Monday 15 September 2014

TRIPLETS LOVES: WANTED LOVE BY FLOWER RISSA


http://tripletsloves.blogspot.com/


Prolog

“EMMA..”
Mulut Emma bagai tertutup melihat Fareez yang tersenyum penuh kacak di seberang tasik. Dia dapat mendegar dengan jelas suara lelaki itu kerana Fareez memakai microphone.
Belon-belon yang terapung di tasik dipandang penuh rasa bahagia.

Ini ke cara Fareez melamar dia? Alangkah indahnya dunia!
"I'll would rather live in Patrick's house if in this world , there's no you or I prefer die if I don't have you..."

Bicara lembut Fareez menusup masuk ke telinga Emma. Membuat Emma bagai terbuai dengan kata cinta sang lelaki. Melihat keadaan 'tasik' yang meriah , yang memang dikhaskan untuk dia , dia rasa bagai.

Terharu.
Dihargai.

"Look..." Fareez pandang langit hitam. Emma juga ikut.
"Yesterday , I saw one hundres stars but ..." Fareez pandang Emma semula. Senyuman lebar diukir.

"Today , I just saw only ninety-eight. Do you know where are the rest?" Emma terdiam dengan soalan Fareez.

"It's in your eyes , Emma. Can I look the stars in your eyes?"
Kolam mata Emma berair. Sebak dengan kata-kata Fareez.
Jadi Fareez sebenarnya boleh jadi romantik seperti ini? Kalau ya , sungguh dunia ini miliknya.

"Just look at the ballon infront of you.." Kata-kata Fareez menyedarkan Emma. Emma lekas pandang bawah. Satu belon bagai menuju ke arahnya.
"Take it.."

Emma patuh. Belon yang basah dibawah diambil.
"Now take your pin and break the balloon.."

Emma bagai terpinga-pinga. Kemudian bersahaja dia membuka peniti yang melekat di bahunya. Ditunjuk pada Fareez. Fareez angguk sambil tersenyum.
Alangkah terkejutnya Emma apabila cincin berada di tangannya.

"You izinkan tak kalau I nak tengok bintang-bintang tu di mata you? Semalam , sekarang , selamanya? Jadi isteri I?"
Gugur juga air mata Emma mencemari pipi. Cincin digenggam sebelum kepala ditundukkan beberapa kali.

"Whoooo!"
Terkejut Emma masih belum hilang malah lagi bertambah mendengar alunan muzik berkumandang. Terdengar bunyi percikan bunga api betul-betul di atasnya.

Wajah didongak sebelum ternganga melihat bunga api itu membetuk elok namanya.

Oh permainan atau pertunjukan apakah ini?

Matanya jatuh ke wajah Fareez yang tersenyum penuh makna padanya. Ah!

Mata membulat serta-merta sekali lagi melihat gugusan kelopok bunga terapung membentuk 'love' di permukaan air tasik. Mulut ditutup.
"Fareez...."

"Dari dulu I sangguk buat apa-apa untuk you. Remember that."

Seketika Emma mengeluh.

1 comment: