Friday 20 March 2015

BUKAN KEKASIH TETAPI ISTERI KARYA AILAH DIELA

BAB 4




HILANG saja Mila dari pandangan. Tumpuan diberikan kepada gelas ditangan. Esok cuti, jadi malam ni dia nak enjoy puas-puas. Mila tak ada pun tak apa. Dia masih boleh melayan muzik yang membingitkan telinga ni seorang diri.
Tengah asyik meneguk air soda di dalam gelas tiba-tiba sahaja lengan Zara direntap kasar. Nasib baik tak tersedak dibuatnya. Perit! Itulah yang terasa dilengannya sekarang. Bersusah payah dia cuba menepis dan menarik kembali lengannya yang kini dicengkam kuat oleh dua orang lelaki.
“Lepaslah! Sakit.” Jerit Zara cuba meloloskan diri. Namun usahanya hanya sia-sia bila tubuhnya diheret keluar dari kelab malam terkemuka itu tanpa belas kasihan.
“Diam!” Jerkah salah seorang lelaki yang bertubuh sasa.
“Sakitlah!” Tidak mahu mengalah kali ini Zara memijak kuat kaki lelaki tersebut. Rasakan penangan wedges batu bata dia!
Elok sahaja pegangan lelaki tersebut terlepas dari lengan Zara. Terus dia berlari di celahan orang ramai. Punyalah panik sampaikan arah pintu keluar pun dia boleh lupa.
“Mana nak lari hah!”
Belum sempat Zara untuk berbuat apa-apa tubuhnya sudah dicempung oleh tangan sasa itu. Senak perut dia akibat henyakan yang kuat di atas bahu lelaki tersebut.
“Tolong!” Jerit Zara lagi memohon supaya orang yang berada di sekitarnya sudi membantu. Namun semua itu hanya sia-sia apabila jeritannya hanya dipandang dengan pandangan sekali lalu.
Apa yang perlu dihairankan sangat kalau dah namanya kelab malam. Memang kebanyakkan manusia yang berada di tempat ni jenis pentingkan diri sendiri. Semuanya jenis tak berani masuk campur. Tahu nak berseronok je!
“Lepas!!” Jerit Zara sambil memukul kuat belakang lelaki berkenaan. Tapi sia-sia. Buat sakit tangan dia je. Dengan sepenuh tenaga Zara cuba meronta. Suka hati je nak main pegang-pegang! Tak pernah-pernah dia bagi orang lelaki pegang dia selain tangan je.
“Arghh!” Jerit lelaki berkenaan bila Zara bertindak dengan mengigit bahu lelaki tersebut. ara dicampak ke atas jalan.
Berdebuk!
Zara menyeringai kesakitan. Bodoh punya abang badan pejal! Dicampaknya dia! Bingkas dia bangun tapi belum sempat membuka langkah lengannya sudah dipulas ke belakang.
“Bodoh!”
Terteleng kepalanya bila tangan kasar itu naik ke pipinya. Pedih. Zara memejamkan mata. Pening. Bila tubuhnya diheret pun dia dah tak mampu untuk melawan.
“Apa kau nak hah?!” Zara menyoal garang sebaik sahaja tubuhnya dihenyak ke dalam sebuah kereta. Patah juga tulang punggung seksi dia ni nanti.
“Nyawa kau!” Jawab satu suara.
Zara berpaling ke tepi apabila menyedari dirinya bukan sendiri di dalam kereta mewah berkenaan. Perempuan! Dalam cahaya yang samar-samar Zara cuba mengecilkan mata memerhati wajah perempuan yang sedang tersenyum sinis ke arahnya. Wajah itu seperti dia pernah kenal..
“Adila!”
Ya! Itulah perempuan yang kini sedang seronok menghamburkan ketawanya. Ketawa yang cukup kedengaran jahat ditelinganya. Rasida Adila Binti Tan Sri Rahman Syah. Wajah yang banyak menyakitkan hati dia sebelum ni.
Yes! It’s me. Why? Terkejut ke jumpa anak tiri tak jadi kau ni?”
“Apa kau nak hah? Kenapa kau buat kat aku macam ni?” Soal Zara sambil menepis kasar tangan lelaki yang masih sibuk mahu memegang tangannya. Dah la tangan kasar macam jalan tar! Menyakitkan kulit dia je.
“Jangan nak jadi polos sangat la. Aku rasa kau tahu apa aku nak?”
Zara menelan air liur mendengar ketawa Adila yang semakin menyeramkan. Tambah lagi apabila melihat salah seorang lelaki tersebut mengeluarkan pisau. Berkilat! Peluh mula terbit di dahi. Inilah akibatnya kalau berani bermain api, berani buat berani la tanggung.
What?!” Zara buat seolah tidah tahu apa-apa. Sambil tu mata dia fokus memerhatikan pintu kereta yang masih terbuka luas.
Salah seorang lelaki tadi sudah bergerak ke tempat pemandu manakala seorang lagi masih setia berdiri di tepi pintu kereta. Adila pula sedang seronok menghamburkan ketawanya. Inilah ketawa paling buruk sekali pernah dia tengok. Macam kuda tengah ketawa!
“Bila aku kata jangan pernah masuk ke dalam keluarga aku. Aku memang maksudkannya. Aku tak main-main! Kenapa kau tak faham bahasa sangat hah perempuan bodoh!”
“Kau tu yang bodoh! Aku dah tak pernah jumpa lagi pun papa kau. Dan aku tak pernah pun la cuba untuk masuk ke dalam keluarga pelik ni!”
“Jangan berlagak baik boleh tak!” Dahi Zara ditunjul-tunjal oleh Adila!
Zara ketap gigi rapat. Kurang ajarrrrr! Ringan je tangan dia nak lempang anak Tan Sri ni. Namun sebaik sahaja terpandangkan pisau berkilat yang dipegang oleh lelaki tadi, dia tahankan hati. Jangan cari pasal!
“Adila. Kau nak aku buat apa lagi? Aku dah ikut semua apa yang kau nak.”
“Kau jangan ingat aku tak tahu. Kau bomohkan Papa aku kan! Kau buat Papa aku tu tergila-gilakan kau! Kau memang perempuan pemusnah. Aku benci kau!”
Melopong Zara mendengar tuduhan Adila. Bomoh? What the.. Dia ni rupa bomoh pun dia tak pernah tengok. Okey tipu! Dalam Tv dia pernah tengok.
“Kenapa pulak aku nak buat macam tu?”
“Supaya senang kau nak habiskan harta bapak aku tu. Dulu kau bunuh Mama aku, sekarang Papa aku pula?! Kau silap Zara. Kali ini aku tak akan berdiam diri.”
“Kau ni gila ke apa?”
“Memang pun! Kau yang buat aku gila.” Kali ini Adila ketawa lagi.
Zara pulak dah naik seram sejuk. Tambah pula bila dua lagi lelaki tadi turut ketawa. Lawak sangat ke mengaku diri sendiri gila? Ke ini geng gila?
“Maaf Adila. Aku tak ada masa nak melayan gila kau yang tahap kuasa kuda ni. Tepi! Aku nak balik.” Cepat kaki Zara cuba melangkah keluar kereta.
Namun tubuhnya kembali terhenyak ke tempat duduk apabil ditolak kasar. Zara menahan geram. Tak boleh ke nak berlembut sikit dengan perempuan cantik macam dia ni? Tunggu la bila dia dah belajar tomoi nanti. Dia tomoi cukup-cukup abang badan pejal ni!
“Sakitlah bodoh! Kau tak boleh ke nak berlembut sikit. Ingat badan aku ni tulang iron man ke? Suka hati kau nak tolak-tolak.” Zara menahan sabar. Inilah abang badan pejal paling hodoh sekali pernah dia jumpa..
“Kalau tak nak sakit! Diam!”
“Korang ni nak apa sebenarnya? Cakap je terus terang!” Zara jegilkan mata. Tak suka betul la dia nak melayan benda macam ni. Letih!
“Zara.. Zara. Kau ni bengap jugak rupanya eh. Macam mana la Papa aku boleh berkenan kat kau.” Adila senyum senget.
Zara tayang muka meluat. Bencinya la dia tengok senyum Adila tu. Entah kenapa la Adila ni berkenan sangat cari gaduh dengan dia. Dia bukannya ada jumpa Tan Sri Rahman Syah tu dah pun.
“Kau ni tak habis lagi ke nak kaitkan aku dengan Papa kau? Hey! Aku tak nak tahu pun la. Aku tak ada kena mengena pun!”  Kalau tak fikir ada abang pejal dua orang ni. Dah lama Adila ni dia lipat-lipat buat inti karipap!
“Kau penyebab family aku hancur! Jangan nak lepas tangan. Aku akan pastikan kau mati. Itu selayaknya!” Sekali lagi Adila menolak dahi Zara kasar.
Zara pulak dah terasa macam nak tercekik anak tekak sendiri. Mati? Adila betul ke nak bunuh dia? Baru sekarang terasa menyesal tak buat laporan polis..
Dua lagi lelaki tadi sudah ketawa. Ketawa paling menakutkan sekali yang pernah dia dengar. Mata Zara mula memerhatikan ke sekeliling, berharap akan ada sesiapa yang dia kenal akan muncul. Kalau dia masih berdiam diri,itu bermakna dia pasrah. Tidak! Dia tak akan menyerah kalah untuk perkara yang dia tak buat.
“Jangan harap!” Zara menampar pipi Adila kuat dan menolak tubuh Adila sehingga terhantuk ke cermin kereta. Itu nasib baik dia tampar. Kalau dia tendang, mahunya melekat terus dekat dinding kereta tu!
Lelaki yang asyik bercekak pinggang di pintu kereta Zara hadiahkan dengan tendangan maut di bahagian kemaluannya. Rasakan! Serentak dengan itu Zara meluru keluar dari kereta dan berlari selaju mungkin. Kasut wedges yang menyusahkan itu juga, Zara hayunkan supaya lepas bebas dari kaki. Lantaklah kalau terpelanting kena kepala anjing sekalipun!
“Hoi!” Pekikan dari arah belakang Zara sudah tak ambik peduli.
Hoi ke.. Hai ataupun welcome sekali pun. Dia tak akan berhenti! Yang dia tahu dia harus lari. Jangan menyerah! Mujur juga dia memakai seluar malam ni, kalau tak haruslah langkah kaki dia tidak akan jadi sepanjang ini. Pedih di kaki dia tidak pedulikan. Yang dia tahu dia harus terus berlari dan selamatkan diri. Jangan pandang belakang!
“Mila..” Sempat lagi Zara memanggil nama kawan baiknya tu. Macamlah Mila tu boleh tolong dia kalau ada Mila sekalipun. Mila tu badan lagi kurus kering dari dia.
Mana dia nak lari? Balai bomba? Polis?
Mata melilau ke sekeliling cuba mencari tempat yang paling selamat. Kaki berlari melintas jalan. Bunyi pekikan hon dia dah tak peduli. Jangan langgar dia! Langgar dua orang abang badan pejal yang tengah kejar dia tak apa! Saat itu juga matanya ternampak sebuah teksi di bahu jalan. Ya. Hanya itu penyelamat dirinya sekarang..
 Namun..
Bukk!
Zara jatuh tersembam di kaki lima apabila kakinya tersalah aturan. Menyeringai dia mehanan kepedihan di lutut. Kepala ditoleh ke belakang. Abang pejal dah dekat!
Tanpa mempedulikan lutut yang terasa sengal Zara kembali bangun. Dalam keadaan cemas itu Zara lencongkan kaki ke sebuah lorong di sebelah kaki lima. Lorong yang kecil dan gelap tu mesti akan menyukarkan abang pejal tu untuk tangkap dia. Tapi dalam keghairahan berlari sekali lagi kakinya tersadung. Kenapa asyik jatuh je ni!
Dengan bersusah payah Zara bangkit kembali. Namun dia kembali jatuh apabila kakinya terasa pedih. Tumit kaki dia luka. Dia tak mampu berlari. Zara menarik nafas tercungap-cungap. Jantungnya berdegup laju. Mungkinkah malam ini ajalnya..
Dalam tengah bersusah payah bangkit kembali, Zara merasakan tubuhnya dirangkul kasar. Badan yang terbongkok-bongkok tadi kini sudah melayang ke dalam pelukan seseorang. Nampaknya dia memang tidak akan berjaya lari. Abang pejal dah dapat tangkap dia!
“Arghhh!” Jerit Zara nyaring sambil meronta-ronta.
“Syhh! Diam!!” Arah satu suara.
“Lepas!” Dada bidang itu Zara tumbuk kuat.
“Diamlah!” Kali ini suara itu seolah berbisik dan menekup mulut Zara kuat.
Zara merasakan dirinya ditarik ke suatu sudut. Semakin kuat dia meronta, semakin kuat juga lelaki itu memegangnya. Dipeluk kemas. Sampai terjengket kaki dia dibuatnya. Mulut dia ditekup kuat dengan tangan kasar itu.
“Diam kalau nak selamat.” Arah lelaki itu sambil menghimpit tubuh Zara ke dinding.
Pelakuan lelaki itu menyebabkan hidung Zara bertemu dengan dada lelaki tu. Dia menarik nafas panjang. Nasib baik wangi!
Bunyi derap tapak kaki berlari dan suara orang semakin hampir membuatkan Zara semakin cemas. Dia mengecilkan diri di sebalik badan lelaki tersebut. Kenapa kali ini dia rasa selamat? Seolah mengerti ketakutan dia, tangan kiri lelaki itu naik melindungi kepalanya. Sementara tangan kanan lelaki tersebut masih setia menutup mulutnya.
“Cepat. Sebelah sana!”
Zara terdengar suara salah seorang abang pejal tadi. Tak lama selepas itu terdengar derap kaki mereka berlari jauh dari tempat persembunyiannya. Nafas lega ditarik. Automatik badannya terasa lembik. Badan yang ingin melurut jatuh sekali lagi dipegang oleh sepasang tangan kekar. Kali ini lagi kuat dari tadi.
Wajah diangkat, cuba mencari wajah lelaki yang kini sedang memeluknya. Terkebil-kebil mata dia melihat lelaki yang kini sedang merenung tajam ke arahnya. Dada berombak kuat menahan desah nafas yang semakin tidak teratur dan juga badan yang semakin hilang tenaga.. Keluang Man ke ni?

No comments:

Post a Comment