Friday 20 March 2015

ENCIK FAYED MY MAN KARYA DILLA AHMAD

BAB 6


 Aku sengaja lari-larikan diri dari Encik Fayed hari ini. Bukan saja hari ini, malah tiga hari lepas aku cuba nak jauhkan diri dari dia. Aku tak mahu buat air dia lagi atau ambilkan fail untuk dia. Aku pasti akan tolak Kak Julia atau Kak Nurul yang buatkan Encik Fayed air atau Kristine ambilkan fail. Masing-masing pandang aku dengan berbagai riak di muka. Tapi yang bagusnya mereka tak tanya aku apa sebabnya . Tak perlulah aku beritahu mereka.
            Dan, beberapa hari ini juga aku kerap nampak muka Cik Liyana akan menyinggah ke syarikat ini. Okay, aku tak cemburu sebab aku tahu dia ke mari bersebab.
            Syarikat diakan nak buat join venture dengan syarikat kami ni. Jadi sah-sahlah dia sebagai wakil syarikat akan menampakkan muka. Sekejab masuk bilik Encik Arie dan sekejab masuk bilik Encik Fayed. Aku pula ambil kesempatan atas kesibukan projek ini . Memandangkan Kak Nurul ,PA Encik Fayed mengandung, jadi aku tak bagi dia jalan banyak sebab aku yang penat tengok dia yang ke hulu-hilir bawa perut sana-sini . Jadi, aku syorkan diri aku pergi sana-sini menghantar fail untuk di sain oleh pegawai-pegawai terlibat minta kelulusan.
            Akhirnya, aku masuk ke pantry dan melepaskan lelah. Lenguh kaki turun-naik lif. Aku duduk tersandar sambil memegang pinggangku. Sebotol air mineral aku ambil dari dalam peti sejuk. Buka dan teguk rakus. Ah, lega air sejuk masuk ke tekak.
            “If I’m not mistaken, I think you are trying to avoiding me.” Satu suara yang amat aku kenal menyapa di telingaku. Dekat sangat, membuatkan aku tersedak teruk.
            Terbatuk-batuk aku sampai keluar air mata. Cepat tangan dia menghulurkan tisyu. Aku segera mengesat mulut dan mataku.
            “Encik Fayed, boleh tak awak jangan main terjah aje macam tu. Terkejut saya!” Kataku , masih terbatuk-batuk kecil.
            “Mana ada saya main terjah? Saya cakap baik aje tadi..” Balas dia, jeling aku. Dia tarik kerusi dan melabuhkan punggng dia. ”Buatkan saya air. Today, I don’t want a coffee. I want a hot chocolate, please.” Katanya lagi. Dia ingat kat sini kedai mamak ke main order  aje? Tapi tulah, aku buatkan juga air yang dia minta itu sebab diakan boyfriend  aku! Huh!
            “Am I right,sayang?” Tanya dia lagi. Hish,  aku sudah jengkilkan mata aku kat dia. Apa sebut sayang-sayang ni? Buatnya tiba-tiba si singa tu masuk dan dengar, masak aku kena bebel dengan singa jantan tu.  Dahlah  dia  tu  mulut  macam  longkang!
            “Encik ni..boleh tak jangan nak panggil saya macam tu .Kalau dengar Cik Liyana , macam mana?  Saya yang kena nanti!” Kataku, pula. Aku ambil mug dia, koko dan susu segar .
            “Ada saya kisah apa perasaan dia?  Diakan dah jadi adik kesayangan abang Arie sekarang ni…”  Kata Encik Fayed, tersenyum. Aku cuma menggeleng kepala saja. Yalah, nak jadi bakal abang ipar. Kenalah berbaik sakan. Betul tak?
            “Admit it. Awak memang mengelakkan diri dari saya ,kan Nur?” Dia bertanya lagi. Dia masih nak tahu perubahan aku pada dia beberapa hari ni. Aku diam tak menjawab pertanyaannya itu.
            Perlahan aku kacau minuman yang aku buatkan untuk dia. Kemudian menghampiri meja dan meletakkan minuman itu di hadapan dia. Dia memegang tanganku dan memandangku. Dia suruh aku duduk di sebelah dia. Aku duduk tegak.  Dia meletakkan tangannya ke bibir dan tenung aku. Ni ,apa kes ni? Mata aku sesekali tunduk dan sesekali pandang dia. Hati mula resah.
            “Kan saya dah cakap hari tu. Saya yang akan putuskan dengan siapa saya nak berkawan dan saya putuskan nak berkawan dengan awak . Kalau boleh saya nak kenal awak lebih dekat lagi, Nur.” Matanya menyoroti wajah aku.
            “Kenapa?” Tanya aku, bodoh.
            “Sebab, awak suka saya!”  Balas dia selamba.
            “Hah?” Tanya aku pula. Alamak, dia tahu ke? Muka aku ni nampak sangat ke yang aku suka dia? Tapi takkan aku nak mengaku. Aku buat muka kosong.
“Oh  pleaselah !.Bila masa pulak saya cakap saya suka encik?” Tanyaku , seraya   jongket kening kat dia .

            “Tu,  awak dah cakap!” Dia ketawa senang. Aku sudah berkerut. Bila pulak?
            “Ngaku ajelah. Awak memang suka saya…” Dia buat muka kerek. Aku peluk tubuh dan pandang dia. Serius, aku tak faham dengan bos aku ni. Dia nampak macam serius. Tapi kadang-kadang macam main-main.
            “Kalau saya suka encik, apa yang saya dapat?” Tanya aku pula, kerek. Dapat maki dari Encik Arie Aryan tu adalah!
            “Awak dapat sayalah!” Balas Encik Fayed, tunjuk diri dia sendiri. ”Awak dapat  perhatian saya..kasih-sayang saya tak berbelah-bagi ni..sebab kita kan couple!”Balas Encik Fayed, menyengih. Huh, memang dia tak serius!
            “Saya tarik balik kata-kata saya. Kita tak payah couple. Sebab, encik pun bukannya sungguh-sungguh  nak bercouple  dengan saya,kan? Encik saja nak usik saya,kan?” Aku  tunjuk jari  telunjuk aku  kat  depan  muka dia .
            Dia tenung aku dari balik mug yang dekat ke bibirnya. Perlahan air coklat panas itu di sisipnya. Mug di letakkan ke bawah semula dan bibirnya tersenyum lagi.
            “Awak dah tak boleh nak patah balik  dah, Nur. Telajak kata, buruk padahnya. Tapi pada saya ia adalah satu kata-kata yang indah dari awak. Jom couple. Mana ada orang perempuan yang ajak saya couple. You are the first one said that to me. Bunyi macam gatal aje. Tapi saya suka sebab awak yang mengatakannya. Do you understand what I mean?” Dia tanya aku. Berkerut juga dahi aku memikirkannya.
            “Kalau orang lain, belum tentu saya nak terima. Jadi, saya nak awak fikir kenapa saya terima pelawaan awak tu, Nur?” Tanya dia lagi. Aku paling lemah kalau ada kata di sebalik kata yang tersembunyi. Kenapa dia terima pelawaan aku tu ya? Aku pandang wajah dia. Lama. Dia juga sedang renung wajah aku. Aku ajak dia couple sebab aku suka dia. Tapi aku nak main-main aje. Ayat tu terlepas sebelum sempat aku nak fikir. Atau, dia suka dengan aku jugak ke?

            “Berapa lama kita nak main tenung-tenung macam ni?” Tegur Encik Fayed, mengejutkan aku. Lama ke aku tenung wajah dia? Adoii!! Aku terus tunduk dan garu kepala tak gatal. Malu gila! Encik Fayed sudah ketawa perlahan.
            “Fayed…” Tiba-tiba satu suara menegur kami.  Aku tak payah toleh pun, aku kenal suara  itu. Encik Arie. Aku tunduk tak menoleh.
            “Mummy just call. Dia suruh balik . Ada dinner  dengan uncle Taufik malam ni.” Kata Encik Arie lagi. Encik Fayed hanya  mengangguk dan perlahan meneguk air coklatnya yang sudah suam itu.
            “I want to see you in my office after this, Fayed. There’s a lot of things I want to asked you.” Kata Encik Arie lagi. Encik Fayed bangun dan menyerahkan mug kosong dia padaku. Nak suruh aku cuci lah tu .Sebelum dia keluar, sempat pulak dia tarik tocang aku yang aku ikat ke belakang. Pantas aku toleh dan terpandang bibirnya sedang mengorak senyum lebar. Suka sangat menyakat aku dan mataku terpandang renungan tajam Encik Arie padaku .Eh,bukan aku yang main-main tarik rambut ni!


Malam, aku cuba nak lelapkan mata. Tapi mata degil tak nak lelap .Badan dan otak dah penat dan letih. Tapi mata pulak tak letih. Jadi aku terus bangun sambil mengosok rambutku sampai kusut-masai. Kenapa tak boleh tidur ni ? Aku ambil telefon bimbitku dan tengok jam. Hampir pukul dua belas malam. Agaknya apa yang di buat Encik Fayed malam ni ya? Alah, kan dia ada makan malam kat rumah ibu bapa dia, Nur. Rasanya, mesti Cik Liyana itu ada sama. Diakan ada kena-mengena dengan isteri Encik Arie. Mesti nak menggedik dengan Encik Fayed. Aku teringat kata-kata Encik Arie hari tu. Agaknya, mereka nak berbincang tentang nak satukan Encik Fayed dengan Cik Liyana tak? Kalau ya, kenapa Nur? Apa boleh kau buat kalau betul yang Encik Fayed nak di jodohkan dengan Cik Liyana tu?
            Aku tersentak bila telefon bimbit aku bergetar di tangan. Aku buka dan ada mesej.Dari bos aku, Encik Fayed. Segera aku buka dan baca,” Besok dalam pukul Sembilan, saya ambil awak. Kita pergi main futsal?” Suaraku  agak  kuat  ketika  membaca  mesej  itu.
            Dah  kenapa  encik  bos  ni ajak  aku  main  futsal? Tendang  bola  pun  aku  tak  pandai, inikan  pula nak  main !
             Bos , saya  tak  pandai  main  bola !
            Pantas  aku  balas  mesej  itu  dan  tunggu . Tak  sampai  seminit  dia  balas .
            Ikut  ajelah!  Tak  tahu  saya  ajar! No  more  excuse! Pukul  Sembilan  saya  tahu
            awak  dah  ready  depan  pintu pagar!
            Huh , memang  suka  paksa bos  aku  ni .
            Baik , bos . Menurut  PERINTAH!
            Aku  tekan  ayat  ‘perintah’  itu  dengan  geram . Baru  ingat  nak  relaks  besok .
            Seminit  kemudian  dia  hantar  ikon smiley tunjuk  bibir  muncung , konon kisslahtu . Aku  hantar  smiley muka  marah .  Dia  hantar  smiley ketawa banyak-banyak  …
            Aku  tersenyum  sendiri . Ah ,  nak  atau  tak  nak  kena  ikut  jugalah  dia  esok . Boyfriend  akukan..  Hu  Hu

1 comment: