PROLOG
“Kris...
kemana awak pergi? Kenapa awak tinggal saya? Majlis kita belum bermula lagi
Kris.” Tangisan itu kedengaran cukup sayu hingga membuatkan hati tua seorang
ayah ikut merasa hiba.
“Salsa,
sudahlah tu nak! Tiada jodoh kamu bersama Kris. Biarkan dia pergi, andai suatu
hari nanti dia pulang dan meminta untuk kembali bersatu, pasti dia adalah jodoh
kamu yang sebenar-benarnya. Percayalah kepada qada dan qadar Allah nak.” Pujuk
Ali cuba mententeramkan hati si anak gadis.
“Hati
Salsa sakit abi.” Esakan kecil itu masih lagi menampar halwa telinga.
“Salsa..
sudah tu nak!”
Tanpa
memperdulikan kata-kata si ayah, Salsa terus meluahkan rasa yang terbuku di
sudut hatinya. Rasa kecewa itu seperti sudah tidak mampu ditanggung lagi.
“Kris
pergi sebelum sempat Salsa bertanya tentang hal ni, abi. Dia tak jumpa Salsa,
dia tak cakap apa-apa pada Salsa! Salsa ni, bakal isteri dia abi. Bakal isteri
dia!” ujar Salsabila bersama tangisan dan juga sedu sedan.
“Salsa..
abi tak suka kamu meratap dan menangisi nasib. Bangunlah nak, biarkan Kris
pergi. Dia mungkin tersinggung, dan mungkin juga sudah salah faham tentang
sesuatu. Kita tak tahu apa yang berada di dalam hatinya, biarkanlah dia nak.”
terang Ali masih tidak berputus asa memujuk si anak yang masih lengkap dengan
busana pengantin yang cantik dan indah rekaannya. Namun keindahan itu tersulam
dengan perbuatan keji insan yang tidak berperikemanusiaan.
‘Allah,
sabarkan hatiku dan lembutkan jiwa anakku supaya dia redha dengan takdirMu.’
Pohon Ali mengharap Allah yang Maha Esa memperkenankan doa dan permintaannya.
“Abi..
Salsa betul-betul rasa tertipu. Kris berjanji, dia juga yang mungkiri janji
sendiri. Dia kata, dia akan membahagiakan Salsa dan akan sentiasa sayangkan
Salsa. Kalau sayang, kenapa dia pergi. Kenapa dia tinggalkan majlis dan mengapa
dia tak bertanya apa-apa pada Salsa?” Tangisan itu masih sama seperti tadi.
Tiada tanda-tanda untuk surut.
Dek
pertanyaan itu, Ali menghela nafas. Dia yang berdiri, sudah mengubah posisi
lalu memandang raut si anak yang basah dengan air mata. Rasa simpatinya tumpah,
namun andai dikenang takdir Tuhan, tiada apa yang harus dikesal dan
dipersoalkan. Semua yang berlaku adalah di atas kehendak dan ketentuanNya.
“Salsabila
Muhammad Ali, bangun nak. Kita ada tuhan, kita berdoa dan minta padaNya.”
“Salsa
tak kuat nak hadap semua ni abi. Salsa tak kuat! Salsa malu diperlakukan macam
ni.” Rintihan itu menambah luka di hati tuanya.
Dari ruang mata, Ali melihat si anak menekup wajah dengan kedua tapak
tangannya. Kadang-kala, belakang tapak tangan itu mengesat air mata yang
berjejeran.
“Salsa,
abi tak pernah menyangka yang abi memiliki seorang anak yang lemah. Abi
besarkan Salsa dengan penuh kasih dan sayang, lengkap ilmu dan pegangan
agamanya, serta tabah perwatakannya. Hanya kerana dugaan seperti ini, Salsa
jatuh dan tersungkur. Nyata, abi masih gagal mendidik anak sendiri.” Hambur Ali
bersama nada kecewa.
“Salsa
minta maaf abi. Salsa memang lemah, Salsa tak kuat dan Salsa kecewa
diperlakukan begini!” Salsabila tertunduk menahan sendu. Jalan raya yang sibuk
dengan kenderaan direnung dengan hati yang kosong. Sekosong jiwanya kala ini.
“Abi
tahu, ujian ni berat untuk kamu. Tapi, yakinlah ada hikmah disebalik kejadian.
Bangun nak.. bina hidup baru dan lupakan yang pahit-pahit!” pujuk Ali cuba
mendamaikan hati anak gadis yang ditinggalkan oleh pengantin lelakinya.
“Apa
dosa Salsa, hingga Allah uji Salsa sebegini abi?”
“Astaghfirullahhalazim,
Salsa. Istighfar dan ingat Allah, nak. Dia dah janji ujian yang diberi setimpal
dengan kemampuan hambaNya. Jika tidak mampu, Dia tidak akan beri dugaan pada
kamu. Sedarlah nak, Allah tu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Allah
merindui doa dari hamba-hambaNya. Kerana rindu, Dia turunkan ujian agar kita
memohon dan meminta serta berharap hanya kepadaNya. Kembalilah nak, sedarlah
dugaan ini sebagai jalan untuk kita dekat denganNya.” ucap Ali panjang lebar
dan tenang diperdengarkan.
Sebagai
bapa, dia turut merasai kekecewaan yang dialami oleh satu-satunya anak
tunggalnya. Namun, sebagai orang Islam yang berpegang kepada agama, dan yakin
akan rukun iman yang terakhir itu, hati yang panas kembali sejuk. Tiada apa
yang perlu dikesalkan!
“Sudahlah
Salsa... ingat Allah nak. Mari kita balik, di sini bukan tempat kita.” Ali yang
memakai baju melayu bewarna biru lembut segera menundukkan tubuh dan cuba
membantu anak yang terduduk di bahu jalan bangkit dan berdiri. Lantas berlari
lalu meninggalkan memori pahit ini jauh ke belakang.
“Bangun
Salsa.. kita balik ke rumah kita.” Tukas Ali sebaik sahaja si anak memaut bahu
tua miliknya.
“Tergamak
Kris tinggalkan Salsa... sampai hati dia abi.” Gumam Salsabila bersama derai
air mata. Orang ramai yang lalu lalang tidak lagi diperdulikan. Dia benar-benar
sebak apabila pengantin lelakinya pergi membawa diri di saat majlis baru sahaja
hendak bermula.
“Sudah
tu Salsa.. jangan dikenang lagi.” pesan Ali mengharapkan anak gadisnya membuang
kenangan pahit ini sesegera mungkin. Buat apa diingat-ingat cerita yang
menggores hati.
“Salsa
bencikan Kris.”
“Ya,
abi tahu! Sudah, mari kita balik!” tukas Ali seraya memimpin anaknya menuju ke
deretan teksi yang berada tidak jauh. Mereka mahu pulang semula ke kampung
halaman, supaya esok kehidupan yang baru dapat dimulakan semula.
Dalam
melangkah pergi, Salsa masih sempat menoleh ke belakang. Di sana, dewan yang
indah itu ditinggalkan. Itulah tempat yang menjadi saksi, dirinya ditinggal
pergi oleh seorang lelaki yang amat dicintai.
“Saya
bencikan awak! Sampai mati, saya akan tetap membenci awak Kris Al-Hadi!” jerit
hati yang dilukai oleh insan yang cukup dikasih
No comments:
Post a Comment