Hanya suara hati
yang merintih sedih. Sepatutnya aku tahu yang semua ini akan berlaku juga sebab
Encik Arie sudah beritahu aku dulu.
Akhirnya,
perlawanan tamat dan pasukan Encik Fayed mendapat tempat kedua. Itu pun dah
kira bagus dan pasukan dia mendapat pasukan terbaik. Bukan main gembira lagi
dia. Cik Liyana terus datang pada dia dan ucapkan tahniah pada dia dan
pasukannya. Cik Liyana ajak dia keluar makan sebab nak belanja dia dan
kawan-kawannya yang menang itu. Tapi Encik Fayed menolak sebab nak hantar aku
pulang. Nampak berubah muka Cik Liyana tadi.
Dengan muka tak ada perasaan, Encik
Fayed terus raih tangan aku dan bawa aku keluar dari situ.
“Macam
mana perempuan tu boleh tahu saya ada game
hari ni? Ini mesti abang Arie yang
cakaplah ni!” Kata Encik Fayed, seraya
merengus keras. Kami melangkah ke parkir. Aku senyap tak cakap apa-apa.Encik
Fayed lantas pandang aku. Mungkin dia terasa aku tak bagi respon pada tiap kata
dia.
“Are you okay,sayang?” Tanya dia. Aku
pandang dia dan senyum segaris.
“Tahniah,
encik.” Kataku, perlahan. Dia dah buat muka pelik .”Cik Liyana dah beritahu
saya tadi..” Sambungku. Dia merengus kasar lagi.
“I knew it! Saya dah agak she
must say something stupid and make her look stupid too!” Kata Encik Fayed
bercekak pinggang . Langkah kami terhenti.
“Awak
kecewa, Nur?” Dia sudah pandang aku. Cepat
aku geleng kepala. Aku tak mahu dia tahu yang aku memang sedih. Tapi tak kecewa
sangat sebab kami tak ada apa-apa hubungan.
“Saya
tak apa-apa, Encik Fayed. Sebab, Encik
Arie pun ada cakap dengan saya hari tu yang dia nak satukan encik dan Cik
Liyana..”
“Damn!”
Dia menyumpah. ”Saya dah jelaskan
semalam lagi yang saya tak nak ada apa-apa hubungan dengan dia. Kenapa
perempuan ni tak malu?” Kata Encik Fayed
lagi.
Aku
diam tak nak beri apa-apa balasan. Aku
tak mahu fikiran dia semakin serabut. Satu perkara yang aku harus ingat kini, tak
semua yang kita inginkan akan jadi milik kita. Dan, antara aku dan Encik Fayed
pula, aku rasa hubungan ini akan kekal sebagai bos dan pekerja. Tak mungkin ia
akan berkembang lebih jauh walaupun Encik Fayed panggil aku sayang atau kami ni
couple. Sebab, aku harus sedar diri
mulai sekarang. Jangan berharap pada yang mustahil akan menjadi milik aku.
Ala nak nur ngan en fayed jugak...
ReplyDelete