Monday 15 September 2014

ALASAN UNTUK SETIA BY ADZRA SUE

 
BAB 1
 
https://www.facebook.com/eizan.ezan.3?fref=ts


KELUAR sahaja dari bank, ibu menyelongkar beg tangan besarnya mencari telefon bimbit. Tertunduk-tunduk dia tanpa menghiraukan keadaan di sekeliling. Aku beberapa kali mengerling jam tanganku. Bengang juga dengan kawanku Laila dan Desi yang lambat sampai. Janji Laila di telefon tadi, mahu menjemptku di depan bank ini dalam masa 15 minit. Tetapi sampai sekarang, bumbung kereta Viva Elite nya masih tak muncul-muncul.
“Aaaaaa!!!” Dalam kepalaku terjengah-jengah ke jalanraya, sesaat aku terdengar suara ibu menjerit nyaring. Aku tergamam bila menyedari beg ibu sedang dibawa lari oleh seorang budak lelaki.
“Tolong!.. tolong!!!” Aku yang tersedar dari gamam terus mengejar budak lelaki yang berlari laju di siar kaki bagunan kedai pejabat ini. Mujur jugalah hari ini aku memakai jeans dan juga kasut sukan senang untuk aku membuka langkah besar-besar.
“Tolong...!! Pencuri!” Jeritku lagi sekuat hatiku. Budak lelaki yang membawa beg tangan ibuku melepasi sebuah gerai makan di hujung bangunan. Aku semakin penat mahu mengejar.
Tiba-tiba aku ternampak dia jatuh terduduk di atas lantai. Entah bila masanya sebuah kerusi terbang mengenai tubuhnya. Dia cuba bangun dan mahu melarikan diri tetapi dengan cepat leher bajunya dicekup seorang pemuda. Aku sampai di depan mereka dengan termengah-mengah. Peluh di dahi aku kesat dengan tangan sendiri.
“Kecik-kecik lagi dah pandai mencuri. Siapa ajar?”
“Ma.. maaf... abang! Sa.... sa... ya janji tak buat lagi lain kali. Sa...saya perlu duit... mak sakit, sa..saya nak beli ubat” Budak lelaki yang ku kira berumur 13 hingga ke 15 tahun itu merayu. Menangis-nangis dia.
“Pencuri macam kau memang pandai buat alasan, tak payahlah nak buat muka kesian. Kau nak abang bawak kau pergi balai polis?”
“Ja...jangan abang. Sumpah bang.... saya tak tipu. Jangan bawak saya pergi balai.... Tolonglah saya, abang. Adik-adik saya lapar kat rumah...” Mendengar rayuannya, aku pula yang naik kesian. Ya Allah!. Masih ramai lagi insan yang hidup melarat di negara yang aman ini.
“A...awak....!” Lelaki itu terkejut bila aku memanggil. Segera dia menoleh ke arahku tetapi cengkaman di kolar baju lusuh budak lelaki itu tetap tidak dilepaskan.
“Kau siapa?”
“Beg tangan ibu saya tu. Dah selamat, kan? Tak payahlah di apa-apakan lagi budak tu. Kesian dia...” Pemuda itu mengeluh seraya melepaskan tangannya. Beg tangan ibu dihulurkan kepadaku.
“Kak... terima kasih. Saya mintak maaf...” Ujarnya seraya menghulurkan tangan kepadaku. Aku mengeleng tanda tak mahu bersentuhan tangan dengannya.
“Nama adik, apa?..”
“Nasrul”
“Umur berapa?”
“14”
“Kau tak sekolah?” Herdik pemuda yang masih tercengat di sebelahku.
“Awak, sabar okey...?” Entah mengapa pemuda di sebelahku ini yang lebih teruk anginnya. Sepatutnya, aku yang lebih marah disebabkan beg tangan ibuku yang dicopet.
“Mak sakit... saya kena jaga adik-adik”
“Ayah?”
“Ayah dah lama tak balik...” Tunduknya dalam wajah yang sangat murung. Aku merasai apa yang budak lelaki itu rasa. Dua tahun lepas, aku juga berada dalam situasi yang sama. Abah yang aku sayang..., yang menatang aku bagai minyak yang penuh, hilang tanpa khabar berita berbulan-bulan lamanya. Balik-balik sahaja, lafaz cerai dijatuhkan pada ibu dan terus abah tak balik-balik lagi selepas itu.
“Nasrul dah makan ke belum?” Dia mengeleng, wajahnya masih menekur lantai.
“Lapar?” Dia angguk bebrapa kali. Aku hela nafas berat. Inilah kehidupan!
“Adik-adik Nasrul ada berapa orang?”
“Dua...” Tanpa memperdulikan pandangan tajam pemuda disebelahku, aku gamit pelayan restoran dan menyuruh dia memyediakan empat bungkus nasi putih berlaukan ayam dan sayur.
“Nasrul tunggu sini sekejap. Kakak nak jumpa ibu kakak dulu..” Sambil itu melalui isyarat mata, aku mahu pemuda tadi megawasi si Nasrul agar dia tak melarikan diri. Dia mengangguk tanda faham dengan permintaanku.
Bergegas aku mendapatkan ibu di hadapan bank yang sedang termanggu-,amggu. Nampak sahaja kelibatku bersama beg tangannya, barulah nampak lega di wajahnya. Di sebelah ibu, Laila dan Desi juga ada. Baru sekarang mahu muncul? Huh!
“Dapat beg ibu?”
“Dapat ibu. Ada sorang lelaki ni tolong Lilis”
“Alhamdulillah!. Nasib baik dapat balik. Bagai nak luruh jantung ibu tadi”
“Lain kali, ibu hati-hati sikit dengan beg tangan ibu. Dah lah baru keluar bank, ramai yang tengah memerhati” Tegurku dengan tegas tetapi terkawal. Sebagai seorang anak, aku masih lagi tahu menghormati orang tua sendiri.
“Ya la... ibu terlupa tadi. Ibu mintak maaf. Ni ha... kawan Lilis dah sampai ni. Ibu balik dululah. Jangan balik lewat sangat. Temankan ibu makan malam kat rumah nanti”
“Insya-Allah ibu, Lilis cuba balik awal” Aku awasi langkah ibu ke keretanya di seberang jalan. Selepas pastikan ibu selamat memandu keluar ke jalanraya, barulah aku mengadap kedua-dua kawan baikku.
“Hah! Naik berjanggut aku tunggu, baru korang nak sampai? Sekarang, ikut aku sekejap”
Aku lajukan langkah ke hujung bangunan. Aku risaukan Nasrul dan pemuda yang menolongku tadi menunggu begitu lama.
“Nak pergi mana ni, Lilis?” Berkejaran budak berdua itu mengikutku dari belakang.
“Ikut ajalah, jangan nak bising!”
“Mak aih.. siapa tu? Machonya!..” Aku terdengar Desi membisik dibelakangku.
“Dah siap? Aku tumpukan perhatian kepada bungkusan nasi ditangan Nasrul.
“Dah kak... terima kasih. Siapa nama kakak? Kenapa kakak masih baik dengan saya, padahal saya baru aja curi beg ibu kakak?”
“Panggil kak Liss... Rumah kat mana?”
“Kuarters keretapi kat belakang sana” Ooooo.. aku tahu di mana letaknya bagunan kuatters lama itu. Tak jauh mana dari bangunan ini.
“Boleh kak Liss ikut Nasrul balik?”
“Er.... tak payahlah Kak Liss. Nasrul segan. Rumah Nasrul buruk!”
“Kak Liss nak ikut jugak.... Kak Liss nak pastikan Nasrul tak menipu!” Lama Nasrul renung wajahku dna lambat-lambat dia mengangguk.
“Korang nak ikut aku atau tak? Kalau korang tak nak ikut, korang tunggulah aku kat sini”
“Ala Lilis.... takkan kau nak kitaorang lepak kat restoran ni?”
“Suka hati korang lah nak lepak mana. McD ke.... KFC ke?. Dalam setengah jam aku datang balik. Pinjam kunci kereta kau!” Aku tadah tanganku pada Laila. Seketika aku teringat kepada lelaki yang menolongku tadi.
“Er.. awak! Terima kasihlah tolong selamatkan beg ibu saya tadi. Jumpa lagi!” Aku hadiahkan senyum semanis-manisnya pada lelaki itu dan segera mengajak Nasrul mengikutku.
“Viva Elite berwarna putih mula meninggalkan bangunan kedai. Sempat juga aku mengerling ke restoran. Pemuda yang menolongku tadi sedang berbual degan Laila dan Desi. Ah!.. lantaklah kalau mereka mahu berkenalan. Bukan masalahku. Yang lebih penting, aku mahu lihat dengan mata kepalaku sendiri kebenaran cerita budak Nasrul di sebelahku ini. Betulkan dia nekad mencuri kerana kesempitan hidup?

No comments:

Post a Comment