BAB 2
DUA orang
gadis yang sedang bergelak sakan di hadapan pintu Hotel itu, Rizza perhatikan. Tidak
perlu sesiapa bagi tahu pun dia sudah boleh agak yang mana satu gerangan yang
dicarinya. Melihat dari rupa dan tingkah laku sudah mengambarkan perangai.
“Perempuan
yang pakai mini skirt kuning tu ke?”
Soal Rizza dengan mata yang masih tidak lari dari memerhatikan si gadis.
“Yup.
Fantastik gila kan!”
Rizza
ukir senyum sinis. Fantastik la sangat!
“Dia
kerja dekat hotel ni ke?” Soalnya lagi sambil menjeling sekilas Farez di
bahagian pemandu.
“Ha
ah. Penyambut tetamu. Tengok body la,
sesuai la dengan kerja dia. Orang nak masuk hotel pun segar biji mata..”
“Biasa
je aku tengok. Lawa lagi body Aunty jual kuih putu dekat pasar malam.” Bahu
diangkat sedikit. Tak hairan langsung dengan pujian yang keluar dari mulut
sahabatnya itu.
Apa
yang menarik sangat? Tak pun.
“Kau
memang lah. Tengok body pesawat je
baru kau nak terliur!”
Farez
senggol sedikit lengan Rizza. Pelik betul dia dengan citarasa kawan dia ni.
Perempuan tu punya la mengancam, boleh dia kata tak cantik. Tak ada nafsu ke
apa Rizza ni?
“Lama
dah ke dia dengan papa aku?” Soal Rizza lagi. Malas nak ambik pusing dengan
kata-kata Farez.
“Err.
Tak sure sangat. Tapi masa kau suruh
aku tengok dengan siapa Papa kau selalu keluar, memang dengan perempuan ni la
aku jumpa. Sebelum-sebelum ni aku tak tahu la..”
Rizza
angguk sekali. Kalau tengok dari segi perwatakan si gadis, memang jelas jenis
kaki mengikis. Kalau dibiarkan lama-lama, memang boleh tinggal kerak Papa dia
agaknya. Bila Papa dah sakit, pandai pulak tinggalkan orang tua tu.
“Weh,
Rizza. Kau nak buat apa dengan perempuan tu?”
“Aku
nak pergi peluk dia ketat-ketat!”
“Huh!”
Farez tegakkan badan. Biar betul.
“Yang
kau terkejut sangat apahal?”
“Biar
betul. First time ni aku dengan kau
sebut benda macam ni.”
“Amboi!
Kau bercakap gaya macamlah baru hari ini aku boleh bercakap.” Satu jelingan Rizza
berikan. Masih dengan muka sejuk beku.
Farez
tarik sengih.
“Bukanlah
macam tu. Tapi betul ke ni? Kalau betul, ajak aku join jugak.”
Papp!
Kedua
tangan Farez naik menggosok belakang leher. Tak pasal je merasa tamparan Kapten
Rizza.
“Tak
ingat agama dah ke? Ingat aku terliur sangat ke nak peluk perempuan murah macam
tu.” Bulat mata Rizza memandang ke arah Farez.
“Tapi
dia lawa kut.”
“Kalau
kau, aku pakaikan mini skirt macam tu pun lawa!”
Terkena
lagi! Kali ini Farez hanya mampu tayang gigi. Lupa yang sekarang dia sedang
berdepan dengan lelaki hati bongkah ais. Tak cair punya kalau setakat betis
gebu tu.
“Jom
la! Benci pulak aku tengok perempuan tu. Bahagia sangat hidup dia.” Arah Rizza
sambil membetulkan topi di kepala. Makin lama dia perhatikan perempuan
tersebut. Makin sakit pulak hati dia.
Farez
akur. Faham sangat dah! Kawan dia yang seorang ni memang dah terbiasa memberi
arahan. Komander!
“Malam
nanti aku bawak kau tempat dia selalu lepak.”
“Mana?”
“Night club..”
Rizza
ukir senyum mengejek. Lebih kepada diri sendiri. Agak dah! Mana lagi la tempat
perempuan murah macam tu selalu pergi. Semasa kereta milik Farez melintasi
betul-betul di hadapan pintu Hotel. Dia memusatkan seluruh perhatiannya ke arah
si gadis yang masih leka berbual.
Cantik!
Ya.
Itulah tanggapan pertamanya. Cantik dengan senyuman manis yang sentiasa
menghiasi bibir. Cantik dengan lenggok badan dan lirikan matanya. Mungkin
inilah yang menjadi sebab mengapa Tan Sri Rahman Syah boleh gila bayang. Si
gadis ada personanya tersendiri.
Tapi
tidak bagi dia. Bagi dia, si gadis hanyalah parasit yang memilih jalan mudah.
“Aku
kena pergi ke?’
“Well.. Terpulang. Aku tak paksa.”
“Aku
tak biasa pergi night club.”
“So, ko ingat aku biasalah?”
“Eh,
bukan ke?”
“Choii!”
Kali
ini Rizza gelak kecil. Kelakar tengok muka Farez yang bersungguh menafikan.
Saja je nak bergurau, sejukkan hati sendiri je sebenarnya.
“Farez.
Selain dengan papa aku, dengan siapa lagi dia selalu keluar?” Soal Rizza lagi
inginkan kepastian.
“Not sure. Tapi rasanya dengan papa kau
je. Dia tu jenis susah juga la nak dapat.”
“Maksud
kau?”
“Bukan
semua orang dia layan. Owner hotel
tempat dia kerja tu pun pernah try.
Tak dapat, bro.”
“Really?
Kira teror juga la papa aku..” Rizza tegakkan leher. Hebat juga Tan Sri Rahman
Syah rupanya. Dia sendiri pun belum tentu mampu.
“Kau
try la.”
“Boleh
jalan ke?”
“Gila
tak! Kalau muka stok macam kau. Aku
pun nak.”
Terburai
juga gelak Rizza akhirnya. Benggong punya Farez.
“Okey.
Malam ni kau pick up aku eh. Malas
nak drive.”
“Bayar
aku la jadi driver kau. Ewah.”
“Bagi
la aku peluang. Bukan selalu nak ada dirver ni.”
Farez
cebir bibir. Saja je nak mengada. Boleh sangat. Setakat nak jadi pemandu kepada
Rizza, sikit punya hal. Kalau nak dibandingkan dengan jasa Rizza kepada dia.
Memang tak terbalas. Antara dia dan kawan-kawan, memang Rizza la yang
dikategorikan sebagai orang senang. Jenis tak kedekut pulak tu.
“Set!
Pukul 10 malam ni.”
“Okey!”
Rizza
angkat ibu jari kanan. Kelab malam? Nampaknya dia bakal memecah rekod. Memang
kerja gila betul. Tapi demi keluarga, dia akan buat apa saja.
No comments:
Post a Comment