B
|
ibir
Afnan tidak putus-putus melemparkan senyuman kepada seluruh warga Al-Malik
Holding. Hari pertamannya disambut cukup mesra oleh mereka. Masing-masing becok
sahaja memperkenalkan diri, tidak kira yang tua mahupun yang muda. Afnan yakin,
dia pasti tidak punya masalah untuk bekerja dengan mereka. Tak rasa asing pun
dengan mereka semua.
“Hei, apa kecoh-kecoh ni?
Kenapa tak buat kerja hah?”
Suasana yang riuh-rendah
sebentar tadi bertukar menjadi sunyi sepi.
Para pekerja yang tadinya mengerumuni Afnan dan Encik Zulkifli pantas
kembali ke posisi masing-masing. Kesemuanya seolah menumpukan perhatian kepada
skrin komputer. Tidak ada seorang pun yang mengangkat muka untuk memandang
pemilik suara yang menjerkah mereka sebentar tadi.
Afnan menoleh ke arah datangnya suara perempuan tersebut dan seperti
yang sebelumnya, jantungnya buat hal lagi. Afnan menarik nafas
sedalam-dalamnya. Hati kecilnya sedang beristighfar tanpa henti agar dia dapat
mengawal amukan si jantung yang bagaikan mahu tersembur keluar tika itu.
Kalaulah setiap masa dia rasa begini, jawabnya tak lamalah dia di muka bumi
ini.
Mata galak Mellysa tajam menghala pada dua lelaki yang berdiri tidak
jauh daripadanya. Cuma yang paling menarik perhatiannya ialah lelaki muda
berkemeja putih di samping Encik Zulkifli. Mellysa yang juga memakai kemeja
putih yang dipadankan dengan skirt pendek berwarna hitam berjalan penuh gaya
menghampiri kedua lelaki di hadapannya. Semakin dekat, semakin dia pasti bahawa
matanya tidak salah melihat. Dia kenal lelaki muda itu.
“Cik Mellysa, maafkan saya. Saya bawa Encik Afnan untuk kenalkan pada semua
staff atas arahan Tan Sri.” Encik Zulkifli menerangkan situasi yang berlaku
pada anak majikannya.
“Hmm.. Encik Afnan?” Mellysa memandang Afnan atas bawah dengan bibir
yang dimuncungkan sedikit dan kening yang dijungkitkan. Sekarang dia sudah tahu
gerangan lelaki yang bajet handsome
itu. Tak sangka lelaki itu merupakan pekerja baru Al-Malik Holding.
Afnan kurang senang dengan cara Mellysa dan tanpa disuruh, dia juga
memerhatikan dirinya dari atas ke bawah. Risau jika ada yang tidak kena.
“Iya, Cik Mellysa. Ini Encik Afnan Haris, Project Manager menggantikan Encik Muaz.” Encik Zulkifli
memperkenalkan Afnan pada Mellysa.
“Oh, okay. I’m Mellysa Tan Sri Malik.” Mellysa menghulurkan tangannya
kepada Afnan.
Giliran Afnan pula memandang Mellysa dari atas ke bawah. Dia
sebenarnya tak pernah bersalaman dengan mana-mana perempuan yang bukan mahramnya.
Cukuplah semalam gadis itu mencium pipinya. Dia tak sanggup menambah dosa lagi.
“Hello, I lenguh tangan dah ni.” Mellysa menyedarkan Afnan daripada
lamunan. Encik Zulkifli di sisi, sempat menyikunya.
“I’m sorry, Cik Mellysa. Saya tak bersalam dengan wanita bukan mahram,”
jawab Afnan berani.
"What?" Tidak semena Mellysa menjerit kecil dan matanya
dijengkilkan. Sungguh tolakan lelaki itu memalukannya. Wajahnya yang disolek
mekap tebal itu sudah merah dan hangat.
Tanpa membuang masa, Mellysa terus meninggalkan Afnan dan Encik
Zulkfli dan sejurus itu pintu bilik pejabatnya dihempas kuat membuat semua mata
staff tertumpu pada Afnan. Afnan cuma tersenyum hambar. Dia tak berniat untuk
menjatuhkan air muka Mellysa tetapi gadis seperti Mellysa itu perlu diberi
kesedaran tentang halal dan haramnya sebagai seorang muslim.
No comments:
Post a Comment